Zain melawat Mel di flat.Jes membiarkan Zain bersama Mel di ruang tamu.Zain menundukkan kepalanya melihat ke bawah.
"Sorry yang semalam.."
"It's okay Zain"balas Mel dengan senyum paksa.
"Boleh saya tanya?"
"Boleh"
"Awak suka saya ke?"
Mel menundukkan kepalanya dan dia tidak mahu menerima cinta Zain disebabkan dia menyukai Sam.
"Saya cuma anggap awak sebagai kawan..."
"oh..sebab awak terima Sam kan?
Mel menganggukkan kepalanya apabila ditanya soalan sebegitu oleh Zain.
"Nampaknya saya sahajalah ini yang beria nakkan awak tapi awak suka orang lain...takpelah..maaf sebab ganggu hubungan awak berdua..."
Mel masih diam.Zain sedih kerana selama ini dia telah berusaha untuk membuka hati Mel namun usahanya hanya sia-sia saat Sarah menceritakan padanya bahawa Sam menyukai Mel.
"Saya balik dululah..."
Mel menganggukkan kepalanya.Zain membuka pintu dan melihat Mel masih duduk di sofa dan tidak mengabaikan dia.
"Rupa-rupanya usaha saya selama ini sia-sia je..."bisik hatinya.Zain keluar dan terus menuju ke keretanya.
Mel mengenggam tanggannya dan menyesal kerana memberikan harapan pada Zain selama ini.
****
Mel membaca buku seorang diri di perpustakaan sewaktu rehat.Sam mengekori Mel dari belakang dan melihat Mel sedang mencari buku."ulat buku juga dia ini ya macam Lucy"bisik hati Sam.
Mel melihat rak paling atas dan ternampak buku yang dia cari selama ini.Mel ingin mencapai buku itu namun dia tidak dapat mengambilnya kerana rak itu agak tinggi darinya."Alamak..Aku pendek patutlah tak dapat ambil hmm.."
Sam mengambil buku tersebut kerana dia tinggi sebab itulah tanggannya berjaya mengambil buku di rak yang tinggi itu.
Sam menghulurkan buku pada Mel dan Mel malu kerana tidak perasan Sam juga berada di perpustakaan.
"Thanks"
"You're welcome"
Sam menemankan Mel membaca buku dan dia duduk di sebelahnya.Sam melihat muka Mel semasa dia membaca buku.Mel menoleh sebelah dan mengalihkan pandanggannya ke arah Sam.Sam terus membaca buku yang berada di depannya.
Mel senyum melihat Sam dan dia sambung membaca buku.
"Malulah tu haha"bisik hati Mel.
Sewaktu balik,Sarah mencari kelibat Mel dan ternampak Mel sedang berjalan bersama Sam.
Sarah berjalan menuju tempat Mel dan Sam.
"Hi Mel and Sam"
"Hi Sarah"balas Mel.Sam merenung tajam muka Sarah yang selama ini menganggu hubungan mereka berdua.
"Saya nak minta maaf pada awak dan Sam..saya sedar yang saya banyak sakitkan hati awak berdua..bila saya tahu yang saya dan Mel adalah kembar..rupanya saya sakitkan hati kembar saya sendiri...and Sam...saya nak minta maaf atas pemergian Lucy dan maaf sebab saya buat cerita tentang awak yang tak betul pada Mel..harap awak berdua dapat memaafkan saya"
Sarah menundukkan kepalanya dan berharap mereka berdua memaafkan dirinya.
Mel dan Sam saling berpandangan dan Mel memujuk Sam agar memaafkan sahaja Sarah.
"Ok kami maafkan tapi jangan buat perkara yang sama lagi"balas Sam.
Sarah memeluk Mel dan dia tidak menyangka dapat berjumpa dengan kembarnya itu.
"Kamu perlu balik Sarah nanti ibu kamu marah kalau dia tahu kita berdua berjumpa"
"Saya nak jumpa ibu bapa kandung kita Mel"
"Masa masih belum mengizinkan Sarah kita perlu pujuk aunty Lin supaya benarkan kamu berjumpa dengan ibu bapa kita"
Sarah menganggukkan kepalanya.
Sam gembira melihat Sarah telah pun berbaik dengan mereka.
Sarah melambaikan tangan pada Mel dan Sam lalu mereka balik.Sarah gembira dapat berjumpa dengan kembarnya dan dia berjanji tidak akan menganggu hubungan mereka berdua lagi.
****
Jes membuka pintu dan terkejut melihat Sarah berada di depan pintu.
"Hi Jes mana Mel?"
"Hi Sarah ,Mel ada kat dalam bilik dia tengah study"
"Oh boleh saya masuk?"
"Boleh jomlah masuk"
Sarah duduk di sofa dan Jes memanggil Mel di biliknya.
"Kenapa?"
"Sarah nak jumpa kau"
"Ok jap"
Mel keluar dan duduk di sebelah Sarah.
"Ada apa awak datang sini Sarah?Ibu awak tak cari ke nanti?"tanya Mel.
"Saya nak call ibu bapa kandung kita"
"Oh ..erh ok"
Mel mengeluarkan telefonnya dan menekan nombor telefon ibunya.Ibu Mel menjawab panggilannya.
"Petang ibu"
"Petang Mel"
"Ibu ..saya dah jumpa kembar saya"
"Betul ke ni Mel?Mana dia?"
"Jap ada kat sebelah saya dia nak call ibu dengan ayah"
"Ok ok bagilah dia"
Mel menghulurkan telefonnya pada Sarah untuk menelefon ibu mereka.
"Hello ibu ini Sarah"
"Hello Sarah kamu sihat tak? Kamu masih dengan mak cik Lin ke?"
"Sarah sihat ,ibu ? Ya Sarah masih dengan mak cik Lin"
Sarah menangis saat kali pertama dia mendengar suara ibunya yang sebenar.
"Ibu sihat sayang,ibu dengan ayah rindu sangat dengan Sarah kami cari Sarah tapi kami tak jumpa ibu gembira Mel dah jumpa kamu"
"Sarah ...pun..rindu kat ibu dengan ayah.."balas Sarah dengan suaranya yang lemah kerana menangis.
"Sarah jangan menangis ya..ini ada ayah kamu kat sebelah ibu tapi dia sakit..."
Ibu Mel memberi telefon pada ayah mereka.
"Hello Sarah ini ayah..maafkan ayah sebab ini semua salah ayah bagi kamu dengan mak cik Lin ...ayah harap sangat kamu dapat balik pada kami tapi mak cik Lin tak nak kembalikan kamu pada kami...ayah menyesal sangat..maaf Sarah"balas ayah mereka dan terbatuk.
"Sakit tau hati Sarah,ayah.Sarah tak sangka ini akan berlaku dalam hidup Sarah...Sarah terpaksa akur je pada mak cik Lin tak benarkan Sarah berjumpa dengan korang semua...Sarah pening kepala nak fikir semua ini ...Sarah nak kita semua bersama kembali..." Sarah meluahkan perasaan sedihnya itu mana tidak dia rasa sedih kerana selama ini dia menyangka mak cik Lin adalah ibu kandungnya dan hatinya sakit kerana ayahnya sendiri yang memberinya pada orang lain.
Sarah terus menangis semasa menelefon keluarganya dan baru sahaja dia tahu yang dia ada adik lelaki iaitu Jack.
Sarah berharap untuk berjumpa dengan ibu bapa dan adiknya namun niatnya dihalang.Mel mengusap bahu Sarah yang masih menangis.
Jes berasa kasihan melihat Sarah sehingga air matanya juga keluar lalu dia mengusap air matanya. "aku tumpang gembira tengok korang berdua dah berbaik ...."