BAB 24
" So kenapa awak terima dia... sedangkan awak tak suka dia...?" Tanya Amyrah.
" Tulah saya pun tak tahu...apa benda yang saya fikirkan waktu tu..." Jujur Ammar. Kalau masa boleh di putarkan semula mesti dia akan betulkan kesalahanya. Namun, itu mustahil untuk memutarkan masa. Dan sehingga kini dia masih tertanya-tanya bagaimana gelang itu boleh ada dekat tangan Farisya.
Suasana menjadi sepi semula. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Sebenarnya Ammar masih tidak mengetahui bagaimana gelang tersebut boleh ada di tangan Farisya sedangkan waktu itu dia masukkan gelang tersebut ke bawah meja Amyrah.
" Hai...tak sangka baru putus dengan girlfriend...dah jumpa penggantinya...hebat.." sindir Farisya yang entah datang dari mana. Ammar terkejut besar apabila Farisya di sini.
" You...you...what are you doing here...?" Gagap Ammar.
" Well nk melawat ex-boyfriend tak boleh ke..."kata Farisya tanpa segan-silu.
" Hoi... perempuan tak sangkakan kau boleh rampas Ammar dari aku...kau siapa...kau tak layak tahu tak nak jadi pengganti aku..." Tengking Farisya kepada Amyrah.
Amyrah jadi tidak senang duduk apabila Farisya di sini. Pasti Farisya akan salah faham tentang hubungan dia dengan Ammar. Tapi apa yang dia boleh buat. Mulutnya bagai di zip dan tidak mahu keluar sebarang perkataan.
" Farisya... apa bising-bising ni....orang tengoklah..." Tegur Ammar apabila diperhatikan oleh orang sekeliling.
" You...apa salah I sampai you nak putus...kalau I salah you cakaplah...you tak sayangkan I ke...I minta maaf okey...I nak kahwin dengan you..." Rayu Farisya. Suaranya tiba-tiba bertukar menjadi lembut.
" Farisya kitakan dah tak ada apa-apa lagu hubungan... kenapa you masih kacau I lagi..."
" APA YOU CAKAP...WE don't have any relationship... Ammar you dah kenapa...you tahu kan I sayang you sepenuh hati I tahu....you cakaplah apa yang you nak suruh I buat.. nanti I buat...you janganlah buat I macam ni... you tak kesian dekat I ke...ke perempuan ni dah sampuk you..." Jari telunjuk Farisya menunjal kepala Amyrah. Terkejut Ammar apabila Amyrah diperlakukan sebegitu.
" Farisya you dah melampau tahu tak..." Tengking Ammar.
" Apa you cakap I melampau...kalau perempuan ni tak rampas you dari I....l tak jadi macam ni tahu tak..."
" Farisya l dengan Amyrah tak ada apa.. kitorang cuma kawan je..." Terang Ammar.
" Ooo..tak ada apa...kalau tak ada apa korang takkan berdua macam ni tau..."
" Ooi.... Amyrah apasal banyak-banyak lelaki dalam dunia ni... Ammar juga kau nak rampas dari aku....kau dah anak kerani... Ammar ngan aku anak orang kaya...kau sedar sikit...kau tu tak setaraf dengan kitorang...." Hina Farisya.
Amyrah yang berada di situ dari tadi hanya diam. Namun perangai Farisya yang agak keterlaluan itu menyebabkan dia bingkas bangun dan meninggalkan tempat itu. Sebelum perkara yang tidak diingini berlaku.
" Amyrah!!!...awak nak pergi mana.." jerit Ammar. Farisya hanya mencebik dengan perlakuan Ammar.
"Farisya..see what are you doing.."
" You I'm so sorry... siapa suruh dia usik hak I... padan lah muka..." Farisya menjelirkan lidahnya.
Ammar bingkas bangun meninggalkan Farisya. Habis rancangannya rosak disebabkan Farisya.
" Ammar you nk pergi mana..?"
.
.
.
.
.
Amyrah masuk ke dalam kereta lalu menghempaskan pintu keretanya. Sakit hati dia apabila dihina sebegini. Mungkin Farisya masih tidak tahu mengenai identitinya. Namun hina sangatkah kerja seorang kerani.
Dia tidak faham mengapa sesetengah orang menganggap orang miskin tidak layak untuk orang yang berpangkat. Golongan sebegitu tidak pernah minta untuk ditakdirkan hidup begini. Mereka mencari kerja halal bukan pergi buat kerja yang tidak senonoh untuk mendapatkan hasil yang banyak.
Namun itulah kehidupan, kita perlu berusaha untuk meneruskan hidup yang penuh dengan liku. Jika tersalah jalan buruk padahnya.
Amyrah memandu keretanya itu untuk menuju pulang. Esok merupakan hari pertamanya memulakan pekerjaan sebagai seorang doktor sakit puan.