Unduh Aplikasi
10.63% Love Between Choices / Chapter 5: Bah. 5 : Bagai cendawan tumbuh selepas hujan

Bab 5: Bah. 5 : Bagai cendawan tumbuh selepas hujan

Mereka lencun dengan air hujan yang tidak henti-henti membasahi mereka. Hakim memandang Aisyah dengan hati yang sayu. Dia tidak mengalihkan pandangannya itu. Hakim tanpa sedar perlahan-lahan mengusap kepala Aisyah.

Wajah Aisyah semakin pucat membuatkan Hakim bimbang dengannya.

"Aisyah, jomlah kita masuk. Muka awak dah makin pucat ni," ujar Hakim yang cuba memujuk Aisyah untuk masuk ke vila mereka kembali.

Aisyah hanya mengangguk faham. Dia perlahan-lahan bangkit dengan dibantu oleh Hakim. Hakim memimpin Aisyah balik ke biliknya.

"Masuklah. Shower dengan air panas supaya tak demam," arah Hakim sebaik pintu dibuka olehnya.

Aisyah berjalan perlahan masuk ke dalam biliknya tanpa menoleh ke arah Hakim. Hakim menutup pintu lalu kembali ke biliknya untuk menukarkan pakaian yang kuyup itu. Selepas selesai mandi dan menukar pakaian, Aisyah terus melabuhkan badan ke atas katil dan menyelimutkan badannya. Dia tertidur selepas cahaya dimalapkan.

Dalam tidurnya, dia bermimpi dia bertemu dengan Luqman. Dia melihat Luqman dari kejauhan yang tersenyum padanya tapi perlahan-lahan cahaya semakin malap sehingga kegelapan. Dalam kegelapan itu, dia melihat setiap kenangannya bersama Luqman muncul satu per satu.

Sementara, Hakim keluar dari bilik dan berlalu ke dapur. Dia mencari-cari sesuatu di dapur itu. Akhirnya, dia menemui sekotak teh uncang dan dia segera memasak air dalam sebuah cerek elektik di dapur itu.

Dia mendapatkan sebuah kole seramik dari kabinet dan membancuhkan teh kosong. Kemudian, dia membawakan kole itu ke bilik Aisyah. Dia mengetuk pintu bilik Aisyah dan memanggilnya beberapa kali namun tiada sahutan.

Dia perlahan-lahan membuka pintu bilik Aisyah. Dia melihat Aisyah sudah lena tidur dalam cahaya kemalapan.

"Jangan!" jerit Aisyah dalam tidak sedar yang mengejutkan Hakim. Hakim yang risau masuk ke dalam bilik untuk memeriksa keadaan Aisyah. Hakim meletakkan kole itu di meja sisi di tepi katil Aisyah.

Dia mendapati Aisyah basah berpeluh-peluh. Rambut Aisyah yang basah akibat berpeluh melekat pada wajahnya yang polos membuatkan hati Hakim tersentak. Dia terpikat akan kecantikan Aisyah yang begitu semula jadi. Tanpa solekan, Aisyah tetap cantik dan dia sangat berbeza dengan semua perempuan yang pernah dikenalinya.

Aisyah bernafas tercungap-cungap dan menggeleng-gelengkan kepala seperti sedang ketakutan. Hakim menepuk-nepuk lengan Aisyah untuk mengejutkannya dari igauannya itu.

Aisyah terjaga dan terkejut melihat Hakim di sisinya. Dia tercungap-cungap mendapatkan nafasnya kembali. Dia mengangkatkan sedikit badannya dan bersandar di kepala katilnya.

"Awak okey, tak, ni?" soal Hakim yang risau akan keadaan Aisyah itu.

"Saya okey," ujar Aisyah perlahan.

"Nah," ujar Hakim sambil menghulurkan teh yang telah dibuatnya itu.

Aisyah mendapatkan kole seramik itu dan merasakan kehangatan telah menghangatkan tangannya. Dia melihat wajah Hakim yang penuh kerisauan itu. Akibat segan, dia segera menundukkan kepalanya dan merenung ke kole itu. Dia menghirup teh hangat itu sedikit demi sedikit.

Hakim hanya duduk menanti dengan senyap. Aisyah menghulurkan kembali kole itu kepada Hakim sebaik habis diminumnya. Dia kembali berbaring tanpa berkata apapun akibat segan.

"Okey, awak rehatlah. Kalau ada apa-apa, panggil je saya. Okey?" ujar Hakim sambil menyelimutkan Aisyah. Aisyah hanya mengangguk faham.

Hakim keluar dari bilik Aisyah dan kembali ke dapur. Dia turut mendapatkan secawan teh hangat untuk dirinya. Kemudian, dia kembali ke biliknya dan mendapatkan rehatnya.

Pagi keesokannya, Hakim sudah bersiap untuk mendapatkan sarapannya. Setelah lama menunggu, Aisyah tidak jua keluar dari biliknya. Akibat risau, Hakim segera mengetuk bilik Aisyah dan memanggilnya namun tiada respons.

Dia segera membuka pintu bilik Aisyah itu dan melihat Aisyah masih terlantar di atas katil. Dia mendekati Aisyah dan melihat wajah pucat Aisyah serta kelihatan sangat lemah dan tidak bermaya.

Hakim meletakkan tapak tangannya pada dahi Aisyah dan dahinya untuk membezakan suhu badan Aisyah dengan suhu badannya. Dia mendapati Aisyah deman. Dia terus mendapatkan tuala kecil di bilik mandi dan melembapkannya lalu diletakkan di dahi Aisyah.

Hakim segera pergi ke farmasi untuk mendapatkan ubat deman. Dia juga singgah di sebuah gerai jalannan yang menjual bubur ayam. Dia turut mendapatkan teh barli hangat dari sebuah restoran berdekatan.

Dia kembali dan cuba mengejutkan Aisyah. Aisyah terjaga dan merasakan tubuhnya terasa amat berat. Hakim membantu Aisyah untuk duduk. Aisyah tersandar duduk di kepala katilnya.

"Saya dah beli ubat. Awak makan dulu, ya?" kata Hakim sambil memegang sudu dan semangkuk bubur di depan Aisyah.

Hakim perlahan-lahan menyudu bubur itu dari mangkuk itu dan meniupnya untuk menyejukkan sebelum disuap ke dalam mulutnya. Aisyah menerima suapan itu. Selepas beberapa beberapa suapan, Hakim akan menghulurkan teh barli yang hangat.

Dia terus menyuapkan bubur itu untuk Aisyah sehinggalah Aisyah menggeleng-geleng kepalanya kerana tiada daya untuk menelan lagi. Hakim turut memberikan Aisyah ubat deman yang dibelinya. Selepas makan ubat tersebut, Aisyah tertidur.

Sepanjang hari, dia menjaga Aisyah. Dia sentiasa melembapkan tuala itu dan mengesat wajah Aisyah yang dibasahi peluh. Aisyah terjaga apabila terdengar azan daripada aplikasi dalam telefon pintarnya. Aisyah bangkit dari katilnya.

"Awak nak ke mana?" soal Hakim yang terkejut Aisyah yang tiba-tiba bangkit.

"Nak ambil wuduklah," balas Aisyah yang sudah duduk di sisi katilnya.

"Awak okay, tak ni?" tanya Hakim.

Aisyah hanya mengangguk mengiyakan persoalan Hakim itu. Dia berjalan perlahan-lahan ke bilik air. Dia hampir terjatuh namun sempat disambut oleh Hakim.

"Awak okey, tak, ni?" soal Hakim sambil berlari mendapatkan Aisyah yang hampir rebah itu.

"Kepala saya berat sangat," kata Aisyah dengan matanya yang masih kuyu.

"Awak ambillah wuduk dulu. Nanti saya tolong," ujar Hakim sambil mendapatkan tuala untuk mengalas auratnya dari bersentuh dengan Aisyah agar tidak membatalkan wuduk Aisyah itu.

Aisyah hanya mengangguk faham. Aisyah selesai mengambil wuduknya dengan bantuan Hakim. Mereka solat jamak dan qasar berjemaah bersama-sama dengan Aisyah yang hanya mampu melakukan solatnya dengan duduk di atas kerusi. Selesai solat, Aisyah kembali terbaring di atas katil dan tertidur semula. Hakim meletakkan kembali tuala lembap itu.

***

Selepas maghrib, Hakim keluar mendapatkan makan malam untuknya dan Aisyah. Sementara, Aisyah masih terlantar tidur di katilnya.

Aisyah terjaga dari tidur dan tercari-cari akan kelibat Hakim. Dia beransur-ansur berjalan ke bilik air untuk mengambil wuduknya. Selesai solat, dia membaca Surah Yassin. Sebaik selesai mengaji surah itu, dia mula menadah tangan untuk berdoa. Namun sebak mula merasuki jiwanya dan matanya mula berkacakan air mata apabila terkenang akan tunangnya itu.

"Ya Allah, sesungguhnya kau lebih menyayanginya dariku. Aku sedar aku tak layak untuk seseorang sebaiknya kerana itu kau mengambilnya dariku," ujar Aisyah dalam doanya.

"Ya Allah, tempatkan dia di sisi orang-orang beriman. Sesungguhnya dia adalah seorang lelaki yang baik dan soleh kepada-Mu," sambungnya lagi.

Hakim mendekati bilik Aisyah sebaik pulang dari mendapatkan makanan, dia terdengar akan bait-bait doa Aisyah itu. Dia turut bersimpati dengan kesedihan yang membelenggu Aisyah itu.

Hakim termenung seketika dan tiba-tiba berjalan pergi dari bilik Aisyah dan menuju ke dapur. Dia mengeluarkan bungkusan-bungkusan makanan yang beli dari beg plastik dengan benak fikiran sibuk memikirkan sesuatu.

"Adakah mungkin aku memenangi hatinya?" comel Hakim dalam fikirannya.

Aisyah keluar dari biliknya dan mendapati Hakim sedang sibuk menghidang makanan yang dibelinya. Aisyah mendekati Hakim dan menyapanya namun Hakim leka termenung.

"Hakim? Hakim?" sapa Aisyah.

Hakim tersentak dari menungan.

"Apa yang awak fikirkan? Sampai tak dengar panggilan saya?" soal Aisyah yang hilang akal dengan kelakuan Hakim itu sambil tersenyum.

"Tak ada apa," dalih Hakim.

"Macam mana deman awak dah kebah, ke?" soal Hakim saat melihat Aisyah sedikit bermaya.

"Rasa dah okey sikit. Thanks," ujar Aisyah sambil membantu Hakim membuka bungkusan makanan yang dibelinya.

"Saya tak sure jika selera awak dah okey, ke, belum? So, saya just belikan bubur untuk awak," ujar Hakim.

"Tapi saya ada beli lebih makanan untuk saya tapi kalau nak makannya boleh je," sambungnya lagi.

"O~, thanks. Jangan marah kalau habiskan semua seorang," ujar Aisyah dengan bercanda sambil tersengih.

"Tak apa. Kalau tak cukup, kita boleh keluar lagi." Hakim berkata dengan tenang sambil mencapai sudu dan garpu lalu menghulurkan kepada Aisyah.

"Okey," balas Aisyah kemudian mula menjamah makanan di hadapan sebaik selesai membaca doa makan.

Mereka menikmati makanan mereka dengan senyap. Suasana canggung antara mereka semakin memuncak. Aisyah tidak menahan rasa kekok itu lalu bersuara, "Esok, awak nak pergi mana?"

"Pantai Melasti," balas Hakim yang masih fokus kepada makanannya.

"Pantai yang terkenal untuk wedding photography tu?" ujar Aisyah seperti mengetahui tempat yang dikatakan oleh Hakim itu.

"Yes. You know it?" soal Hakim yang turut terkejut Aisyah mengetahui tentang tempat yang diperkatanya itu.

"Of course. Luqman beriya nak book our wedding photography kat situ untuk honeymoon kami," jelas Aisyah tanpa sedar.

Saat menyedari kata-katanya, dia mula termenung seketika. Dia mula merasakan sebak menyesakkan jiwanya. Dia cuba menahan dirinya dari terus mengenangkannya.

Hakim dapat melihat wajah Aisyah yang tiba-tiba berubah lalu bertanya,"So, awak okey, ke?"

"Kenapa? Saya okey je," dalih Aisyah yang cuba menyembunyikan kesedihan yang sedang merasuki jiwanya dengan tersenyum.

"Serius?" soal Hakim yang cuba mendapatkan kepastian.

Aisyah hanya terdiam dan tersenyum. Dia cepat-cepat menyuapkan makanan seolah-olah dia sangat berselera ketika itu untuk mengaburi kegalauan fikirannya mengenangkan arwah tunangnya itu.


PERTIMBANGAN PENCIPTA
Asiyah_Afika Asiyah_Afika

Bagai cendawan tumbuh selepas, begitu juga kehidupan. Selepas dihentam titisan hujan, cinta bercambah di hati.

Load failed, please RETRY

Status Power Mingguan

Rank -- Peringkat Power
Stone -- Power stone

Membuka kunci kumpulan bab

Indeks

Opsi Tampilan

Latar Belakang

Font

Ukuran

Komentar pada bab

Tulis ulasan Status Membaca: C5
Gagal mengirim. Silakan coba lagi
  • Kualitas penulisan
  • Stabilitas Pembaruan
  • Pengembangan Cerita
  • Desain Karakter
  • Latar Belakang Dunia

Skor total 0.0

Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
Pilih Power Stone
Rank NO.-- Peringkat Power
Stone -- Batu Daya
Laporkan konten yang tidak pantas
Tip kesalahan

Laporkan penyalahgunaan

Komentar paragraf

Masuk