Unduh Aplikasi
19.51% Damon Revenge / Chapter 16: 16.

Bab 16: 16.

Sambil tampal koyok dekat bekas lebam yang ada dekat tepi lengan, Xiana pandang skrin komputernya. Membaca dokumen penting yang dihantarkan kepadanya daripada admin HR.

Ianya merupakan surat makluman bahawa ketua dia yang baru bakal laporkan diri bila-bila masa. Sementara Bianca hanya akan berada di sini seminggu sahaja sebelum dia dipindahkan keluar dari sini.

Itu la yang dibaca Xiana.

Baru saja dia hendak capai koyok seterusnya, telefon pejabat dia berdering. Buatkan Xiana yang sedang tenggelam dengan sakitnya itu melompat terkejut dari duduknya. Bunyi telefon berdering je pun boleh buat dia terperanjat!

"Ya.."dia tekan butang interkom itu dengan jari telunjuk.

"Cik Xiana...ada orang nak jumpa Cik...namanya Aliah."maklum receiptionist dalam telefon itu.

Dengar je nama Aliah, mata Xiana bergerak ke arah pintu pejabatnya. Nak apa pulak adik perempuannya ni. "Okay...suruh dia tunggu sekejap."

"Baik."

Setelah itu panggilan ditamatkan, Xiana bangun dari situ dan bergerak keluar dari situ sambil sarung kot ke badan. Dia jalan rentasi koridor tu dengan langkah lekas sebelum naik ke lif lalu turun ke tingkat lobi. Beberapa ketika kemudian dia tiba di di lobi itu, mata dia bergerak mencari kelibat Aliah.

"Sini!"panggil suara serius tu dari sebelah kanan.

Kepala Xiana dengan pantas berpaling ke kanan dengan kening terangkat. "Lia..ada apa ni kau datang sini?"soalnya semasa jalan dekati adik perempuannya itu.

Aliah silangkan tangan ke dada sambil buat muka kejengkelan sewaktu kunyah gula-gula getah lalu di buat belon sebelum di letupkan. "Aku perlukan kereta kau.."mintak Aliah dengan nada sassy dia.

Kening Xiana berkerut. "Untuk apa?"

Dengan kasar, Aliah lepaskan keluhan letih. "Alah..pinjamkan dekat aku je apa susahnya..jangan nak banyak tanya boleh tak...nanti aku pulangkan la balik."sentap dia dengan benci.

Berdegup sakit jantung Xiana lepas dengar. "Aku tanya kau elok-elok kan, kau tak boleh ke cakap baik-baik dengan aku?"soal Xiana dengan nada perlahan. Tak nak buat kecoh dekat tempat kerja dia ni.

"Hak-alah perempuan ni...banyak bunyi pulak. Hei tak payah kau nak ajar aku macam mana nak bercakap dengan kau la...sekarang ni aku nak pinjam kereta kau kan...bagi je la kunci kereta tu, yang nak bising asal?"lawan Aliah lagi.

Xiana silangkan tangan ke dada lalu bertegas. "No."

Aliah buat muka tak percaya dengan mulut ternganga. "Apa kau cakap?"soal dia dengan berang. "Kakak jenis apa kau ni! Tolong adik sendiri pun tak boleh!"

"Bukan macam ni kalau nak mintak tolong Aliah."Xiana beri wajah serius dia pada Aliah kerana berasa marah dengan sikap kurang ajar adiknya pada dia. Mungkin dengan orang lain dia boleh mengalah dan tak melawan. Tapi bukan dengan adik-adik dia.

Aliah melepaskan dengusan kasar kerimasan. Dia terus angkat tangan menyelongkar pakaian Xiana. "Bagi aku kunci kereta kau sekarang!"

"Apa ni! Liah! Berhenti!"tepis Xiana yang tolak tangan Aliah dari badan dia.

Aliah tak dengar, dia semakin berkasar. Tanpa belas dia tolak Xiana ke belakang kerana tak dapat apa yang dia nak.

Jatuh terduduk Xiana dekat lantai tu sekali lagi. "Ah!"gigit Xiana bawah bibirnya dengan mata terpejam sebab sakit.

"Bagi aku kunci tu sekarang!"jerit Aliah sambil hentak kaki tak puas hati.

Sambil berdesis sakit, Xiana sokong badan dia untuk bangun dari situ dengan tangan memegang lantai, tapi Aliah terkam dia dan mula mencari ke dalam poket kot dia pulak. "Kunci kereta tak ada dekat aku sekarang...sudah la tu Aliah.."

"Dasar kakak tak guna! Menyesal la aku ada kakak macam kau ni!"tempik Aliah sebelum berlalu pergi dari lobi tu dengan langkah keberangan.

Xiana yang rasa tak percaya dengan semua itu bangunkan badan dia sekali lagi untuk bangun dari situ. Sakit-sakit badan dia hari ni. Kasar la adik perempuan dia ni. Tak ada lembutnya langsung, harap saja cantik. Perangai.....hampeh!

Berdiri saja Xiana di situ, dia palingkan badan hendak pergi dari situ. "Balik ni mesti lebam.." sebut dia sambil gosok pinggulnya sebelum pandang ke depan hendak berjalan.

Sekali dia pandang, kejung Xiana dekat situ. Mata dia terbutang kaku melihat beberapa kepala sedang berpaling memandang dia dengan renungan tajam kelihatan tak berpuas hati.

Mesti mereka rasa terganggu dengan hal tadi.

Dengan rasa rendah diri Xiana terus tunduk memohon maaf di atas kekecohan tersebut.


Load failed, please RETRY

Status Power Mingguan

Rank -- Peringkat Power
Stone -- Power stone

Membuka kunci kumpulan bab

Indeks

Opsi Tampilan

Latar Belakang

Font

Ukuran

Komentar pada bab

Tulis ulasan Status Membaca: C16
Gagal mengirim. Silakan coba lagi
  • Kualitas penulisan
  • Stabilitas Pembaruan
  • Pengembangan Cerita
  • Desain Karakter
  • Latar Belakang Dunia

Skor total 0.0

Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
Pilih Power Stone
Rank NO.-- Peringkat Power
Stone -- Batu Daya
Laporkan konten yang tidak pantas
Tip kesalahan

Laporkan penyalahgunaan

Komentar paragraf

Masuk