BAB 29
Farhah berjalan menuju ke klinik kawan baiknya. Sudah lama dia tidak bersua muka dengan Amyrah. Rindu pula dia akan rakannya itu.
Farhah menuju ke kaunter pertanyaan untuk bertanya sama ada Amyrah ada atau tidak.
" Assalamualaikum... Dr Amyrah ada tak.. "
" Ya ada cik....cik ada buat oppoiment apa-apa ke dengan Dr Amyrah....."
" Tak ada... actually....saya kawan dia... kalau saya nak jumpa dia boleh ke....?" Tanya Farhah.
" Sekejap ye...."
" Okey... boleh...cik Farhah...pejabat Dr Amyrah ada dekat situ..." Kata orang di kaunter pertanyaan itu sambil menunjukkan arah jalan kepada Farhah.
" Okey... thanks" ucap Farhah. Farhah berjalan menuju ke pejabat Amyrah sambil melihat pintu jika ada nama Amyrah di situ. Dia melihat masuk ke dalam pejabat Amyrah apabila sudah menemuinya.
" Assalamualaikum... Myra..."
" Waalaikumussalam..."
" Busy ke..."
" Tak adalah..."
" Kau dah makan ke belum..."
" Haahlah aku baru teringat yang aku belum makan lagi..." Kata Amyrah lalu menepuk dahinya.
" Okey jom..."
Mereka berdua keluar daripada klinik itu untuk menuju ke kedai makan.
" Kita nak makan kat mana..?" Tanya Farhah.
" Kat situ ajalah..." Kata Amyrah sambil menunjukkan kedai tersebut.
" Okey jom..."
.
.
.
.
.
" Erra awak datang tak majlis birthday Danial nanti..."
" Datang.. kenapa"
" Kita datang sama-sama nak tak...
" Ok boleh... everything for my friend..."
" Yey... thanks a lot..."
Mereka berdua berborak sakan sehingga waktu rehat habis.
" We... Erra..."
" Apa..." Farhah memandang Amyrah.
" Waktu rehat saya dah habis... lagipun saya nanti ada oppoiment dengan pesakit saya ni..." Kata Amyrah.
" Ooo...yeke...oklah.."
" Kau tak kerja ke hari ni..."
" Tak...saya ambil cuti penatlah hari-hari kerja..."
" Oo....kalau macam tu jom lah pergi klinik saya... boleh sambung borak kat sana..." Ajak Amyrah. Dia pun bosan juga tak ada kawan. Nak ajak pekerja dia berborak? Memang sampai esok lah tak cakap apa-apa. Lagipun dia masih tak biasa lagi dengan pekerja dia.
" Tak ganggu awak ke nanti..."
" Tak....jom ajalah...."
" Ok...tapi nanti bila awak dah habis kerja awak tu...awak kena teman saya pergi shopping!"
" Hmm....ok lah macam tu.."
" Yahoo...jom nanti lambat pula.."
" Jom"
Amyrah membawa Farhah masuk ke pejabatnya. Boleh juga diajak teman.
.
.
.
..
.
Farhah yang duduk di sofa Amyrah hanya melihat Amyrah dan pesakitnya sedang bercakap. Farhah juga mencuri dengar perbualan mereka berdua.
" Doktor boleh ke kalau saya gugurkan kandungan ni..." Tanya pesakit itu.
" Kenapa Puan nak saya gugurkan kandungan puan..."
" Bukan puan tapi cik..."
Amyrah terkejut besar apabila mendengar pesakit di hadapannya itu sebenarnya belum kahwin lagi.
" Oo... sorry cik saya tak tahu pula..."
" Tak apa..."
" Jadi cik nak gugurkan kandungan cik..."
" Ye.."
" Tapi saya tak boleh buat macam tu.." jujur Amyrah.
"Tapi kenapa doktor... doktor tahu tak saya tak kahwin lagi... lagipun lelaki yang buat dekat saya tu...dia taknak bertanggungjawab...kalau keluarga saya tahu ni mesti diorang sedih...sayalah anak paling teruk...mak bapak saya besarkan saya dengan cukup agama...tapi saya dayus...saya tetap juga nak buat perkara terkutuk...macam mana saya nak jawab kat semua orang... macam mana saya nak dekat ibu bapa saya .....saya menyesal doktor apa yang saya buat ni doktor...saya memang betul menyesal... doktor... doktor tolonglah saya gugurkan anak ni doktor..." Rayu pesakit itu yang sudah menangis teresak esak di hadapan Amyrah dengan riak menyesal atas perbuatannya.
Farhah yang duduk di situ terkejut mendengar pengakuan pesakit itu. Tidak sangka sekali. Daripada sudut luaran dia lihat pesakit itu cukup sempurna. Tapi sangka. Terkedu jugalah dia. Farhah memandang ke muka Amyrah teringin juga dia mahu melihat reaksi Amyrah. Namun, muka Amyrah hanya tenang sahaja seperti tiada apa yang berlaku. Memang patutlah Amyrah jadi doktor sakit puan.
" Saya minta maaf sangat-sangat di klinik ini kita kami tidak akan memberi sebarang ubat guguran bayi kepada pesakit..." Tegas Amyrah.
" Cuba doktor duduk dekat tempat saya apa doktor akan rasa..."
" Saya minta maaf sangat-sangat... boleh tak kalau saya nak tanya sesuatu.." tanya Amyrah.
" Boleh tanyalah..."
" Cik ni umur berapa ye..."
" Umur saya 19 tahun..."Jawab pesakit itu.
" Ooo..hmm... umur lelaki tu pula.."
" Umur dia 29 tahun.."
" Saranan sayalah kan supaya cik berterus-terang sahaja kepada ibu bapa cik... mungkin mereka akan terkejut dengan berita cik ini... mereka akan sepak terajang cik...halau cik keluar rumah...tapi cik kena ingat ini semua ujian daripada Allah...anak dalam kandungan cik tu tak berdosa cik..." Cadang Amyrah.
" Tapi.."
" Ataupun cik boleh dapatkan nasihat daripada kaunseling... sekarang kitakan ada talian kasih jadi cik bolehlah dapatkan nasihat mereka... lagipun umur cik ni masih muda..." Nasihat Amyrah kepada pesakitnya itu.
" Nanti saya fikirkan lah..."
" Cik bekerja atau belajar..." Tanya Amyrah sekali lagi.
" Saya belajar"
" Kalau macam tu cik boleh dapatkan nasihat daripada kaunseling tempat pelajar cik..."
" Hmm... terima kasih lah doktor atas nasihat doktor...saya hargai sangat-sangat... doktor ni dahlah cantik... manis pula tu orangnya... doktor belum kahwin lagikan..."
" Belum macam awak tahu..."
" Saya boleh tahu rupa orang kahwin atau belum...saya doakan semoga doktor dikurniakan suami yang soleh...yang baik...dan boleh menjaga doktor sehingga ke hari tua..."
" Aamiin... terima kasih atas doa awak tu...saya juga nak doakan awak semoga dapat menyelesaikan masalah awak dengan baik..."
" Terima kasih doktor atas nasihat doktor tadi...bila saya dengar saja nasihat doktor tadi terus bersemangat saya..."
" Oo..yeke.... Alhamdulillah.." syukur Amyrah apabila mendengar pesakitnya berkata begitu.
" okey lah doktor saya gerak dulu...bye..."
" Bye.." balas Amyrah.
Apabila melihat pesakit itu keluar Farhah terus meluru ke arah Amyrah. Lalu duduk di kerusi pesakit tadi duduk.
" Wow... hebatlah awak Myra...kalau saya kat tempat awak tadi saya tak mampu nak cakap macam awak..."
" Tak adalah... lagipun tadi saya kesian tengok dia...dah macam putus asa nak teruskan usaha... lagipun bayi dalam kandungan tu...mana boleh kita gugurkan..."
" Yelah betul juga cakap awak...memang patutlah awak jadi doktor..."
" Dah lah jomlah kita pergi shopping kata nak pergi tadi... lagipun pesakit saya dah habis.." ajak Amyrah.
" ooo..ok jom..."