Unduh Aplikasi
29.78% SUAMIKU ENCIK LAWYER / Chapter 14: bab14

Bab 14: bab14

"Ouh,Fira,lambatnya Fira sampai,ada masalah traffic juga ke sama macam celupar girl ni?" Kata Zafrel sambil memandang ke arah gadis yang dipanggil Fira itu.

Aku tidak memperdulikan kata-kata Zafrel itu,bukan aku tak tahu celupar girl yang dimaksudkan itu adalah aku,sebab itu bahagian celupar itu,dia perlahankan.

"eh tak lah along,Fira memang keluar rumah lambat sikit tadi,sorry tau" kata gadis itu sambil tersenyum menampakkan barisan giginya yang menawan.

Dari apa yang dikatakan Fira,aku dapat agak yang Fira ni adalah adik kepada Zafrel.Cantik orangnya,lemah lembut,tak macam abangnya,mulut setajam pedang!.

"erm ni ke mesti Kak Saira kan,betul kata ummi,akak ni cantik,macam tak sesuai je dengan along yang selebet ni" kata Fira sambil menjeling ke arah abangnya.

"wah-wah Fira kalau bercakap memang tak pandang kiri kanan kan,kang ada yang makan album ni,along ni punya lah kacak bergaya,Fira boleh cakap along ni selebet kalau nak tahu Kak Saira ni,selalu curi-curi tenung along tau" katanya dengan mendabik dada.

"herm? Mana ada..awak tu yang selalu perasan" bantahku.

"betul tu akak along memang kuat

perasan" setuju Fira sambil ketawa.

"erm along ngan akak dah try baju ke?" tanya Fira sambil memandang ke arah busana yang dipegang pekerja butik.

"belum," kataku.

Usai kami mencuba dua persalinan kami,aku dan Zafrel pulang ke pejabat.Sampai sahaja di muka pintu department kami,semua mata memandang kami dari atas sampai bawah.

"kenapa semua pandang kita?" bisik aku ke telinga Zafrel.

"sebab apa lagi,sebab saya kacak lah," kata Zafrel tanpa memandang ke arah ku.

Haish dia ni,tak pernah nak menjawab soalan dengan betul,asyik-asyik nak cakap yang dia tu handsome...rungut aku di dalam hati.

"well memandangkan semua tengok saya tak berkelip,saya nak bagitahu kepada semua staf,erm minta Aina panggilkan semua staf berkumpul kat sini," arah Zafrel kepada Aina.

"Encik Zaf nak buat apa?" tanyaku kepada Zafrel.

Zafrel tidak mempedulika soalan aku,dia hanya memandang sikilas.lalu memulakan bicara kepada semua kakitangan.

"baik,saya nak umumkan sesuatu,saya nak kahwin dengan Cik Saira hujung bulan ni,jadi saya nak jemput kamu semualah,saya jemput awal,sebab takut terlupa,erm Aina,nanti tolong edarkan kad kahwin saya kepada semua staf dari department lain juga ye.saya harap semua boleh hadir ye,majlis belah saya seminggu selepas majlis Cik Saira." terangnya lalu mengeluarkan kad kahwin yang baru kami ambil sebentar tadi.

"Encik Zaf..." panggilku sambil.menarik hujung lengan blazer milik Zafrel.

Aku dapat lihat,semua mata memandang ke arah ku,pipiku pula sudah mula merona merah.

"erm itu je yang saya nak cakap,semua boleh sambung kerja." kata Zafrel. Lalu menarik beg tanganku,menuju ke biliknya.

"awak nak cakap apa?" tanya Zafrel setelah menutup pintu.

"kenapa Encik Zaf bagitahu awal sangat?" tanyaku sambil memandang tajam ke arahnya.

"tu je ke yang awak nak tanya?,saya dah bagitahu tadi,kalau tak ada apa-apa,awak boleh keluar lah,saya ada banyak kerja ni,and awak pun mesti ada kerja kan?" katanya sambil mengangkat kening kanannya.

Aku menghempas pintu bilik Zafrel,sakit hati dengan sikapnya yang suka membuat sesuatu ikut kepala dia sahaja.

"ehem,gaduh dengan bakal suami ke?" tanya seseorang dari arah belakang.

Aku menoleh kepada pemilik suara tersebut,

"ouh Encik Suf,ingat siapa tadi." kata ku sambil mengukir senyuman.

"saya tak sangka yang awak sebenarnya bakal isteri Zafrel,hari tu,dia ada cakap kat saya yang dia nak kahwin bulan ni,tak sangka memang betul dia nak kahwin,dengan awak pula tu." kata Encik Sufian sambil memegang secawan kopi.

"patutlah awak tak layan saya,rupanya Zafrel dah pikat dulu,dah lama ke awak kenal Zaf?" tanya Encik Sufian.

"erk,lama lah juga,erm Encik Suf,saya ada kerja ni,nanti bebel pula bos kat dalam ni" kata ku sambil menunjuk ke arah bilik Zafrel.

Belum sempat Encik Sufian berkata apa-apa aku cepat-cepat melarikan diri ke arah bilik ku.

Baru sahaja hendak menolak daun pintu,aku disapa oleh Kak Nita,.

"Saira! Akak tak sangka yang Saira bercinta dengan Encik Zaf,hari tu bukan main benci lagi,hari ni,nak kahwin pula." kata Kak Nita sambil mencuit bahu ku.

"hehe,ermm,hari tu gaduh kak tu yang tak berapa suka."tipu ku.

"kiranya Saira memang dah bercinta dengan Encik Zaf sebelum kerja dekat sink lah?" soal Kak Nita.

"lebik kurang macam tu lah kak" jawab ku sambil tersengih.

"patut lah bos risau semacam masa Saira pengsan hari tu" kata kak Nita sambil mengangguk kepalanya,

Sampai bila lah aku nak menipu macam ni,belum kahwin lagi dah kena menipu macam ni, resah hatiku.

BERSAMBUNG...

P/s:hai readers!cmne bab 14?sis harap korang enjoy dgn penulisn ni,enjoy reading semua! Kita jumpa next bab!


Load failed, please RETRY

Status Power Mingguan

Rank -- Peringkat Power
Stone -- Power stone

Membuka kunci kumpulan bab

Indeks

Opsi Tampilan

Latar Belakang

Font

Ukuran

Komentar pada bab

Tulis ulasan Status Membaca: C14
Gagal mengirim. Silakan coba lagi
  • Kualitas penulisan
  • Stabilitas Pembaruan
  • Pengembangan Cerita
  • Desain Karakter
  • Latar Belakang Dunia

Skor total 0.0

Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
Pilih Power Stone
Rank NO.-- Peringkat Power
Stone -- Batu Daya
Laporkan konten yang tidak pantas
Tip kesalahan

Laporkan penyalahgunaan

Komentar paragraf

Masuk