Unduh Aplikasi
15% Hanya si Dia / Chapter 3: Bab 3

Bab 3: Bab 3

Selepas akad nikah pada waktu maghrib dan sekali dengan majlis makan-makan yang simple sahaja. Mereka mengadakan solat Tarawih di rumah Tuan Zamrul tapi hanya lelaki dan beberapa perempuan ikut solat Tarawih sekali. Wanie menunaikan solat Tarawih sendirian kerana tidak ada ruang dalam bilik solat itu.

Afif yang sudah solat Isyak dan Tarawih. Menuju ke dalam bilik Wanie. Dah jadi suami orang kan? Sebelum dia masuk dalam bilik Wanie. Babanya memanggilnya dari dapur. Afif berjalan menuju ke dapur di mana adanya babanya.

"Ada apa baba?" Afif duduk di kerusi di sebelah Tuan Shariz.

"Kamu dah jadi suami orang nak. Kamu ada tanggungjawab. Baba harap kamu sayang isteri kamu seperti kamu sayang diri kamu." Afif mengangguk dengan pesanan babanya.

"Pergi lah masuk bilik. Isteri kamu tengah tunggu kamu tu." Afif senyum kepada babanya dan berdiri di hadapan Tuan Shariz.

"Fif masuk dulu baba." Afif salam tangan Tuan Shariz. Dia berjalan menaiki tangga dan menuju ke bilik Wanie. Afif kuak sedikit pintu bilik Wanie. Di jenguk melihat kelibat seseorang. Tiada. Tetiba ada kain putih perlahan-lahan keluar dari belakang pintu. Afif terus buka pintu kuat. Bunyi yang kuat dari belakang pintu menyebabkan Afif melihat di belakang pintu. Kelihatan Wanie mengurut perlahan dahinya yang terhantuk oleh pintu. Afif mengetap bibir melihat isterinya yang mengurut dahinya. Afif masuk dan mendapatkan isterinya.

"Yang duduk belakang pintu kenapa? Tengok." Afif menarik dagu Wanie langut ke atas.

"Nak ambil penyakut baju. Tak tahu pula abang Fif ada di sebalik pintu." Kata Wanie sambil melihat penyakit baju di pintu. Afif melihat wajah Wanie.

"Abang letak gamat em?" Mata Wanie terarah kepada wajah Afif sambil di buat muka jijik. Di gelengnya perlahan.

"Kenapa?" Tanya Afif pelik.

"Wanie tak suka. Bau dia.. Wanie tak suka." Wanie capai penyakut dan meletakkan telekung dan kain telekung dan di sangkut di pintu semula. Afif hanya memerhatikan isterinya.

"Pelik lah sayang ni.." Afif berjalan ke birai katil dan meletak songkok di meja. Wanie keluar dari bilik tanpa menutup pintu. Afif hanya tunggu isterinya tiba semula. Di termenung melihat hiasan dalam bilik isterinya. Tidak ada banyak hiasan apa-apa pun. Jauh beza dari bilik tetamu, wallpaper yang cantik. Langsir pun macam baru beli. Dan.. Dia ada pernah tengok bilik lain. Semuanya lawa-lawa.

Tapi.. Cuma bilik isterinya yang tak ceria. Cat dinding ada yang dan terkeluar. Langsir pun ada beberapa tempat terkoyak. Cuma cadar di atas katil ni masih cantik. Tempat solek pun lebih kurang. Cermin dah retak di bawah. Nasib tak roboh almari meja tu. Sedang Afif sibuk membelek bilik Wanie. Wanie masuk dalam biliknya dan menutup pintu. Tuala yang dia sudah letak ais. Di letak dekat dahinya.

"Sayang.." Panggil Afif di birai katil sambil melihat isterinya. Wanie tak sahut panggilannya, malah duduk di tempat dia belajar sambil di tuam di pipinya. Eh? Kenapa dengan pipi? Bukan di dahi? Baru kena tampar dengan seseorang tadi.. Siapa? Siapa lagi kalau bukan Tuan Zamrul.

"Sayang.." Sekali lagi Afif memanggil nama panggilan isterinya.

"Em?" Wanie jawab acuh tak acuh. Afif pelik dengan isterinya. Dia bangun dan menuju ke arah isterinya.

"Sayang?" Afif memegang kedua bahu Wanie. Wanie yang perlahan tuam pipinya terkejut dengan kehadiran Afif di belakangnya.

"Ya." Wanie memandang Afif. Afif turut memandang wajah Wanie.

"Kenapa ni?" Afif duduk di sebelah Wanie, tapi dia hanya cangkung. Kerusi tak ada. Tak akan nak duduk atas peha Wanie.

"Tak ada apa. Abang Fif panggil Wanie kenapa?" Wanie meletakkan tuala di atas meja. Di pandang wajah suaminya.

"Mari. Abang tuam dekat sayang." Afif capai tuala dan genggam kemas tapak tangan Wanie. Wanie hanya ikut sahaja. Mereka duduk di birai katil. Afif tuam pipi kanan Wanie dengan perlahan. Wanie hanya diam. Matanya melihat bantal lama.

▶▶▶◀◀◀

Wanie menuju ke arah peti sejuk dan capai beberapa ketulan ais dan letak dalam tuala yang di bawanya tadi. Satu suara menegurnya dari belakang.

"Esok ajak laki hang balik kl. Bawa semua barang hang keluaq dari rumah aku. Esok aku dah tak mau tengok barang hang ada dalam rumah ni." Tuan Zamrul yang berdiri di atas rumah sambil di pandang tajam wajah Wanie.

"Sebelum hang pergi. Aku nak bagi hadiah dekat hang." Tuan Zamrul berjalan perlahan menghampiri gadis yang dia benci selama ni. Setiap kali dia lihat wajah itu. Dia teringat wajah Aminah. Tuan Zamrul berdiri tepat di hadapan Wanie. Wanie memandang wajah tua Zamrul. Satu tamparan hinggap di pipi kanan Wanie. Perit!

"Itu untuk anak aku dan itu juga untuk mak hang yang suka menyusahkan anak aku dan sekarang turun pula dekat hang." Tuan Zamrul berjalan meninggalkan Wanie yang masih pegang pipinya yang terasa perit.

▶▶▶◀◀◀

"Sayang? Hey sayang?" Afif gerakkan sedikit lengan isterinya yang termenung jauh. Satu titisan jenih jatuh di pipi kiri Wanie. Afif memandang lama wajah isterinya, Afif menyentuh lembut pipi isterinya. Wanie terkejut dan pandang mata Afif yang turut memandang mata Wanie.

"Sayang fikir apa?" Afif mengusap perlahan pipi Wanie menggunakan ibu jarinya. Wanie masih berdiam di pandang wajah Afif lama.

"Sayang?" Afif cuba kembalikan Wanie dari terus mengelamun. Wanie senyum nipis kepada Afif. Tetiba Wanie teringat sesuatu.

"Err.. Tadi abang Fif cakap nak beritahu perkara sebenar? Perkara apa?" Wanie turunkan tangan Afif dari wajahnya. Afif menggenggam kedua tapak tangan isterinya, di pandang wajah isterinya, lama.

"Sebelum abang cakap pasal tu. Boleh sayang panggil abang, abang? Jangan letak Fif. Boleh?" Afif usap lembut jari jemari isterinya. Wanie senyum dan mengangguk kecil. Afif turut tersenyum.

"Dan.. Sayang bahasa kan diri sayang, sayang?" Afif membawa tangan isterinya di pehanya. Wanie mengangkat keningnya sebelum terukir senyuman dan anggukan.

"Kalau abang terpukul sayang.. Sayang bertahan dengan perangai abang." Afif meletakkan kedua tangan Wanie ke arah kelopak matanya. Di pejam rapat matanya dan merasa kulit isterinya sejuk dan selesa. Wanie perhatikan suaminya sahaja, tidak tahu apa maksud suaminya.

"Maksud abang Fi.. Eh.. Err maksud abang?" Afif menurunkan tangan isterinya perlahan. Di pandang wajah isterinya yang tidak faham maksudnya.

"Kalau-kalau abang terpukul sayang tanpa sengaja. Mana kita tahu kan?" Afif meletakkan tangan Wanie di atas tangan kiri Wanie sendiri. Tangan kanannya memegang erat kedua tangan isteri. Tangan kirinya hinggap di wajah Wanie. Di ulus lembut pipi isterinya.

'Sanggupkah aku nanti nak pukul wajah ni?' Afif menyoal pada dirinya sendiri sambil melihat setiap bahagian di wajah isterinya. Wanie terasa ingin lena dengan usapan lembut oleh tangan suaminya. Di pejam perlahan matanya tapi tangan Afif cepat menarik leher Wanie kehadapan dan..

Cup.

Wanie memandang lama mata Afif yang sudah tutup matanya. Mata Wanie bagaikan susah nak berkelip. Di renung lama suaminya yang hangut dengan ciumannya. Dalam dua minit Afif melepaskan bibirnya dengan bibir isterinya. Di pandang anak mata Wanie yang dari tadi memandangnya. Afif senyum melihat wajah isterinya yang terkejut.

"Kan abang cakap tadi.. Abang nak juga." Afif bisik perlahan kepadanya. Wanie berdehem sedikit suaranya yang bagai dah kering di kerongkongnya. Afif sembunyikan senyumannya. Wanie menunduk perlahan sebelum di senyum sembunyi-sembunyi. Afif melihat isterinya yang sembunyikan senyumannya.

"Nak senyum depan-depan lah." Afif usap lembut kedua tangan Wanie sambil di cari wajah Wanie. Wanie yang dengar suara suaminya di pandang Afif tanpa senyuman terukir.

"Mana ada sayang senyum?" Wanie menjeling manja dan tersenyum sedikit di bibirnya.

"Itu bukan senyum?" Afif menunjukkan senyuman Wanie menggunakan muncung bibirnya.

"Senyum ka? Tak nampak pun?" Wanie cuba melihat senyumannya sendiri. Dia senyum dan matanya melihat bibirnya, malangnya matanya tak membawa nasib. Dia nampak sedikit bibirnya sedang senyum. Di pandang wajah Afif yang melihatnya sambil tersenyum geli hati dengan isterinya. Wanie yang perasan di bawa lari anak matanya. Dan akhirnya dia tersenyum malu. Malu dengan perangainya di hadapan suaminya.


Load failed, please RETRY

Status Power Mingguan

Rank -- Peringkat Power
Stone -- Power stone

Membuka kunci kumpulan bab

Indeks

Opsi Tampilan

Latar Belakang

Font

Ukuran

Komentar pada bab

Tulis ulasan Status Membaca: C3
Gagal mengirim. Silakan coba lagi
  • Kualitas penulisan
  • Stabilitas Pembaruan
  • Pengembangan Cerita
  • Desain Karakter
  • Latar Belakang Dunia

Skor total 0.0

Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
Pilih Power Stone
Rank NO.-- Peringkat Power
Stone -- Batu Daya
Laporkan konten yang tidak pantas
Tip kesalahan

Laporkan penyalahgunaan

Komentar paragraf

Masuk