Unduh Aplikasi
55% Hanya si Dia / Chapter 11: Bab 11

Bab 11: Bab 11

Semasa di meja makan semua diam, tiada satu suara pun yang bunyi. Puan Fatimah memandang Afif dan Wanie, dan matanya terarah kepada menantunya yang sedang menunduk makan nasi. Seperti dulu. Nasinya tidak terluak, bila nak gemuk menantunya itu. Makan sikit lepas itu kena pukul lagi. Ingatkan Afif dah betul-betul berubah, tapi sebenarnya tak. Afif membuka suara, tapi matanya memandang ke arah isterinya, Nura Azwanie.

"Sayang.. Aiman ada hantar mesej dekat abang.. Dia cakap raya ni dia datang dengan Aenin dengan Aiyin." Wanie terdiam, di berhenti tangannya dari terus suap makanan dalam mulut. Dia pejam matanya rapat-rapat. Dia mengangguk perlahan. Afif terus sambung dengan suapannya setelah melihat jawapan dari Wanie.

Semua mata memandang ke arah Wanie sayu, begitu juga dengan Illa. Macam mana dia nak sembunyikan lebam di bibirnya nanti. Aenin tu banyak bertanya, Aiyin tu suka menyiasat. Dua makhluk dia kena hadap, dengan abang Aiman dan Afif lagi. Dah lah Afif tak berapa suka dengan pura-pura belakon. Tak pasal-pasal Afif pukulnya depan abang Aiman, Aenin dan Aiyin. Wanie tergigit mulutnya.

"Arghh." Wanie terjerit kecil, di tampar mulutnya perlahan. Semua mata memandang Wanie pelik.

"Tergigit mulut?" Tanya Illa yang di sebelah Afif. Afif fokus dengan suapannya. Wanie hanya mengangguk. Dia tidak perlu angkat mukanya, dia tahu siapa yang menyoalnya.

"Wanie." Panggil Tuan Shariz. Wanie tidak sahut ataupun pandang wajah Tuan Shariz.

"Esok.. Baba dengan ummi dan juga Ira tiada.. Kami balik kampung raya rumah ibu ummi. Kalau Wanie nak ikut, kita pergi sekali." Afif yang dengar kata-kata Tuan Shariz. Di pandang kepala Wanie yang masih tunduk, Wanie senyum tapi senyumannya berhenti apabila dengar suara Afif.

"Kalau baba dengan ummi nak bawa Illa lagi bagus. Lagipun you teringin nak balik kampung kan?" Afif memandang wajah Illa yang turut pandangnya binggung. Afif memberi satu ciuman di udara sambil di kenyit matanya. Illa yang mengerut sedikit kepalanya hanya mengangguk perlahan.

"Ummi tak benarkan kamu duduk berduaan dengan Wanie." Afif memandang wajah Puan Fatimah lemah.

"Kenapa pula? Wanie isteri Fif, Wanie patut dengar cakap Fif."

"Illa bukan isteri kamu?" Tanya Puan Fatimah geram. Dia tak boleh benarkan Afif tinggal dengan Wanie. Dia tak sanggup lihat menantunya kena pukul dengan Afif.

"Ya. Kan tadi Fif benarkan Illa ikut ummi dengan baba." Jawab Afif. Dia tak nak duduk jauh dengan Wanie. Cukuplah Wanie duduk bilik lain, itu dah cukup jauh darinya.

"Kenapa Wanie kamu tak benarkan? Kamu nak pukul isteri kamu lagi?" Tanya Puan Fatimah lagi. Afif memandang wajah umminya. Kenapa dengan umminya ni.

"Fif tak nak jauh dengan Wanie." Wanie diam mendengar kata-kata suaminya.

"Atau kamu tak puas lagi nak pukul isteri kamu Fif? Cukup lah kamu beri alasan.. Ummi dah tak sanggup tengok menantu ummi cedera macam ni." Wanie mengetap bibirnya, Afif memandang Wanie.

"Sayang.." Panggil Afif. Wanie pejam matanya rapat. Dia tak suka dengan panggilan tu, Afif ada niat tak baik.

"Tak apa ummi. Wanie ok ja duduk rumah, lagipun raya ni abang Aiman nak datang. Kalau Wanie pergi ikut ummi dengan baba, mesti Aenin dengan Aiyin sedih Wanie tak ada." Jawab Wanie panjang lebar. Afif senyum sinis, di pandang wajah Puan Fatimah dengan bibir yang mengetap. Puan Fatimah memandang anak sulungnya dengan gelengan kecil. Tak sangka anaknya begini.

"Ummi dengan baba pergi berapa hari." Tanya Wanie sambil terukir senyum. Afif memandang isterinya yang menanya kepada kedua orang tuanya.

"Empat hari kak." Jawab Ira yang tadi membisu.

"Kak. Tengok ni, gambar lelaki yang Ira tunjuk dekat kakak tu kan. Sebenarnya dia sepupu Ira dengan abang Fif. Nama dia Raishdin Amar, dia umur sama dengan abang.. Dia anak dato' tau kak."

"Yang kau beritahu isteri aku pasal Raish kenapa?" Afif memandang geram adiknya yang seronok beritahu pasal Amar A sampai Z. Sebaik isterinya menggeleng.. Kalau sengeh tadi, tak pasal-pasal dia pukul Wanie lagi.

"Biarlah!" Jawab Ira geram. Di cubit lengan Afif geram. Afif yang menahan cubitan Ira di ketap bibirnya kuat.

"Woi! Sakitlah bengong."Afif menyuruh Wanie usap tempat di cubit oleh Ira. Wanie senyum nipis, di usap juga lengan suaminya dengan mengguna tangan kiri, tak akan nak guna tangan kanan. Kejap lagi kena lagi pukulan Afif. Tak sanggup dik.

"You.." Panggil Illa di sebelahnya. Afif memandang Illa yang turut memandangnya.

"I nak raya dengan you.." Illa perlahankan suaranya, biar dia dengan Afif sahaja yang dengar. Tapi Wanie dapat tangkap bisikan Illa.

"I nak raya dengan isteri pertama I. I tak pernah beraya dengan dia lagi. You bagilah I peluang dengan dia. I janji.. Raya tahun depan kita raya sekali dekat rumah you.. Nak?" Afif turut bisik di sebelah Illa. Illa senyum dengar kata-kata Afif. Wanie yang curi dengar bisikan Afif dengan Illa.. Perasaan cemburu menguasai seluruh hatinya. Sakit! Afif tak pernah begitu dengan dia. Tapi Illa?

Kalau dengannya Afif selalu naik tangan walaupun dia tak ada buat salah apa pun. Dia cuba sedaya upaya untuk dengar arahan suaminya, tapi apa yang dia buat tak kena depan mata Afif. Teruk sangatkah dia di hadapan Afif. Ayat itu yang di ulang dan yang dengar hanya dia. Dia tak berani sebut di hadapan Afif, dia tak nak di pukul oleh Afif.

Dia masih tak tahu.. Perasaan Afif terhadapnya, betulkah Afif cintakan dia.. Atau dia tepuk sebelah tangan? Wanie menundukkan kepalanya, Puan Fatimah yang dari tadi memandang Wanie ada perasaan ingin tahu. Apa yang Wanie dengar dari bisikan Afif dengan Illa.

↪↩↪↩↪↩↪↩

Wanie keluar dari biliknya dan menuju ke singki. Dia ingin basuh pinggan yang ada dalam singki. Wanie capai apron yang tergantung dan letak di hadapan badannya. Tali yang dia hendak ikat terbantut setelah tangan seseorang membantunya. Wanie pusing belakang melihat orang tersebut, rupanya Afif yang berdiri di belakangnya sambil terukir senyuman ke arahnya. Wanie membalas senyuman Afif, dia pusing semula badannya menghadap singki dan mula membasuh pinggan. Afif ikat tali apron di belakang pinggang isterinya dan terus peluk pinggang isterinya dari belakang. Wanie hanya membiarkan kalau melarang, Afif cederakan dia lagi.

"Sayang ingat tak.. Dulu kita pernah basuh pinggan sama-sama." Wanie mengangguk dengan kata-kata Afif. Ya.. Dia ingat, kali pertama dia terjatuh cinta dengan Afif. Wanie senyum perlahan.

"Masa tu. Abang seronok sangat, sayang nak basuh pinggan dengan abang. Dan masa tu juga.. Abang teringin nak peluk sayang macam ni.. Dan sekarang.. Abang dapat peluk sayang." Afif merapatkan bibirnya dengan pipi isterinya di ciumnya perlahan. Afif menggoyangkan badannya dengan badan Wanie, Afif nyanyi satu lagu yang bertajuk 'ku sesat dalam rindu' Aiman tino. Wanie rasa ingin tidur sahaja masa tu. Merdunya dia dengar suara suaminya.

Kadang-kadang Afif ceritakan kisah hantu, mentang-mentang isterinya takut hantu. Di usiknya, Wanie yang tak nak dengar di cuba leraikan pelukannya dengan Afif, tapi Afif ligat dengan ceritanya dan di eratkan lagi pelukannya. Ketawanya pecah melihat Wanie yang hendak nangis. Semasa Wanie hendak masuk dalam biliknya, Afif mengusik mengatakan hantu ada bawah katil. Wanie apa lagi datang semula kepada Afif dengan larian takut. Macam mana dia nak tidur nanti. Afif yang melihat di ketawakan kepada isterinya. Puan Fatimah dan Tuan Shariz senyum, tapi senyuman mereka tak lama. Mereka tahu, perangai Afif cepat berubah. Sekejap ok, sekejap tak. Mereka pun dah macam tak kenal anak mereka.


Load failed, please RETRY

Status Power Mingguan

Rank -- Peringkat Power
Stone -- Power stone

Membuka kunci kumpulan bab

Indeks

Opsi Tampilan

Latar Belakang

Font

Ukuran

Komentar pada bab

Tulis ulasan Status Membaca: C11
Gagal mengirim. Silakan coba lagi
  • Kualitas penulisan
  • Stabilitas Pembaruan
  • Pengembangan Cerita
  • Desain Karakter
  • Latar Belakang Dunia

Skor total 0.0

Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
Pilih Power Stone
Rank NO.-- Peringkat Power
Stone -- Batu Daya
Laporkan konten yang tidak pantas
Tip kesalahan

Laporkan penyalahgunaan

Komentar paragraf

Masuk