Unduh Aplikasi
47.05% Aramin The Phantom Of Darkcurse / Chapter 8: Volume 1-04

Bab 8: Volume 1-04

Di sebuah kawasan lombong pembuangan sampah kelihatan banyak pengemis yang datang mengemis di kawasan pembuangan sampah itu.

Masing-masing menyelongkar sampah untuk mencari makanan.

Ada yang mencari makanan secara berpasangan tetapi jarang melihat pengemis di lombong pembuangan sampah itu mencari makanan lebih dari 2 kerana takut mungkin jika menemui makanan, tidak dapat berbagi semua.

Semua pengemis itu kelihatan kurus dan comet sekali. Sehinggakan kelihatan seperti sudah berbulan tidak mandi. Malah pakaian mereka juga koyak-koyak, berbau busuk dan kotor sekali.

Di bahagian hujung kawasan perlombongan pula kelihatan seoranf lelaki tua yang tidak makan selama beberapa hari sehingga menyebabkan pergerakannya lambat dan lemah sekali sedang menyelongkar plastik sampah yang besar dan belum diselongkar oleh sesiapa.

"Old Huang ah. Kamu dah betul-betul lemah kenapa masih kamu yang mencari makan? Mana anak lelaki kamu dan menantu kamu? Tidak keluar mencari makanan?"

Kata pengemis yang lain berasa simpati kepada lelaki tua itu.

"Mereka turun juga. Tetapi hari ini mereka menjual barang terpakai di pasar"

Jawab Old Huang dengan suara yang garau dan serak seperti baru diserang demam. Mungkin sembuh sepenuhnya pun belum.

"Ke pasar?. Ohyeah. Isteri saya juga ke sana menjual"

Kata lelaki separuh umur itu sebelum kembali fokus pada kerjanya sendiri.

Sukar untuk mereka memikirkan nasib orang lain kerana sedangkan diri mereka juga tidak terjaga.

"Eh! Apa ni!"

Kedengaran pula suara terkejut milik perempuan berdekatan dengan mereka buat semua mata memandang ke arah sepasang suami isteri itu.

"Kenapa? Kamu jumpa apa?"

Semua menyoal ingin tahu kerana melihat muka terkejut wanita itu yang seperti melihat sesuatu yang berharga atau menakutkan buat mereka turut ingin tahu.

"Ada bayi baru lahir di sini!"

Kata lelaki suami wanita itu dengan suara turut terkejut ketika memeriksa isi plastik hitam yang mengejutkan isterinya tadi. Dia menyangka emas atau harta berharga. Namun dia tidak dapat menghalang dari rasa kecewa dan tidak puas hati ketika melihat isi plastik hitam itu ialah bayi! Bayi yang masih berlumuran darah seperti baru sahaja dilahirkan terus dibuang.

"Bayi? Siapa yang buang bayi disini?"

Soal pengemis lain yang turut melihat bayi yang kini dipegang oleh wanita muda itu.

"Pasti anak dari hubungan sulit"

Komen pengemis lain dengan nada suara yang seperti menghina.

Lagipun semua tahu yang 'anak terkutuk' berada di hiearki yang paling bawah berbanding pengemis, buruh dan hamba.

"Masih hidupkah?"

Soal yang lain tidak menghiraukan nada suara lelaki itu tadi. Mereka lagi tertarik mahu mengetahui sama ada bayi itu masih hidup atau tidak kerana bayi itu langsung tidak mengeluarkan suara sejak ditemui dan sejka dibungkus dalam plastik sampah.

"Yeah. Bayi ini masih bernafas"

"Sungguh bayi yang kuat"

"Iya. Pasti mahu hidup sangat. Entah bagaimanalah dia boleh berakhir di lombong pembuangan sampah ini."

"Kamu mahu pelihara bayi itu?"

Kedengaran pula suara Old Huang menyoal kepada pasangan suami isteri itu.

Wanita itu menayang muka susah hati selepas itu. Walaupun dia mahu pelihara bayi itu namun dengan kehidupan mereka yang mengemis ini mana mungkin dia sanggup menambahkan beban dia dan suaminya?. Sedangkan mereka juga tidak dapat makan sejak pagi tadi!.

Melihat wajah susah hati isterinya buat lelaki itu berasa lega. Mujur isterinya tidak lembut hati sangat mahu memelihara bayi itu. Kalau tidak pasti akan menambahkan susah hidup mereka sahaja!. Mana mahu mencari makanan untuk mereka dan untuk bayi itu membesar lagi. Tidak apalah darah dagingnga sendiri.

"Tidak Old Huang. Kami tidak mampu untuk menambah ahli dalam keluarga kami buat masa ini. Old Huang inginkan bayi ini?"

Soal wanita itu. Semua tahu old Huang suka memelihara budak kecil. Namun melihat kondisi dan umur Old Huang yang kini sudah makin tua dan lemah buat dia musykil sama ada orang tua ini dapat memelihara bayi ini sehingga besar.

"Iya. Beri saya bayi itu. Sudah lama saya menunggu cucu namun anak lelaki saya langsung tidak ingin mempunyai anak!"

Teruja Old Huang ketika akhirnya mendapat bayi itu dari pasangan suami tersebut.

Dan masalah penjagaan bayi yang dibuang itupun selesai dengan Old Huang yang mengambilnya dan akan memeliharanya.

Dengan bayi yang masih bau darah itu membuatkan Old Huang membatalkan niatnya dari mencari makanan hari ini walaupun tidak makan beberapa hari untuk membawa pulang bayi lelaki itu.

Bayi lelaki itu bernafas lembut dan lemah sepanjang berada ditangan Old Huang. Namun yang peliknya dia tidak menangis mahupun membuka matanya. Bayi itu seperti sedang tidur nyenyak.

'Sungguh bayi yang tidak peduli akan sekeliling. Langsung tidak menyedari yang dirinya telah dibuang ditempat bahaya dan jika tidak ditemui dalam masa yang dekat pasti akan kehilangan oksigen dalam plasrik sampah itu dan meninggal dunia. Tsk...tsk..tsk...'

Bisik hati Old Huang sambil menggeleng. Entah mahu berasa lega atau simpati akan melihat bayi ini yang begitu tenang ditangannya seperti apa yang berlaku disekelilingnya tiada kaitan langsung dengan dirinya.

***

"Kenapa ayah bawa bayi cacat ini pulang ke rumah? Menyusahkan kita sahaja untuk memelihara bayi ini!"

Rungut wanita muda yang berdiri memandang bayi yang sedang tidur nyenyak dikatil kayu yang dibuat oleh Old Huang untuk bayi itu tidur.

Dia mengatakan bayi itu cacat kerana bayi itu langsung tidak bersuara dan tidak membuka mata. Seperti ia bisu dan pekak!. Buat dia terfikir kalau budak ini sudah tahu berjalan apa juga gunanya kalau tidak boleh berbuat apa-apa?! Tidak boleh mencari makanan di Lombong Pembuangan Sampah!. Semakin dia memikirkan masa depan yang belum tentu tiba semakin dia merasa marah dan sakit hati. Mahu saja dicekik nya bayi itu sekarang juga!.

Di luar pula Old Huang sedang berbual dengan anak lelakinya sambil meminum air kosong, langsung tidak tahu apa yang sedang difikirkan oleh menantunya. Kalau dia tahupun mungkin dia akan biarkan saja kerana dia tahu menantunya hanya berani fikir sahaja tetapi tidak berani buat.

"Betulkah ayah? Bagaimana ayah tahu ada tempat itu?"

Teruja lelaki muda itu mendengar apa yang dikatakan oleh ayahnya. Matanya bersinar tidak percaya dan percaya. Namun mungkin lebih percaya kerana mana mungkin ayahnya menipu dia dan mereka cerita pulakan?.

"Betul. Jadi kamu perlu jaga Ahuan dengan baik. Jangan biarkan isteri kamu membuang atau mengusir dia kalau saya sudah tiada nanti"

Kata Old Huang dengan suara yang garau dan serak. Masih demam lagi. Mujur anaknya ada membawa makanan setelah pulang dari pasar jika tidak pasti sudah mati kebuluran dia tidak makan.

"Jadi bagaimana untuk ke sana ayah?"

Soal Young Huang lagi. Dia betul-betul mahu tahu. Dari sinar matanya boleh nampak riak wajahnya yang sangat tamak. Siap sudah terbayang kehidupannya dimasa depan nanti. Ow! Tidak sabarnya masa berlalu!.

"Kamu akan tahu kalau tiba masanya ayah mahu bagitahu"

Tidak puas hati terus Young Huang mendengar balasan ayahnya namun dia tidak berani mahu memaksa ayahnya memberitahu dia. Takut ayahnya tidak akan bagitahu dia pula kalau ayahnya marah, dia pula nanti yang rugi!.

"Kawal riak wajah kamu. Jangan tunjukkan sangat perasaan kamu. Ingat kamu jangan bagitahu sesiapa mengenai hal ini dengan sesiapa pun!"

Dia menekan anaknya itu dengan tegas sekali.

"Isteri saya bagaimana?"

"Terpulang kepada kamu mahu bagitahu atau tidak. Asal dia pandai menjaga rahsia"

Ujar Old Huang namun dengan hanya melihat wajah tamak anaknya itu buat dia yakin 100% anaknya itu tidak akan memberitahu isterinya kerana anaknya ini memang tidak pernah percayakan sesiapa seperti dia juga yang turut tidak percaya anaknya sendiri. Sebab itulah dia tidak memberitahu dimana tempat itu kepada anaknya, takut anaknya ini akan merosakkan rancangannya yang dia sudah lama atur.


Load failed, please RETRY

Status Power Mingguan

Rank -- Peringkat Power
Stone -- Power stone

Membuka kunci kumpulan bab

Indeks

Opsi Tampilan

Latar Belakang

Font

Ukuran

Komentar pada bab

Tulis ulasan Status Membaca: C8
Gagal mengirim. Silakan coba lagi
  • Kualitas penulisan
  • Stabilitas Pembaruan
  • Pengembangan Cerita
  • Desain Karakter
  • Latar Belakang Dunia

Skor total 0.0

Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
Pilih Power Stone
Rank NO.-- Peringkat Power
Stone -- Batu Daya
Laporkan konten yang tidak pantas
Tip kesalahan

Laporkan penyalahgunaan

Komentar paragraf

Masuk