Unduh Aplikasi
36.36% Silent girl / Chapter 16: BAB 17

Bab 16: BAB 17

BAB 17

Amyrah berjalan ke kiri dan ke kanan didalam biliknya. Dia ligat memikirkan masalahnya. Dalam masa satu hari dua perkara berlaku tanpa dia sangka. Pertama, dia dapat masuk universiti Malaya. Kedua pula dia terlanggar kereta Ammar.

Balik saja tadi dia terus meletakkan barang yang Cik Zah menyuruh dia beli tadi di dapur dan terus menuju ke atas. Balik nanti papanya akan bertanya mengenai keretanya. Pening kepalanya. Ammar pula satu masalah lagi dia perlu memikirkan dua pilihan tersebut. Umur dia baru 18 tahun takkan dah kena kahwin.

*Flashback*

" Kau cuma ada dua pilihan sama ada bayar 100 ribu atau kahwin dengan aku..." Kata Ammar dengan tegasnya apabila idea tersebut muncul di dalam otak nya tanpa memikirkan risiko nya.

" Saya baru umur 18 tahun takkan dah kena kahwin kot...dahlah kene kahwin dengan awak...tak nak dan tak akan..." Kata Amyrah menidakkan kata Ammar tersebut.

" Kalau macam tu..." Belum sempat Ammar ingin meneruskan kata-katanya Amyrah sudah memintas.

" Tak ada pilihan lain ke..." Kata Amyrah yang cuba meminta simpati.

" Tiada pilihan lain.." kata Ammar sambil meninggikan sedikit suaranya.

" Boleh tak awak bagi saya masa sampai esok nanti saya whatsapp awak..."

"Ok...fine..."

.

.

.

.

.

Tan Sri Khairuddin keluar daripada keretanya. Tiba-tiba dia terlihat kereta Amyrah yang sudah kemik di hadapannya. Mungkin dia sudah terlanggar sesuatu.

" Assalamualaikum.." ucap Tan Sri Khairuddin apabila masuk ke rumahnya.

Puan Sri Alia menuju ke arah Tan Sri Khairuddin lalu menyalamnya dan mengambil beg di tangan Tan Sri Khairuddin. Itulah rutin harian Puan Sri Alia apabila suaminya pulang ke rumah.

" Lia mana Amyrah..?" Tanya Tan Sri Khairuddin sambil matanya melilau sekeliling mencari kelibat Amyrah.

" Ada kat dalam bilik nya rasenye.. kenapa abang....?" Tanya Puan Sri Alia sambil mengangkat keningnya.

" Lia tengok kereta Amyrah kat luar tu kemik-kemok abang tengok kereta dia...apa benda entah dia langgar..."

"Ooo...kejap abang duduk dulu air ada dekat situ....lia naik atas panggil Amyrah.."

" Hmm.."

Puan Sri Alia naik ke atas menuju ke bilik Amyrah. Dia pun mengetuk pintu bilik tersebut.

" Amyrah...buka pintu ni kejap.."

Amyrah membuka pintu depan perlahan seakan tahu apa yang bakal terjadi.

" Kenapa mama?"

" Papa panggil kamu... suruh turun bawah..."

Amyrah menelan air liurnya. Habislah dia pasti papanya akan bertanya pelbagai soalan mengenai keretanya. Dia bukan tidak tahu papanya seorang tegas. Amyrah berjalan di belakang Puan Sri Alia menuju ke bawah.

Tan Sri Khairuddin menyuruh Amyrah supaya duduk di hadapannya.

" Kenapa papa..?" Tanya Amyrah seakan tidak mengerti apa yang bakal terjadi.

" Kenapa dengan kereta kamu?"

" Kenapa kereta kamu kemik.."

" Amyrah langgar apa.."

" Apa yang kamu langgar...."

" kat mana kamu accident.."

Bertalu-talu soalan diajukan oleh papanya kepada Amyrah.

" Hush pa... cakap lah satu-satu soalan.. macam mana Amyrah nak jawab... pening kepala Amyrah nak jawab soalan papa satu-satu...." Amyrah memandang ke bawah seperti seorang pesalah yang bakal dikenakan hukuman.

"Amyrah jawab soalan papa...."kata Tan Sri Khairuddin dengan tegasnya.

" Tadi Amyrah keluar... lepastu kereta depan Amyrah tu dia berhenti... Amyrah tak sempat nak tekan brek lepas tu BUM...tapi masalah tu dah selesai..." Jelas Amyrah yang cuba menyakinkan Tan Sri Khairuddin.

" Habis kereta tu...?"

" Nanti Amyrah hantar lah dekat kedai..."

" Hmm...kos dia Amyrah bayar sendiri.. papa taknak tanggung..."

" Ok..."

Tan Sri Khairuddin naik ke atas menuju ke biliknya. Amyrah melepaskan keluhan di dadanya. Tiba-tiba satu idea hinggap di kepalanya.

Amyrah menuju ke atas lalu masuk ke biliknya. Dia mengambil telefon nya.

Amyrah: Ammar...saya kahwin dengan awak.

Ammar: are you serious?🤨

Amyrah memikirkan sama ada keputusan betul atau tidak. Dia berharap agar keputusan yang dia buat ini betul. Amyrah menaip semula.

Amyrah: yes

Ammar: ok....🤨

Amyrah: tapi dengan syarat...

Ammar: apa syaratnya ??

Amyrah: lepas habis saya belajar...

Ammar: ok... boleh tapi aku pun ada syaratnya...

Amyrah: what...

Ammar: tak boleh bagitau sekarang... esok kita jumpa kat taman rumah saya...

Amyrah: ok

Amyrah membaling telefon nya ke atas katil. Dia memikirkan apakah syarat yang bakal Ammar letak kepadanya. Nasib punya badanlah. Dia mengeluh sambil memandang skrin telefonnya.


Load failed, please RETRY

Status Power Mingguan

Rank -- Peringkat Power
Stone -- Power stone

Membuka kunci kumpulan bab

Indeks

Opsi Tampilan

Latar Belakang

Font

Ukuran

Komentar pada bab

Tulis ulasan Status Membaca: C16
Gagal mengirim. Silakan coba lagi
  • Kualitas penulisan
  • Stabilitas Pembaruan
  • Pengembangan Cerita
  • Desain Karakter
  • Latar Belakang Dunia

Skor total 0.0

Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
Pilih Power Stone
Rank NO.-- Peringkat Power
Stone -- Batu Daya
Laporkan konten yang tidak pantas
Tip kesalahan

Laporkan penyalahgunaan

Komentar paragraf

Masuk