Unduh Aplikasi
46.8% Love Between Choices / Chapter 22: Bah. 15 : Gurauan takdir

Bab 22: Bah. 15 : Gurauan takdir

Aisyah kembali ke rumah di KL. Dia berbaring di atas katil sambil menatal skrin telefon pintar mencari kerja kosong di beberapa laman sesawang serta laman sosial. Dia menemui jawatan kerja yang sesuai dengannya dan tidak menetapkan keperluan yang rumit. Dia menghubungi agensi itu melalui laman sosial mereka dan berjaya mengaturkan temu janji untuk bertemu.

Keesokannya, dia bersiap untuk pergi ke agensi pekerjaan itu. Dia masuk ke dalam keretanya. Badannya tiba-tiba menjadi kaku sebaik duduk di kerusi pemandu. Tangannya gigil di atas stereng dan dia merenung ke hadapan dengan suatu kilasan ingatan muncul di fikirannya.

Kejadian kemalangan itu antaranya dan Luqman terkilas di mindanya. Walau dia bukan pemandu ketika kejadian itu tapi ketika dia duduk di kerusi pemandu itu dia berasa gemuruh saat mengenangkan kejadian itu.

Dia masih terbayang-bayang akan keadaan Luqman sebaik kereta mereka berlanggaran dengan beberapa kereta lain. Wajah Luqman berlumuran darah dan tidak sedarkan diri sedang dia yang masih sedar ketika itu berusaha membangkitkannya dengan kudarat yang masih berbaki sebelum hilang sedar.

Dia menggenggam erat stereng dan menarik nafas panjang. Dia cuba menenangkan fikiran dan memberikan semangat optimis dalam dirinya. Dia menanamkan kata-kata positif dalam fikirannya. Perlahan-lahan dia menghidupkan enjin kereta.

Selepas seketika dia mendengar deruman enjin, dia menarik panjang dan mula menekan pedal minyak dan keretanya mula bergerak ke jalan raya. Dia kekal bertenang dan akhirnya dia dapat memandu kereta dengan tenang tanpa debaran gemuruh.

Dia tiba di agensi pekerjaan itu dan ditemu duga oleh seorang agen, kemudian diberikan penjelasan dan taklimat lanjut mengenai skop kerjanya. Kemudian, Aisyah segera diterima bekerja.

Petang itu, dia dimaklumkan oleh agennya dia sudah mendapatkan penempatan dengan kontrak kerja sebagai pembantu rumah selama enam bulan dan tempoh percubaan selama sebulan. Pekerjaannya adalah sebagai pembantu rumah ulang-alik yang bekerja dari lapan pagi hingga enam petang sahaja.

Bakal majikan tidak dapat hadir ke agensi untuk menjemputnya dan meminta agennya menghantarkan pembantunya itu langsung ke rumahnya. Agennya memberikan alamat rumah majikannya dan memohon maaf tidak dapat menghantarkannya kerana dia mempunyai temu janji lain dengan beberapa pelanggan lagi petang itu.

Aisyah akur dan memandu ke alamat itu. Dia tiba di sebuah bangunan apartmen, dia menghubungi majikannya itu.

"Hello? Assalamualaikum." Aisyah menyapa di talian.

"Ya? Waalaikumusalam," jawab gerangan majikannya itu.

"Saya pembantu rumah encik, Aisyah." Aisyah memperkenalkan diri.

"O~." Gerangan itu memeriksa jam di tangannya.

"Kejap lagi, saya habis kerja. Awak boleh tunggu saya kat taman permainan kat bawah tu," ujar gerangan itu lembut dan sopan di hujung talian.

"Dalam sejam lagi, saya sampai. Sorry awak kena menunggu. Tak apa, ke?" sambung gerangan itu dengan sangat beradab dengan Aisyah.

"Eh, tak apa. Encik boleh teruskan kerja. Saya akan tunggu encik kat sini," ujar Aisyah dengan ramah.

Aisyah duduk di taman permainan itu seperti yang diarahkan. Dia melihat beberapa kanak-kanak bermain di taman itu. Kemudian, semakin ramai kanak-kanak datang bermain di taman itu. Lebih sejam, Aisyah hanya duduk di situ sambil memerhatikan anak-anak kecil itu bermain dan mencuit naluri keibuannya.

Terdetik di hatinya, dia sangat mengidamkan keluarga bahagia semasa bersama-sama Luqman. Dia teringat akan perbualan mereka sebelum ini. Aisyah mengangankan hanya ingin memiliki sepasang anak sahaja, seorang lelaki dan seorang perempuan sudah cukup bagi mereka.

Dia masih teringat dia bersungut ketika Luqman bergurau ingin memiliki anak lebih banyak daripada dua orang yang bertentangan dengan keinginannya. Dia merungut tentang kerja menjaga anak sangat leceh dan memenatkan kerana pengalamannya menjaga adik bongsunya. Walau dia suka akan budak kecil tapi proses menjaga mereka tidak semudah yang disangka yang membuatkan dia belajar dari pengalaman.

Sebaik mendengar sungatan Aisyah itu, Luqman berjanji segala beban kerja rumah dan urusan anak akan saling dikongsi bersama-sama, dia tidak akan membiarkan Aisyah terbeban sendirian dengan semua itu. Aisyah tersenyum sendiri saat mengenangkan hal itu.

Dia senang melihat anak-anak kecil itu bermain permainan di taman itu dengan riang dan aktif bersama-sama ibu bapa mereka. Tiba-tiba, telefonnya berdering. Dia menjawab panggilan itu.

"Awak kat mana? Saya dah sampai," tanya si pemanggil.

Aisyah mencari-cari gerangan majikannya itu namun tidak menemuinya lalu bertanya, "Saya tak nampakpun encik kat mana?"

Dia menoleh ke belakang dan melihat seseorang yang sedang memegang telefon bimbit di telinga berjalan ke arahnya. Dia mengecam gerangan itu. Gerangan itu hanya beberapa langkah di hadapannya kini.

"Dr. Haris?" laung Aisyah separa terkejut.

"Awak? Aisyah, pembantu baharu saya?" tanya Haris yang cuba mendapatkan kepastian terlebih dahulu.

"Ya," balas Aisyah.

"Awak kenal saya?" tanya Haris yang berasa aneh kerana pembantu baharunya itu mengenalinya sedangkan dia tidak mengenalinya.

"Doktor, tak ingat saya, ke?" tanya Aisyah.

"Saya penjaga Encik Jamal, pesakit sebelah Encik Burhan kat Wad Kenanga. Saya yang selalu senyum dan kadang-kadang sapa doktor waktu doktor buat morning visit kat wad. Maybe doktor dah lupa kat saya sebab Encik Burhan dah lama discharged sebelum ayah saya. So, maybe dah lama tak jumpa, doktor lupa akan saya." Aisyah menjelaskan hal itu.

"O~!" Haris hanya mengiyakan penjelasan Aisyah dan berjalan masuk ke bangunan apartmennya.

Aisyah mengekori Haris dengan akur dan senyap. Fikirannya dipenuhi pelbagai persoalan membuatkan dia tidak fokus sepenuhnya ketika berjalan mengekori Haris di belakangnya.

Tiba-tiba, dia melanggari belakang Haris kerana tidak menyedari Haris berhenti berjalan dan sedang menunggu pintu lif.

"Adoi!" Aisyah terkejut dan melihat ke hadapannya.

Dia tersengih sambil melihat sekeliling. Beberapa penghuni yang turut sedang menunggu lif, memandang aneh ke arahnya. Dia memohon maaf kepada majikannya itu dan berdiri segan silu di sisi Haris akibat kesilapannya itu.

Mereka akhirnya tiba di rumah Haris yang terletak di tingkat enam belas. Sebaik memasuki rumah, mereka menyalin kasut ke selipar rumah. Aisyah meneliti setiap perincian dan sudut dalam rumah itu serta tahap kebersihan di permukaan perabot. Dia mendapati rumah itu sangat bersih sehingga tiada habuk di jarinya dan sangat tersusun rapi.

"Duduklah dulu. Jangan sentuh-sentuh apapun dalam ruangan ni. Kejap lagi saya explain skop kerja awak kat umah saya ni," arah Haris dengan tegas.

Haris masuk ke biliknya. Selepas seketika, dia keluar dari biliknya dengan pakaian yang berbeza.


Load failed, please RETRY

Status Power Mingguan

Rank -- Peringkat Power
Stone -- Power stone

Membuka kunci kumpulan bab

Indeks

Opsi Tampilan

Latar Belakang

Font

Ukuran

Komentar pada bab

Tulis ulasan Status Membaca: C22
Gagal mengirim. Silakan coba lagi
  • Kualitas penulisan
  • Stabilitas Pembaruan
  • Pengembangan Cerita
  • Desain Karakter
  • Latar Belakang Dunia

Skor total 0.0

Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
Pilih Power Stone
Rank NO.-- Peringkat Power
Stone -- Batu Daya
Laporkan konten yang tidak pantas
Tip kesalahan

Laporkan penyalahgunaan

Komentar paragraf

Masuk