Unduh Aplikasi
21.17% Bila Takdir Berkata Lain / Chapter 18: She's Just Natural

Bab 18: She's Just Natural

Mereka pun berjalan kembali ks tempat basikal mereka. Ashley menoleh ke samping, tempat Mellisa meletakkan basikalnya, sudah kosong...

Rupanya, Mellisa sudah lebih dulu pulang..

Tak apalah, lagipun, ada juga yang tolong hantar saya pulang. Takut pula pulang seorang diri ke rumah...

Setelah naik ke basikal masing-masing, mereka pun pergi meninggalkan kawasan sekolah.

Seperti biasa mereka akan singgah di kedai runcit itu lagi. Kali ini Ashley berusaha mengingat nama kedai itu...

Sunflower Supermarket...

Ashley memerhati saja para lelaki itu mengambil minuman dari peti minuman. Kali ini mereka membeli minuman Dutch Lady~Susu berperisa Kopi.

Bryend tidak lupa mengambil satu untuk kotak untuk Ashley dan mereka membayarnya di kaunter. Kali ini Ashley berkeras untuk membayar sendiri kerana dia tidak selesa kalau para lelaki itu yang membayar harga minumannya.

Dia bukannya tiada duit untuk membeli. Ada banyak dalam dompetnya. Semua duit yang bapa dia bagi akan dia simpan dalam tabung kalau tidak habis digunakan.

Hari ini Bryend yang mau membayar minuman itu namun belum sempat Bryend membuka dompetnya, Ashley terus meletakkan duit ke atas kaunter dan membawa plastik berisi minuman itu ke luar.

Bagus lagi dia bertindak daripada main cakap saja. Kalau dia hanya melarang, budak-budak lelaki ni mana mau dengar.. Terpaksa Ashley bertindak membayar sendiri...

Terpinga-pinga semua lelaki itu melihat Ashley membayar sendiri dan keluar dari kedai itu.

Dalam diam, Kenzie tersenyum lagi memandang ke arah Ashley. Namun tidak lama, lalu wajah dingin pun menggantikan lagi senyuman itu lagi.

Semua orang pun keluar dari kedai itu dan mendekati Ashley yang bersedia untuk membahagikan kotak minuman itu.

Ashley memberikan semua kotak minuman kepada semua lelaki itu. Semua lelaki itu mengambilnya.

Seperti biasa, mereka akan berbaris di tepi jalan sambil meminum kotak minuman mereka.

"Oh, ya... Esok ada latihan, kan? Coach suruh saya datang... Tapi saya tidak tahu di mana tempat latihan itu," kata Ashley tiba-tiba. Straw minuman masih ada di mulutnya ketika dia bercakap.

"Coach ada cakap siapa yang ambil kau?" tanya Eden.

Ashley menggeleng. "Tiada pula sebut nama... Tapi dia akan suruh sesiapa dari kalangan pemain untuk jemput saya d rumah," kata Ashley.

"Saya yang akan pergi jemput kau di rumah besok!" teriak Herry tiba-tiba. Dengan wajah gembiranya, dis mengangkat tangan kanannya ke atas dan memandang ke arah Ashley.

Bryend terus menepuk belakang kepala Herry. "Bukan kaulah... Coach pasti akan pilih saya!"

Herry terus memandang ke arah Bryend. "Heh, jangan harap... Saya pasti saya yang akan pergi... Lagipun, kau mana reti buat kerja. Coach tidak pernah percayakan kau buat kerja sebab kadang-kadang kau lalai!"

"Apa!!??? Hei, jangan memandang hanya dari luaran okey! Saya boleh buat kerja nilah!!" balas Bryend.

Yang lain hanya membiarkan saja mereka bergaduh seperti itu. Bukan bergaduh sebenarnya cuma bertekak saja, berebut siapa yang mau jemput Ashley besok...

"Hermm.. Kalau dorang mula bergaduh.. Sampai besok pun takkan siap!" kata Jeremy sambil menghabiskan minumannya.

Ashley memandang Bryend dan Herry dengan perasaan yang sedikit risau. "Tak apa kah kalau kamu kasih biar dorang bergaduh begitu???"

"Ya, tiada apa-apa juga bah tu... Sudah biasa. Dorang selalu bergaduh tu!" kata Jeremy pula.

"Memanglah selalu bergaduh... Tapi takkan kamu tidak mau kasih lerai kah apa?? Takkan mau kasih biar begitu?" tanya Ashley masih risau.

"Dorang bukan bergaduh betul-betul tu... Main-main saja.. Nanti karang, dorang berkawan lagi tu. Bebagus juga tu dorang!" balas Steven.

Ashley hanya memandang ke arah Herry dan Bryend sebelum dia mengeluh kecil. Kalau saya tidak tanya soalan yang tadi tu, mesti ni dua orang tidaklah bergaduh macam ni..

Kenzie yang masih berdiri di sebelah Ashley itu, tersenyum kecil bila dia melihat wajah Ashley yang masih risau itu. Ashley baru dua hari bersama mereka, jadi dia masih belum faham tentang keadaan mereka mungkin...

Tidak lama kemudian, Herry dan Bryend tidak lagi bergaduh macam tadi. Mereka kembali diam dan menghabiskan minuman mereka.

"Kan, dorang tidak bergaduh sudah!" kata Jeremy.

Ashley sekadar tersengih mendengarnya.

Setelah siap minum, semua orang membuang kotak minuman itu ke tong sampah. Mereka naik ke basikal mereka lagi.

Semua lelaki itu pun menghantar Ashley sehinggalah Ashley tiba di rumahnya. Seperti biasa, Ashley akan melambai ke arah mereka sebelum masuk ke dalam rumah.

"Ashley ni comel lah... Korang tak rasa apa yang saya rasa kah?" kata Bryend pula. Semua kawan Bryend memandangnya.

"Iya, memang comel... Tapi itu mungkin hanya muka dia.. Bukan perangai dia... Mana tau perangai dia bukan yang macam kita pikir," balas Eden pula.

"Korang tau tak, saya rasa kan.. Ashley ni lain dari semua perempuan yang selalu mendekati kita... Dia tidak nampak gedik, or terhegeh-hegeh... Atau pun, saja nak ambil perhatian... She's just natural.... She have a good personality," kata Bryend pula.

"Kita baru saja kenal dengan dia... Belum sampai 1 minggu... Tengoklah nanti, lepas seminggu dia akan berubah tu nanti!" kata Jeremy pula.

"Eh, Jeremy.. Bukan selama ni kau nampak macam suka dengan Ashley kah? Kenapa kau cakap begitu?" tanya Herry.

"Yeah, I do behave like I like her... But that's all just an acting... Saya cuma buat begitu sebab mau tau kalau dia tu syok sebab kita layan dia atau tidak," kata Jeremy pula.

"Oh, pula.... Eee, jahat betul kau ni kan Jeremy.. Bagi fake hope sama Ashley...." kaya Jared. Dia pura-pura membuat muka geli dia.

"Jadi, kau Jared macam mana?? Takkan kau tidak 1 otak macam Jeremy?" tanya Steven.

Kenzie pula masih sama, jadi CCTV saja.

"Saya tidak kisah Ashley tu macam mana. Lagipun, lambat laun dia akan diusir juga dari kumpulan kita macam perempuan lain yang selalu datang menggedik dengan kita tu... Saya cuma layan dia sebab saya masih hormat seorang perempuan," kata Jared pula.

"Eleee, yalah tu... Jangan-jangan kau yang jatuh hati dengan Ashley!" kata Charles pula.

"Eh, bukan sayalah... Itu Bryend lah.. Bryend kan suka dengan Ashley!" kata Jared pula.

"Kalau Ashley tu tiba-tiba jadi girlfriend kau?" tanya Herry pula.

"Mau buat apa lagi?? Bersyukur lah!" kata Jared pun.

Terus saja semua kawan Jared membuat bunyi 'boo' pada Jared.

Kenzie hanya tersenyum saja melihat telatah kawan-kawannya.

"Sudahlah, mari kita pulang.. Nanti kita pula yang kena cari..."

▪️💍▪️💍▪️💍▪️💍▪️💍▪️💍▪️💍▪️

Keesokan harinya, Ashley bangun awal untuk bersiap sedia. Dia sudah memberitahu bapa dia yang dia akan pergi ke latihan bola keranjang hari ini.

Setelah bersiap sedia, Ashley pun keluar dari rumah dan mendekati basikalnya. Ashley juga tidak lupa membawa kameranya hari ini. Dia mau mengambil gambar Kenzie sebanyak-banyaknya hari ini.

Inilah peluang keemasan untuk Ashley, bukan selalu dia dapat kesempatan ini. Inilah pakaian yang dia pakai:

Di luar pagar, kelihatan Steven sudah pun menunggu.

"Hai, Steven. Selamat pagi!!" teriak Ashley sambil dia me lambaikan tangannya kepada Steven.

Steven hanya tersenyum sambil membalas lambaian tangan Ashley.

Ashley segera naik ke atas basikalnya dan bersama dengan Steven, mereka berlalu.

Ashley sebenarnya sedikit kecewa sebab  bukan Kenzie yang datang mengambil dia di rumah pada pagi itu.

Semalam siap berdoa lagi dia supaya Kenzie yang datang untuk menjemputnya tapi ini tidak. Bukan Kenzie tapi kawan baik dia pula yang datang.

Tak mengapalah, nanti di tempat latihan, saya akan jumpa dia juga!

Setelah 10 minit mengayuh basikal ke tempat latihan akhirnya mereka tiba di sana.

Semua orang menyapa Ashley bila Ashley sampai.

"Lambatnya korang sampai! Korang buat apa di tengah jalan tadi? Dating, ya??" usik Randy, salah seorang pemain bola keranjang juga.

Steven terus menolak kepala Randy. "Dating kepala otak kau... Jarak dari sini ke rumah dia ambil masa 10 minit okay!"

Kawan-kawan mereka yang lain ketawa melihat kepala Randy ditolak.

"Mana Coach Dhin?" tanya Ashley sambil memandang sekeliling.

"Dia ada urusan tadi.. Dia akan balik lagi sekejap," balas Ken.

Ashley mengangguk tanda faham.

"Jadi, kalau macam tu.. Sementara tunggu Coach datang, marilah kita pemanasan dulu!" kata Kenzie. Dia berdiri dan mula membuat pemanasan diri.

Yang lain mengikuti arahan Kenzie. Biasalah Captain kan.. Memang lah arahan dia kena ikut...

Ashley tersenyum saja melihat mereka kembali latihan. Dia menenung Kenzie.

Waah, hari ni pun Senior nampak hensem... Dia pakai baju sukan lagi, tambah hensem... Bertuahnya saya dapat jadi assistant di sini...

Setidaknya, saya masih ada alasan kenapa saya dilahirkan di dunia ini...

Kenzie segera mengeluarkan kameranya dan curi-curi mengambil gambar Kenzie. Untuk mengurangkan rasa curiga ahli lain, Ashley mengambil gambar ahli-ahli lain atau dia akan mengambil gambar landskap...


Load failed, please RETRY

Status Power Mingguan

Rank -- Peringkat Power
Stone -- Power stone

Membuka kunci kumpulan bab

Indeks

Opsi Tampilan

Latar Belakang

Font

Ukuran

Komentar pada bab

Tulis ulasan Status Membaca: C18
Gagal mengirim. Silakan coba lagi
  • Kualitas penulisan
  • Stabilitas Pembaruan
  • Pengembangan Cerita
  • Desain Karakter
  • Latar Belakang Dunia

Skor total 0.0

Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
Pilih Power Stone
Rank NO.-- Peringkat Power
Stone -- Batu Daya
Laporkan konten yang tidak pantas
Tip kesalahan

Laporkan penyalahgunaan

Komentar paragraf

Masuk