Unduh Aplikasi
60% RATU HATI CIK ABANG / Chapter 24: bab24

Bab 24: bab24

"  Senyum!! " arah jurufoto yang ditempah oleh Haniff.

Haniff merenung aku dalam sambil mengukir senyum, dia terlihat sungguh segak dalam persalinan serba putih itu,

Dengan sekali lafaz aku telah pun sah bergelar isteri kepada Encik Haniff Mikail Bin Zaid.

Tak aku sangka perkenalan yang kurang setahun ini, membawa kepada terbinanya sebuah masjid.

Masih terbayang aku mesej yang dihantar Haniff kepadaku pada malam itu.

Assalamualaikum cik tunang, tak saya sangka awaklah tulang rusuk kiri saya yang hilang. Jujur,awak bukanlah yang pertama tapi awak akan jadi yang terakhir,terima kasih kerana memberi saya peluang untuk menjadi pelindung awak. Awak bagaikan oksigen untuk hidup saya, yang menjadi sebab untuk saya terus bernafas. Moga hubungan yang bakal tercipta akan mengukir senyum dan tawa di wajahmu. Jumpa awak di hari penyatuan kita,

              -mesej terakhir dari Encik Tunang. Wink!

" Puan Qalisya fikir apa tu, don't tell me, you still think about our first kiss just now, " bisik Haniff ditelingaku sambil meruncingkan renunganya.

Buntang mataku mendengar bisikan itu, wajahku merona merah, mindaku bagaikan memaparkan kembali momen Haniff mencium dahiku, sungguh terasa janggal, lebih-lebih lagi apabila dia tersenyum nakal lalu mencuit hujung hidungku.

Pantas aku menjeling Haniff lalu menghadaihkan satu cubitan pada peha kirinya.

"ouch, tak sangka Puan Qalisya ni nakal," ujarnya bersama senyuman yang penuh makna.

"you blushing again " bisik Haniff lagi.

"entah apa lah pasangan pengantin kita ni duk buat, asyik main mata je dari tadi" ujar umi yang berada di hadapan pelamin nikah kami.

"itulah, Alisya dan tersipu-sipu malu, si Haniff pula dari tadi senyum tak sudah," kata Acik Nor pula sambil ketawa.

"Qalisya ni bu, cakap tak sabar nak tengok bilik pengantin," ujar Haniff diiringi tawanya.

"mana ada! " Nafiku keras bersama jelingan maut.

Semua mata disitu ketawa melihat reaksiku.

***

Aku berjalan perlahan sambil membimbit kasut ditangan,

Gambar perkahwinan kami akan di ambil di tepi pantai, sementara menanti juru kamera, aku menikmati permandangan laut persendirian milik Haniff ini,.

Memandangkan kami berdua sudah tiada ibu bapa, jadi kami mengadakan majlis di resort milik Haniff, tidaklah menyusahkan ibu dan umi untuk berkemas, walaupun mereka awal-awal lagi bercadang untuk mengadakan majlis di rumah masing-masing.

"Isteri saya buat apa tu" sapa seseorang.

Terasa sepasang tangan melingkari pinggangku.

Kedu, aku terkedu dengan tindakan itu, Nafasku berombak laju.

"sorry," ujar Haniff sepatah lalu berdiri di hadapanku.

Marah?, aku tak marah, cuma aku terkejut, memori lama bagaikan memenuhi mindaku.

"Sya,.." panggil Haniff lalu menyentuh hujung daguku dan mengangkat wajahku perlahan.

"look into my eyes, I'm truly sorry, saya tak ada niat pun nak buat Qalisya tak selesa,it just, i can't hold myself cause I'm really happy to have you as my wife," ujarnya lembut sambil memanah anak mataku dengan renungan lembutnya.

"its okay," jawabku ringkas bersama senyuman nipis.

"wahh, bagus pengantin aku hari ni, tak sempat suruh nak suruh pose, dah posing baik gitu, stay macam tu, aku nak snap jap" laung Amirul yang merupakan cameraman yang di upah Haniff. Kata Haniff, Amirul ni merupakan rakannya semasa di universiti.

Haniff mengukir senyum sambil matanya menatap setiap inci wajahku.

"erm Alisya, senyum lah sikit, macam terpegun sangat je tengok muka mat nip tu, " usik Amirul sambil ketawa.

"how I look in your eyes wifey?" bisik Haniff dengan nada menggoda saat wajahnya begitu hampir denganku.

Haih lah Haniff lagi mahu tanya ke, takkan lah tak ada orang bagitahu awak yang awak ni kacak, putih, tinggi, dari hari pertama mata ni tengok wajah kau, mata ni dah memuji kesempurnaan ciptaan ilahi yang sorang ni, omelku di dalam hati, bersama rasa debar yang mula berdetak laju.

"you look great," ucapku jujur dan perlahan, sumpah saat ini wajahku bagaikan udang kena panggang, entah dari mana datang keberanian itu, haish Alisya, tak jual mahal langsung kau ni!!

" I'm speechless, and of course,You are the most beautiful girl in my eyes," ucapnya lembut sambil tersenyum hingga mempamerkan barisan giginya yang tersusun cantik.

Jantung aku bagaikan nak meletop apabila berada dekat dengan Haniff ditambah pula dengan kata-kata yang keluar dari bibir nipis itu.

***

Usai sahaja majlis persandingan kami, seluruh ahli keluarga berkumpul di kafe resort untuk makan malam, mereka rancak bercerita mengenai majlis petang tadi, boleh dikatakan kebanyakan tetamu terdiri daripada rakan-rakan aku dan Haniff, dan kenalan ibu dan umi, tak terlepas juga anak-anak murid aku dan Haniff, bukan main seronok lagi masing-masing, siapa lagi, kelas 5 Aura lah, gigih masing-masing tempah grab untuk pergi ke majlis kami,.

"Lisya, ada plan nak pergi honeymoon ke? Cuti lama kan?" soal umi kepadaku.

Aku memandang Haniff yang sedang meneguk segelas air oren, Erm, honeymoon? Tak ada pula pakcik ni cerita apa-apa.

"erm, Lisya tak tahu lah umi, Lisya ikut je plan abang Haniff," ucapku, terasa pahit tekakku apabila mengungkapkan perkataan abang,

Uhuk! Haniff tersedak sehingga terbatuk batuk, habis tersembur air oren yang diminumnya, haish ni sah sebab perkataan abang tu, aku bukan apa, kalau tak sebut, memang kena soal lah dengan umi.

Haniff menjeling aku sekilas. Mungkin meminta penjelasan,.

"haish Alisya! Ambil air masak ni bagi Haniff boleh pula dia termenung suami tu tersedak," arah umi sambil menghulurkan botol kaca yang berisi air.

"usap belakang dia tu, haish siapa pula lah yang seru nama kamu ni Haniff malam-malam." bebel ibu pula yang kedengaran sedikit risau.

"apa ibu ni, khurafat lah percaya , panggil-panggil apanya," ujar Haniff yang sudah pun boleh terlihat sedikit reda.

Haniff memandang aku lagi, dengan pandangan penuh makna, aku melarikan anak mataku ke arah lain, tanpa sengaja, pandanganku bertembung dengan sepasang mata milik Hamzah,. Renungannya, terlihat sayu, mengapa? Dia tersenyum lalu mengalihkan pandangannya ke arah ibu.

***

Kaki ku melangkah perlahan memasuk villa yang merupakan bilik Haniff menginap. Villa ini telah pun dihias cantik oleh kakitangan hotel. Kata ibu, villa ini merupakan satu-satunya villa yang ada disini. Villa ini mempunyai 3 bilik keseluruhannya. Hiasan dalaman villa ini berkonsepkan Bali moden. Terdapat juga sebuah kolam renang persendirian di tepi villa ini, aku bagaikan terkedu melihat reka bentuk dan hiasan dalaman begitu classy sungguh cantik.

Mataku meliar melihat susun atur villa ini sambil tangan menyentuh hiasan dan perabotnya.

Aku hanya memasuki villa ini lenggang kangkung kerana barang-barangki sudah pun dipindahkan pagi tadi.

"suka villa ni?" soal Haniff sambil berpeluk tubuh dibelakangku.

"suka! Cantik gila!" ucapku jujur sambil memalingkan badan ke arah Haniff Mikail.

" I see,.. Saya rasa macam nak jadi villa ni pula," ucapnya bersama senyuman nipis.

"hurm ? Nak jadi villa? Why?" soalku hairan.

Orang nak jadi kaya, nak jadi hansome, dia nak jadi villa? Aneh! Tapi Alisya kau kena ingat, dia tu memang dah ada rupa dan harta, silap-silap duit gaji dia tu, dia tak usik pun,

"sebab villa ni memukau isteri saya sampai tak pandang sikit pun dekat suami dia ni," ujar Haniff sambil memuncungkan bibir.

Eh! Pakcik ni! Tak kan lah dengan bangunan pun nak cemburu, lain macam betul! Seram..

"kiranya, kalau awak jadi villa, awak kira harta saya lah kan,saya boleh lah jual awak, dapat duit, menarik!" ujarku sambil ketawa.

"haha, saya ingatkan Qalisya saya ni, dah pung pang macam dulu, rupanya sama je, I love it. " ujar Haniff sambil tersenyum manis.

Entahlah aku ni, kejap rasa malu, berdebar dengan dia, tapi sifat mulut lepas aku mana boleh tinggal. Hehe.

" oh ya, I forgot about one thing, saya currious lah, bila pula Puan Qalisya ni, panggil saya abang eh?" soalnya sambil merenung aku dengan diselit senyuman nakal.

"ermm, umi lah, dia yang suruh kalau tak suka saya tak panggil," ujarku pantas lalu berlari anak menjauhi Haniff.

Baru sahaja kaki ini berlari dua tiga langkah, terasa tali sling bag yang tersangkut dibahu ditarik dari belakang.

"where are you going huh?" ucapnya separa berbisik.

"saya nak tukar baju, solat, nak tidur," ucapku sepatah sepatah, rasa macam robot pun ada.

"saya suka panggilan tu, walaupun saya rasa a bit older, but its nice. So should I call you.. Sayang? Or sunshine? What do you think honey?" bisiknya lembut dan perlahan di telingaku.

Gulp!

Jantung aku bukan lagi boleh nak meletup, aku rasa dah boleh jadi abu kalau hari-hari macam ni,

"ermm nanti lah saya fikir , saya nak pergi tandas la, mana eh tandas ni, eh?" ujarku kalut lalu memasuki salah sebuah pintu.

Masuk sahaja dalam bilik tersebut, aku menghela nafas lega, haih kenapa lah mama air batu ni berubah macam ni? Ni bukan lagi 90 darjah atau 180 darjah, ni dah 360 darjah!!

Baru sahaja aku hendak menarik nafas lega, bulat mataku melihat keadaan sekitar. Ni bukan tandas.. Ni stor!!

Terdengar tawa kecil Haniff disebalik pintu, sah dia gelakkan aku, haih lah Alisya, mana keberanian kau selama ni?! Dengan pakcik air batu pun kecut ke? Tak..dia bukan lagi pakcik air batu.. Tapi dia air suam yang menghangatkan.

BERSAMBUNG...

P/s: fuh!! Yeayy dah nikah! Maksudnya cerita ni dah hampir ke penghujung la kan, yeke? Hahaha, sis harap korang suka bab yang korang nantikan ni, so kalau suka, jgn lupa vote banyak2, komen banyak2 dan share!! Sis syg korg, sis akan cuba kerapkan update sementara sis free kt rumah, nanti dah start busy balik, susah, tak siap2 lah crita ni, byee sayanf korang! Enjoy reading!!

 


Load failed, please RETRY

Status Power Mingguan

Rank -- Peringkat Power
Stone -- Power stone

Membuka kunci kumpulan bab

Indeks

Opsi Tampilan

Latar Belakang

Font

Ukuran

Komentar pada bab

Tulis ulasan Status Membaca: C24
Gagal mengirim. Silakan coba lagi
  • Kualitas penulisan
  • Stabilitas Pembaruan
  • Pengembangan Cerita
  • Desain Karakter
  • Latar Belakang Dunia

Skor total 0.0

Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
Pilih Power Stone
Rank NO.-- Peringkat Power
Stone -- Batu Daya
Laporkan konten yang tidak pantas
Tip kesalahan

Laporkan penyalahgunaan

Komentar paragraf

Masuk