Unduh Aplikasi
62.35% Bila Takdir Berkata Lain / Chapter 53: Pindah?

Bab 53: Pindah?

KERANA gambar tentang Ashley dan Kenzie sudah melebar luas di sekolah, semua pelajar mula menghindari Ashley. Kecuali Eden, Ted dan Raquel.

Mereka selalu menemani Ashley ketika waktu rehat atau pada waktu pulang. Mereka tidak meninggalkan Ashley sendiri kerana takut nanti ada pelajar yang akan membuli Ashley.

Eden keluar dari kafe setelah dia siap membeli makanan. Dia tidak membeli terlalu lama dan terus saja menuju ke kawasan padang, tempat Ashley selalu pergi ketika waktu rehat.

Sedang dia berjalan, nama Eden dipanggil dari arah belakang. Eden berhenti dan dia segera memandang ke belakang.

Bryend mendekati Eden dengan wajahnya yang serius.

"Kau nak apa, Bryend?" tanya Eden. Dia tidak mahu berlama di sini sebab dia mahu makan bersama dengan Ashley. Sejak akhir-akhir ini, dia lebih suka makan waktu rehat bersama dengan Ashley.

"Kau... Kau nak pergi tempat Ashley lagi kah?" tanya Bryend.

"Kalau ya, kenapa? Kau nak buat apa?" tanya Eden.

Bryend diam sejenak. Dia memandang Eden tepat di matanya, mahu mencari sesuatu di sebalik pandangan mata Eden. "Kau.... Saya tengok kau tidak pun marah pada dia pasal semua khabar angin tu... Apa yang Ashley buat dengan kau sampai kau nak bela dia sangat?"

Mendengar itu, tawa kecil yang sinis keluar dari mulut Eden. Dia tidak menyangka yang Bryend akan bertanyakan soalan seperti itu.

"Bryend, apa yang kau cakap ni? Kenapa saya nak marah dia tentang khabar angin tu?"

Bryend hanya diam saja sambil merenung Eden yang masih ketawa itu.

"Okey, Bryend. Let me ask you, kau lagi percaya siapa... Khabar angin itu... Atau... Ashley?"

"Diantara kita semua, kau lah yang paling rapat dengan Ashley. Kau yang selalu ambil berat tentang dia... Tapi sekarang apa yang kau buat? Kau abaikan dia macam tu saja... Apa yang jadi dengan kau, Bryend???"

"Kalau dibandingkan dengan khabar angin itu, saya lebih percaya dengan Ashley. Kalau memang pun khabar angin tu betul, kita siapa nak judge Ashley? Dia ada hidup dia sendiri dan kita ada hidup kita sendiri. Bryend, sebagai kawan yang paling rapat dengan dia, bukankah sepatutnya kau sokong dia? Kenapa kau abaikan Ashley??"

Kata-kata itu membuatkan Bryend terdiam di sana. Dia mula berfikir tentang apa yang Eden katakan tadi.

Bryend memandang Eden kembali.

"Kau fikir-fikir lah dulu apa yang saya cakap ni, okey? Oh, lupa.... Kau kan sudah abaikan Ashley, kenapa kau masih susahkan diri kau fikir semua ni?" kata Eden. Dia tersenyum sinis sebelum dia berjalan meninggalkan Bryend.

Bryend pula masih diam saja sambil memandang Eden sudah berlalu. Tidak lama kemudian, Bryend mengeluh kecil lalu dia pun berlalu dari sana.

===

===

ASHLEY berjalan melintasi dewan latihan bola keranjang kerana dia rasa di sanalah paling selamat untuk dia jalan.

Ashley tidak mahu berjumpa dengan mana-mana pelajar lagi. Jadi jalan ini adalah jalan yang paling sesuai.

Sedang Ashley berjalan, dia mendengar ada bunyi bola keranjang yang melantun di atas lantai.

Ashley yang tertanya-tanya siapa yang sedang main itu terus menjengukkan kepalanya dari luar. Dia melihat Steven sedang bermain dengan sebiji bola keranjang.

Steven sedang melontarkan bola keranjang itu ke jaring. Dia masih lagi memakai seragam sekolah ketika dia sedang bermain.

Ashley hanya berdiri saja di pintu sambil melihat Steven bermain. Masa-masa begini juga dia teringat tentang Kenzie.

Ashley teringat semasa Kenzie masih bermain bola keranjang. Bila saja lelaki itu memegang bola, fokusnya akan berganda semasa bermain. Tidak ada yang dapat menganggu konsentrasi Kenzie semasa dia bermain. Itulah yang buat Ashley sentiasa tertarik untuk merenung Kenzie setiap kali dia mula bermain.

Sedang Ashley mengelamun, dia tidak sedar Steven sudah pun menoleh ke arahnya.

"Ashley, kenapa kau ada di sini?" tanya Steven, mengambil beberapa langkah untuk mendekati Ashley.

Ashley tersentak, tersedar dari lamunannya. Dia sedar yang Steven sedang memandang dia dengan wajah yang serius. Mesti Steven pun tidak selesa saya ada di sini. Tak apalah, lebih baik saya pergi...

"Saya cuma lalu di kawasan sini. Maaf sebab saya mengganggu, saya pergi dulu." Ashley terus berpaling untuk beredar dari sana.

"Ash, tunggu!!"

Langkah kaki Ashley berhenti. Dia diam sekejap sebelum dia menoleh ke arah Steven.

"Saya nak bercakap tentang sesuatu dengan kau. Kau nak dengar?" tanya Steven.

Lama Ashley berdiri di sana memandang Steven. Akhirnya, dia pun masuk kembali ke dewan dan duduk di bangku yang berdekatan. Melihat itu, Steven juga ikut duduk namun dia duduk dua bangku jauh dari Ashley.

"Pasal khabar angin tu.... Betul kah?"

"Kau betul-betul suka Kenzie??" tanya Steven lagi.

Ashley hanya diam saja. Dia menunduk sedikit sambil matanya memandang tepat ke lantai dewan.

Steven yang hanya memerhati Ashley saja itu, menjadi pelik dengan keadaan  Ashley. Kalau dulu, Ashley seorang yang sangat periang dan suka tersenyum.

Tetapi sekarang... Dia macam patung. Bernyawa tapi tiada perasaan. Pandangan dia kosong saja dan bila matanya direnung, tiada apa-apa pun yang terlukis di wajahnya.

Senyuman yang sentiasa menghiasi wajahnya, tidak kira di mata atau di bibirnya, senyuman manis itu sentiasa ada. Tapi sekarang, semuanya sudah hilang...

Besar sangatkah kesan masalah ini pada dia?

"Ash, kau dengar apa saya tanya?" soal Steven lagi.

"Sama ada saya jawab ya atau tidak, tidak kisah. Orang-orang tidak akan mahu tahu jawapan yang sebenar..."

Steven terdiam dengan jawapan Ashley. Berkerut dahi dia mendengar jawapan itu. "Saya cuma nak tahu kalau kau suka..."

Kali ini Ashley menoleh ke arah Steven. Tanpa menunggu Steven menghabiskan ayatnya, Ashley memotong: "Steven, tiada guna kau tanya saya soalan itu. Semua orang sudah tahu pasal ini. Jadi, tiada guna saya mahu ulang lagi."

"Jadi betullah kau suka Kenzie."

Steven berfikir sekejap sebelum dia mula bercakap lagi. "Tapi, kenapa kau sebarkan yang kau suka Kenzie?"

"Kenapa saya perlu sebarkan pula? Saya lebih suka pendam daripada bagi tahu orang. Kau rasa saya suka sangat orang tahu pasal rahsia saya?" balas Ashley.

Steven diam lagi. Berkerut lagi dahi dia mendengar kata-kata Ashley. Kenapa saya dengar cara dia bercakap lain saja?

"So, maksud kau.. Ada orang lain yang fitnah kau?" tanya Steven.

Ashley tersenyum tapi terlihat hambar. Namun itu cukup menjawab soalan Steven. Steven semakin bingung pula. "Siapa yang mahu buat kau begitu?" tanya Steven.

Ashley mengeluh. Dia berdiri dan memandang Steven. "Kau tak perlu fikir pasal saya, Steven. Lebih baik kau urus hal Kenzie..."

Ashley terus berjalan meninggalkan kawasan dewan itu. Steven yang masih ada di sana itu hanya terkebil-kebil memandang Ashley pergi.

Ketika Ashley berjalan, Ashley melihat Kenzie sedang berdiri di lorong sekolah. Bersama dia ialah seorang pelajar perempuan. Oleh kerana pelajar perempuan itu membelakangi Ashley, Ashley tidak melihat wajah pelajar itu.

Namun, Ashley kenal siapa orang itu. Dia tersenyum sinis dan dia terus berlalu dari sana. Siapa lagi yang berdiri di sana kalau bukan Mellisa... Selain saya, siapa lagi yang berani mendekati Kenzie, kan?

===

===

SETELAH siap makan malam, Ashley masuk ke bilik kerja bapanya. Mr. Adham berkata ada sesuatu yang dia ingin katakan kepada Ashley.

Oleh itu, Ashley pun segera masuk ke bilik belajar bapanya. Ashley berdoa dalam hati agar bapanya tidak bercakap tentang masalah yang Ashley hadapi di sekolahnya.

Ashley mengetuk pintu bilik belajar sebanyak tiga kali. Setelah mendengar arahan untuk masuk, Ashley masuk ke dalam.

Di sudut meja, ada sebuah meja besar tempat Mr. Adham bekerja. Di setiap sudut bilik yang lain ialah almari buku dan almari kaca untuk gambar kenangan.

Ashley segera duduk di depan meja bapanya. "Apa yang bapa mahu bagi tahu Elley?"

Jangan bilang bapa tahu pasal masalah saya di sekolah... Janganlah...

Mr. Adham yang sedang menunduk itu terus memandang ke arah Ashley yang sudah duduk di depannya.

"Oh, Elley..."

Mr. Adham pun membetulkan kedudukan dia duduk. "Bapa ada berita untuk Elley. Tidak tahu lah kalau ini adalah berita gembira untuk Elley atau tidak. Elley masih ingat di mana kampung halaman bapa? Tempat tinggal datuk dan nenek?"

Berkerut dahi Ashley mendengarnya. "Maksud bapa, di Sabah?"

Mr. Adham tersenyum sambil dia mengangguk kecil. "Bapa sudah buat keputusan untuk pindahkan seluruh bisnes bapa ke sana. Jadi, dalam masalah tiga minggu ni, kita akan pindah kembali ke Sabah. Elley pun sudah lama tidak pulang ke Sabah, kan?"

Ashley diam saja. Fikirannya bercelaru. Dia tidak tahu jawapan apa yang perlu dia bagi untuk bapanya.

"Bapa tidak akan paksa Elley untuk ikut bapa balik ke Sabah. Elley boleh stay di Singapura, di sini... Mungkin satu hari nanti, kakak kamu akan pulang ke sini lagi. Elley ada masa dua, tiga tahun lagi untuk habiskan sekolah, kan??"

Ashley masih lagi diam, masih memproses apa yang Mr. Adham beritahu dia tadi.

"Mak Enon akan stay di sini dengan Elley untuk jaga Elley. Elley boleh balik ke Sabah bila-bila masa saja kalau Elley masih stay di sini. Bapa boleh gaji pembantu rumah yang baru di sana."

Ashley memandang ke arah wajah bapa kesayangannya. "Bila bapa akan jalan ke Sabah nanti?"

"Kira-kira dalam masa tiga minggu... Tapi kalau kerja bapa di sini belum siap, mungkin dalam masa lima minggu baru bapa akan pindah," kata Mr. Adham.

"Kalau macam tu, Elley minta masa bapa untuk fikir dululah. Elley masih mahu fikir mahu ikut bapa atau tidak," kata Ashley.

Mr. Adham tersenyum. "Kamu tidak perlu paksa diri kamu untuk ikut bapa ke Sabah, Elley. Kalau kamu mahu stay di sini, tak apa... Bapa benarkan..."

Ashley tersenyum. "Saya faham, bapa." Ashley meminta diri untuk keluar supaya bapanya boleh bekerja lagi. Ashley pun kembali ke biliknya.

Ashley duduk di meja belajarnya dan dia mula memikirkan kata-kata Mr. Adham tadi.

Pindah?

Sanggupkah dia untuk pindah?

Lagipun, di sinilah tempat dia membesar selama 15 tahun...

Pindah..??

Patutkah?

Lagi pula, sekarang keadaan Ashley di sekolah tidak baik. Tiada guna dia pergi di sekolah jika keadaan dia di sekolah tidak baik...

Patutkah dia ikut bapa dia balik Sabah..??


PERTIMBANGAN PENCIPTA
bbeatyybrr bbeatyybrr

Siapa mahu teka?

Dia pindah atau tidak?

Load failed, please RETRY

Status Power Mingguan

Rank -- Peringkat Power
Stone -- Power stone

Membuka kunci kumpulan bab

Indeks

Opsi Tampilan

Latar Belakang

Font

Ukuran

Komentar pada bab

Tulis ulasan Status Membaca: C53
Gagal mengirim. Silakan coba lagi
  • Kualitas penulisan
  • Stabilitas Pembaruan
  • Pengembangan Cerita
  • Desain Karakter
  • Latar Belakang Dunia

Skor total 0.0

Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
Pilih Power Stone
Rank NO.-- Peringkat Power
Stone -- Batu Daya
Laporkan konten yang tidak pantas
Tip kesalahan

Laporkan penyalahgunaan

Komentar paragraf

Masuk