Unduh Aplikasi
95.29% Bila Takdir Berkata Lain / Chapter 81: Makan-makan(2)

Bab 81: Makan-makan(2)

Setelah makanan yang mereka pesan sudah tiba, mereka memulakan jamuan mereka dengan suasana yang gembira.

Kerana ini adalah jamuan, mereka memesan lebih banyak lauk.

Sementara mereka makan, mereka berbual tentang banyak hal dan kadang-kala mereka akan tergelak kerana beberapa perkara yang melucukan.

Ashley tidak bercakap dan hanya mendengar kawan-kawannya bercerita. Tentunya dia juga akan ketawa bila ada diantara mereka yang membuat lawak.

Ketika dia sedang makan, Kenzie yang duduk di sebelahnya menyerahkan tisu kepada Ashley.

Ashley memandang tisu itu sebelum dia memandang ke wajah Kenzie.

"Ada sos dekat mulut kau..." Kenzie hanya berkata dengan wajah yang selamba saja.

"Oh." Ashley menyambut tisu itu dengan perasaan malu. Dia tidak menyangka kalau Kenzie menyedari hal sekecil itu.

Ashley menggunakan tisu itu untuk mengelap sos yang ada di tepi bibirnya.

"Terima kasih."

Kenzie hanya memberikan jelingan kecil kepada Ashley sebelum dia mengangguk. Kemudian, dia kembali sambung makan.

"Jadi, Ted... Bagi tahu kami, apa hubungan kau dengan Anjel? Dari dulu saya tengok kamu berdua ni asyik bersama saja?" tanya Connie, membuka cerita tentang Ted dan Anjel secara tiba-tiba.

Kini, semua pandangan diarahkan kepada Ted.

Ted terdiam saat soalan itu ditanyakan kepadanya. Anak matanya menjeling ke arah Raquel, namun hanya sementara sebelum dia memandang kembali ke arah Connie.

Raquel yang sedang makan itu, terus menghentikan pergerakannya selama beberapa saat sebelum dia buat tidak tahu pula.

"Ishh, apa yang kau tanya ni, Connie? Kami mana ada apa-apalah. Ted kan kawan kita," jawab Anjel pula. Dia menampar tangan Connie dengan perlahan.

Kerana perbuatan itu, Connie dan yang lain menjadi semakin salah faham.

"Apa ni? Kalau kamu berdua tiada apa-apa, kenapa kau cepat betul mengelak?" tanya Laura.

"Anjel nampak macam malu saja. Ni mesti ada apa-apa... Saya rasa main curious. Apa jadi sebenarnya diantara kamu berdua ni?" kata Connie pula.

"Mana ada apa-apalah... Kami berdua kan cuma kawan saja," jawab Anjel.

Sementara Anjel menjawab, Ted hanya mendiamkan diri. Dia tidak pun mengiakan atau menidakkan persoalan yang lain. Fokusnya hanya diarahkan ke pinggan saja.

Akan tetapi yang merasa janggal duduk di meja itu ialah Ashley dan Kenzie. Mereka berdua tahu situasi sebenar yang berlaku tapi mereka mengelak mahu memperbetulkan keadaan.

Bukan mereka tidak mahu menolong tapi Ashley dan Kenzie mahu kalau Ted dan Raquel menyelesaikan masalah mereka sendiri.

Melihat Anjel terus menyangkal kata-kata mereka, Laura dan Connie berpindah pada Ted pula. Mereka terus-menerus bertanyakan soalan kepada Ted macam seorang polis menyoal siasat seorang pesalah.

Kerana tidak tahan mendengar soalan-soalan dari Laura dan yang lain Raquel terus berdiri.

Semua orang memandang ke arah Raquel.

"Saya ke tandas dulu." Raquel terus berjalan meninggalkan meja makan itu.

Walaupun Raquel berkata yang dia mahu ke tandas, sebenarnya Raquel mahu ke luar restoran untuk menganga angin segar.

Raquel berhenti di tepi jalan raya yang agak tersembunyi dari pintu restoran. Dia berdiri di tepi sana sambil berfikir tentang hubungan Connie Ted dan Anjel.

"Kau okey, Raquel?" tanya Ashley, berjalan menghampiri Raquel.

Raquel hanya memandang ke arah Ashley sebelum dia memandang ke depan, memerhati jalan raya seolah-olah itulah yang paling menarik di matanya.

"Raquel, kau okey?" tanya Ashley lagi. Kali ini, dia memegang bahu Raquel, berharap agar rakannya itu menjawab soalannya.

Raquel menoleh ke arah Ashley tapi dia tidak menjawab apa-apa.

"Raquel?"

"Saya okey, Ash... Kau tak perlu risaukan saya."

Ashley mengeluh lega sebaik saja Raquel menjawab begitu. Namun, dia merasa ini terlalu awal untuk dia merasa lega.

"Tapi kenapa kau ada di sini? Bukannya kau nak ke tandas tadi?" tanya Ashley lagi.

"Kenapa kau ikut saya?" tanya Raquel balik.

Kerana pertanyaan itu, Ashley terus menampar lengan Raquel dengan geram. Ashley merasa geram kerana Raquel menyoal dia kembali sedangkan Raquel belum pun menjawab soalannya.

Raquel hanya ketawa ketika Ashley menampar tangannya.

"Saya saja nak keluar ambil angin segar di luar. Sesak lah di dalam sana," balas Raquel. Dia memandang kembali ke arah jalan raya.

Ashley memerhati wajah Raquel dari pandangan sisi. Melalui anak mata rakannya itu, jelas terpancar kesedihan yang tidak diucapkan.

"Kau terkesan dengan apa yang Connie dan Laura tanya pada Ted?" tanya Ashley.

Senyap, hanya itu jawapan yang diterima oleh Ashley.

"Kau dan Ted tu..."

Tanpa menunggu Ashley menghabiskan ayatnya, Raquel sudah pun berpaling untuk memandang Ashley.

"Ashley, saya rasa saya nak bersendirian dulu. I will tell you another time. Right now, I don't even know what I'm thinking. So, saya perlukan masa saya sendirian."

Ashley diam berdiri di sana sambil merenung wajah Raquel. Perlahan-lahan, dia tersenyum. "Okey, saya masuk ke dalam dulu. Kalau kau perlukan bantuan, kau boleh panggil saya di dalam, okey? Tapi jangan lama-lama di luar, di luar ni sejuk..."

Ashley menepuk bahu Raquel beberapa kali untuk memberi semangat kepada Raquel. Raquel hanya tersenyum kecil. Dia lega kerana mempunyai kawan yang memahami seperti Ashley.

Setelah itu, Ashley pun meninggalkan Raquel di sana. Belum pun Ashley tiba di pintu restoran, dia berhenti ketika dia melihat Kenzie berdiri di luar.

Ashley menghampiri Kenzie dengan wajah kebingungan. "Kenzie, apa yang kau buat di luar?"

Kenzie yang kelihatan mengelamun itu memandang ke arah Ashley. Kedua tangannya diselukkan ke dalam poket jaket. Melihat tiada Raquel bersama dengan Ashley, Kenzie pun bertanya, "Mana Raquel?"

Ashley terkedu sekejap mendengar soalan Kenzie. 'Kenzie cari Raquel? Kenapa dia cari Raquel, ya? Ishh, kenapa pula saya kena fikir yang lain-lain masa Kenzie tanya pasal Raquel?'

"Oh, Raquel cakap dia mahu masa dia sendiri, tak mahu diganggu. Kejap lagi, dia masuklah tu..." Senyuman kecil muncul di bibir Ashley.

Kenzie mengangguk kecil. "Oh, okey."

Kerana Kenzie tidak bercakap apa-apa lagi, suasana diantara mereka pun menjadi senyap.

Ashley menggaru belakang lehernya dengan perasaan kekok. "Urm, saya masuk dululah... Kau nak masuk atau... Urmm..."

Kenzie tersenyum kecil.

Tapi senyuman itulah yang membuatkan jantung Ashley berdetak dengan laju.

"Masuklah dulu... Saya akan menyusul nanti," kata Kenzie.

Ashley mengangguk. Dia berjalan menuju ke pintu restoran, bersedia untuk menarik pintu itu.

Tanpa disangka-sangka, dua orang pelanggan perempuan yang baru selesai makan menolak pintu dari dalam. Mereka kelihatan berbual dan ketawa dengan kuat dan tidak sedar ada Ashley di bahagian sebelah pintu lagi.

Kerana terkejut pintu itu ditolak, Ashley tidak sempat berundur ke belakang. Jadinya, badannya ditolak oleh pintu itu dan dia terus terjatuh ke belakang.

"Argh!"

Kenzie yang baru saja berpusing ke belakang itu terkejut melihat badan Ashley terjatuh menghempap ke lantai. Dengan pantas, tangannya digerakkan dan menyambut tubuh ramping milik Ashley.

Ashley terkejut. Jantungnya terasa berhenti berdetak bila melihat wajah Kenzie yang sangat hampir dengan wajahnya.

Kenzie terus menolong Ashley untuk berdiri tegak lagi. "Kau tak apa-apa?"

Ashley terus berdehem dan bergerak menjauh sedikit dari Kenzie. "Saya... Saya okey. Terima kasih tolong saya," ucap Ashley sambil mengusap belakang lehernya.

Kenzie hanya mengangguk sebagai balasan dan dia memandang ke arah dua orang perempuan tadi yang sudah berjalan jauh tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Mereka tidak sedar pun yang Ashley terjatuh tadi kerana mereka asyik saja berbual antara sesama.

Ashley juga menoleh ke arah dua orang perempuan tadi tapi kerana dia merasa sudah selamat dengan bantuan Kenzie tadi, Ashley hanya membiarkan saja mereka pergi.

Ashley pun segera masuk ke dalam restoran lagi dan menuju ke meja makan mereka.

Kenzie pula mengikuti Ashley dari belakang.

"Eh, Ash... Kenapa dengan muka kau?" tanya Laura sambil memegang pipi Ashley.

"Hah?" Ashley segera menyentuh pipinya sendiri.

"Yalah, Ash... Kenapa muka kau merah? Apa yang kau buat masa kau ke luar tadi?" tanya Connie pula.

Ashley berusaha untuk menyembunyikan pipinya yang merah itu.

Steven pula segera memandang ke arah Kenzie setelah melihat pipi Ashley yang merah tapi lelaki itu hanya berlagak tenang saja sambil minum airnya.

"Saya... Di luar tadi sejuk... Sebab itu kenapa pipi saya cepat merah," jawab Ashley cemas.

Kerana jawapan Ashley itu membuatkan semua orang memandang Ashley dengan pandangan ragu-ragu.

"Yakah? Saya tidak pernah tahu kalau pipi kita akan jadi merah kalau kena sejuk," kata Anjel pula.

"Saya pun," balas Connie.

"Iya, memang ada. Kalau korang tak percaya, korang boleh periksa di Internet," balas Ashley.

"Yalah tu... Eh, dah nak pukul 9.00pm ni. Lepas ni korang nak pergi mana? Terus pulang atau pergi lepak tempat lain lagi?" Kerana topik baru yang diajukan oleh Laura itu membuatkan semua orang lupa tentang pipi Ashley yang merah.

Mereka pun mula berbincang tentang tujuan mereka seterusnya.

Ashley pun menarik nafas lega kerana dapat melarikan diri dari soalan bertubi-tubi kawan-kawannya. Untuk menghilangkan rasa gementarnya, Ashley meminum air kosong yang ada di atas meja.

Kenzie yang sedari tadi hanya mendiamkan diri itu, merenung Ashley secara diam-diam. Melihat wajah Ashley yang masih merah dan bagaimana dia mencuba untuk minum dalam keadaan gementar, senyuman kecil muncul di bibirnya.


PERTIMBANGAN PENCIPTA
bbeatyybrr bbeatyybrr

Maaf sebab lambat update.

Ini bab baru untuk kamu semua!

Hahahaha...

Have a nice reading!

Load failed, please RETRY

Status Power Mingguan

Rank -- Peringkat Power
Stone -- Power stone

Membuka kunci kumpulan bab

Indeks

Opsi Tampilan

Latar Belakang

Font

Ukuran

Komentar pada bab

Tulis ulasan Status Membaca: C81
Gagal mengirim. Silakan coba lagi
  • Kualitas penulisan
  • Stabilitas Pembaruan
  • Pengembangan Cerita
  • Desain Karakter
  • Latar Belakang Dunia

Skor total 0.0

Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
Pilih Power Stone
Rank NO.-- Peringkat Power
Stone -- Batu Daya
Laporkan konten yang tidak pantas
Tip kesalahan

Laporkan penyalahgunaan

Komentar paragraf

Masuk