Unduh Aplikasi
81.25% feelingless / Chapter 13: Bab 13

Bab 13: Bab 13

"Haaaaaooh."Hermin Jr mengubah posisinya berbaring terlentang melihat Langit malam yang dihiasi bintang.

"Kenapa aku boleh sampai sini, dekat mana ni?"Hermin Jr duduk melihat sekeliling.

"DK, apa yang berlaku?"Hermin Jr memegang perutnya.

"Engkau dilemparkan ke tempat yang berbeza oleh makhluk itu dengan menggunakan sihir ruang, tapi kita masih berada di benua yang sama"

"Huh!, mana kau?"Hermin Jr terkejut melihat sekeliling mencari punca suara DK.

"Aku bersuara dari dalam diri kau"

"Oooh, ok, ok, di dalam benua yang sama?, jadi kita tak jauh sangatlah dari istana tu"

". . . . ."DK tidak memberi respon.

"Ookey, . . .dah berapa lama aku tidur, nikmat betul, mungkin sebab pertahanan dan ketahanan aku tinggi, tengkuk aku tak sakit, tak sejuk, tak panas, kalau tak ada gangguan ni, setahun tidur pun aku tak sedar, hahaha. . ." Hermin Jr duduk dengan menongkatkan tangannya di belakang.

"Banyaknya bintang, dulu aku teringin nak pergi situ, nak tahu bintang tu apa sebenarnya. . ." Hermin Jr mendongak ke atas melihat langit.

"Aku rasa dengan kemampuan sekarang ni aku dah boleh pergi, tapi nak bernafas kena guna oksigen, ataupun aku perlu tahan nafas je, hahaha, tapi aku nak tahu juga berapa lama aku boleh tahan nafas, huh!. . ."

"Ada sesuatu yang bertambah nampaknya"Hermin Jr sedar sesuatu pada bahagian kiri atas monitornya.

'08:45 p.m.

Selasa'

"Dah ada masa dengan hari, tarikh tak ada ke?, apa lagi yang akan bertambah agaknya, hmmm"Hermin Jr baring lagi dengan beralaskan tapak tangan kanan dan kiri yang ditumpuk bersama.

"Manusia, dengan siapakah engkaukau bercakap?"DK bersuara lagi.

"Manusia?, maaf, dengan siapa anda bertanya, saya ada nama, Hermin Jr Steel, panggil. . . .hmmm. . .ha! panggil Min je, tanya lagi."

"Mi. . .Hermin. . ."

"Tu je?, Hahaha, boleh lah daripada tak ada, aku cakap sorang-sorang je, kenapa?"

"Manusia yang pelik."balas DK

"Hmmmm. . . ."

. . .

. . . .

. . . . .

...

Hermin Jr melelapkan matanya dan tertidur tanpa dia sedari.

_________

"Huh!"Hermin Jr membuka matanya dengan pantas.

"Aku tertidur lagi, dah berapa lama. . ."

'10:00 a.m.

Rabu'

"Ooh, ingatkan dah sebulan, hahaha, tapi nikmat betul lah, heeeh, tak boleh, tak boleh. . ."

"Ooo, ada tasik la, malam tadi tak perasan pula."Hermin Jr melihat terdapat tasik di bawah bukit di sebelahnya.

"Hh, hh,"Hermin Jr mengendus badannya.

"Aku nak mandi la"

Hermin Jr bangun dan berjalan menuruni bukit menuju ke tasik yang dikelilingi pokok dan terdapat gunung-ganang yang menghiasi di belakangnya. Sampai di depan tasik itu, Hermin Jr mengambil seketul batu kecil di atas tanah, kemudian membaling ke dalam tasik di depannya.'Bushh' air terpercik setinggi seratus kaki.

"Oooohoho."

'Hp- 1000000000

Kekuatan- 100000 < 0

Pertahanan- 100000000000

Ketangkasan- 1000000000

Ketahanan- 1000000000

. . .'

Hermin Jr menukar status kekuatannya, badannya terus jatuh ke bawah.

"Kenapa pula ni, stamina aku banyak lagi. . ."

'. . . .

Stamina- 999999964100

Ketahanan- 100

. . .'

"Hmm, oooo, kekuatan kosong tak boleh angkat apa-apa, masuk akal"

'Hp- 1000000000

Kekuatan- 0 > 1

. . . .'

"Ok, satu dah boleh gerak."Hermin Jr berdiri semula, terdapat kotoran tanah pada badannya.

"Aku baru perasan, walaupun pertahanan aku tinggi tapi kulit badan aku masih lembut. . ."Hermin Jr membersihkan kotoran di badannya, menepuk menggunakan tangan.

Kemudian dia melutut dan mencuci mukanya menggunakan air tasik di depannya.

"Jernihnya"Hermin Jr meminum air tasik itu.

"Heh!, haah la, aku tak rasa lapar dengan haus, dah berapa lama aku tak makan, mungkin SP yang memainkan peranan. . ."

"Tapi jernih betul lah air ni, . . .hup. . ."Hermin Jr mencelupkan mukanya ke dalam air sambil membuka mata, apa yang dilihatnya hanyalah permukaan tanah, kerana kawasan yang dalam berada jauh di hadapan.

"Hh!. . .haaaa."Hermin Jr menarik mukanya.

"Aku nak tahan nafas, untuk latihan aku tahan nafas di luar dulu, lepas tu baru dalam air. . ."

"Haaaaaaaap."Hermin Jr menarik dalam nafasnya.

Dia melihat sekitarnya, terdapat satu pokok besar yang rendang, Hermin Jr kemudian berjalan ke situ dan duduk bersandar memandang ke arah tasik.

Di bawah redup pohon menghadap tasik yang jernih, tanah yang ditutupi rumput, angin bertiup menggiurkan pokok yang melambai, terdengar bunyi-bunyi kicauan burung dan ranting yang berlaga, di tambah dengan landskap bergunung-ganang membuatkan Hermin Jr terhipnosis dan melelapkan matanya.

"Huh!. . ."Hermin Jr membuka matanya, nafas yang ditahanya sudah terlepas.

"Tak boleh ni, aku kena bergerak, kalau tak, tertidur aku"

"Mandi lah, haaaaaaaap."Hermin Jr menarik dalam nafas lagi dan menahannya.

Dia berjalan dan memasuki tasik itu sehinggalah air sampai pada paras pinggang, dengan menggunakan air tasik, Hermin Jr membasuh seluruh badannya, selepas semua badannya dicuci, Hermin Jr memasukkan lagi mukanya ke dalam air.

"Hmmm, aku nak menyelam la"Hermin Jr masih menahan nafasnya.

Hermin Jr keluar dari tasik itu dan pergi ke pokok yang dia berteduh tadi, terdapat ranting yang rendah pada pokok itu, dia melompat dan mencapai ranting itu kemudian menghayunkan badan kecilnya yang tergantung itu, tetapi ranting itu tidak patah, kemudian dia meletakkan kedua kakinya pada batang pokok itu, dengan bantuan tolakan daripada kaki, dia cuba menariknya tetapi ranting itu tidak mahu terlepas.

"Ohh, kekuatan aku, hahaha"

'Hp-. . .

Kekuatan- 1 > 100

. . . .'

Hermin Jr menarik lagi, kali ini ranting itu patah hanya dengan daya tarikan yang kecil, Hermin Jr terjatuh terbaring selepas itu dia bangun dan mengambil seketul batu, saiznya sebesar bola sepak yang berada berdekatan dengan pokok itu.

Hermin Jr berjalan memasuki tasik sehinggalah seluruh badannya tidak terlihat, dengan batu yang dipeluk di tangan kirinya membuatkan dia tidak terapung dan ranting yang di pegang di tangan kanan akan menambah daya memudahkan dia bergerak di dalam air.

Jarak pandangan di dalam air tasik itu sangat luas kerana kejernihannya serta kecerahan cahaya matahari yang melepasi zarah-zarah air tanpa halangan daripada alga dan kotoran.

"Berapa dalam tasik ni?, kalau nak tahu, kena lah ambil tahu, hahaha"Hermin Jr tersengih sendiri di dalam tasik itu.

__________

Setelah lama menyelam, Hermin Jr kembali semula ke permukaan, dia masih menahan nafasnya, melepaskan batu dan kayu yang dipegangnya apabila paras air sudah tidak mengganggu pergerakannya, iaitu pada paras lutut, berjalan perlahan dan berteduh di bawah pohon yang sama.

'11:10 a.m.

Rabu'

"Dah lama aku tahan ni, tapi bosan pula, macam rugi hidup aku kalau tak sedut nafas di tempat yang indah ini. . . . "

"Hmmmm"Hermin Jr memejamkan mata kerana ada angin yang bertiup.

Pokok yang di buat sebagai tempat berteduh itu menggugurkan daunnya, jatuh perlahan, berpusing-pusing sehingga mencecah tanah, dalam banyak daun yang berguguran, terdapat satu daun yang jatuh dan berhenti terawang-awang tepat di depan muka Hermin Jr, daun hijau itu juga mengeluarkan cahaya samar berwarna hijau.

"Hem? sarang labah-labah?."Hermin Jr mengambil daun itu.

"Hh!. . . .wuuaaaah"

Cahaya yang menyelaputi daun yang dipegangnya itu mengalir ke seluruh anggota badannya lalu badannya terapung melepaskan jejakan kakinya dari tanah.

Hermin Jr cuba melepaskan daun itu dari tangannya, tetapi ia melekat pada ibu jari kirinyanya bukan itu saja, daun itu seakan-akan memasuki kulitnya dan menjadi seperti tatu.

Badan Hermin Jr masih lagi terapung, dia cuba bergerak ke sana dan ke sini seperti berlari, tetapi badannya tidak berganjak.

Hermin Jr melihat ke bawah, tanah yang dipijaknya sebentar tadi tiba-tiba berpusar, badannya yang terapung itu bergerak ke bawah dengan sendiri, dia hanya mendiamkan diri membiarkan badannya memasuki pusaran itu sehinggalah ditelan bumi sepenuhnya.


Load failed, please RETRY

Status Power Mingguan

Rank -- Peringkat Power
Stone -- Power stone

Membuka kunci kumpulan bab

Indeks

Opsi Tampilan

Latar Belakang

Font

Ukuran

Komentar pada bab

Tulis ulasan Status Membaca: C13
Gagal mengirim. Silakan coba lagi
  • Kualitas penulisan
  • Stabilitas Pembaruan
  • Pengembangan Cerita
  • Desain Karakter
  • Latar Belakang Dunia

Skor total 0.0

Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
Pilih Power Stone
Rank NO.-- Peringkat Power
Stone -- Batu Daya
Laporkan konten yang tidak pantas
Tip kesalahan

Laporkan penyalahgunaan

Komentar paragraf

Masuk