BAB 40
Amyrah melihat pantulan dirinya di hadapan cermin. Baju kebaya labuh cantik tersarung di badannya. Tengoklah siapa yang pilih mama dia tu.
Amyrah keluar daripada _Fitting room_ .
" Cantiknya anak mama.." Puan Sri Alia memuji anaknya. Ammar terpegun melihat Amyrah saat itu.
" Cantik ke?" Amyrah bertanya.
" Hmm...cantik kot..." Ammar menjawab acuh tidak acuh dengan persoalan Amyrah. Dia cuba mengawal debaran jantungnya yang dah nak runtuh.
" Orang tak tanya dia pun...orang tanya dekat mama..." Amyrah menjeling.
" Ooo..yeke..." Ammar menahan malu sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Amyrah mendengus.
" Amyrah ni biarlah Ammar yang balas diakan bakal suami Amyrah..." Puan Sri Alia cuba menenangkan situasi yang tegang ini.
" Tu pun kalau Amyrah tak larilah waktu akad nikah..." Amyrah berkata spontan. Saja nak lihat ekspresi muka Ammar.
" Kalau berani buatlah.."
" Saya memang berani pon... tinggal nak lari je..."
" Iye...tapi tu pon kalau orang tu berani jelah..."
" Terlebih daripada berani..."
" Aik...saya tak cakap dengan awak pon.. kenapa awak balas.." Ammar menjungkitkan keningnya. Saja nak bergurau dengan Amyrah. Amyrah ni memang tengok saja mulut berlian tapi bila dah bercakap tak boleh berhenti beb...macam mulut murai. Pot pet pot pet. Mengalahkan emak-emak membawang.
" Oo.." Amyrah terdiam sebentar. Dia memikirkan cara nak membalas kata-kata Ammar itu.
" Aik...diam pulak...dah tak ada perkataan nak dibalas ke..."
" Ada macam perkataan ada...lembu.. kambing...landak... kura-kura...ayam..ikan..sotang" saat Amyrah berkata begitu Ammar bagai nak terhambur gelaknya tapi ditahan kerana ego mengatakan perlawanan belum tamat lagi.
" Ooo..yeke...tapi tak cukup nak buat saya takut..."
" Saya tak suruh awak takut pun...ke memang awak takutkan saya..." Ammar mati akal tak tahu nak balas apa. Ingatkan nak kenakan Amyrah tapi dia pula yang terkena.
" Aik...diam pula tak ada perkataan nak dibalas ke..." Amyrah mengulangi perkataan Ammar tadi. Das ambik kau kan dah kena. Ini Amyrah lah ' _THE QUEEN OF THE WORLD_ '. Tiada siapa boleh mengalahkannya.
" Hish... jangan gaduh-gaduh lah...tak malu ke orang tengok..." Aulia cuba memberhentikan mereka berdua.
" TAK..." Kata mereka serentak. Aulia terdiam seketika. Terkebil-kebil matanya. Parah betul ni.
" Apasal awak tiru saya cakap..."
" Saya ikut cakap awak... awak tu yang ikut cakap saya..." Ammar masih tidak mahu mengalah.
" Bila masa pula saya ikut cakap awak..." Amyrah tidak berpuas hati dengan Ammar.
Kini, mereka berdua bagai anjing dan kucing. Mereka berdua tidak mahu mengalah dua-dua mahu menang.
" Awak tahu tak mulut awak dah macam mulut itik...pot pet pot pet..."
" Apa awak cakap mulut saya macam mulut itik..." Amyrah semakin berang.
" Ye..saya cakap mulut awak macam itik... sesuatu sangat dengan mulut awak yang panjang tu..."
" Habis tu kalau mulut saya mulut itu awak tu..apa pula..tau lah muka macam monyet..."
' hello...miss Amyrah...kalau saya muka monyet..tak ada nyelah perempuan lain gilakan saya..."
" Apa saya tak dengarlah... perempuan lain gilakan awak..saya rasa awak ni rabun ni... nanti pergilah kedai cermin mata...buat cermin mata tu...kasi cermin sikit diri tu..." Ambik kau se das tembakan Amyrah bagi dekat Ammar.
" Hohoho...ini dah melampau...ni.." Ammar merenung mata dengan tajam. Amyrah juga tidak mahu kalah. Dia kini membalas panahan mata Ammar. Kini mereka bergaduh menggunakan mata pula. Tadi guna mulut sekarang guna mata pula.
Puan Sri Alia dan Laila hanyalah mampu beristighfar dengan perangai anak mereka itu. Aulia dan abang Amyrah Fikree hanya mampu menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. Aduh, memang tak boleh bawa bincang gaduh bakal pengantin. Dua-dua nak menang je. It is a sweet family?
" Dah...dah.." Tan Sri Khairuddin sudah bersuara. Siapa yang berani membalas kalau boss besar dah keluar. Takut wehh.