Unduh Aplikasi
88.23% Bila Takdir Berkata Lain / Chapter 75: Ditakdirkan Bersama?

Bab 75: Ditakdirkan Bersama?

MALAM itu, Ashley dan Raquel duduk di taman belakang rumah mereka. Yang menemani mereka saat ini ialah dua minuman coklat panas dan radio kecil dengan lagu pop dipasang. Lagu itu dipasang tidaklah terlalu kuat, cukup hanya untuk Raquel dan Ashley saja yang mendengarnya. Masing-masing mereka memakai jaket tebal sebab malam yang sejuk.

Suasana di taman itu terlihat nyaman dan tenang saja. Raquel sedang merenung ke dada langit yang dipenuhi dengan bintang-bintang yang bersinar dan Ashley sedang membaca sebuah novel.

Beberapa minit kemudian, Raquel memandang ke arah Ashley.

"Ash?" panggil Raquel.

"Kenapa?" Ashley mengalihkan pandangan dia dari buku yang dipegang ke wajah Raquel.

"Kau... Pernah terfikir untuk jatuh cinta dengan lelaki lain.... Selain Kenzie?"

Pertanyaan itu berjaya membuatkan Ashley terkedu. Hasilnya, Ashley hanya diam saja sambil memandang Raquel. Raquel tidak dapat membaca apa yang difikirkan oleh Ashley kerana Ashley tidak menunjukkan apa-apa ekspresi.

"Kenapa kau tanya macam itu?" tanya Ashley pula. Dia tidak mahu menjawab apa yang ditanya oleh Raquel tadi kerana dia sendiri tidak pasti bagaimana mahu menjawab soalan itu.

Raquel mengangkat bahunya. "Saya tidak tahu. Saya cuma nak tahu saja apa jawapan kau. Sebab sejak perkara enam tahun yang lalu, saya tidak pernah nampak kau ada apa-apa perasaan dengan mana-mana lelaki. Walaupun kita sudah lama berkawan dan saya sudah lama tinggal di sini dengan kau, saya tidak pernah tahu rahsia kau yang lain..."

"Rahsia apa? Saya tidak punya rahsia," kata Ashley.

"Adalah... Rahsia kau ialah perasaan sayang kau dengan Kenzie. Sampai sekarang kau masih suka dengan Kenzie, kan?"

Sekali lagi, apa yang dikatakan oleh Raquel itu membuatkan Ashley terkedu. Jantungnya terasa berhenti berdegup sekejap. Walaupun Ashley curiga kalau Raquel tahu yang Ashley masih menyukai Kenzie tapi apabila Raquel mengatakannya sendiri, Ashley masih saja merasa malu.

"Itu bukan rahsia lagi kalau kau sudah tahu." Ashley tidak menidakkan kata-kata Raquel kerana apa yang dikatakan oleh Raquel itu ada betulnya. Cuma dia tidak mahu mengaku begitu saja...

Raquel tersenyum kecil. "Jangan risau, kalau dengan saya, rahsia kau selamat. Memanglah itu bukan rahsia lagi untuk saya tapi dengan orang lain, itu masih dikira rahsia lagi."

Ashley mencebik kecil. Dia mengangkat gelas yang ada di atas meja dan meminum coklat panas itu untuk menghilang rasa gelabahnya.

"Tapi, Ashley.... Saya cuma nak tahu, kau tidak terfikir nak jatuh cinta dengan lelaki lain? Lagipun, lelaki bukan seorang saja di dunia ni," kata Raquel, berbalik kepada soalannya yang pertama.

Ashley diam untuk berfikir sekejap. Setelah beberapa lama, barulah Ashley mula membuka mulutnya semula. "Saya tidak tahu. Saya tidak pernah terfikir nak buat macam tu..."

"Kenapa?"

"Sebab saya rasa itu menyusahkan. Saya percaya kalau orang yang sudah ditakdirkan untuk kita tu, tidak akan ke mana juga... Sejauh mana dia pergi atau selama mana dia menghilang, in the end... Dia akan kembali juga dengan saya nanti," Dengan senyuman menghiasi bibirnya, Ashley mula mengatakan apa yang tengah dia fikirkan. Dia pun mendongak ke langit, merenung bintang-bintang yang berkelipan di malam hari.

"Yakin betul kau kalau lelaki yang ditakdirkan untuk kau itu akan kembali dengan kau. Macam mana kalau kamu sudah tua nanti baru dia kembali pada kau, kau tidak takut kalau macam tu?" usik Raquel pula sambil tersenyum sumbing dengan Ashley.

Ashley tertawa kecil. "Nak takut apanya, Raquel. Kalau takdir kau ditentukan seperti itu, kau nak buat apa-apa pun, tak ada gunanya juga."

Raquel berfikir sekejap, memproses apa yang dikatakan oleh Ashley. "Saya setuju juga dengan apa kau cakap tu... Agaknya, kau dengan Kenzie ditakdirkan bersama tak?"

Membulat mata Ashley mendengar pertanyaan Raquel itu. Dia terus mengangkat bukunya dan cuba untuk memukul Raquel.

Raquel hanya ketawa sambil mengelak daripada terkena buku itu. "Wei, saya cuma nak tanya sajalah. Kenapa kau nak marah pula?"

Ashley tidak membalas kata-kata Raquel. Dia berhenti memukul Raquel dan duduk kembali ke bangkunya.

Raquel juga sudah berhenti ketawa. Melihat Ashley yang tidak mahu bermain lagi dan sambung membaca novel lagi, Raquel juga menyambung kembali kerjanya menatap bintang.

Kenyataannya, Ashley tidak pun menumpukan perhatiannya terhadap buku yang dia pegang. Malah dia asyik terfikir tentang soalan Raquel tadi.

(... "... Agaknya, kau dengan Kenzie ditakdirkan bersama tak?"...)

'Kami... Ditakdirkan bersama? Adakah itu mustahil atau tidak?'

Malam yang sejuk itu pun berlalu dengan dua orang wanita ini melayan perasaan masing-masing.

***

***

DI sebuah perumahan, di sebuah bilik dengan tingkap yang terbuka, seorang lelaki dengan wajah dingin sedang berdiri di tingkap itu sambil melontarkan pandangannya ke luar. Kerana malam itu sejuk, dia pun memakai jaket tebal dengan warna merah lembut.

Anak matanya merenung cahaya bintang yang berkelipan di dada langit. Satu lagi malam yang indah...

Kenzie memusingkan kepalanya ke meja belajar yang ada di tepinya. Di atas meja itu ada kamera yang selalu dia selalu gunakan untuk mengambil gambar.

Tangan Kenzie digerakkan untuk mengangkat kamera itu. Kamera itu sudah tersedia terpasang skrin kamera yang masih bercahaya.

Kenzie merenung skrin kamera, di mana wajah seorang wanita sedang mencuba membuka sekeping daun dari atas kepalanya.

Gambar itu diambil ketika mereka sedang bercuti dulu. Gambar ini diambil ketika Steven yang memegang kameranya dan ya, gambar itu ialah wajah Ashley yang sedang membuka daun dari atas kepalanya sendiri.

Kenzie ialah jenis lelaki yang tidak jika kameranya disentuh orang dan Kenzie sangat marah pada masa itu ketika mengetahui yang Steven mengambil kameranya secara sembunyi-sembunyi. Namun ketika melihat gambar Ashley di dalam kameranya ketika itu, dia terlupa untuk memarahi Steven dan sampai sekarang, dia tidak pernah memarahi Steven untuk itu.

Tidak sampai sesaat saja, senyuman hangat di bibir lelaki itu muncul ketika merenung gambar itu.

Kenzie bersandar pada tiang jendela melalui bahu kirinya sambil terus memeriksa gambar lain. Tiada yang tahu, yang sebenarnya Kenzie tidak menyimpan hanya satu gambar Ashley di kameranya.

Dan Kenzie sudah lama mengambil gambar Ashley secara sembunyi-sembunyi sejak dia mengenali Ashley... Iaitu ketika pertama kali Ashley menjadi pembantu kelab mereka di sekolah menengah.

Sampai sekarang, Kenzie merasa lega kerana dia tidak pernah memadam gambar itu dari memori kameranya. Kenapa? Dia hanya tidak mempunyai kekuatan untuk melakukan perbuatan itu...

'Ah, itu kan sudah lama...'

Malam semakin larut dan Kenzie masih menatap skrin kameranya. Dia tidak lagi menatap bintang di langit melainkan menatap kameranya... Kerana baginya, imej yang ada di kameranya lebih cantik dari bintang malam itu.


PERTIMBANGAN PENCIPTA
bbeatyybrr bbeatyybrr

Apa pendapat kamu untuk bab ni?

Boleh bagi komen saja...

.

.

Apa-apa pun, terima kasih sebab masih sokong Ashley dan Kenzie.

(*Mini Love*)

Load failed, please RETRY

Status Power Mingguan

Rank -- Peringkat Power
Stone -- Power stone

Membuka kunci kumpulan bab

Indeks

Opsi Tampilan

Latar Belakang

Font

Ukuran

Komentar pada bab

Tulis ulasan Status Membaca: C75
Gagal mengirim. Silakan coba lagi
  • Kualitas penulisan
  • Stabilitas Pembaruan
  • Pengembangan Cerita
  • Desain Karakter
  • Latar Belakang Dunia

Skor total 0.0

Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
Pilih Power Stone
Rank NO.-- Peringkat Power
Stone -- Batu Daya
Laporkan konten yang tidak pantas
Tip kesalahan

Laporkan penyalahgunaan

Komentar paragraf

Masuk