Unduh Aplikasi
70% MAAFKAN AYAH ALYA / Chapter 7: Tetap Tersenyum

Bab 7: Tetap Tersenyum

Apabila Syarifah kasihan pada cucunya yang diabaikan oleh ayahnya maka dia membuat keputusan untuk meminta Izham ambil peduli tentang anaknya yang kesepian itu.

"Baiklah,aku akan cuba sedaya upaya untuk pujuk Izham supaya dia sedar yang anaknya sedang kesepian.Kasihan cucu aku hidup macam tak ada mak bapa.Mak dia memanglah dah tak ada tapi dia masih punya bapa."Kata Syarifah dalam hati.

Maka dia pun pergi memujuk Izham.Dia juga mempunyai rancangan lain jika dia pujuk tidak mendatangkan apa-apa kesan pada Izham.

"Izham,mommy nak cakap sikit ni.Kamu ni sampai bila nak jadi macam ni.Suria dah lama tinggalkan kita.Tolonglah redha dengan takdir Allah berikan.Cuba kau tengok anak kau tu.Dah macam tak ada mak bapak aku tengoknya.Kau tak kasihankan dia ke?Kau tak sayang dia?Dia tu anak kau tau.Dia cuma nak kasih sayang daripada seorang ayah je.Jadi layanlah dia dan sayang dia.Jangan sampai anak kau tu bila besar nanti dia tak mengaku yang kau tu ayah dia lagi.Faham tak?"Kata Syarifah dengan marah.

"Buat apa kalau saya ada anak tapi tak ada isteri?Suria tu segala-galanya bagi saya."Jawab Izham.

Maka Syarifah pergi kerana penat bercakap dengan Izham yang tak mendengarkan katanya.Apabila Syarifah pergi,dia pun pergi ke rancangannya yang kedua iaitu meminta bantuan suaminya dan anaknya.

"Bang saya kasihan tengok Alya tu.Abang tolonglah ya pujuk Iz tu sampai sedar.Kalau abang tegur pun tak berjalan minta la tolong Irham pula ye bang."Kata Syarifah.

"Yalah,nanti abang cuba pujuk.Awak tak payahlah susah hati sangat."Jawab Ismail.

Pada keesokkan harinya,Ismail pula yang pergi memujuk Izham.

"Izham,tolonglah kasihankan anak kau tu.Dia tu hari-hari mengadu pada aku dan mak kau.Daddy ni dah tak tahu macam mana cara lagi nak cakap dengan kau supaya kau sedar.Kalau aku cakap pun bukannya kamu dengar cakap aku.Engkau tu baru je hilang isteri tau belum hilang anak lagi.Kami semua sedih juga atas pemergian arwah tapi tak ada lah macam kau ni sedih je sepanjang hari.Makan minum tak terjaga.Dah 7 tahun tau dia tinggalkan kita semua.Aku nak tanya kau.Kau tak ingat ke apa yang dia pesan pada kau sebelum dia meninggal dulu?Dia suruh kau jaga Alya dengan baik kan?Habistu kenapa kau tak jaga dia dengan baik?"Kata Ismail dengan lembut.

"Saya ingat tapi saya masih tak boleh terima yang dia pergi dulu sebelum saya dan saya pernah kata yang saya tak akan sekali-kali cuba lupakan Suria isteri saya."Jawab Izham.

Keesokkan harinya,selepas Izham ditegur oleh bapa mertuanya.Dia terus memikirkannya dan membuat keputusan untuk terus mengingati arwah isterinya buat selama-lamanya.Apa sahaja yang Syarifah dan Ismail katakan semuanya tidak berhasil.

Walaubagaimanapun,Alya harus tetap tersenyum untuk menutup segala duka yang dia lalui sekarang kerana dia tidak ingin nenek dan datuknya merisaukan keadaannya.


Load failed, please RETRY

Status Power Mingguan

Rank -- Peringkat Power
Stone -- Power stone

Membuka kunci kumpulan bab

Indeks

Opsi Tampilan

Latar Belakang

Font

Ukuran

Komentar pada bab

Tulis ulasan Status Membaca: C7
Gagal mengirim. Silakan coba lagi
  • Kualitas penulisan
  • Stabilitas Pembaruan
  • Pengembangan Cerita
  • Desain Karakter
  • Latar Belakang Dunia

Skor total 0.0

Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
Pilih Power Stone
Rank NO.-- Peringkat Power
Stone -- Batu Daya
Laporkan konten yang tidak pantas
Tip kesalahan

Laporkan penyalahgunaan

Komentar paragraf

Masuk