Unduh Aplikasi
60% Bila Takdir Berkata Lain / Chapter 51: Bukti

Bab 51: Bukti

ASHLEY baru siap membuang sampah di tong sampah besar di belakang sekolah.

Hari ini tugas Ashley di kelas ialah membuang sampah saja. Namun memandangkan semua pelajar meninggalkan dia untuk membuat semua tugas kelas, terpaksa Ashley tinggal lebih lama dan melakukan semua kerja.

Ashley sudah siap dengan tugas kelas dan sekarang Ashley mahu pulang. Namun, bila Ashley kembali ke tempat letak basikal, Ashley melihat tayar basikalnya yang sudah kempis.

Ashley mengeluh. Terpaksa dia membawa basikalnya itu pulang tanpa menaikinya.

Ashley tiba di sebuah persimpangan. Tiba-tiba dia merasa kepalanya sedikit sakit dan ada benda yang melekat di kepalanya.

Terdengar bunyi orang ketawa di belakang Ashley.

Ashley memegang kepalanya dan melihat apakah yang melekat di kepalanya.

Telur?

Sekumpulan pelajar dari sekolah yang sama dengan Ashley tidak menunggu lama, mereka terus membaling Ashley dengan telur atau pun tomato.

Ashley mengangkat tangannya untuk melindungi kepalanya.

Tak guna! Di luar pun dorang masih nak kacau saya!?

Tiba-tiba, seorang lelaki berlari ke arah Ashley. Dengan menggunakan jaket, lelaki itu melindungi dirinya dan Ashley daripada terkena dengan telur dan tomato itu.

Ashley sedar sudah tiada telur atau tomato yang mengenainya. Ketika Ashley mengangkat kepalanya, melihat siapakah orang yang sudah menolong dia, Ashley terkejut melihat Ted juga sedang memandangnya.

"Ted--?"

"Ssyytt.. Diam!"

Melihat ada seseorang yang melindungi Ashley, semua pembuli itu berhenti membaling telur atau tomato.

Ted menurunkan jaket itu dan memandang ke arah semua pembuli itu. "Korang ni tiada kerja lain nak dibuat selain membuli orang?"

"Kau siapa?? Jangan nak halang kami!!!"

"Sebelum saya laporkan korang ke pihak polis. Lebih baik pergi dan jangan kacau dia lagi. Kalau tidak, saya tidak akan teragak-agak untuk laporkan ke pihak polis."

Mendengar itu, semua pembuli yang terdiri daripada perempuan itu berlalu dari sana dengan perasaan yang hampa.

Ashley lega melihat mereka pergi. "Thank you, Ted."

"Are you stupid or what??! Kenapa kau tidak lari??? Kau sengaja nak dorang baling kau dengan telur atau tomato tu??" kata Ted dengan rasa geram.

Ashley hanya diam saja dan menunduk. Dia sudah tidak mampu mahu bercakap. Selama ini, setiap kali ada orang bercakap atau menegur dia, Ashley hanya akan menunduk saja.

Ted mengeluh dengan sikap Ashley. Dia tahu Ashley ini seorang yang penyabar tapi Ted tidak setuju kalau Ashley hanya mendiamkan diri bila pembuli Ashley menjadi lebih teruk.

Awalnya, Ted tidak mahu menolong Ashley sebab dia tahu Mellisa akan berbuat lebih teruk dari yang ini. Namun bila melihat keadaan Ashley yang begini, Ted tidak lagi tahan dan harus menolong Ashley.

"You are really stupid, Ash... Saya tak pernah jumpa orang yang macam kau. Kau tidak boleh biarkan dorang buli kau macam ni!" kata Ted lagi.

Namun apa yang Ted katakan itu, sepertinya tidak masuk ke dalam hari Ashley. Ayat Ted seperti masuk ke telinga kiri, keluar dari telinga kanan...

Melihat Ashley yang tiada tanda-tanda mahu bercakap itu, Ted pun berhenti bercakap. Entah kenapa dia pun tidak sanggup mahu memarahi Ashley bila melihat wajah sugul Ashley.

Ted mengeluh. Arrghh, kenapa saya lemah ni?? Nampak dia begini saja buat saya jadi speechless...

Ted melihat ada kulit telur yang melekat di rambut Ashley. Ted terus membersihkan seluruh kepala dan badan Ashley yang ada kulit telur dan tomato.

Ashley menolak tangan Ted perlahan, mengelak daripada terus menolong dia. Dia kemudian membersihkan sisa-sisa kulit telur dan tomato di badannya.

Ted mengeluh lagi melihat keadaan Ashley. "You have to be strong, Ashley. Dan kau kena melawan. Kalau kau terus saja mendiamkan diri macam ni, kau akan terus dibuli oleh pembuli-pembuli itu."

Ashley hanya memandang ke arah Ted. Segaris senyuman menghiasi bibir Ashley. Walaupun lebar mana pun senyuman itu, senyuman itu masih belum menutupi kesedihan yang terpancar di wajah Ashley.

Setelah sekian lamanya, baru sekarang Ted melihat senyuman itu, senyuman yang selama ini hilang dari wajah Ashley. Melihat senyuman itu walaupun tidak semanis yang dulu, senyuman itu mampu membuat Ted menetapkan kata hatinya; iaitu melindungi Ashley walau apapun yang terjadi.

Walaupun Mellisa sudah mengugut dia.

Mellisa yang sedang menunggu Ashley datang itu terus menghentak kakinya kerana geram. Dia sudah menyuruh beberapa orang pelajar perempuan yang boleh dikira pembuli, untuk membaling telur dan tomato kepada Ashley.

Namun tidak dia menyangka Ted akan datang untuk menolong Ashley. Giginya digertap dan tangannya digenggam.

Tak guna kau, Ted. Saya cakap jangan halang saya. Kau tak nak dengar, kan? Kau memang nak tolong sangat perempuan ni... Tak apa, saya akan buat dia lebih sengsara sampaikan kau tidak dapat tolong dia lagi.

Mellisa tidak mahu berdiam diri di sana lagi dan dia terus berjalan pergi. Dia sedang memikirkan rancangan seterusnya untuk membuatkan Ashley menjadi lebih susah.

============================

ASHLEY masuk ke dalam sebuah kelas yang kosong dan lama. Ashley memandang sekeliling dan dia mula kebingungan.

Ada orang mengatakan yang Coach Dhin mahu berjumpa dia di sini. Adakah Coach nak jumpa saya di tempat yang sudah lama ni?

PAKK!!

Pintu bilik lama itu ditutup.

Ashley menoleh ke belakang. Dia cuba membuka pintu itu namun tidak dapat. Pintu itu dikunci dari luar.

Terus saja fikiran Ashley tertumpu kepada satu perkara.

Dia sudah ditipu!

Coach Dhin tidak pernah mengatakan yang mahu berjumpa dengan Ashley. Tapi pelajar yang memberitahu dia tentang itu menggunakan nama Coach Dhin sebagai umpan.

Ashley menghentak pintu itu dengan kuat. Tak guna!!

"Hoi, buka pintu ni!!! Buka!! Tak guna korang!!!"

Terdengar bunyi orang ketawa di luar.

Ashley cuba membuka pintu itu namun tidak dapat. Ashley mendengar orang di luar bercakap agar mereka meninggalkan saja Ashley di sana.

Ashley panik. Dia tidak mahu ditinggalkan di sana dan dikunci. Tiada orang yang tahu dia dikunci di sana. Macam mana kalau tiada yang jumpa dia di sana??

Tiba-tiba, terdengar bunyi orang berteriak marah di luar.

Yang peliknya, suara itu tersebar seperti suara perempuan.

Tidak lama selepas itu, terdengar bunyi orang bergelut. Selepas bergelut, terdengar pula bunyi benda jatuh, macam bunyi orang jatuh ke lantai.

Ashley menunggu apa yang terjadi selepas itu.

KLIK!!

Pintu dibuka dari luar.

Ashley memandang pintu itu terbuka lalu dengan pantas tangannya menarik pintu itu supaya terbuka luas.

Di depannya, ada dua orang lelaki yang kelihatan tidak terurus kerana berlawan tadi, sedang melutut depan Ashley. Bibir dan mata mereka terlihat merah dan bengkak.

Ashley menoleh ke tepi dan melihat seorang pelajar lelaki sedang bersandar di dinding dengan muka selamba. Dia hanya memakan gula-gula bertangkai dan memandang dua orang pelajar itu.

"Say sorry to her!"

Mata Ashley terbuka luas. Suara... Suara dia macam suara perempuan... Tapi penampilan dia macam lelaki. Tapi kenapa saya dengar suara dia macam familiar?

Dua orang pelajar lelaki yang mengurung Ashley tadi terus meminta maaf. Namun Ashley tidak peduli. Matanya hanya menatap wajah pelajar perempuan dengan penampilan lelaki di dekatnya itu.

"Raquel?" Akhirnya nama itu terkeluar dari mulutnya.

Pelajar perempuan itu menghayunkan tangannya, tanda menyuruh dua orang lelaki itu pergi dari sana. Dengan keadaan lintang-pukang, mereka berlari pergi.

"Raquel... Apa kau buat di sini?" soal Ashley.

"Saya kembali lagi ke sekolah ini. Surprise!" kata Raquel dengan selamba.

Ashley memandang Raquel dari atas ke bawah. Penampilan Raquel jauh berubah dari yang dulu. Rambut Raquel sudah dipotong ala-ala lelaki.

"Kau... Kenapa kau potong rambut kau?"

"Apa? Salah kah? Suka hati sayalah nak buat apa. Rambut saya, kan?" Raquel terus berdiri tegak dari kedudukan bersandar. "Anyway, saya baru saja pindah beberapa hari yang lalu... Dan saya dapat tahu apa yang terjadi."

"Rupanya selama saya tiada ni... Banyak yang berlaku. Saya tak sangka ada orang lain yang berani buat hal dengan kau. Nak buli kau pula tu..."

"Saya tak suka orang lain buli kau... Yang boleh buli kau itu, cuma saya saja. Saya tidak terima orang lain ganti tempat saya untuk buli kau!"

Raquel tidak menunggu lama. Dia terus meletakkan tangan kirinya di sekeliling leher Ashley dan menarik Ashley pergi. Terkial-kial Ashley mahu mengikuti langkah kaki Raquel yang laju itu.

"Mari, saya nak kau buat sesuatu untuk saya. Saya rindulah nak buli kau!!"

"Kejap.. Raquel. Kejap...!!!"

"La~La~La~La.... Mari sajalah ikut saya!"

============================

"ITU yang terjadi?" tanya Raquel. Dia sedang makan sebungkus bun coklat sambil duduk di bangku dengan gaya lelaki.

Sekarang ini, Ashley dan Raquel sedang berada di sebuah pondok gazebo untuk menunggu masa rehat habis.

Raquel mahu Ashley menceritakan kepada dia apa yang terjadi pada Ashley sejak akhir-akhir ini. Walaupun dia sudah dengar dari mulut orang lain, Raquel mahu mendengarnya dari mulut Ashley sendiri.

Ashley hanya mengangguk kecil. Dia memandang Raquel dengan wajah bingung. Dia tidak tahu sama dia perlu bercerita tentang masalah dia kepada Raquel atau tidak. Kerana sebelum ini, mereka boleh dikira musuh.

Raquel tahu kenapa Ashley memandang dia dengan pandangan yang curiga.

"Kau jangan risaulah. Saya tak akan buat apa-apa pada kau. Lagipun, saya sudah tidak mahu ingat masa lalu. Saya sudah berubah. Saya bukan musuh kau lagi."

Ashley menghela nafas perlahan mendengar kata-kata Raquel.

"Seriously, Ashley? Ada orang lain lagi yang suka Kenzie? Maksud saya, saya pun terkejut tahu kau suka Kenzie tapi saya tidak hairan. Tapi, yang saya tak puas hati ini.. Sanggup perempuan tu buat macam ni semata-mata sebab Kenzie," bebel Raquel.

"Kau membebel macam ni, kau pun lebih kurang macam dia dulu."

Raquel tersengih mendengar ayat itu dari Ashley. "Yalah, itu kan dulu. Sekarang sudah lain. Saya sudah tidak suka dengan Kenzie lagi."

Raquel terus menghabiskan bun coklat dia. "Yang saya marah dengan Kenzie ni, saya ingat dia boleh lindungi kau. Macam dia lindungi kau masa saya buli kau dulu. Rupanya, dia pun buat kau begini juga."

"Tak apa, Ashley. Saya akan tolong kau. Kau jangan risau pasal benda ni sangat. Semuanya akan selesai," kata Raquel, menepuk dadanya dengan wajah megah.

"Tak payah lah kau tolong saya. Benda sudah jadi. Tiada apa yang perlu diperbaiki lagi," Ashley menolak pula pertolongan dari Raquel.

"Apa yang tidak perlu diperbaiki lagi? Tak apa, saya akan tolong kau. Serahkan semuanya pada saya dan kau akan baik-baik saja."

Ashley memandang Raquel. Hairan dia kerana Raquel mahu menolong dia, sedangkan dulu Raquel sangat membenci Ashley.

"Kenapa kau nak tolong saya pula?" tanya Ashley.

"Saja... Sebab kau sudah tolong saya dulu. Kenapa saya tidak boleh balas budi kau lagi?" kata Raquel pula. Dia terus duduk kembali ke tempat duduknya.

Ashley merenung wajah Raquel dalam-dalam. Setelah memastikan yang Raquel memang berkata betul, Ashley menoleh ke arah lain.

"Tak sangka bestfriend kau yang selalu lindungi kau tu dulu, akhirnya tikam belakang kau juga. Well, since I hate her, saya rasa saya nak balas dendam pada dia," kata Raquel lagi.

"Tak perlu, Raquel..."

"Saya tidak minta kebenaran dari kau, okey? Saya cuma nak bagi tahu saja. Sudah, jangan kau hirau tentang Mellisa lagi. Biar saya yang urus dia."

Ashley pun terdiam bila mendengar kata-kata Raquel. Dia bukannya tidak mahu menerima pertolongan Raquel tapi dia pun tidak tahu cara apa lagi yang boleh dia gunakan untuk melawan Mellisa.

Jadinya, dia hanya mampu mengeluh saja.

==============================

Meskipun masalah tentang khabar angin itu sudah semakin berkurangan, masih ada lagi pelajar yang masih bercakap tentang itu.

Belum pun sempat khabar angin itu hilang, seluruh sekolah digemparkan dengan berita baru.

Kali ini lebih dahsyat dari yang sebelum ini.

Pada pagi itu, Ashley masuk ke dalam kelasnya. Semua orang sedang memandang ke arah Ashley bila melihat Ashley.

Ashley memandang kawan-kawannya yang sedang berkumpul dalam satu bulatan dan nampaknya mereka sedang membincangkan sesuatu masalah yang berat.

Georgia mendekati Ashley. Wajahnya kelihatan sangat tegang.

Ashley hanya memandang saja Georgia ketika itu. Dia tidak mahu mengatakan apa-apa.

"Berani ya kau, Ashley. Maruah kau lebih murah dari seorang pelacur!" Georgia berkata dengan suara sinis.

Berkerut dahi Ashley mendengar kata-kata Georgia. Dia tidak tahu apa yang dikatakan oleh Georgia.

Belum sempat Ashley membuka mulut untuk bertanya apa yang terjadi, Georgia menunjukkan sekeping kertas di wajah Ashley.

Ashley mengambil kertas itu dari tangan Ashley dan memerhati kertas itu. Matanya terbeliak melihat gambar itu. Dia kenal dengan gambar itu, sangat kenal....

"Ini... Ini..??" Ashley memandang Georgia dengan muka terkejut.

"Sekarang kau puas hati?? Kau yang nak sangat dengan Kenzie kan?? Sampai maruah diri kau pun kau tak kisah?? Perempuan macam kau ni tak layaklah ada di kelas kami. Kau buat kelas kami malu saja!" kata Georgia.

Felicia datang menghampiri Ashley dan dia menolak Ashley sehingga Ashley jatuh ke atas lantai lagi.

Pelajar perempuan yang lain terus membuang apa saja yang mereka pegang ke arah Ashley; buku, pen, kertas yang direnyukkan.

"Sampah!!"

"Buat malu kelas kami saja!!"

"Tak payah kau pergi sekolah lagi!!"

"Dasar perempuan tak sedar diri!!"

Mellisa yang hanya menonton dari jauh, tersenyum sinis melihat keadaan Ashley. Langsung dia tiada niat mahu menolong Ashley.

Ted yang baru saja masuk, melihat Ashley yang dibaling dengan macam-macam benda. Dia terkejut.

Tanpa menunggu lama, Ted terus meluru ke arah Ashley, menggunakan badannya untuk menutup badan Ashley. Dia membiarkan badannya menjadi sasaran balingan rakan sekelasnya.

Semua orang berhenti membaling bila melihat Ted melindungi Ashley.

"Ted, kau apahal?? Kenapa kau masih nak lindungi perempuan ni??"

"Tepi lah, Ted... Kau belum tahu perempuan ni macam mana, kan??"

"Ted, jangan halang kami, boleh kah??"

Ted tidak menunggu lama. Dia terus menarik tangan Ashley keluar dari kelas itu. Setelah mereka tiba di sebuah tempat yang kosong, Ted dan Ashley berhenti.

"Apa yang terjadi?? Kenapa dorang makin agresif hari ini??" tanya Ted.

Ashley tidak menjawab malah dia hanya diam membatu di sana. Badannya bergegar sedikit, mungkin masih terkejut dengan apa yang terjadi.

Ted melihat Ashley hanya menunduk tanpa berkata apa-apa. Wajahnya juga pucat dan berpeluh.

Ted melihat ada sekeping kertas bersaiz A4 di tangan Ashley. Dia segera mengambil kertas itu dari tangan Ashley. Melihat kertas itu, wajah Ted menjadi terkejut dan wajahnya menjadi sedikit tegang.

Kertas di tangannya direnyukkan dengan wajah geram.

"Mellisa!!" Hanya satu perkataan saja yang keluar dari mulut Ted.

Kertas itu menunjukkan gambar di mana Ashley dan Kenzie sedang duduk di bangku, di mana Kenzie sedang bersandar di bahu Ashley. Ashley pula kelihatan sedang menunduk sedikit, menunjukkan yang dia sedang 'mencium' Kenzie.

Ted memandang Ashley yang masih diam. Ashley terlihat dalam keadaan terkejut, masih diam dan tidak bergerak.

"Ash.. Ini... Kenapa gambar ni?? Kau boleh jelaskan pada saya apa yang terjadi?" tanya Ted. Dia menggoncang bahu Ashley untuk menyedarkan Ashley dari lamunannya.

Akhirnya, Ashley pun bergerak. Dia berpaling ke arah Ted.

"Ashley??"

Mata Ashley berair dan air matanya mula jatuh. "Saya... Saya..."

"Hei, jangan menangis. Apa yang terjadi, apa yang terjadi pada korang masa gambar ni??" tanya Ted lagi.

Ashley hanya membuka mulut tapi tiada suara yang keluar. Air matanya terus mengalir dan Ashley terus saja menggeleng.

Ted semakin memegang bahu Ashley untuk menenangkan Ashley. Ashley memandang Ted, dengan wajahnya yang penuh dengan tangisan. Ashley memegang tangan Ted yang memegang bahunya.

"Ted... Saya... Itu...."

"Ashley, tenang dulu. Cuba bertenang dan beritahu saya apa yang terjadi??"

"Ashley!!??" panggil seseorang.

Ted menoleh ke arah suara itu.

Ashley pula tidak menoleh ke arah suara itu kerana dia masih terkejut. Ashley masih belum boleh memproses apa yang baru saja dia nampak.

Eden berlari ke arah Ashley dan Ted bila dia melihat Ashley di sana. Eden terus menunjukkan gambar itu ke arah Ted dan Ashley. "Saya nampak gambar ini, dilekatkan di seluruh kawasan sekolah. Korang sudah nampak?" tanya Eden.

Ted mengangguk lemah. Dia memandang Ashley yang masih diam tapi air matanya semakin mengalir.

"This is not good. Kalau Kenzie dan yang lain nampak, dorang mesti akan marah. Ashley, kau pulang ke rumah dulu. Jangan kau datang ke sekolah hari ini." Eden terus mendekati Ashley dan memegang bahu Ashley.

"Ini mesti kerja Mellisa. Saya tahu Mellisa yang buat semua ni," kata Ted.

Berkerut dahi Eden mendengarnya. "Mellisa??"

"Yo, di sini pula korang." Eden dan Ted menoleh ke arah suara perempuan yang menyapa mereka. Bila mereka menoleh, tercengang-cengang mereka melihat perempuan dengan rambut gaya lelaki sedang mendekati mereka. Di tangannya ada sekeping gambar yang lain pula.

"Hai, Eden. Hai, Ted. Lama tak jumpa." Pelajar perempuan itu hanya menegur mereka dengan selamba.

"Ra-Raquel?" tanya Ted.

"Apa kau buat di sini?" Eden pula menyoal.

Raquel sekadar tersengih. Dia memandang ke arah Ashley yang diam macam patung itu. "Saya sudah nampak gambar itu. Saya sudah cuba tolong dia. Tapi saya tidak boleh halang daripada gambar itu merebak. Gambar itu sudah sampai ke bilik disiplin. Lambat-laun, Ashley akan dipanggil ke bilik disiplin... Dan juga Kenzie."

"Aduh, kalau gambar tu sudah sampai di bilik disiplin, susah kita nak tolong Ashley. Macam mana ni?" kata Ted pula.

"Kenapa kau nak tolong Ashley pula?" tanya Eden kepada Raquel.

"Apa? Tak bolehkah?" tanya Raquel pula.

Eden hanya menggeleng. Dia memandang ke arah Ashley pula. "Kita kena tolong Ashley."

"Ash... Gambar tu.. Betul kah?" tanya Raquel pula.

Ashley menggeleng kecil. "Tidak.. Benda tu tidak pernah jadi. Saya.. Saya tidak pernah buat.."

"Pandai betul orang yang gambar ni, kan? Kalau dari sudut ni, nampak macam Ashley dengan Kenzie ber'kiss' saja. Sudahlah ada kena cetak nama Ashley dan Kenzie lagi. Saya rasa kalau Kenzie nampak ni, dia akan mengamuk nanti," kata Raquel,memerhati gambar di tangannya.

"Kau diamlah. Kalau kau tak nak tolong dia, jangan bising!" kata Eden pula. Dia menjeling Raquel dengan tajam.

Raquel tidak bercakap apa-apa malah hanya menjungkitkan bahunya.

"Tiada cara lain, Ashley kena masuk bilik disiplin," kata Raquel pula.

Eden dan Ted terus menoleh ke arah Raquel dengan wajah terkejut dan marah.

"Kau gila kah?? Begitu kah cara kau nak tolong dia?" marah Eden.

"Kau cakap benda yang logik sikit, okey? Jangan nak merapu!!!" balas Ted.

"Don't worry lah kamu dua ni... Saya ada cara nak tolong Ashley." Raquel menaikkan gambar yang dipegangnya sehingga ke paras kepala. "Gambar ni difotostat di kedai, kan? Selagi kita mampu cari bukti kalau Mellisa lah orang yang sebarkan gambar ni, kita boleh tolong Ashley."

Eden dan Ted saling berpandangan. Mereka memandang ke arah Ashley pula.

Ashley memandang ke arah Raquel pula. Kali ini dia sudah sedar dari rasa terkejut dia tadi dan mampu menangkap apa yang ingin disampaikan oleh Raquel.

"Kau yakin kau boleh cari?"

Raquel mengangguk.

"Jadi, saya akan masuk ke bilik disiplin."


PERTIMBANGAN PENCIPTA
bbeatyybrr bbeatyybrr

Perang sudah mula...

*Sediakan hati*

Load failed, please RETRY

Status Power Mingguan

Rank -- Peringkat Power
Stone -- Power stone

Membuka kunci kumpulan bab

Indeks

Opsi Tampilan

Latar Belakang

Font

Ukuran

Komentar pada bab

Tulis ulasan Status Membaca: C51
Gagal mengirim. Silakan coba lagi
  • Kualitas penulisan
  • Stabilitas Pembaruan
  • Pengembangan Cerita
  • Desain Karakter
  • Latar Belakang Dunia

Skor total 0.0

Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
Pilih Power Stone
Rank NO.-- Peringkat Power
Stone -- Batu Daya
Laporkan konten yang tidak pantas
Tip kesalahan

Laporkan penyalahgunaan

Komentar paragraf

Masuk