Unduh Aplikasi
94.11% Bila Takdir Berkata Lain / Chapter 80: Makan-makan (1)

Bab 80: Makan-makan (1)

Kenzie mengabaikan Lina yang masih memandangnya. Dia hanya menoleh ke arah Ashley lagi. "Korang pun nak celebrate tak? Boleh kami join sekali..."

Ashley membuka mulut, mahu menjawab Kenzie tapi suara Lina lebih laju memotong percakapan Ashley.

"Kenzie, kau tidak dengar kah yang saya nak bawa kau celebrate di Hotel Merah Perkara malam ni? Kenapa kau nak pergi dengan mereka pula?" Lina bersuara bersama dengan muncungnya.

Ashley merenung mimik muka Lina yang pura-pura merajuk itu. Tiba-tiba, dia dapat merasakan sesuatu yang panas di dalam hatinya. 'Minah ni, sudah jelas Kenzie tidak mahu ikut dia... Dia masih lagi mahu ajak Kenzie?'

"Kau tidak ikut mana-mana sukan dan kau tidak menang apa-apa competition. Kenapa kau beria-ia mahu ajak Kenzie celebrate sama-sama? Biarlah dia pergi dengan kami, dia lagi sesuai celebrate dengan kami sebab kami ada pencapaian. Kau, ada?" Sinis saja suara Raquel bercakap dengan Lina.

Kata-kata Raquel itu berhasil membuatkan Lina menjadi naik angin. Dia segera menjeling ke arah Raquel dengan jelingan tajam bagaikan pisau.

"Kau layak sangatkah nak celebrate dengan dia?"

Raquel terlopong sedikit mendengar sindiran dari Lina. Tidak lama kemudian, dia membalas lagi, "Kau tanya saya atau kau tanya diri sendiri, huh?"

"Kau ingat kau layak sangat nak celebrate dengan Kenzie?"

Lina menggetap giginya kerana geram. "Kau—"

"Kalau kau nak celebrate dengan saya, kau kena datang dengan kami. Saya nak celebrate dengan dorang sebab lagi ramai lagi bagus, kan?" pintas Kenzie, menghentikan perbalahan diantara Raquel dan Lina.

"Betul tu, Kenzie. Lagi ramai lagi bagus. Lagipun, bukan selalu kami dapat berkumpul di party macam ni dengan lelaki hotstuff macam Kenzie," balas Laura.

"Betul, betul," Giliran Connie menganggukkan kepala. Dia juga merasa gembira jika Kenzie dan Steven akan datang untuk merayakan kemenangan mereka ini bersama-sama. Bukan selalu mereka dapat berkumpul seperti ini bersama dengan Kenzie, si lelaki tampan yang terkenal di Universiti mereka.

"Kalau macam tu, di mana kita nak celebrate kejayaan kita ni?" tanya Steven, bersemangat setelah mengetahui rancangan mereka.

Lina mahu membantah kerana dia hanya mahu berseorang dengan Kenzie malam ini tanpa gangguan dari sesiapa. Namun sebaik saja Kenzie membuka mulut, semua harapannya musnah.

"Baiklah, semua sudah setuju. Apa kata kita pergi ke Restoran Permata Hati?" Suara Kenzie bergema, memberikan cadangan lokasi tempat perayaan mereka malam ini.

"Restoran Permata Hati? Okey, call!" Raquel dengan cepat menjawab.

Yang lain juga ikut mengangguk setelah Raquel berkata begitu.

Kenzie melirik ke arah Ashley untuk melihat reaksi wanita itu memandangkan hanya dia saja yang tidak memberi apa-apa jawapan.

Sedar dengan pandangan mata Kenzie, Ashley hanya tersenyum kecil sambil mengangguk.

"Okey, lokasi sudah ada. Kita datang kira-kira jam lapan malam begitu, macam mana?" Steven berkata dengan suara penuh semangat.

Yang lain mengangguk lagi tanda setuju.

Tinggallah Lina berdiri di sebelah Kenzie sambil menahan perasaan marahnya. Jari-jemarinya digenggam erat, meninggalkan kesan pucat pada tapak tangan kesan dari kukunya yang panjang.

Setelah membincangkan lokasi dan masa untuk perayaan mereka pada malam ini, mereka pun mengambil keputusan untuk pulang ke rumah dan berehat sekejap.

Raquel dan Ashley berjalan ke kawasan tempat letak kereta.

"Kau mesti gembira sebab Kenzie akan join kita malam ni, kan?" tanya Raquel kepada Ashley.

Ashley segera menoleh ke arah Raquel. Tangannya yang baru saja mahu membuka pintu kereta terhenti seraya anak matanya menatap ke arah Raquel yang sedang tersengih.

"Apa yang kau cakap ni?" tanya Ashley, berpura-pura bersikap tenang.

Raquel ketawa pula sambil membuka pintu kereta. "Eih, jangan tipu lah Ashley... Saya tahu kau gembira nak celebrate kejayaan kau ni dengan Kenzie malam nanti." Raquel memboloskan dirinya ke dalam perut kereta.

Ashley mengikuti gerakan Raquel masuk ke dalam kereta.

"Jangan cakap yang bukan-bukanlah, Raquel. Tunggu, saya nak tanya kau ni... Kita kan nak celebrate kejayaan kita malam ni, kau tidak mahu jemput Ted?" kata Ashley.

Pergerakan Raquel memegang stereng kereta menjadi perlahan. Wajahnya kelihatan tegang sekejap sebelum dia memandang ke arah Ashley lagi.

Raquel tersenyum. "Saya tidak cakap dengan dia pun mesti ada diantara kita yang bawa dia nanti."

Berkerut dahi Ashley mendengar ayat Raquel tapi dia faham siapa yang dimaksudkan oleh wanita itu. Oleh itu, Ashley terdiam setelah itu dan hanya memandang ke depan.

***

***

Jam 8.00

(Restoran Permata Hati)

Laura dan tiga orang wanita yang lain sudah datang lebih awal dari mereka. Kerana ini adalah hanya makan biasa untuk merayakan kejayaan mereka, Ted juga dijemput untuk datang. Yang menjemput dia datang tidak lain tidak bukan Anjel sendiri.

Kenzie dan Steven datang seminit sebelum tepat jam 8. Yang belum datang ialah Ashley dan Raquel lagi.

"Oh, kamu sudah datang. Duduklah dulu dan order minuman sementara kita tunggu Ashley dan Raquel. Mereka berdua cakap dalam perjalanan nak ke sini tadi," kata Laura, sekali gus memberitahu tentang Ashley dan Raquel.

Kenzie hanya bersikap selamba dan mengambil tempat duduk selang dua bangku dari yang lain.

Steven yang sudah memasang senyuman sedari tadi terus menyapa yang lain.

"Steven, kau dan saya sama-sama order Banana Smoothie. Tolong pergi order dekat kaunter, boleh kan?" kata Connie. Mendengar itu, Steven terus mengangguk laju. Dia berjalan meninggalkan meja dan menuju ke bahagian kaunter pesanan minuman.

Connie kembali bercerita dengan Anjel di sebelahnya.

Kenzie mengeluarkan telefon dari dalam jaket hitam yang dipakainya. Berkerut dahinya melihat jam sudah menunjukkan jam 8.02. Tanpa dia sedar, dia sudah pun menoleh ke pintu restoran, berharap dapat melihat kelibat seseorang yang dikenali.

"Rasanya, Ashley dan Raquel akan lambat. Apa kata kita order dulu... Nanti mereka boleh direct join kita!" kata Laura, memandang Kenzie sambil memegang buku menu.

Kenzie yang memandang ke arah pintu tadi menoleh ke arah Laura pula.

"Oh, mereka sudah sampai. Kita boleh order sama-sama," Ted pula mencelah percakapan mereka.

Mendengar kata-kata Ted itu, Kenzie kembali memusingkan kepalanya ke pintu.

Dari pintu, dua orang gadis sedang berjalan berdampingan masuk ke restoran.

Saat itu juga Laura mengangkat tangannya ke atas dan melambai ke arah mereka. "Ashley, Raquel... Sini, sini, sini!!"

Melihat lambaian dari Laura, Ashley segera menarik tangan Raquel ke meja itu.

"Sorry kami lambat, semua... Raquel yang lambat sangat bersiap," kata Ashley. Dia menjeling ke arah Raquel bila dia menyebut nama gadis itu.

Raquel hanya mengangkat bahunya, tidak kisah. "Nak buat macam mana... Saya terlebih tidur. Bukannya kau pandai kejutkan saya awal-awal. Kan sudah lambat!"

Ashley tidak lagi membalas kata-kata Raquel sebaliknya dia hanya menggeleng. Dia memandang ke kerusi dan mahu mencari tempat duduk.

Dengan tidak semena-menanya, Kenzie menarik kerusi kosong yang ada di sebelahnya.

Dengan wajah yang terkedu, Ashley memandang Kenzie. Jauh di lubuk hatinya, dia merasa gementar dan gembira. Ashley tidak pernah menyangka kalau Kenzie secara tiba-tiba berbuat seperti tadi.

Perlahan-lahan, Ashley menapak ke arah kerusi itu. "Thanks."

Kenzie tidak banyak respon dan hanya memandang kembali skrin telefon.

Raquel juga mencari kerusi yang kosong. Kali ini dia duduk di kerusi yang jauh sedikit. Alasannya kerana dia tidak mahu duduk dekat Ted.

Sejak masuk ke dalam restoran ini tadi, Raquel belum sekali pun memandang ke arah Ted. Dia sedar Ted juga ada di sini dan memang sudah tahu Ted akan datang tapi entah kenapa dia tidak mahu bertentang mata dengan lelaki itu buat masa sekarang.

Ted merenung Raquel dengan tajam ketika dia duduk di bahagian hujung meja. Sedangkan masa itu Ted pula duduk di bahagian hujung meja yang lain.

Ted mengecilkan matanya memandang Raquel. 'Dia sengaja buat begini?'

Kerana semua orang sudah datang, Laura pun menyuruh kawan-kawannya untuk memesan makanan. Steven juga sudah kembali dari memesan minuman dan turut sama menyertai mereka di meja.


PERTIMBANGAN PENCIPTA
bbeatyybrr bbeatyybrr

Hai semua...

Bab baru sudah keluar...

Harap semua pembaca enjoy!

Load failed, please RETRY

Status Power Mingguan

Rank -- Peringkat Power
Stone -- Power stone

Membuka kunci kumpulan bab

Indeks

Opsi Tampilan

Latar Belakang

Font

Ukuran

Komentar pada bab

Tulis ulasan Status Membaca: C80
Gagal mengirim. Silakan coba lagi
  • Kualitas penulisan
  • Stabilitas Pembaruan
  • Pengembangan Cerita
  • Desain Karakter
  • Latar Belakang Dunia

Skor total 0.0

Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
Pilih Power Stone
Rank NO.-- Peringkat Power
Stone -- Batu Daya
Laporkan konten yang tidak pantas
Tip kesalahan

Laporkan penyalahgunaan

Komentar paragraf

Masuk