BAB 36
Amyrah berguling ke kiri dan kanan. Dia tidak dapat melelapkan matanya walaupun sudah mengantuk. Fikirannya masih bercelaru memikirkan mengenai perkara di rumah mamanya.
" Kenapalah aku cakap aku fikirkan dulu... kenapa aku tak cakap aku tak terima je eeh..."
" Memanglah aku cakap aku fikirkan dulu... kalau cakap tak terima pula kang... nanti ada yang terasa hati pula.. mama ni pun satu bukan nak bagitau aku...yang keluarga ammar datang...." Bebel Amyrah berseorangan. Nasib baik esok dia cuti kalau tak mahu dia bangun lambat sebab tidur lambat. Nasib punya badanlah.
-TING-
' YA... ALLAH.... siapa pula yang whatsapp aku malam-malam buta ni...' gumamnya. Dia melihat skrin telefonnya.
Ammar: dah tidur ke...
Muka Amyrah berkerutan. Apahal pula Ammar sibuk bertanya dia dah tidur ke belum. Demam ke apa?
Amyrah menaip membalas mesej Ammar.
Amyrah: apa....
Ammar: so saya anggap awak tak tidur lagi lah ni ye....
Amyrah: 😕
Ammar: so expression awak tentang tadi...
Amyrah: 😒
Ammar: jomlah kita kahwin...
Amyrah: wajib ke saya kahwin dengan awak...
Ammar: wajib..
Amyrah: tengoklah cane...
Ammar: Amyrah saya sayang kan awak tau tak...
Amyrah: sebab apa awak sayang saya...
Ammar: saya sayangkan awak kerana Allah...
Amyrah: hmm..
Ammar: Amyrah jomlah kahwin dengan saya...
Amyrah: langsung tak romantik...
Ammar: apa yang tak romantik...
Amyrah: cara awak lamar sayalah...
Ammar: nak buat cane...saya ni bukan jenis mulut manis...nak mengayat bagai.. macam Danial tu...
Amyrah: oo
Ammar: ok kalau awak anggap je...awak kahwin dengan saya ni sebab kontrak tu...( Ammar masih mencuba nasib)
Amyrah: kalau saya tak nak juga macam mana...
Ammar: saya bawa lari awak pergi Thailand...kite kahwin kat sana...
Amyrah: ooo..ni kira kes culik lah ni kan...
Ammar: kesah pula saya... kalau dianggap culik janji saya dapat kahwin dengan awak...tiada siapa boleh ambil awak...cuma saya sorang je...
Amyrah: I see...hmm
Ammar: ok apa kata...kita kahwin dalam setahun je...kalau saya tak dapat nak bungakan hati awak tu kita cerai...
Amyrah: wow... habis awak nak suruh saya jadi janda muda lah ni ya...saya tak setuju
Ammar: tak pa.... kita kahwin je... confrem lepas kahwin awak jatuh cinta kat saya yang macho ni...
Amyrah: macam mana awak nak kasi saya jatuh cinta awak...
Ammar: saya godalah awak.... sampai awak pengsan...
Amyrah: 😒
Ammar: please....
Amyrah : tengoklah cane...
Ammar: saya bagi awak fikir sampai sebulan ni.... untuk fikirkan...
Amyrah: kalau jawapan saya tetap sama...
Ammar: well macam saya cakap tadi...saya culik awak...
Amyrah menutup telefonnya. Kalau dilayan Ammar ni sampai esok tak habis. Dia masih ada masa sebulan untuk memikirkannya.
.
.
.
.
.
Ammar tersenyum riang. Seronok pula kenakan Amyrah ni. Macam mana muka Amyrah agak-agaknya.
Ammar membayangkan muka Amyrah yang menjadi merah padam. Dia tergelak sendirian. Matanya masih tidak menunjukkan tanda-tanda mengantuk. Jadi apa kata kita ajak Danial main _game_ tapi mesti Danial tu dah tidur kan. Yelah lagipun sekarang dah pukul dua pagi. Mesti ramai yang dah terbuai mimpi. Tak pelah kita layan Instagram lah malam-malam buta ni.