Unduh Aplikasi
66.66% Ulfun Ain / Chapter 14: Bab 14 - Pertemuan Hati Yang Sama

Bab 14: Bab 14 - Pertemuan Hati Yang Sama

Hari keenam Bulan Kelima Tahun 1000 Ulfun Ain - Pada pagi yang indah itu tentera yang disisakan tiba ke kota membawa pesan si Raja Petir. Pengawal yang menerima pesanan itu bergerak pantas bersama dengan seekor kuda menuju ke Markas Livis di Jalan Pejuang Berdarah. Seperti yang Sufi ramalkan, berlaku pertengkaran diantara Nephila dan Esfarza di Dewan Pemerintah yang terletak di tengah-tengah kota. Dewan itu adalah sebuah istana yang terdapat lima buah kubah dimana kubah tertinggi teletak di tengah-tengah bangunan dan merupakan bangunan tertinggi di kota itu. Istana itu dihiasi dengan ribuan permata zamrud mulia berwarna hijau berkilau-kilau di bahagian dalam dan juga di bahagian luar istana. Burung Merpati Puith yang ditugaskan memerhatikan Dewan Pemerintahan sudah ada di sana selama tiga hari berturut-turut bagi memastikan ralaman Sufi itu akan berlaku.

"Esfarza!" Teriak Nephila.

Esfarza yang baru sahaja memasuki Dewan Pemerintah menghentikan langkah kakinya.

"Kau buat apa dengan guru Lily?" Soal Nephila dengan nada yang tegang.

"Mengapa? Ada sesuatu yang terjadi dengan Mira?" Tanya Esfarza semula dengan senyuman kecil dibibirnya.

"Bodoh! Lima hari Lily tidak henti menangis di kamarnya. Dia itu belum sempurna menjadi Tunggal Ratu Ilmu Hitam. Mengapa kau pisahkan dia dengan gurunya. Kau lupa yang guru Lily itu satu-satunya harapan kita untuk menyempurnakan Tunggal Ratu Ilmu Hitam!!!" Marah Nephila lagi.

"Kau sendiri yang katakan... Kalau ada yang mencurigakan. Jauhkan dari Mira. Sufi itu lebih daripada mencurigakan. Pada bila-bila masa dia boleh meminta Mira menjelaskan siapakah diri Mira yang sebenar... Kan?" Soal Esfarza semula bersama tingkah yang manja.

"Aaahhh!!!" Teriak Nephila dengan nyaring.

Nephila tidak mampu membalas kata-kata Esfarza. Dia inginkan kesempurnaan Tunggal Ratu Ilmu Hitam didalam tubuh Lily tapi dia juga tidak ingin budak comel itu diketahui asal usulnya. Livis yang mendapat pesan dari tentera yang tersisa datang ke Dewan Pemerintah menenangkan suasana tegang diantara dua penguasa tersebut bersama berita yang mencemaskan.

"Tenang Nephila. Kita ada perkara yang lagi merisaukan." Arah Livis.

Kedua penguasa itu menghentikan pertengkaran mereka dengan suatu jelingan.

"Raja Petir ingin bertarung dengan aku di Kampung Kabus. Dia seorang diri." Terang Livis.

"Mmm... Berani dia." Balas Nephila.

"Yakin serigala. Tiada orang lain selain dia?" Tanya Esfarza.

"Aku yakin... Tentera yang Raja Petir utus katakan, dia seorang mampu mengalahkan sembilan tentera kita dalam sekelip mata. Dan mungkin yang lain juga dibunuh dalam sekelip mata. Tidak dapat dinafikan lagi kekuatan Tunggal itu." Jawab Livis.

"Jadi... Kau dan Nephila berdua boleh membunuh dia di sana. Kan." Soal Esfarza.

"Tidak... Aku tidak akan tinggalkan Lily dengan kekalutan yang disebabkan oleh si bodoh ini. Dia pasti tahu aku akan datang bersama dengan kau. Dia sudah siapkan perangkap. Kau bawa bawahan kau semua bersama dengan 200 Mu'un. Aku yakin kamu semua mampu membunuh dia." Arah Nephila.

"200? Semua Mu'un yang kita ada. Sedihnya." Sindir Esfarza.

"Kau cakap lagi aku bunuh kau sebelum kau sempat berjumpa dengan suami kau." Ugut Nephila.

"Cubalah... Kau lupa? Suami aku Sang Taufan. Dia tidak mampu membunuh kau hanya kerana aku. Aku mati... Kau pun mati... Kan." Sindir Esfarza lagi dengan gelak kuat pada bibirnya.

"Tidak guna punya perempuan." Marah Nephila lagi.

"Sudah Nephila! Bertenang... Aku akan ikut arahan kau. Kau teruskan jaga kota bersama dengan Esfarza. Aku janji akan musnahkan Raja Petir." Pujuk Livis.

"Bodoh!" Marah Nephila lalu bergerak pergi meninggalkan Esfarza dan Livis.

"Esfarza... Jangan terlalu menentang Nephila. Aku tahu kau tidak menyukai dia tapi nyawa kau dan suami kau ada di tangan kami. Ingat!" Ugut Livis sebelum kedua kakinya bergerak pergi meninggalkan Esfarza.

Esfarza tersenyum manis. Sungguh senang baginya memainkan watak sebagai perantara yang mencetuskan pertengkaran di dalam Dewan Pemerintahan sesuai dengan arahan si hantu. Apabila dia membuka langkah untuk meninggalkan ruangan itu, kedua matanya ternampak Burung Merpati Putih hinggap di salah satu tingkap yang ada di istana. Dia menunjukkan ibu jarinya ke arah Burung Merpati itu.

"Berjaya." Ucap Esfarza dengan senyuman manis lalu menyambung semula langkah kakinya yang terhenti seketika.

Sofea terpana melihat tingkah Esfarza. Terbukti apa yang ketuanya ucapkan, Esfarza sudah menjadi milik mereka dan seterusnya adalah penyingkiran Serigala Merah.

*****

Suatu suana di Jalan Bulan Indah. Alim meneruskan watak hariannya menjadi pemuisi di ditengah-tengah pasar besar yang ada di kawasan itu. Tapi untuk puisi yang disampaikannya kali ini lebih kepada menyeru perjuangan berbanding sebelum ini yang menceritakan tentang Hikayat Si Majnun, asal usul negeri Pohon Zamrud Mulia dan bagaimana negeri itu mampu berubah nama. Alim menarik nafas sedalam-dalamnya dengan harapan para jiwa yang mendengar mampu membuka mata hati mereka apabila mendengar puisi yang akan dia sampaikan. Selama beberapa bulan, penduduk kota hanya mendengarkan dari kejauhan tapi tidak mendekati pemuisi itu. Tiba masanya dia menangkap jiwa-jiwa yang selalu menjauhkan hati mereka dari mempercayai setiap bait dari puisi yang dia sampaikan.

"Assalamualaikum dan selamat pagi..." Ucap Alim sebagi pembuka puisi.

" Wahai para jiwa yang mendengar... Dengarkanlah seruan ku ini...

Cukuplah mata kamu melihat ilusi... Tiba masanya kamu melihat sesuatu yang benar...

Aku tahu kamu merasakan, betapa sakitnya hidup didalam ruangan gelap...

Aku juga tahu kamu ingin memperjuangkan sinar...

Namun tiada tali untuk berpegang pada perjuangan itu...

Maka itu aku hadir berdiri disini... Menyeru para jiwa untuk berjuang...

Mencipta sinar di tanah sendiri.

Wahai para jiwa yang mendengar... Dengarkanlah pesan ku ini...

Aku tahu kamu semua tersiksa...

Hidup berpaut dengan berbagai keterpaksaan...

Tapi kita juga sudah diciptakan tangan...

Yang mampu mengubah suatu kelukaan menjadi kebahagiaan...

Semuanya terpulang pada jiwa kita...

keinginan apa yang kita suapkan...

Adakah gelap yang memberikan kelukaan...

Ataukah sinar yang memberikan kebahagiaan.

Wahai para jiwa yang mendengar... Dengarkanlah seruan ku ini...

Bisikanlah pada hati kamu disaat ini...

Tiba masanya kita berjuang demi sinar di tanah ini...

Setiap dari pesanku pasti membuatkan kamu sedar...

Kecuali kamu membutakan kedua mata kamu sendiri.

Puisi dari Raja Terakhir."

"Terima kasih." Ucap Alim sebagai penutup puisi.

Seperti bulan-bulan yang berlalu, penduduk kota yang mendengar puisi itu tetap dengan kedudukan mereka. Tapi kali ini mata dan jiwa mereka mulai memahami dan merasa setiap bait-bait puisi itu bahkan yang paling bermain di akal mereka adalah kata-katanya yang terakhir. Kecuali kamu membutakan mata kamu sendiri. Dalam sungguh kata-kata itu sehingga mampu menyedarkan para jiwa yang mendengar. Laviant yang berada di hadapan Alim dengan wataknya sebagai pengemis mula menepuk tangan.

"Kecuali kamu yang membutakan mata kamu sendiri. Hidup dalam keterpaksaan atas pilihan kamu sendiri. Sedangkan ada pilihan untuk memperjuangkan sinar. Kesian. Sudah bodoh buta lagi." Saiko Laviant dengan senyuman kecil dibibirnya.

"Pap! Pap! Pap!" Penduduk kota mula mengikuti tingkah Laviant menepuk tangan bahkan Tentera Merah yang ada disitu juga terikut dengan rentaknya.

Tersedar mereka mereka sedalam-dalam akal fikiran bahawa merekalah yang memilih untuk hidup dalam keterpaksaan. Merekalah juga yang menyiksa kehidupan mereka sendiri. Penduduk kota itu mula berkumpul mengerumuni Alim sambil menepuk tangan. Dalam kerumunan itu, Alim dapat melihat dua orang penduduk kota yang bepakaian jubah hijau gelap berpenutup kepala sedang mengangkat tangan ke arahnya. Salah satu dari mereka berdua memberikan isyarat tangan kepada Alim agar mengikuti pergerakan mereka ke suatu tempat. Alim bergerak keluar daripada kerumunan penduduk kota menyahut ajakan tersebut. Laviant pada masa itu sudah pun bertukar jiwa dengan Lokh.

"Alim..."Panggil Lokh.

"Mari Lokh... Ikut mereka." Arah Alim.

Mereka mengekori penduduk kota itu sehinggalah tiba disalah sebuah rumah. Apabila mereka berdua masuk ke dalam rumah. terlihat sorang gadis berkulit hitam manis, berhidung mancung dengan bulu matanya yang melentik, bertumbuh ramping dengan tingkahnya yang ayu. Gadis itulah yang memberikan isyarat tangan pada Alim. Berdiri disebelahnya adalah seorang lelaki tua berumur 50-an dengan rambutnya putih, berkulit putih dan berbadan kurus.

"Assalamualaikum... Siapa?" Tanya Alim.

Usai bicara Alim, kedua insan melutut secara tiba-tiba.

"Salam hormat kepada Raja Terakhir. Raja Alim I. Ampun tuanku. Patik Myla daripada Pohon Pejuang." Balas gadis itu.

"Salam hormat kepada Raja Alim I. Ampun tuanku. Patik Isac... Penasihat bagi Pohon Pejuang." Balas orang tua itu.

Alim memandang wajah Lokh dengan persoalan yang bermain di minda.

"Pohon Pejuang?" Tanya Alim.

"Ya Alim. Apa itu?" Tanya Lokh semula.

Alim memandang ke arah Myla.

"Myla... Boleh terangkan lebih terperinci?" Pinta Alim.

Myla mengangkat wajahnya memandang ke arah Alim.

"Ampun tuanku... Boleh kalau kiranya kita duduk terlebih dahulu." Pinta Myla lalu menundukkan wajahnya semula.

"Mari." Balas Alim.

Mereka duduk berbulat menuruti permintaan itu dalam masa yang sama Laviant menggantikan Lokh dalam tubuh mereka. Dia risau pemuda lucu itu akan menghancurkan situasi yang penting itu.

"Tuanku... Izinkan patik berbicara." Pinta Myla.

"Cakap la. Minta izin bagai."Marah Laviant.

Myla mengerutkan dahinya mendengar ucapan itu manakala Alim pula menahan gelaknya. Tidak dia menyangka Lokh mampu bertingkah seperti itu.

"Maafkan kami berdua Tuanku. Kami sudah lama menantikan kehadiran Tuanku di kota ini. Sepertimana kata Rahman, suatu hari nanti kota ini akan menjadi milik Negeri Zamrud Mulia semula. Patik rasa, inilah masanya." Balas Isac.

"Abang Rahman?" Tanya Alim.

"Abang Rahman bukan sahaja menyelamatkan kau. Dia juga menyembunyikan penduduk Negeri Zamrud Mulia yang tinggal di luar Tembok Zamrud Gergasi. kan?" Soal Laviant.

"Mmm... Seperti bicara pemuda ini, kami sudah lama merahsiakan diri di luar Tembok Gergasi." Balas Isac.

"Ehem... Izinkan patik berbicara Tuanku." Pinta Myla dengan jelingan kecil terhadap Laviant.

"Silakan Myla." Izin Alim.

"Sakit..."Sindir Laviant.

"Abang Rahman meminta kami untuk membina semula tentera yang baru sebelum tibanya masa perampasan semula. Kami perlu bersedia untuk menaikkan semula tahta Raja sebenar di negeri ini suatu hari nanti. Patik adalah mata-mata bagi Pohon Pejuang dan Isac adalah penasihat bagi raja. Meskipun Negeri Zamrud Mulia terkandas pada pemerintahan Raja Alif, Tapi keturunan bagi penasihat diraja, mata-mata dan tenteranya masih berlangsung sehingga sekarang." Terang Myla.

"Mmm... Siapa ketua bagi Pohon Pejuang pada masa ini?" Tanya Alim.

"Seorang rakyat biasa bernama Aslan... Tunggal Raja Rimba." Jawab Isac.

Wajah Laviant berubah riaknya apabila mendengar nama Tunggal itu.

"Kenapa Lokh?" Tanya Alim.

"Setiap negeri pasti ada penjaganya yang memiliki kelebihan Tunggal paling tidak pun seorang. Penjaga bagi Kaum Bydho' adalah Tunggal Raja Rimba. Antara Tunggal terkuat didunia sama seperti Hantu Salju, Raja Petir, Si Api Abadi dan Jurogomo. Unsur singa yang terbentuk dari rimbunan pohon. Tunggal dari kaum Bydho'... Kaum yang mewakili unsur pohon." Sambung Laviant lagi.

Ternganga mulut Alim mendengar penjelasan Laviant. Fikirannya masih membayangkan itu merupakan suatu keajaiban yang zahir daripada si pemuda lembab. Dia masih tidak mengetahui tentang diri sebenar Laviant.

"Hebat sahabat tuanku... Dia mampu mengenal Tunggal Raja Rimba." Puji Isac.

"Lokh?" Soal Alim.

"Teruskan..." Arah Laviant.

"Ehem... Tuanku... Di luar tembok gergasi ada seribu Pejuang Pohon yang sudah bersedia untuk menyerang kota pada bila-bila masa di bantu pula dengan kelebihan Aslan sebagai Tunggal Raja Rimba. Semuanya menanti arahan tuanku." Terang Myla sambil menundukkan wajahnya.

"Lokh?" Soal Alim lagi ingin meminta pandangan daripada Laviant.

"Tahan dulu. Kalau Sufi ada, pasti dia katakan seperti itu. Selamatkan siapa yang ingin di selamatkan, hancurkan siapa yang ingin menghancurkan." Balas Laviant.

"Sufi?" Tanya Myla.

"Insan Penawar Myla. Ketua bagi Pejuang Sinar. Ketua bagi aku dan Lokh." Jawab Alim.

"Ketua?" Soal Isac pula.

"Maksudnya... Penawar itu juga rakyat Tuanku?" Tanya Myla lagi.

"Bukan gadis malang... Kami tidak terikat pada mana-mana kerajaan. Dimana terpacaknya kegelapan disitu hadirnya sinar yang akan menghancurkan. Alim raja bagi kamu semua tapi bukan raja bagi kami. Dia tetap bawahan Sufi dari sudut pandangan aku." Jawab Laviant.

Myla dan Alim terdiam seketika mendengar bicara dari Laviant itu.

"Maksudnya... Kami juga bawahan Pejuang Sinar?" Tanya Myla.

"Di kota ini ada berapa ramai Pejuang Pohon?" Tanya Laviant tanpa menghiraukan persoalan Myla.

Myla menginggit bibir menahan gelora amarahnya dengan tingkah Laviant.

"Kemungkinan dalam satu per sepuluh penduduk kota sudahpun menjadi Pejuang Pohon tidak kira sebagai tentera yang akan berjuang ataupun pemberi sokongan kepada perjuangan ini. Salah satu dari Pejuang Pohon yang merupakan seorang peniaga di kota ini berjumpa dengan seorang gadis comel yang menyebarkan propaganda dalam diam kepada peniaga yang lain. Dia kata, gadis itu antara satu daripada sahabat Tuanku." Jawab Isac.

"Radyah... Aku ingatkan Sufi hanya menjual mukanya yang comel itu untuk mengaut keuntungan." Balas Alim dengan gelak kecil dibibirnya.

"Minta Pejuang Pohon yang lain sebarkan propaganda untuk menjatuhkan Tiga Segi Berdarah dalam diam di kota ini. Kita harus menyelamatkan terlebih dahulu siapa yang ingin diselamatkan sebelum terjadinya peperangan nanti. Alim akan terus berpuisi dan aku akan terus menyebarkan kertas-kertas propaganda pada seluruh penduduk kota. Tiga Segi Berdarah tidak akan mencurigai aku. Aku hanyalah seorang pengemis yang bicaranya mampu membunuh jiwa." Arah Laviant.

"Siapa kau sebenarnya. Aku tahu kau bukan Lokh." Tanya Alim.

Lavinat tergelak mendengar persoalan yang menerpa Alim.

"Aku Laviant Wujud Dua Jiwa... Pembantu Sufi." Jawab Laviant.

"Wujud Dua Jiwa? Sama seperti Radyah?" Tanya Alim lagi.

"Wujud Dua Jiwa itu sangat digeruni di Tanah Sinaran Gelap... Tanah yang dipenuhi dengan kegelapan. Dua jiwa yang wujud pada satu tubuh. Bayarannya adalah Jiwa Sinar yang lemah, kurang bijak dan lambat dalam berfikir. Namun ganjarannya adalah Jiwa Gelap yang sangat kuat dan bijak tapi sangat berbahaya. Kata-katanya sahaja mampu mampu memusnahkan akal dan membunuh jiwa seseorang." Terang Isac.

Alim memandang wajah Laviant bersama kerisauan pada jiwanya. Sungguh dia tidak menyangka pada tubuh Lokh itu hidup raksasa gelap yang sangat menakutkan para jiwa.

"Kau jangan takutlah insan lemah. Aku dalam jagaan Sufi. Dia yang meminta aku untuk menjaga Radyah sebab itu aku bantu kau. Kita perlukan sebuah negeri untuk melindungi Wujud Gadis Teratai Putih. Jangan risau... Aku juga tidak kurang bijaknya seperti Sufi." Pujuk Laviant.

"Ehem... Baik Lo... Eh, Laviant." Balas Alim dengan getaran pada nada bicaranya.

"Wujud Gadis Teratai Putih? Ada?" Soal Isac.

"Bukannya mitos dari Tiga Segi Berdarah?" Tanya Myla.

Alim menggeleng kepalanya menafikan pertanyaan Myla.

"Ianya ada. Sebab itu kita perlukan Negeri Zamrud Mulia untuk mekar semula. Kita perlu melindungi Wujud yang menjadi rebutan segala kegelapan yang ada di alam ini." Arah Alim.

Myla dan Isac mengangguk membenarkan arahan itu.

"Macam mana kau tahu tentang dua Wujud ini orang tua?" Tanya Laviant.

"Ehem... Sebagai keturunan penasihat Di Raja Zamrud Mulia. Aku diwariskan dengan sebuah buku berwarna hitam yang menulis berbagai ilmu tentang alam ini. Dari kitab itulah aku mengenal Wujud Dua Jiwa. Tapi Wujud Gadis Teratai Putih itu pula kami hanya mendengar dari perbualan para tentera Tiga Segi Berdarah. Mereka katakan ianya hanyalah sebuah mitos." Jawab Isac.

"Mmm... Ada sesuatu pada orang tua ini. Alim... Malam ini kau dan gadis malang ini berjumpa dengan anggota yang lain untuk menyampaikan maklumat ini dan meminta maklumat daripada mereka. Aku dan penasihat kau akan meneruskan propaganda dari rumah ke rumah. Kita sudah ada bantuan...Tiba masanya kita kuatkan lagi agenda penyebaran propaganda ini." Arah Laviant.

"Baik... Myla... Isac... Kita ikut sepertimana yang dirancangkan pembantu Sufi ya. Aku sudah faham mengapa Sufi memberikan arahan pada aku dan Radyah untuk menyamar di Jalan Bulan Indah. Dia membahagikan kami kepada dua kumpulan. Kumpulan yang pertama memusnahkan setiap Penguasa. Kumpulan Kedua menyelamatkan penduduk kota dan menyebarkan propaganda. Ianya sangat sesuai di kawasan yang menjadi tumpuan para penduduk seperti kawasan ini. Kita adalah kumpulan kedua yang diketuai oleh Laviant. Arahannya juga sama seperimana arahan Sufi. Pejuang Pohon akan mengikuti arahannya." Arah Alim.

"Baik Tuanku." Jawab Myla dan Isac.

"Pasti ketua Tuanku itu sangat bijak... Dia mampu membahagikan kedua kumpulan untuk menyerang tanpa pengetahuan Tiga Segi Berdarah." Puji Myla.

"Bijak dari kau. Bertanya banyak tapi berfikir malas." Sindir Laviant.

"Ish... Suka hati aku lah." Marah Myla.

"Sabar Myla... Mari." Ajak Alim dengan gelak kecil dibibirnya.

Mereka bereempat bergerak sesuai dengan arahan itu meneruskan tugas mereka sebagai kumpulan kedua dalam rancangan perampasan yang diketuai oleh Laviant. Tidak dapat dinafikan lagi kebijakan si hantu itu. Penyamaran yang bukan setakat hanya pada zahirnya sebuah penyamaran tapi dia sudah mengaturnya mengikut kelebihan masing-masing pada dua kumpulan yang berbeza dengan satu tujuan yang sama. Perampasan Semula.

*****

Suatu suana tengah malam di kedai Khamar tempat berkumpulnya pada anggota Hiyar Ayil. Mereka kedatangan tetamu baru pada suasana itu iaitu Myla si mata-mata bagi Pohon Pejuang. Alim menjelaskan segalanya mengenai Pohon Pejuang dan maklumat yang mereka perolehi daripada Myla dan Isac. Abang Rahman pula menjelaskan tentang perjalanan penyingkiran yang di ketuai oleh Sufi. Suatu pertukaran maklumat yang penting bagi meneruskan rancangan mereka.

"Abang Rahman banyak memainkan peranan dalam perampasan ini. Tapi, bagaimana Abang Rahman berjaya menyembunyikan Pejuang Pohon?" Tanya Daem.

"Aku hanyalah tentera biasa sewaktu menjadi boneka Tiga Segi Berdarah. Tentera yang berada pada barisan paling belakang sekali. Tiada siapa yang mengenal aku kecuali Sayr. Itu pun kerana dia yang selalu menyuruh aku mengasah pedangnya dahulu. Mereka tidak akan tahu siapa yang aku sembunyikan kerana aku bukannya watak penting dalam Tiga Segi Berdarah." Jawab Abang Rahman.

Para jiwa yang mendengar menganggukkan kepala mereka sebagai tanda faham dengan jawapan itu. Seorang insan biasa yang menjadi penyelamat bagi insan yang luar biasa.

"Seperti kata Sufi... Arus takdir... Abang Rahman yang hanya seorang tentera biasa yang menjadi penyelamat bagi nyawa-nyawa kami. Yang berkuasa pula hanyut dengan kuasa mereka didalam gelap." Sambung Sofea.

"Jadi... Kita sudah pun mendapat bantuan daripada Pohon Pejuang. Apa yang kita perlu buat seterusnya?" Tanya Daem lagi.

"Untuk masa sekarang... Kita hanya perlu menanti maklumat dari Rai dan Luft. Kejayaan mereka menentukan hala tuju rancangan kita yang seterusnya. Sofea, bagaimana Dewan Pemerintah?" Tanya Abang Rahman.

"Dewan Pemerintah bergoncangan. Seperti kata Sufi, Nephila dan Esfarza bertengkar disebabkan Lily. Esfarza juga sudapun berada di pihak kita. Dia yang menjadi punca pertengkaran itu. Rai dan Luft berjaya menyelamatkan penduduk kampung Kabus dan menyisakan seorang tentera untuk menyampaikan pesan Raja Petir yang ingin bertarung dengan Penguasa Perang. Livis akan membawa ke semua Mu'un yang dia ada bersama dengan bawahannya termasuk Kenji. Semuanya kerana arahan Nephila tanpa berfikir panjang kerana terganggu dengan masalah Lily." Terang Sofea.

Anggota Hiyar Ayil menepuk tangan mendengar kejayaan rancangan awal mereka.

"Mampukah Raja Petir dan Mata-Mata Bayangan memusnahkan kesemua tentera Livis?" Tanya Alim.

"Mampukah mereka menentang tiga Tunggal Terkuat didunia tanpa seorang Tunggal daripada mereka?" Tanya Abang Rahman semula.

Alim tersenyum sinis mendengar pertanyaan Abang Rahman yang berbaur sindiran.

"Mereka akan menyerang dalam masa enam hari lagi. Kita tidak boleh bertukar maklumat dengan Sufi selagi Luft belum pulang. Mereka adalah maklumat terakhir yang diperlukan sebelum kesemua maklumat di sampaikan pada Sufi." Terang Sofea.

"Mmm... Itu pula kelemahan kita. Kita boleh merancang sementara menunggu Luft tapi kita juga perlukan keputusan akhir daripada Sufi." Sokong Abang Rahman.

Tanpa seorang ketua yang bijaksana akal mereka hampir buntu mencari jawapan pada rancangan seterusnya. Pembantunya yang bijak juga tidak ingin diketahui usulnya. Dalam beberapa minit, Alim mengemukakan cadangan.

"Ehem... Saya ingin memberi cadangan bagi rancangan seterusnya sementara kita menanti maklumat daripada Rai dan Luft. Bolekah kalau saya meminta Daem mula membuatkan pedang dan baju besi bagi Pohon Pejuang untuk bersiap sedia sekiranya mereka diperlukan. Mungkin, untuk membantu perjuangan Rai dan Luft sudah terlambat. Tapi kalau kita ingin melindungi penduduk kampung yang lain. Rasanya kita masih berkesempatan." Pinta Alim.

"Aku boleh buatkan Alim. Jangan risau... Aku buat pedang dan baju besi yang terbaik untuk tentera kau." Balas Daem lalu tergelak dengan bangganya.

"Maafkan Myla... Untuk mengambil pedang dan baju besi itu dari Daem tanpa di kesan daripada Tentera Merah. Myla akan meminta Pejuang Pohon yang ada di kota ini untuk mengambilnya secara senyap-senyap." Sokong Myla.

"Mmm... Bagus idea kau Alim. Daem... Kau bantu Myla. Pada malam hari dan malam yang seterusnya, setiap pejuang ambil satu pedang dan baju besi. Tapi jangan bertindak terlebih dahulu. Kita tunggu arahan daripada Sufi. Tindakan tanpa rencana itu berbahaya. Risau kita akan diketahui. Ianya sekadar untuk bersiap sedia." Arah Abang Rahman.

"Baik Abang Rahman..." Jawab Alim.

"Fuh... Ada juga kepentingan watak aku rupanya." Ucap Daem dengan senyuman kecil.

"Pap!" Sofea menepuk tangannya secara tiba-tiba.

"Sofea?" Soal Alim.

"Sofea hampir terlupa. Kata Nephila, Lily adalah Tunggal Ratu Ilmu Hitam yang belum sempurna dan Sufi adalah kunci untuk menyempurnakan Tunggal Lily. Sebab itu Sufi dan Esfarza sudah merancang untuk memasukkan Sufi ke dalam penjara. Alasannya pada Nephila, Sufi terlalu mencurigakan." Terang Sofea.

Sunyi menerpa suasana apabila mereka mendengarkan penjelasan daripada Sofea itu.

"Sufi... Sudah tahu lebih awal. Lily mewarisi Tunggal ibunya... Laila." Terang Alim.

"Bijaknya." Puji Myla.

"Sebab itu dia melantik dirinya menjadi guru selepas mengetahui kedudukan Lily daripada Luft. Dia tahu bagaimana mengawal budak itu. kemungkinan dia juga tahu mengapa Tunggal itu belum sempurna bersama dengan penyelesaiannya." Sambung Abang Rahman.

"Kasih sayang... Itu yang Sufi ucapkan. Kasih sayang dari kedua ibu bapa." Sambung Daem.

"Maksudnya... Sufi mengikat dirinya bersama dengan Nur membentuk hubungan ibu dan ayah kepada Lily Sebab itu dia meminta untuk membiarkan Nur dengan wataknya. Dia tidak ingin Nur dicurigai dengan hubungan ibu yang sudah terbentuk kepada Lily. Mereka ingatkan hanya Sufi yang membentuk kesempurnaan Tunggal Lily. Sebaliknya, Nur juga separuh daripada kesempurnaan Tunggal itu." Terang Sofea.

"Bagaimana... Dia mampu mengetahui dan berfikir seperti itu.?" Tanya Myla.

"Bicara hati!" Jawab anggota Hiyar Ayil serentak.

Myla menundukkan wajahnya. Dia terpukau dengan penjelasan itu dalam masa yang sama dia juga risau dengan pertanyaannya yang sekadar menghiasi perbincangan mereka.

"Tapi.... Sekiranya Tunggal itu sempurna. Pasti Lily sukar untuk dikalahkan." Terang Alim.

"Mmm.... Alasannnya hanya ada pada si pemberi persoalan." Jawab Abang Rahman.

Jawapan yang diberikan Abang Rahman membuat para jiwa yang mendengar mengeluh untuk ke sekian kalinya.

"Nanti kita akan tahu. Ikuti sahaja arusnya ya." Pujuk Sofea.

Mereka semua mengangguk mendengar nasihat itu. Tidak disangka, kebijakan Sufi di luar batas pemikiran mereka. Dia memberi persoalan yang hanya dia mampu menjawabnya. Sungguh dia mencipta lagi rahsia di balik rahsia.


Load failed, please RETRY

Status Power Mingguan

Rank -- Peringkat Power
Stone -- Power stone

Membuka kunci kumpulan bab

Indeks

Opsi Tampilan

Latar Belakang

Font

Ukuran

Komentar pada bab

Tulis ulasan Status Membaca: C14
Gagal mengirim. Silakan coba lagi
  • Kualitas penulisan
  • Stabilitas Pembaruan
  • Pengembangan Cerita
  • Desain Karakter
  • Latar Belakang Dunia

Skor total 0.0

Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
Pilih Power Stone
Rank NO.-- Peringkat Power
Stone -- Batu Daya
Laporkan konten yang tidak pantas
Tip kesalahan

Laporkan penyalahgunaan

Komentar paragraf

Masuk