Unduh Aplikasi
81.81% Silent girl / Chapter 36: BAB 37

Bab 36: BAB 37

BAB 37

" Amyrah... kenapa kamu main balik waktu hari tu....." Tan Sri Khairuddin kecewa dengan perangai anaknya itu. Agak-agaknya apalah kata Puan Sri Laila sewaktu itu. Tak reti nak ajar anak ke hormat orang?

" Amyrah bukan sengaja pun papa.... Amyrah... Amyrah...." Amyrah tersekat-sekat untuk meneruskan kata-katanya. Papanya tidak faham dengan situasinya sewaktu itu. Bukan dia sengaja keluar menonong meninggalkan tetamu sebegitu. Nak buat macam mana dia cepat menggelabah.

" Apa alasan kamu pula... sekarang...kamu tau tak...kamu dah jatuhkan air muka mama papa...kamu tak sepatutnya buat macam tu...kalau tak suka pun... janganlah main pergi saja...mana pergi adab kamu...." Jelas sekali Tan Sri Khairuddin tersangatlah berang sewaktu itu tapi cuba dikawalnya. Dia tidak boleh bertindak melulu dalam melakukan sebarang tindakan.

Amyrah menjadi kecut perut apabila melihat muka papa tidak ubah seperti singa yang kelaparan. Salah dia juga siapa suruh main balik saja. Bukan dia tak kenal dengan perangai papanya yang sangat menjaga air muka keluarga. Sekarang padanlah muka.

" Dahlah tu bang.... mungkin Amyrah terkejut kut.... yelah kita bukan bagitau dia pun perkara sebenar sewaktu keluarga Puan Sri Laila datang...." Puan Sri Alia cuba menenangkan suaminya.

" Awak tak faham...saya bersusah payah hantar dia pergi sekolah agama... ingatkan taulah cara nak adab dengan tetamu...ni tak nama je waktu peperiksaan akhlak dapat A tapi amalkan tidak...." Perli Tan Sri Khairuddin. Hatinya semakin panas.

" Alah papa... Amyrah minta maaf okey..." Pinta Amyrah yang cuba mengambil simpati.

" Dengan syarat...kamu kena kahwin dengan Ammar....nak tak nak kamu kena setuju juga dengan papa...." Jelas Tan Sri Khairuddin. Dia menunjukkan kata-kata muktamad kepada Amyrah.

" What..." Amyrah terkejut besar tapi apa yang boleh dibuat kalau papanya berkata begitu. Bukan dia tidak kenal kalau kita kata 'tak' tapi dia kata 'ya' jadi jawapannya tetap sama iaitu 'ya'.

" Dah kamu boleh balik papa dah tak ada benda nak cakap dengan kamu lagi..." Amyrah tercengang apabila papanya berkata begitu kepadanya. Bunyinya macam menghalau anak keluar dari rumah.

Tan Sri Khairuddin berjalan naik ke atas menuju ke biliknya. Puan Sri Alia memandang simpati ke arah anak tirinya. Walaupun Amyrah itu anak tirinya tapi dia menganggap Amyrah sebagai anak kandungnya. Dia mengusap belakang Amyrah supaya dia menjadi tenang sedikit.

Amyrah melepaskan keluhan yang begitu berat di dadanya. Nampaknya nak tak nak du kena juga kahwin dengan Ammar demi papanya.

" Amyrah tidur jelah kat sini malam ni... jangan terasa dengan kata-kata papa tadi..." Pujuk Puan Sri Alia.

" Tak apalah mama Amyrah balik jelah..."

" Hish...mana boleh macam tu Amyrah tidur jelah kat..." Pujuknya lagi.

" Tak boleh mama... lagipun esok Amyrah kena pergi klinik awal...sebab ada oppoiment dengan pesakit Amyrah..." Jelas Amyrah.

" Okeylah macam tu...apa yang boleh mama buat kalau Amyrah dah kata macam tu..."

Puan Sri Alia menemani ke muka pintu. Dia melihat Amyrah masuk ke ke dalam keretanya hingga bergerak meninggalkan perkarangan rumah. Dia berharap supaya Amyrah tidak terasa dengan kata-kata Tan Sri Khairuddin tadi.

.

.

.

.

.

Ammar masih terkejut apabila _mummy_ mengatakan Amyrah sudah setuju nak kahwin dengannya. Rasa macam dalam mimpi. Tapi betul-betul ke Amyrah nak kahwin dengannya ke _mummy_ dia saja-saja nak reka cerita. Tapi takkanlah _mummy_ dia nak tipu dia. Tapi kalau betul-betul betul macam mana. Eh, banyak betul tapi dia. Fikirannya berserabut. Lebih rasanya dia tanya Amyrah sendiri.

Dia melihat jam di tangannya. Sekarang baru pukul 10 pagi. Amyrah mesti sibuk melayan dengan pesakit nya sekarang ni.

Ammar memanggil _secretary_ masuk ke dalam pejabatnya. " Alif masuk sekarang dalam bilik saya sekarang..."

Alif bergegas masuk ke dalam bilik Ammar. Takut kalau lambat nanti mulalah dengar boss dia membebel mengalahkan emaknya di kampung.

" Ya Encik Ammar.... kenapa Encik Ammar panggil saya...." Alif berjalan menuju ke meja Ammar.

" Hari ini saya ada meeting apa je hari ni..." Tanya Ammar.

" Sekejap saya check" Alif melihat buku kerjanya.

" Hari Encik Ammar tak ada sebarang meeting....tapi nanti ada client nak jumpa Encik Ammar nanti... pukul 12 nanti..."

" Ooo...haah saya lupa pula....yelah nanti awak teman saya tau....awak dah boleh sambung kerja awak..." Kata Ammar.

" Baik Encik Ammar..." Alif keluar daripada pejabat Ammar. Dia menghembuskan nafasnya ingatkan Encik Ammar nak bebel dekat dia tadi.

Ammar berpusing-pusing di atas kerusinya. Di dalam otaknya masih ligat berfikir.

" Nak...tak nak...nak...tak nak...nak....tak nak..." Dia bermain dengan jari jemarinya. Perlu atau dia berjumpa dengan Amyrah. Tapi kalau nak tahu mestilah kena jumpa.

Tapi...

Tapi...

Tapi....

Banyak betul tapi dia...

Tapi...


Load failed, please RETRY

Status Power Mingguan

Rank -- Peringkat Power
Stone -- Power stone

Membuka kunci kumpulan bab

Indeks

Opsi Tampilan

Latar Belakang

Font

Ukuran

Komentar pada bab

Tulis ulasan Status Membaca: C36
Gagal mengirim. Silakan coba lagi
  • Kualitas penulisan
  • Stabilitas Pembaruan
  • Pengembangan Cerita
  • Desain Karakter
  • Latar Belakang Dunia

Skor total 0.0

Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
Pilih Power Stone
Rank NO.-- Peringkat Power
Stone -- Batu Daya
Laporkan konten yang tidak pantas
Tip kesalahan

Laporkan penyalahgunaan

Komentar paragraf

Masuk