"Jadi aku kena buat ape ni?"
Izzat bergumam sendirian. Budak lelaki itu masih tidak sedarkan diri.
"Okey, takde cara lain dah.. aku kena papah dia sampai ke rumah... bahaya kalau duduk sini lama-lama"
Tanpa berlengah Izzat terus memapah budak lelaki seusianya itu terus ke rumahnya.
✨✨✨
"Siapa yang Izzat bawak balik ni? "
Rania terus bertanya sebaik melihat kelibat Izzat pulang ke rumah.
"Macam ni citer nye kak.. tadi -"
"Dah tak payah citer... bawak dia masuk bilik adik.. kita kena tolong dia."
Bicara Izzat dipotong oleh Rania.
"Baik kak."
Izzat langsung bersetuju dengan arahan kakaknya.
Di biliknya, Izzat masih terfikir akan kejadian yang berlaku di tempat perbuangan sampah. Jam sudah tepat 12.30 tengah malam, sudah masuk tahun baru. Suasana di luar rumah masih riuh dan meriah dek bunyi dentuman bunga api tanda menyambut tahun baru.
"Pelik jugak aku, rambut dia ni macam mat saleh tapi boleh bercakap melayu.. dan anak mata dia warna kuning... contact lens ke?"
Pelbagai persoalan timbul di fikiran remaja itu. Memandangkan budak lelaki tadi tersebut tidur di katil miliknya, maka Izzat membentang tilam di atas lantai bersebelahan katilnya lalu terus merebahkan diri. Selang beberapa minit, dia turut dibuai mimpi.
Kepenatan, mungkin.
✨✨✨
Di suatu tempat yang jauh dari penempatan manusia, keadaan sekeliling sungguh sunyi. Tiada tanda kehidupan langsung di tempat itu. Pokok-pokok semuanya kering berwarna hitam abu. Langit berwarna merah senja.
Di sebalik kematian tempat itu... berdiri megah sebuah bangunan besar seakan-akan istana lama yang diperbuat daripada batu. Dinding bangunan itu dipenuhi lumut dan terdapat banyak rekahan.
Di dalam suatu ruangan yang penuh debu, kelihatan raksasa merah itu sedang menghadap seseorang yang digelar 'bos'.
"Bos, maafkan saya. Saya gagal dapatkan cincin kerajaan Elektro yang bos arahkan. Ma-"
"MAAF KEPALA HOTAK KAUU!! BENDA SENANG PON KAU TAK BOLEH NAK BUAT?!?"
Suara seorang wanita kedengaran sangat lantang menggegari bangunan purba itu. Wajahnya bengis, rambut putih nya diikat tocang ke belakang.
Matanya yang biru gelap tajam memandang.
"Si-sikit lagi je bos.. saye nak dapat."
Suara sang raksasa tergagap-gagap memberi jawapan.
"ALASAANNN!?!?"
Sekali lagi tempikan wanita itu bergema ke seluruh ruangan istana lama itu.
Sang raksasa terdiam seribu, hanya mampu memandang ke bawah.
"Icey, apa kata kau diam sikit. Terjerit-jerit... dia dekat depan mata kau.. kau jerit macam dia kat hujung dunia. Hahaha , mesti sakit telinga kan raksasa.."
Satu suara lelaki tenang kedengaran menasihati lembut perempuan yg digelar Icey itu.
"Icey, bagi dia peluang untuk bersuara."
Sekali lagi lelaki itu bersuara.
"Semasa saya hendak mendapatkan cincin itu, tiba-tiba muncul seorang budak lelaki-"
"Kau hapuskanlah budak tu skali ape susah??"
"Memang saye nak hapuskan tapi dia serap kuasa kegelapan yang saye guna."
Si raksasa panjang lebar bercerita mempertahankan diri.
"Serap kuasa kegelapan? Dekat mana benda ni jadi?"
Riak wajah Icey berubah, dia tertanya-tanya.
"Saya kejar putera Elektro tu sampai ke tanah Melayu."
"Tanah Melayuu?!? Budak yang boleh serap kuasa kau tu budak tanah melayu?? Kau buat lawak ape ni!! Manusia di tanah Melayu mana ade kuasa sakti!!"
Icey menjerit dalam masa yang sama dia cuba menahan gelak.Baginya, apa yang diceritakan oleh hambanya itu tidak berasas.Setahu dia, semua penduduk di tanah melayu menjalani kehidupan berpandukan logik sains dan komputer.
"Aku tak kira, aku nak kau dapatkan jugak cincin tu.. selagi kau tak dapat, kau jangan berani balik.. FAHAMM!"
Icey memberi arahan kepada sang raksasa merah.
"Ba-baik bos." Sang raksasa akur kehendak tuannya yang rakus itu. Jauh di dalam sudut hatinya dia ingin memberontak namun apakan daya.
✨✨✨
Cahaya mentari pagi menyinari celahan tingkap bilik Izzat. Bunyi burung-burung kedengaran riang sekali di pagi hari. Izzat baru tersedar dari tidurnya.
"Huarghh, hmm nape aku tido kat lantai ni?"
Izzat berasa hairan, tiba-tiba matanya membesar,
"Haahlaa! Budak tuu-"
"Mane dia? Eh??"
Izzat segera bangun lalu terkejut melihat katilnya yang kosong. Tiada sesiapa yang berbaring.Izzat menjadi panik, dia terus berlari turun ke tingkat bawah untuk mendapatkan kakaknya.
Setibanya di ruangan dapur,
"Kakaaa-"
Izzat terkejut sehingga suaranya terputus.
"Selamat pagi adik, marilah join kami bersarapan."
Di meja dapur kelihatan budak lelaki semalam sedang menikmati sarapan dengan muka selamba.
"Selamat pagi.. hehe.. nama kau .. Izzat kan?"
Budak lelaki itu bersuara sambil menjamah sekeping roti sandwich ke dalam mulutnya.
-Bersambung-
Hope korang boleh imagine citer dia.. klu ade part yang tak faham.. bole pm aku.. baru belajar nk menulis.. mungkin ade tips menulis yg boleh dikongsi hehe TQ