Unduh Aplikasi
29.41% M.A.G.I.X [ MALAY ] / Chapter 5: ELEMENTAL 3 : HULURKAN TANGAN

Bab 5: ELEMENTAL 3 : HULURKAN TANGAN

Mata Izzat membesar, jantungnya berdegup kencang.

"Kenape ni? Aku tengah mimpi ke niiii"

Izzat cuba menenangkan diri sambil menyembunyikan dirinya di sebalik pokok. Matanya terus memerhati situasi yang sedang berlaku.

"KAU NAK LARI MANA HAHH!?!"

Satu suara yang keras berdentum cukup menggegarkan hutan itu. Suatu susuk tubuh gergasi muncul di sebalik cahaya merah menyala. Susuk tubuh tersebut berketinggian lebih kurang 3 meter.

Di sebalik pokok dimana Izzat bersembunyi,

"Ape yang aku nampak ni? Aduhh.. budak tu boleh kawal petir ke? Ape aku nak buat kat sini? "

Izzat masih bergumam sendirian, dia masih keliru dengan keadaan yang sedang berlaku. Dia tidak dapat mendengar perbualan antara budak lelaki dengan raksasa merah itu. Izzat melihat jelas budak lelaki itu sedang bertempur sambil mengawal unsur elektrik. Jelas seperti babak dalam cerita-cerita fantasi yang pernah dia baca.

Izzat masih memerhati dengan khusyuk. Namun, tiba-tiba matanya membesar.

"Aku kena tolong budak tuu"

Budak petir tersebut tertiarap di atas tanah dek ditumbuk oleh raksasa gergasi itu. Wajahnya kelihatan tak bermaya. Dia cuba bangkit... dalam masa yang sama Izzat cuba mendekatkan dirinya. Dia dapat mendengar perbualan mereka.

"INIKAH KUASA PUTERA KERAJAAN ELEKTRO.. HAHAHAH LEMAHH"

Laung sang raksasa penuh angkuh kepada budak yang tertunduk lemah.

"KAU HANYA MEMBAZIR MASA AKU SAHAJA, BAGI AKU CINCIN TUU!!!"

Sekali lagi dia melaung dengan suara yang sungguh keras.

"jj-jangan h-haraap!"

Suara budak itu terketar-ketar membalas bicara raksasa itu, walupun dia dalam keadaan yang sungguh tidak bermaya.

"DEGILNYA KAUU NI.. BIAR AKU HAPUSKAN -"

"Cukuupp!"

Bicara raksasa itu terhalang apabila tiba-tiba Izzat mencelah.

Izzat sendiri terkejut dengan apa yang dia telah lakukan.

"Ape benda aku buat nii! Aduuhh!!!"

Suara hatinya menjerit.

"KAU BAWAK KAWAN YE BUDAK.. HAHAHA.. FIKIR BOLEH MENANG KE?"

"BIAR AKU HAPUSKAN KAU DULUU!!"

Si raksasa segera menghayunkan telapak tangan kanannya ke arah Izzat yang masih terpaku.

Suatu sfera yang kelam meluru laju tepat ke arah Izzat. Mata Izzat membesar. Perasaan takut, putus asa mula menyelubungi dirinya.

Masa seakan berhenti, sfera hitam itu hanya sedepa dengan wajah Izzat.

"Macam ni ke aku mati?"

Suara hati Izzat kedengaran seperti putus asa. Segala harapan punah.

"Halakan kedua-dua tangan kau ke depan!"

Tiba-tiba satu suara entah dari mana muncul berbisik di mindanya. Suara seorang wanita jelas kedengaran.

Tanpa berfikiran panjang, Izzat terus menghala kedua-dua belah tangan ke depan, lalu sfera gelap itu berhenti di telapak tangannya.

Mata Putera Elektro yang terbaring

lemah membesar.

Kuasa hitam itu tadi telap lenyap dari pandangan..

"KAUU.. MACAM MANA MANUSIA BIASA MACAM KAU BOLEH-"

Raksasa bertubuh merah itu terkejut melihat kuasanya lenyap begitu sahaja.

"KAU BERNASIB BAIK .. PUTERA.. AKU AKAN KEMBALII"

Satu cahaya hitam bersinar dengan silau sekali.. tiba-tiba lenyap tanpa dapat dijejak. Raksasa tadi telah hilang.

"Ape yang tengah jadi ni?"

Izzat terpaku, mindanya dipenuhi seribu satu persoalan. Dia mengabaikan dulu persoalan tersebut lalu terus bergegas ke budak lelaki yang terbaring lemah berdekatan.

"Kau? Okey tak nii??"

Izzat bertanya sambil menghulurkan tangan kanannya. Putera itu segera menyambut huluran lalu berdiri.

"Terima kasih.. Aku oke-"

Belum sempat sang putera menghabiskan kata-katanya, matanya tetpejam lalu tubuhnya tersungkur.

Nasib sempat ditangkap oleh Izzat sebelum mencium tanah.

"Panjangnya mimpi nii.. Bila nak habiss nii.. huhu" Izzat merungut di dalam hatinya.

"Izzat, ni bukan mimpi tapi realiti..."

Tiba-tiba suara yang sama berbisik di telinganya.

-Bersambung-


PERTIMBANGAN PENCIPTA
Ezakiel02 Ezakiel02

Terima kasih sebb sudi baca.. kalau ade kekurangan ke atau typo.. sila beritahu saye.. kerjasama anda amat saye hargaii .. hehe ;D

Load failed, please RETRY

Status Power Mingguan

Rank -- Peringkat Power
Stone -- Power stone

Membuka kunci kumpulan bab

Indeks

Opsi Tampilan

Latar Belakang

Font

Ukuran

Komentar pada bab

Tulis ulasan Status Membaca: C5
Gagal mengirim. Silakan coba lagi
  • Kualitas penulisan
  • Stabilitas Pembaruan
  • Pengembangan Cerita
  • Desain Karakter
  • Latar Belakang Dunia

Skor total 0.0

Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
Pilih Power Stone
Rank NO.-- Peringkat Power
Stone -- Batu Daya
Laporkan konten yang tidak pantas
Tip kesalahan

Laporkan penyalahgunaan

Komentar paragraf

Masuk