Unduh Aplikasi

Bab 6: 1.6

Disebabkan Ao Yian tidak mahu menjawab biarpun sudah direnung dingin oleh Mo Qifang.

Mo Qifang memegang tangan Ao Yian. Keningnya terangkat ketika merasa betapa lembutnya dan halusnya tangan Ao Yian.

Ao Yian memandang Mo Qifang. Keliru. Dah kenapa pula ni?. Namun matanya membesar terus apabila Mo Qifang menarik dia dan dia terus terduduk di paha lelaki itu. Janggal terus dia.

'Oh My God! Host! Scum Qifang nak buat apa tu~?!' Suara teruja Doll kedengaran dikepalanya. Buat mulut Ao Yian hampir senget. Sistem ini gatal dia bukan main

eh?.

"Ceo..Mo.." Tergagap terus Ao Yian. Tidak tahu mahu meletak tangannya di mana.

"You are my lover ah" Bisik Mo Qifang ditelinga Ao Yian. Merah terus telinga putih itu. Buat dia tertarik untuk memegang telinga comel itu.

'Kalau bukan disebabkan Scum Qifang ni playboy tertutup, sudah pasti saya akan vote dia dengan host! Tapi sayang arh~ Scum Qitian dah nak ke sini~' Beritahu Doll.

"Saya ada ujibakat hari ni, CEO Mo" Ao Yian mencuba mencari alasan untuk melepaskan dirinya dari Mo Qifang.

"Ujibakat? Kamu nak saya tolong kamu?" Suara dingin Mo Qifang terdengar lagi ditelinganya. Ao Yian menggigil terus ketika nafasnya mengenai telinga dan lehernya. Spot sensitifnya.

Ketika lidah Mo Qifang menyentuh leher Ao Yian pintu pejabatnya dibuka kasar dari luar.

"Yo. Abang buat apa kat lover saya tu?" Suara Mo Qitian kedengaran dengan nada bermain. Kaku terus Ao Yian ketika matanya bertembung dengan Mo Qitian.

"Lover kamu?" Mo Qifang berhenti melakukan apa yang dia tengah buat kepada Ao Yian. Disebabkan tangannya sudah melepaskan tangan Ao Yian. Ao Yian cepat-cepat berdiri dari paha Mo Qifang. Dia memandang takut ke arah Mo Qitian yang tersenyum ceria ke arahnya namun dia tahu ah...disebalik senyuman itu ada haiwan buas yang sedang marah mahu menerkam makanannya yang ada ditangan haiwan buas yang lain.

"Yianyian ke sini, baby" Panggil Mo Qitian. Panggilan intim nya itu kepada Ao Yian membuatkan Mo Qifang merenung adik lelakinya itu dingin sekali.

'Apa ni! Aku datang ke sini dengan niat baik kot! Apasal dua mangkuk scum ini datang merosakkan plan saya?!' Bengang terus Ao Yian di dalam hati. Rasa ingin menumbuk muka dua lelaki ini.

'Alah senang je host~. Pilih antara dua scum itu menjadi lover host~, dua-dua pun boleh menjamin host mendapat anugerah Emperor of Entertainment~' Cadang Doll.

'Ao Yian ada bakat kot. Tanpa sesiapa back up dia pun, dengan bakat dia yang dia miliki boleh membuatkan dia mendapatkan anugerah itu!'

'Tadi bukan host nak guna cara senangkah?' Hairan Doll. Takkan hostnya dah insaf nak membuat kerjanya dengan cara yang betul?.

'Oh. Saya lupa.' Tanpa ada perasaan dinada suaranya dia menjawab.

"Baby" Suara Mo Qitian kedengaran lagi.

Ao Yian memandang Mo Qifang yang sedang memandangnya dengan kening terangkat. Mungkin masih tidak faham apa yang sedang berlaku. Bagaimana 'lover' nya tiba-tiba memjadi 'lover' kepada adik lelakinya, Mo Qitian.

Selepas itu dia tanpa banyak fikir melangkah ke arah Mo Qifang. Awal-awal buat lelaki ini jatuh cinta dengan dia okey juga. Nanti masa saya bunuh diri kat depan dia pasti lagi memuaskan tengok riaksi wajahnya, hehehe.

Doll yang mendengar apa yang berlegar di kepala hostnya : "....". My sadistic host comeback!.

"Good." Puas hati melihat Ao Yian yang kini berdiri dekatnya. Dia memandang pula Mo Qifang. " Seperti yang big brother nampak, YianYian ialah lover saya. Status yang big brother bagi kat Yianyian beberapa bulan lalu tu dah invalid. So big brother cari male lover lain saja" Katanya dengan tenang sekali. Siap tersenyum manis ke arah Mo Qifang. Seperti mahu mencabar abangnya itu.

Mo Qifang dalam diam menggenggam tangannya kuat. Dia merenung dingin ke arah Mo Qitian sebelum memandang ke arah Ao Yian.

"Dia sebab kamu tidak datang malam tu?" Dia menyoal. Sebab dia ada mendapat laporan dari bodyguardnya, yang Mo Qitian juga ada di kelab Gay itu, di malam yang sama dia menyewa bilik di sana untuk menemui male lovernya.

Ao Yian hanya mengangguk kecil. Tidak berani memandang Mo Qifang yang sedang merenung tajam ke arahnya.

"Ah. Good. Tak sangka akhirnya young brother berjaya merampas sesuatu dari big brother" Kata Mo Qifang sinis. Dia memandang Mo Qitian. Dia bukan lembab tidak dapat meneka apa yang berlaku. "Baiklah. Kalau itu yang young brother mahukan. Ambillah Male lover big brother tu. Saya dah tak perlukan male lover cheap macam tu"

Ao Yian menggigit bibirnya kuat ketika diberi gelaran 'Cheap male lover'. Mo Qifang tak sedarkah bahawa dia yang memaksa dia untuk menjadi male lovernya tanpa kerelaan dia?!. Namun ketidakpuasan hatinya itu hanya terluah dihatinya. Mana mungkin dia berani nak luahkan depan CEO Mo, yang merupakan bosnya itu dan kini sudah menjadi ex-lover atau ex-sugar daddynya.

'Sugar daddy apa, kalau langsung dia tak bagi apa-apa kat Ao Yian'. Komen Yu Qifan.

'Kan host~' Sokong Doll. Bagus juga keputusan hostnya memilih Mo Qitian. Sebab target utama host ialah Mo Qitian. Mo Qifang pula ialah target kedua untuk face-slapping.

Belum lagi hostnya bertemu dengan Ao Weran dan kawan sekelas Ao Yian yang sebarkan gambarnya dilaman media sosial tu.

"Cheap male lover? Wow. Gelaran yang bagus untuk baby saya"

Ao Yian "..." Boleh tak dia ulang balik masa supaya dia tak jadi pilih lelaki psiko ini?!.

Mo Qitian memeluk bahu Ao Yian dan mencium pipinya dengan niat bergurau. Sebelum dia memandang abangnya.

"Apa-apa urusan mengenai baby saya, Big brother tak perlu nak masuk campur. Saya tak nak ada pula yang jilat ludahnya sendiri setelah melihat kehebatan Cheap lover saya ni. Kan baby?"

Ao Yian memandang Mo Qitian dengan matanya yang bulat dan hitam pekat. Dia mengelipkan matanya membuatkan lentikan bulu matanya begitu cantik sekali. Buat Mo Qitian terkedu seketika.

"Baby makin cantik. Sayang betul wajah secantik ini dimiliki oleh lelaki. Tsk" Dalam memujinya itu ada lagi nada merasa rugi disuaranya.

"Saya ada ujibakat lepas ni. Boleh saya pergi sekarang?" Dengan Mo Qitian dia tiada rasa mahu takut. Lagipun lelaki ini sudah menidurinya. Jadi rasanya tak perlu ada rasa hormat dan gerun dekat lelaki ini. Biarpun sikapnya amat cepat berubah.

Mo Qifang memandang Ao Yian yang memandang Mo Qitian berbeza dari caranya memandang ke arahnya. Jika dia penuh dengan ketakutan, panik dan kalut. Maka Mo Qitian pula berbalik dari itu.

"Okey. Baby keluarlah dulu. Saya masih ada hal nak bincang dengan abang saya" Kata Mo Qitian sambil memegang belakang leher Ao Yian sebelum diciumnya bibir merah yang dari tadi menarik perhatiannya itu. Ao Yian hampir hilang nafas barulah dia lepaskan dengam senyuman lebar tersungging dibibirnya.

"Pergi dulu CEO Mo dan Mr Mo" Dia tunduk hormat kepada dua lelaki itu sebelum cepat-cepat keluar. Langsung tidak menunggu jawapan dari dua lelaki itu.

Pintu ditutup sahaja oleh Ao Yian dari luar. Dua lelaki yang berada di dalam pejabat itu berpandangan.

Senyuman nakal Mo Qitian tadi hilang dalam sekelip mata berubah dengan mata memandang dingin ke arah Mo Qifang.

Mo Qifang juga turut membalas renungan tajam adiknya itu.

'Tsk. Dua scum itu ingat mereka boleh jadikan saya sebagai mainan mereka untuk bertanding? Eh. Buat aku makin teruja nak tengok apa akan mereka cuba lakukan lepas ini' Ao Yian tersenyum sinis ketika melihat apa yang berlaku di dalam pejabat itu setelah dia keluar.

'Jahatnya. Jadi host pasti susah nak buatkan Scum Qitian jatuh cinta kat host kalau dia berniat mahu mainkan host saja demi mahu bertanding dengan Scum Qifang!' Geram Doll.

'Jangan risau. Kita buat satu-satu dulu. Sekarang saya dah tahu niat Scum Qitian nakkan saya dan tahap apa perasaan dia kat saya. Lepas ini senang sahaja nak bagi penumbuk kat muka Scum Qitian tu~. Semakin dia nak mainkan saya. Semakin dia akan merana selepas ini. Hehehe~'

Doll merasa meremang terus. Dia melihat emosi hostnya di skrin dia ternganga terus.

Biar betul! Hostnya tengah marah sekarang? Tetapi kenapa dia tengah tersenyum dan ketawa gembira?😨


PERTIMBANGAN PENCIPTA
Ghost_Sinker Ghost_Sinker

Slow Arc. It will take many chapter for this first arc.

Load failed, please RETRY

Status Power Mingguan

Rank -- Peringkat Power
Stone -- Power stone

Membuka kunci kumpulan bab

Indeks

Opsi Tampilan

Latar Belakang

Font

Ukuran

Komentar pada bab

Tulis ulasan Status Membaca: C6
Gagal mengirim. Silakan coba lagi
  • Kualitas penulisan
  • Stabilitas Pembaruan
  • Pengembangan Cerita
  • Desain Karakter
  • Latar Belakang Dunia

Skor total 0.0

Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
Pilih Power Stone
Rank NO.-- Peringkat Power
Stone -- Batu Daya
Laporkan konten yang tidak pantas
Tip kesalahan

Laporkan penyalahgunaan

Komentar paragraf

Masuk