Unduh Aplikasi
38.09% Kekasih hati / Chapter 8: Cabaran dalam masa sebulan

Bab 8: Cabaran dalam masa sebulan

Pada waktu begini kebiasaannya Amri dan geng dia akan berada di bandar untuk lepak bersama-sama , semasa sedang berjalan salah seorang ahli daripada geng Amri ternampak Arnis dan Alya berada di cafe coffee yang sedang berbual dengan rancak.

"Amri tu bukan Arnis dengan Alya ke tu?"kata Faizul iaitu orang kanan Amri.

"Mana?"tanya Amri

"Yang kat cafe coffee tu."jawab Faizul sambil menunjuk arah mereka berdua.

"Ouh haah lah."balas amri sambil memandang mereka.

"Amri aku nak cabar kau untuk pikat hati Alya sampai dia jatuh cinta dekat kau dalam masa sebulan.Apa macam ,berani tak?"kata faizul,Faizul tidak takut akan kemarahan amri tidak seperti yang lain yang takut akan kemarahan amri ,hal ini kerana Faizul sangat rapat dengan Amri dan dia sudah biasa melihat amri marah ataupun mengamuk.

"Pikat hati dia?buat dia jatuh cinta kat aku?"tanya amri lagi untuk kepastian.

"Ye ,kenapa takut ke?"balas Faizul

"Aku takut?ei memang tak ah aku takut,

aku terima cabaran kau dalam masa sebulan bermula arini."jawab amri dengan angkuh.

"Baiklah kalau kau lelaki sejati kau kena tepati janji kau."balas Faizul.

"Dah aku nak pergi mula kan misi aku."balas amri.

Amri pun pergi ke cafe coffe itu untuk memulakan misinya.

"Berdua je ke?"tegur amri sebagai permulaan.

"Haah"balas Arnis dengan selamba.

"Amri?Kau buat apa dekat sini?balas alya dengan tersenyum malu.

"Tadi aku ingat dan jalan-jalan lepas tu aku lalu sini ternampak korang berdua so aku nak ajak alya pergi funfair dekat sana."jawab Amri

"Aku?Arnis ikut tak?tanya alya

"Kalau korang nak pergi funfair pergi jelah aku tak nak ikut aku nak beli barang kejap lagi."jawab Arnis yang ingin memberi peluang kepada kawan baiknya untuk keluar dating.

"Betul ni kau tak nak join sekali Arnis?tanya alya untuk kepastian.

"Ye tapi sebelum pukul 6.00 p.m aku tau alya dan ade dengan aku dekat sini.Kalau tak ada terima lah apa yang aku nak kasik nanti."amaran Arnis kepada amri.

"Okey"jawab Amri .Didalam hatinya dia berkata"nasib alya sorang je kalau tak,tak menjadi misi aku arini."

Aiman yang berada di kaunter casher itu melihat dari jauh apa yang berlaku.Aiman berasa pelik kerana Arnis tidak mengikut Alya dan Amri keluar.Pada masa itu, Aiman melihat jam di tangannya untuk melihat sudah masuk waktu rehatnye atau belum,waktu rehatnya adalah pada pukul 5.00 p.m masa rehatnya adalah selama satu jam.Apabila sudah pukul 5.00 p.m Aiman tergesa-gesa mengambil barangnya untuk berjumpa dengan Arnis.

"Arnis mana alya?"tanya aiman

"Alya pergi funfair dengan Amri tadi."jawab Arnis.

"Kenapa Arnis tak ikut sekali?"tanya Aiman lagi.

"Sekejap lagi saya nak pergi ke sebuah kedai buku yang berhampiran dengan kedai emas disana, saya nak beli buku rujukan sedikit."balas Arnis.

"Ouh kalau macam tu jom pergi sama-sama."jawab aiman

"Awak kan tengah bekerja sekarang ni."balas Arnis.

"Sekarang ni waktu rehat so saya boleh teman awak lagipun saya pun ada nak beli barang dekat kedai buku."terang aiman

"Ouh.Berapa lama waktu rehat awak?"tanya Arnis.

"Satu jam je."Balas Aiman.

"Ouh kalau macam tu jum cepat nanti takut tak sempat pulak."kata Arnis kepada aiman.

"Okey jum."

Di funfair

Amri mengajak alya untuk menaiki roller coster tetapi alya takut untuk naik.

"Alya jum naik roller."ajak amri

" Aku takut lah."jawab alya.

"Aku kan ade ,jangan takut." balas amri sambil menarik tangan alya untuk menaiki roller coster.

Selepas penat bermain permainan di sana mereka pun berhenti bermain dan berehat sekejap untuk menghilang kan rasa penat.

"Nak ni air untuk kau."kata amri sambil memberi minuman kepada alya

"Terima kasih" kata alya

Amri melihat tali kasut alya tidak terikat lalu dia pun mengikat kan tali kasut itu.

"Haih macam budak-budak lah tak ikat tali kasut ."kata amri sambil mencangkung untuk mengikat tali kasut alya.

"Eh tak perasan pulak.Terima kasih amri."kata alya sambil tersenyum.

Selepas siap mengikat tali kasut alya amri mendongak mukanya menghadap ke muka alya pada masa itu alya juga sedang memandang muka amri.Tiba-tiba amri merasakan cahaya sedang keluar dari muka alya dia juga merasakan ade angin yang kuat menyebabkan rambut alya berterbangan.Gambaran itu seolah-olah amri sudah mula suka kan alya.


Load failed, please RETRY

Status Power Mingguan

Rank -- Peringkat Power
Stone -- Power stone

Membuka kunci kumpulan bab

Indeks

Opsi Tampilan

Latar Belakang

Font

Ukuran

Komentar pada bab

Tulis ulasan Status Membaca: C8
Gagal mengirim. Silakan coba lagi
  • Kualitas penulisan
  • Stabilitas Pembaruan
  • Pengembangan Cerita
  • Desain Karakter
  • Latar Belakang Dunia

Skor total 0.0

Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
Pilih Power Stone
Rank NO.-- Peringkat Power
Stone -- Batu Daya
Laporkan konten yang tidak pantas
Tip kesalahan

Laporkan penyalahgunaan

Komentar paragraf

Masuk