Unduh Aplikasi
70% RATU HATI CIK ABANG / Chapter 28: bab28

Bab 28: bab28

 "Awak ni, dari tadi diam je, ada masalah ke?" tegur Haniff yang sedang memandu menuju ke lapangan terbang.

Haih lah mamat ni, masalah aku kau lah, kau ni betul ke gay? seram sejuk aku dibuatnya apabila memikirkan firasat dan cadangan Hana tadi. Patut ke aku goda dia? haish lain macam betul bila guna perkataan goda ni. Aku rasa perkataan pikat lagi sesuai, lebih sopan.

" Qalisya..saya tanya awak ni," panggil Haniff sambil memandang aku sekilas.

" herm? tak ada masalah pun," ujarku bersama senyuman dan keluhan.

" saya tahu , awak tengah fikirkan sesuatu, tapi saya tak nak paksa awak cerita sekarang, you can take your time" ujar Haniff sambil tersenyum manis. 

Aku mengangguk perlahan sambil tersenyum nipis. Kalau lah dia tahu aku tengah fikir yang dia ni gay ke tak, patut ke aku pikat dia, mesti dia pun tak kerdip mata lah.

" Qalisya, ni bukan kali pertama kan awak pergi luar negara?" soal Haniff kepada ku,

" haah, macam awak tahu?" soal aku hairan. 

" sebab saya suami awak, " ucapnya sambil tersenyum nakal yang mempamerkan barisan gigi yang tersusun cantik.

 " baik awak mengaku, awak suami , atau bomoh sebenarnya? " soalku sambil ketawa.

" bomoh? hahaha,  haah, saya dah hembus cinta dekat awak, awak dapat rasa tak? " soalnya sambil ketawa.

" tak rasa apa-apa pun, tak cukup ilmu lagi lah tu, cepatlah mana tahu saya pernah melancong luar negara?" soal aku kepada Haniff.

"umi lah bagitahu, umi cakap awak pergi Korea, siap bawa student lagi, betul ke?" soal Haniff lalu menjongketkan sebelah keningnya.

" haah, saya pergi berdua dengan student saya, saya bawa dia sebab dia dapat A+  akaun untuk SPM. Kira macam reward lah, dia seorang je dapat A+ tahun tu, " ceritaku kepada Haniff. 

" kenapa pilih Korea? " soal Haniff lembut.

" umi tak cerita dekat awak ke?" soal aku sangsi, takkan lah umi tak cerita, umi membebel teruk kot masa aku pergi sana dulu.

Haniff tersenyum simpul memandang ke arah aku, 

" umi ada lah cerita, tapi saya macam kurang percaya sikit, awak pergi sana untuk tengok konsert kpop? Betul ke?" soal Haniff sangsi.

Haihlah, dah aku agak umi mesti cerita punya, memang lah aku beli tiket awal, tapi, bukan lah niat semata mata nak pergi konsert, tapi salah satu niat lah. Alah bukan tiap-tiap tahun macam tu, alang-alang student yang cemerlang tahun tu pun minat kumpulan yang sama, kira memang reward dia lah,

Aku tersengeh melihat Haniff sambil menunjukkan simbol dua jari, 

" orang cakap.. pelepas angin, hehehe, dah alang-alang kan,"  ujarku sambil tersenyum.

" tak sangka isteri saya ni minat kpop, awak minat group apa? " soal Haniff lembut, sikit pun tak kedengaran dia seperti tidak suka, seperti kebanyakan lelaki.

" kenapa awak nak tahu, rahaasiaaa" ucapku ceria.

" sebab senang kalau saya pening nak bagi hadiah apa nanti dekat isteri saya seorang ni," so, group mana wahai isteriku sayang," tanya Haniff dalam nada berbisik dan manja.

" erm,hint dia, group tu ada 7 orang, bukan semua korean, haa Encik Haniff cari sendiri ya, baru lah nampak usaha," sakatku sambil tersenyum.

" jangan pandang rendah ye, EASY! kalau betul, saya nak reward juga tau nanti" ucapnya lalu mengenyitkan mata.

***

Setelah hampir 10 jam kami berada di awan biru, akhirnya jejaklah kaki kami di bumi Turki ini. Kata-kata Haniff di dalam kapal terbang masih segar diingatan aku. 

Beberapa jam yang lalu....

" awak, kenapa pilih Turki? " soal aku kepada Haniff

Haniff tersenyum nipis sambil matanya merenung ke dalam anak matanya. Tangan kirinya mencapai lembut  tangan kananku, 

"erm, saya tanya umi, awak nak pergi negara mana, umi cakap mungkin Turki, sebab awak ulang cerita Istanbul Aku Datang banyak kali. Tapi tu bukan sebab utama saya bawa awak kesini. Kalau awak nak tahu, dulu saya pernah tinggal dekat Istanbul, setahun. Erm, macam yang awak dah tahu, lepas Mira meninggal, saya jalani treament, " belum pun sempat Haniff menyambung kata-katanya, aku terlebih dahulu memotong.

" macam mana awak tahu saya tahu? Awak jangan marah Hamzah tau.. saya yang suruh dia cerita," tuturku perlahan.

Haniff tersenyum manis sambil menggelengkan kepalanya

" saya tak marah pun, saya faham kenapa awak nak tahu, dan awak memang ada hak nak tahu," ucapnya bersama senyuman lembut. Dia mengusap perlahan tanganku yang digenggamnya lembut.

" thanks, and sorry juga, ok now saya dengar cerita awak. " ucapku ddiring senyum.

Tangan yang hangat menggenggam tanganku, aku biarkan, bak kata Hana, aku kena pikat dia, ni kira pikat juga lah kan.

" okay, lepas saya dah sihat, saya bawa diri ke Istanbul, mula-mula nak melancong je, tapi tempat ni cantik sangat, dan buat saya rasa tenang, fikiran yang serabut , hilang dengan cepat, jadi saya kerja dekat sini, jadi pemandu pelancong, result SPM saya pun saya ambik lambat, masa tu rasa macam putus asa kejap dalam hidup. " Haniff berhenti seketika sambil memandang aku dan tersenyum.

" jadi awak bawa saya datang sini kenapa? awak sedih ke kahwin dengan saya?" soal aku sangsi, entah bagaimana kata-kata itu melucur laju dari bibirku. 

" bukan macam tu lah isteriku, saya datang balik dekat sini, sebab saya bahagia, kalau dulu, saya datang membawa duka dan lara, tapi harini saya bawa sinar bahagia yang bernama Qalisya Imani, isteri saya. Saya nak Istanbul tahu, yang Haniff yang sedih tu, dah gembira." tutur Haniff bersama senyuman. Dapat aku lihat matannya berkaca. buat seketika diriku terasa di awang-awangan.

***

"sayang.. oh sayang.. mengelamun apa tu," tegur Haniff lalu mencuit hujung hidungku.

Aku sedikit terpinga-pinga, entahah tingkah laku Haniff bagaikan sudah berjaya menawan seluruh hatiku walaupun usia pernikahan kami belum pun mencecah usia seminggu.

" kita dekat mana? " soal aku kepada Haniff sambil kepala meninjau keadaan diluar tingkap kereta.

"kita dah nak sampai hotel dah, tadi mengelamun apa, nak cakap tidur, mata elok je terbuka," soal Haniff sedikit sangsi.

" tengah fikir macam mana saya nak paw duit awak," gurauku sambil ketawa.

" tak payah fikir, mintak je, saya bagi." ujarnya sambil tersenyum.

" Aik?!! bukan lelaki selalu takut ke bila perempuan nak paw dia?" soal aku kepada Haniff.

" awak isteri saya lah, kenapa nak kedekut dengan awak, harta saya, harta awak, " ujarnya lalu mengenyit mata kepadaku.

***

Sampai sahaja di lobi hotel, aku menurut sahaja langkah Haniff. Hotel yang penuh dengan kesenian Islam, bagaikan memukai mataku, lobi sahaja dan cantik, membuatkan aku tidak sabar untuk melihat susun atur bilik hotel ini.

Haniff menghulurkan satu kad bilik kepadaku, Dapat aku lihat dia juga memegang satu kad ditangannya.

" awak tempah dua bilik ke?" soal aku kepada Haniff dengan nada sedikit teruja.

"haah, bilik kita sebelah-menyebelah je," jawab Haniff bersahaja.

Aku mengerut dahi memandang ke arah Haniff. Jelas sekali, dia bagaika mengelak dari aku. Betul ke firasat Hana yang Haniff sebenarnya songsang? Kau tak boleh duduk dia Alisya, dia suami kau , kalau dia songsang, kau pun kira berdosa lah, sebab bersubahat kan, ke tak?

Aku menarik nafas dalam lalu berjalan menuju ke meja penyambut tetamu. Aku memulangkan kembali kad yang diberi oleh Haniff ke pihak hotel dan membatalkan penyewaan satu bilik.

" Awak buat apa?" soal Haniff kepadaku.

"saya pulang kad bilik." jawabku bersahaja dan tenang, walhal jantung aku dah macam nak melompat keluar dengan tindakan yang aku putuskan ini. Ini semua gara-gara Hana, Cadangannya membuatkan aku jadi gila dan tak waras.

" kenapa pulang?" soal Haniff hairan.

"Saya nak tidur dengan awak." tuturku, lalu brjalan mendahului Haniff, walaupun aku tidak tahu betul atau tidak jalan ini menuju ke bilik yang ditempah Haniff.

"Qalisya!" laung Haniff 

BERSAMBUNG...

P/s: fuhh siap untuk dua minggu, minggu lepas dan minggu ni. sis harap korang enjoy, jumpa minggu depan!! jgn lupa komen, vote dan share, sayonaraaa


Load failed, please RETRY

Status Power Mingguan

Rank -- Peringkat Power
Stone -- Power stone

Membuka kunci kumpulan bab

Indeks

Opsi Tampilan

Latar Belakang

Font

Ukuran

Komentar pada bab

Tulis ulasan Status Membaca: C28
Gagal mengirim. Silakan coba lagi
  • Kualitas penulisan
  • Stabilitas Pembaruan
  • Pengembangan Cerita
  • Desain Karakter
  • Latar Belakang Dunia

Skor total 0.0

Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
Pilih Power Stone
Rank NO.-- Peringkat Power
Stone -- Batu Daya
Laporkan konten yang tidak pantas
Tip kesalahan

Laporkan penyalahgunaan

Komentar paragraf

Masuk