Mereka akhirnya tiba di Real Bali Swing yang terletak di Kampung Bongkasa.
"Macam mana, Aisyah? Best?" soal Amir sambil membantu Aisyah melepaskan helmetnya.
"Not bad," balas Aisyah sambil tersengih sinis.
"Lain kali, kita rent bicycle pula. Cycling along the beach, lagi best." Hakim menyampuk perbualan mereka sebaik keluar dari kereta sambil mendekati mereka.
"Not a bad idea." Aisyah yang juga menyukai cadangan itu sementara Amir hanya tersenyum menandai dia juga menyukainya.
Mereka menyapai pengendali aktiviti rekreasi itu. Mereka kemudiannya diberikan taklimat keselamatan dan demonstrasi untuk mengendalikan aktiviti itu.
Aisyah menawarkan diri untuk mencuba buaian itu terlebih dahulu sementara Amir dan Hakim masih was-was dan gementar. Dia duduk di buaian itu menghadapkan kepada mereka setelah dibantu oleh pengendali aktiviti itu. Dia tidak sedikit menunjukkan rasa gentar sebaliknya tersenyum lebar dan gembira saat dia mula berbuai perlahan.
Rambut dan gaun Aisyah beralun-alun dibuai angin yang menyapa menyerlahkan keayuannya. Aksi spontan Aisyah berbuai itu dirakamkan oleh Hakim dengan kamera, begitu juga Amir dari sisi yang berbeza.
Kedua-dua mereka tanpa sedar tersenyum dalam diam melihat keindahan rupa Aisyah. Aisyah selesai dengan sesinya. Dia turun dari buaian itu dibantu oleh pengendali aktiviti itu.
"Mbak, cantik banget. Pantas aja, mereka terpukau melihat mbak." Pengendali itu memuji keayuan Aisyah. Aisyah terpinga-pinga mendengarnya.
"Who next?" sapa Aisyah kepada kedua-dua mereka yang sibuk memeriksa gambar-gambar yang direkodkan di kamera masing-masing.
Kedua-dua menuding jari kepada satu sama lain. Aisyah menggeleng-geleng kepala melihat situasi itu.
"Amir, kau pergi dulu." Aisyah memberi arahan.
"Apa pasal aku dulu?" soal Amir yang mempersoalkan tindakan Aisyah itu.
"Pergi jelah," arah Aisyah tegas.
"Okey." Amir akur lalu memberikan kameranya kepada Aisyah.
Amir mendekati buaian itu dan dia membincangkan sesuatu dengan pengendali itu. Selesai mendapatkan nasihat dari pengendali itu, Amir menanggalkan kasutnya dan berdiri di atas buaian itu.
"WAU!" sorak Aisyah teruja dengan aksi Amir itu,
"Amir, kau tak takut jatuh, ke?" soal Aisyah yang cuba mengusik Amir.
"Tak," balas Amir sambil menjelir lidah.
Buaian Amir perlahan-lahan berayun. Aisyah dan Hakim mula merekodkan pemandangan itu. Kemudian, Hakim mengambil gilirannya pula untuk mencuba buaian itu.
Hakim duduk di buaian itu membelakangi mereka. Aksi Hakim itu kebetulan bersesuaian dengan suasana petang itu. Cahaya matahari petang yang semakin mengufuk ke barat di antara celahan gunung-ganang menjadi latar pemandangan untuk dirakamkan oleh mereka.
Selesai bermain buaian, mereka memanfaatkan infrasktruktur lain yang terdapat di pusat rekreasi itu untuk dirakamkan sebagai memorabilia kunjungan mereka ke tempat tersebut.
Kemudian, mereka memutuskan untuk menikmati makan malam bersama-sama di restoran sebuah resort yang menjadi tempat penginapan Amir. Restoran itu bercirikan elemen Bali yang sangat indah malah menghidang hidangan Bali yang beraneka macam.
Mereka rancak berbual-bual ketika menjamah makanan yang terhidang di atas meja sambil menghayati pemandangan senja yang berubah kepada kegelapan malam di kawasan itu.
"Esok pagi, marilah tengok sunrise kat sini. Serius cantik," ajak Amir yang tiba-tiba teringat akan pengalamannya menyaksikan matahari terbit di resort itu.
Dia sangat senang hati dengan waktu yang diluangkan bersama-sama Hakim dan Aisyah sepanjang hari itu membuatkan dia ingin terus meluangkan masa dengan mereka untuk hari-hari seterusnya.
"Tapi hotel kami jauh dari sini. Kami balik hotel kami malam ni, and then esok awal pagi Akim kena drive ke sini balik? Penatlah dia," ujar Aisyah.
"Kaulah drive pula," balas Amir.
"Tapi aku, ..." Aisyah masih was-was untuk kembali memandu selepas kemalangan itu dan dia yang baharu sahaja bangkit koma beberapa hari lalu membuatkan dia semakin tidak yakin akan dirinya untuk memandu.
Hakim tidak memberi sebarang reaksi dan hanya diam sambil memerhatikan reaksi Aisyah. Dia dapat melihat ketidakselesaan Aisyah mengenai idea Amir itu.
"Apa kata, kita bermalam je kat sini?" aju Hakim memberikan penyelesaian.
"Huh?" Aisyah tersentak dengan idea Hakim itu.
"Kenapa?" soal Hakim yang hilang akal dengan reaksi Aisyah itu.
"Tak ada apa. Aku okey je," balas Aisyah selamba dan tenang.
"Kalau macam tu, aku pergi uruskan sekarang." Hakim berkata lalu beransur pergi kaunter penyambut tetamu di lobi hotel itu.
Selepas seketika, Hakim kembali kepada mereka dan mendekati Aisyah lalu berbisik kepadanya, "Mereka hanya ada satu suite je lagi yang kosong. Satu bilik tapi ada dua katil. Nak continue, ke?"
"Huh?" ujar Aisyah terkejut lalu terdiam. Dia berfikir sejenak.
"Sekarang peak time. So, kalau kita mana-mana hotel pun, vacancy limited. Lagipun kat area ni, tak banyak pilihan. Kalau kau betul-betul nak bermalam kat sini, go on jelah. Aku okey je. Satu malam je pun," balas Aisyah dengan rasional.
"Seriuslah? Kau sedar, tak? Apa yang kau katakan ni?"
"Apa? Kita bukan nak buat apa-apa pun. So, apa yang kau takutkan sangat? Bukan kau nak tengkam aku pun? Kalau ya, dari dulu lagi kau dah buat." Aisyah berkata dengan yakin dan penuh kepercayaan akan Hakim.
Hakim menatapi wajah Aisyah dengan suatu perasaan sangsi namun dia akur dengan kata-kata Aisyah itu lalu berkata, "Okay, fine."
"Dia memang tak ada apa-apa feeling pada aku, ke?" sungut Hakim sendirian yang tidak memahami sikap Aisyah itu sambil berjalan kembali ke lobi untuk daftar masuk ke bilik hotel itu.
"Dia memang fearless? Or clueless? A man and a lady in one room?" omel Hakim dalam fikiran ketika menantikan urusan daftar masuknya selesai.
"Seriously? How fearless this girl?" sungutnya lagi dalam fikirannya.
Dia geram akan perkara itu pada masa yang sama dia mula memahami kepercayaan Aisyah pada dirinya yang membuatkan Aisyah begitu mudah bertindak sedemikian.
Mereka berpisah dengan Amir dan beransur ke bilik mereka. Sebaik masuk ke dalam bilik itu, mereka duduk di katil masing-masing dan suasana antara mereka tiba-tiba berubah menjadi canggung. Sunyi dan kekok antara mereka.
Tiba-tiba, Aisyah memberanikan diri untuk bersuara, "Aku mandi dulu. Tak apa, ke?"
"Go on. Aku nak check gambar-gambar yang kita tangkap petang tadi dulu," ujar Hakim sambil berpura-pura sibuk mendapatkan komputer riba dan kameranya.
Sebaik Aisyah masuk ke dalam bilik air, Hakim menarik nafas panjang. Suasana kekok antara mereka melemaskan dirinya dan gemuruh mula merasuki dirinya.
Dia berbaring di atas katil sambil merenung siling lalu mencomel sendirian, "This is going kill me."
Kemudian, tanpa sedar, Aisyah selesai menggunakan bilik air lalu menyapa Hakim ketika keluar daripadanya, "Your turn."
Hakim cepat-cepat masuk ke dalam bilik air tanpa berlengah-lengah mahupun menoleh kepada Aisyah. Aisyah terpinga-pinga melihat kelakuan aneh Hakim itu namun kemudian mengendahkannya lalu langsung berbaring di atas katilnya.
Hakim keluar dari bilik air selepas seketika dan melihat Aisyah sudah lena tidur. Malah dia tidur dengan sangat tenang dan berguling-guling ke kiri dan kanan beberapa kali seolah-olah dia sangat selesa walau menyedari dia sedang tidur sebilik dengan seorang lelaki dewasa seperti Hakim.
"Seriously?" soal Hakim mengomel sendiri saat melihat kelakuan Aisyah itu.
Dia tergamam dengan situasi itu dan tidak mempercayai dirinya saat menyedari wujud wanita tidak berasa tergugat akan kehadiran lelaki dalam biliknya malah tidur sebilik dengannya. Hakim hilang akal dengan keberanian Aisyah itu.