Unduh Aplikasi
100% Lukisan Cinta Kita / Chapter 21: Chapter 21

Bab 21: Chapter 21

lyrine meninggalkan pejabat sekolah dengan muka kosong. Namun kepala sedang sibuk berfikir.

Apa yang dia harus lakukan sekarang?

Dia pelajar baru kot kat sekolah ini. Tapi tak sangka dia sudah mencemar nama baiknya di sekolah ini. Dan semuanya kerana sebuah alasan yang remeh-temeh yang hanya dilemparkan kepadanya oleh pelajar lain?.

Plan nak pikat Jaha pun belum start apa-apa lagi.

Risau dia akan apa reaksi semua cikgu tu kat dia nanti.

Dia bukan pelajar nakal tau!.

Dia sangat baik.

Tengok saja nanti selepas exam. Korang akan kagum dengan....

Ah! Exam!

Aku boleh bersihkan imej aku masa exam nanti!.

Dengan result yang baguslah cikgu-cikgu akan senang hati kat student biarpun kadang student tu nakal or samseng sikit!.

Pintar juga aku ye.

Bila exam ye?.

Lupa pula. Seingat aku nak dekat dah.

Hurm....

Selepas itu dengan semangat baru yang berkobar-kobar Lyrine pun melangkah menuju ke kelasnya.

Dia akan pastikan mereka semua terbuka mata luas akan kebijaksanaannya.

Wuaargaghahaghghaghaghajhajha... !

Ketawa setan dia tanpa sedar.

Terus pelajar yang lalu di dekatnya memandang dia pelik. Malah ada yang terkejut.

Sebab sedang sibuk jalan sendiri tu, tiba-tiba pelajar comel yang nak lalu sebelahnya ketawa mengilai!.

"Sorry. Sorry! "

Merah terus wajah Lyrine kerana malu.

Apasal dia terlepas tadi?

Dia nak gelak kut dalam hati.

Tak cukupkah malu yang kau kumpul kat bilik guru tu, sekarang kau masih nak kumpul yang baru lagi?!.

Jadi ketika dia sampai di kelas. Semua student melihat ke arahnya dan tidak berani menegurnya. Sebab menyangka dia baru selesai menangis. Tengok pipinya itu. Dua-dua merah.

Pasti baru lepas di tampar oleh parents yang datang hari ini!.

Bukan mereka tidak kenal betapa garang dan tidak bertolak ansurnya parent student yang nakal-nakal kat sini.

Malah ada yang ketawa senang menumpang di masalah orang lain.

Benar-benar orang yang tidak sesuai untuk dijadikan sebagai kawan.

Tapi ada Lyrine kisah?.

Tak.

Malah dia sekarang tidak sabar kelas bermula.

'Cepatlah cikgu masuk! Saya nak belajar ini. Tunggulah kemunculan student cemerlang tak lama lagi! hehehe'

Tersengih-sengih dia seorang di tempatnya duduk.

"Pasti dia dah gila sebab ditampar"

Bisik pelajar lelaki. Hairan bila tiba-tiba Lyrine tersengih-sengih bagai kerang busuk di belakang tu.

"Wayar putus kot. Aku time bapa aku tampar haritu pun pening sehari. Inikan pula gadis yang tolak sikit dah jatuh bagai nak mampus"

Ayat itu ditujukan kepada Nadia dan Aisyah mungkin. Sebab mata mereka bukan ke arah Lyrine. Tapi kat geng-geng pelajar tu.

"Ahah. Aku haritu rasa sampai gigi nak patah. Tangan besi betul bapa aku! "

Sempat lagi pelajar-pelajar lelaki membanding-bandingkan kesakitan masing-masing ketika ditampar oleh bapa sendiri disebabkan kenakalan mereka.

"Yang korang tiba-tiba cakap pasal kena tampar ni apasal?. Senakal-nakal akupun family aku tak pukul aku pun?"

Terus dua pelajar lelaki yang sedang menceritakan pengalaman mereka ditampar memandang pelajar lelaki yang bersuara tadi.

"Kau pernah masuk lokap? "

Soal mereka.

"Tak.....?"

"Maksudnya kenakalan kau tak sama dengan kitaorang yang pernah merasai keindahan masuk lokap bersama bos"

"Keindahan apakah?! Kau nak mampus?"

Bisik pelajar yang lain.

Mahunya cikgu tiba-tiba masuk. Dengar pula apa yang kawan mereka ini katakan. Pasti masuk bilik disiplin.

"Aku gurau jelah. Eh....bosanlah aku dengan cikgu-cikgu sekarang. Asal salah sikit denda. Asal salah sikit masuk bilik disiplin. Dahlah kadang tak check dulu Kita ni salah atau tak!"

Rungut yang seorang.

"Kalau kau nak salahkan sesiapa. Salahkan pengawas"

Pak!

"Aku pengawas. Kau berani nak salahkan aku?"

"......sorry. Aku lupa"


Load failed, please RETRY

Bab baru akan segera rilis Tulis ulasan

Status Power Mingguan

Rank -- Peringkat Power
Stone -- Power stone

Membuka kunci kumpulan bab

Indeks

Opsi Tampilan

Latar Belakang

Font

Ukuran

Komentar pada bab

Tulis ulasan Status Membaca: C21
Gagal mengirim. Silakan coba lagi
  • Kualitas penulisan
  • Stabilitas Pembaruan
  • Pengembangan Cerita
  • Desain Karakter
  • Latar Belakang Dunia

Skor total 0.0

Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
Pilih Power Stone
Rank NO.-- Peringkat Power
Stone -- Batu Daya
Laporkan konten yang tidak pantas
Tip kesalahan

Laporkan penyalahgunaan

Komentar paragraf

Masuk