BAB 30
Farhah mengetuk pintu rumah Amyrah bertalu-talu.
~ TOK TOK~
Geram pula dari tadi dia mengetuk pintu tapi batang hidung tetap tidak muncul.
Amyrah keluar daripada biliknya lalu bergegas membuka pintu.
" Sorry Farhah...saya baru lepas solat tadi..." Kata Amyrah yang memohon maaf.
" Hmm...dah siap ke belum...?" Tanya Farhah.
" Sikit lagi...awak masuklah dulu..."kata Amyrah.
" Aik...who is she..." Tanya Amyrah kepada Farhah dengan nada perlahan. Farhah menepuk dahinya dia terlupa pula yang dia ada bawa sepupunya sekali.
" Perkenalkan ni sepupu saya Khairun Farizza...khai perkenalkan ni lah kawan baik aku yang aku cakap tu... Myra..." Kata Farhah. Matanya masih ralit memandang bahagian dalam rumah Amyrah. Barangan semuanya teratur. Cantik pula tu.
" Khai.."
" Myra.."
Mereka berdua bersalaman tanda perkenalan. Amyrah memandang sepupu Farhah dari atas sampai bawah. ' cantik...' puji Amyrah di dalam hati.
Mereka semua masuk ke dalam rumah Amyrah. Farhah dan Khairun duduk di atas sofa Amyrah.
" Cantik rumah awak Amyrah.."
" Ooh ye.. biasa-biasakanlah sajelah..." Kata Amyrah malu-malu.
" dah lah saya masuk dalam bilik kejap...korang berdua duduk lah sini dulu... bilik air ada kat situ kalau nak terkencing ke apa ke boleh lah pergi..." Kata Amyrah sambil menunjukkan arah menuju bilik air di rumahnya.
" Okey..." Jawab mereka serentak.
Amyrah masuk ke dalam biliknya untuk mengemas barang-barangnya. Dia perlu memastikan biliknya kemas sebelum keluar. Setelah memastikan semuanya selesai dia mengambil tas tangannya lalu keluar menuju ke arah Farhah dengan Khairun Farizza.
" Dah siap..." Tanya Farhah. Amyrah menganggukkan kepalanya.
" Okey jom..."
Mereka keluar daripada rumah Amyrah. Amyrah mengeluarkan kunci rumahnya lalu mengunci pintu rumahnya dan pintu kekisinya.
" Kita naik kereta saya jelah..." Cadang Farhah.
" Tak apa ke..." Tanya Amyrah.
" Tak apa jom..."
.
.
.
.
.
Setelah sampai di perkarangan rumah Danial. Mereka masuk ke dalam pagar rumahnya. Terdapat wanita lingkungan 50-an di pagar itu yang sedang menjemput tetamunya.
" Assalamualaikum aunty..." Ucap mereka serentak.
" Are you friend's Danial...?" Tanya Datin Kamalia.
" Haah..." Balas Farhah.
" Ook... jemput masuk..." Ajak Datin Kamalia. Mereka bertiga tersipu-sipu malu masuk ke dalam rumah Danial. Amyrah hanya mengenakan _blouse_ muslimah _royal blue_ seluar _jeans_ , tudung selendang dan secalit mekap. Farhah pula dia mengenakan _blouse_ pendek ungu, _skirt_ labuh, dan gincu yang berwarna merah agar sesuai dengan kulitnya yang hitam manis. Manakala Khairun Farizza pula memakai gaun labuh pemberian Farhah, rambut diikat sanggul dan secalit mekap. Mereka semua kelihatan anggun dan elegan.
Amyrah mencari tempat duduk tiba-tiba dia dapat melihat seseorang yang dikenalinya iaitu Ammar.
' aduh kenapa Ammar ada kat sini pula...eh.. memanglah dia ada kat sini..dia kan kawan baik Danial.... macam mana aku boleh lupa pula ni...tahu tadi tak payah datang pun tak apa...minta-minta lah dia tak nampak aku kat sini....' gumam Amyrah.
Apabila dia sudah menjumpai tempat duduk mereka duduk di situ. Suasana di rumah Danial agak meriah.
" Myra awak duduk kat sini dulu boleh tak..." Tanya Farhah.
" Kenapa korang nak pergi mana... janganlah tinggalkan saya... saya segan tahu tak..." Amyrah kelihatan cuak apabila Farhah mahu ke tempat lain.
" Ala...kejap je lah... nanti kitorang datang balik..." Kata Farhah lalu pergi meninggalkan Amyrah disitu. Bayangan Farhah dan Khairun Farizza pun hilang di sebalik tetamu yang hadir pada hari ini. Amyrah hanya bermain telefon bimbitnya kerana begitu malu. Sifat malu, penakut dan pendiam Amyrah memang ada sejak kecil lagi. Itulah kelemahan dirinya. Jadi dia tidak mempunyai kawan hanya Farhah sajalah kawan dia dari sekolah menengah dulu. Tiba-tiba Amyrah baru teringat, dia pernah melihat sepupu Farhah sebelum ini semasa dia makan bersama Ammar. Gadis itu ialah pelayan di restoran itu.
' agak-agak khai tu ingat tak kat aku...' gumam Amyrah.
Dari jauh terdapat beberapa pasang mata yang memerhati Amyrah sejak dia hadir tadi.
.
.
.
.
.
" Kak aku tak naklah jumpa dia..." Kata Khairun Farizza.
" Lah kenapa pula...kita dah sampai pun dahkan..." kata Farhah.
" Tapi..."
" Tak ada tapi... tapi ... dah jom..." Farhah menarik tangan sepupunya itu menuju ke Danial. Muka Khairun Farizza kelihatan cuak apabila melihat Danial. Mukanya mula merona merah. Jadi itulah kelemahannya sejak kecil lagi yang tidak dapat dielakkan. Bila malu saja pasti muka dia akan merah. ' aduhai muka janganlah merah sekarang..'
" Danial.." sapa Farhah.
" Hai Farhah..." Danial dapat melihat buah hatinya yang berada di belakang Farhah.
" Hai Izza..." Sapa Danial kepada Khairun Farizza.
" H..ha..hai.." balas Khairun Farizza lambat-lambat.
" Cantik awak hari ni..." Puji Danial kepada Khairun Farizza. Muka Khairun Farizza bertambah merah apabila Danial memujinya sebegitu.
" Korang borak lah dulu ye...aku nak pergi kat Myra..." Kata Farhah sambil mengenyitkan matanya ke arah sepupunya.
" Kak..."
" Dah jom ikut saya Izza..." Ajak Danial. Khairun Farizza memikirkan dua tiga kali sama ada mahu mengikut Danial atau berlari menuju ke Farhah. Tapi kalau dia lari dekat Farhah nampak sangatlah dia malu.
Danial yang melihat Khairun Farizza yang masih memikirkan suatu menarik hujung lengan baju Khairun Farizza agar mengikutnya. Khairun Farizza agak cuak apabila Danial menarik lengan bajunya. Jadi terpaksalah dia ikut Danial.
.
.
.
.
.
Farhah dapat melihat Amyrah dari jauh yang sedang ralit bermain telefon. Dia hanya menggelengkan kepalanya. ' Malu betul kawan aku seorang ni...'
" Lama tunggu..." Kata Farhah.
" Awak pergi mana Farhah..."
" Saya hantar khai dekat jodohnya..."
" jodohnya...?" Muka Amyrah agak tercengang apabila Farhah berkata begitu.