Unduh Aplikasi
7.05% Bila Takdir Berkata Lain / Chapter 6: Diari Ashley

Bab 6: Diari Ashley

Ketika Ashley sampai di rumah, Mamy sudah menunggunya di rumah tamu sambil menyapu lantai.

Sebaik saja melihat Ashley, terus Mamy berkata, "Aih, pikir sudah lupa nak pulang rumah."

Ashley tersengih. Dia menjawab, "Sorry, Mamy. Saya leka tengok budak-budak main tadi..."

Yalah, budak-budak lah sangat.. Padahal tengok crush....

Ashley naik ke tingkat atas untuk bersiap-siap.

Lepas mandi, dia memakai bathrobe kesayangan dia yang berwarna biru lembut. Ashley memakai tuala berwarna putih untuk mengeringkan rambutnya.

Ashley keluar dari bilik mandi dan mendekati meja solek dia. Ashley duduk dan mula memandang ke arah bayangnya dia cermin itu.

Dia memerhati matanya bersinar dengan anak matanya berwarna hitam namun tetap menawan, bulu matanya yang melentik panjang, hidungnya yang cukup mancung dan bibirnya yang merah bak delima itu. Lama dia berfikir.

Hidung dan mata saya cuma ikut bapa saya... Mulut dan yang lain semuanya ikut mama.. Herm, rindulah dengan mama...

Ashley diam sekejap sambil memikirkan mamanya kalau dia masih hidup lagi. Perlahan-lahan, matanya mula berair.

Jangan menangis, Ash... Mama sudah bahagia di atas sana... Kau perlu lanjutkan hidup kau.. Itu yang mama mau tengok...

Ashley kembali tersenyum lalu dia terus mengelap rambutnya. Tiba-tiba, di fikirannya muncul satu bayangkan wajah yang paling dia suka.

Kenzie....

Ashley semakin tersengih lebar bila memikirkan tentang Kenzie. Kenapalah dia terlalu hensem... Kenapa saya harus jatuh hati sama dia...

"Aarghhh!!" teriak Ashley dengan suara perlahan sambil dia menggoncangkan kakinya laju. Dia memang akan menjadi excited setiap kali dia memikirkan lelaki itu.

Memanglah, sudah namanya angau...

"Elley, dah siap mandi kah? Mari turun makan... Mamy sudah siap masak ni!!" teriak Mak Enon dari bawah.

"Okey, Mamy!!!"

Ashley segera bersiap lalu dia turun ke bawah untuk makan malam bersama dengan Mak Enon. Nampaknya malam ini, hanya tinggal dia dan Mak Enon saja yang makan malam bersama memandangkan bapanya masih belum pulang lagi.

===============================

Ashley kembali ke biliknya untuk mengulang kaji. Mak Enon yang faham dengan status Ashley sebagai pelajar itu menyuruh Ashley untuk belajar dan biarkan semua kerja dapur diserahkan kepada Mak Enon.

"Pergilah belajar dulu, Elley.. Nanti Mamy hantar snack untuk Elley nanti."

"Okey, Mamy,... Terima kasih!"

Ashley menutup pintu dan dia terus menuju ke meja belajarnya. Ashley mula membuka laci yang paling terakhir sekali dan mengeluarkan sebuah buku sebesar kertas A4.

Ashley membuka satu persatu buku itu dan ternyata semua isi dalam buku itu adalah berkaitan dengan Kenzie.

Ashley mula meminati Kenzie sejak tahun lalu dan ketika itu Kenzie berumur 15 tahun. Sekarang, Kenzie sudah berumur 16 tahun dan Ashley masih lagi minat dengan lelaki itu.

Ashley membelek diari itu sambil tersenyum-senyum.

Di dalam diari itu...

Ada gambar Kenzie ketika dia menunggang basikal...

Ketika dia ada di taman...sedang makan aiskrim...

Ketika Kenzie sedang menolong seorang nenek melintas jalan..

Ketika Kenzie sedang berdiri sambil bermain telefon...

Ashley tersenyum lagi bila dia terus melihat gambar lain. Semua gambar itu dia yang rakam sendiri dan ada juga dia minta dari kawan lain dan ada juga yang dia sendiri cari dari sumber lain.

Ashley tiba-tiba teringat akan game tadi petang. Dia terus menepuk dahinya dan mula merungut kesal.

"Aduhhh, saya lupa bawa kamera... Saya tidak dapat tangkap gambar dia masa dia main begitu hensem... Aduh, melepas!!"

"Tapi tak apalah.. Lain kali pun boleh. Lagipun sudah banyak saya simpan gambar dia main basketball.."

Ashley menutup buku itu setelah siap melihat semua gambar itu. Dia menyimpannya kembali ke dalam laci mejanya.

Tunggu dulu, okey senior? Saya nak belajar dulu lepas tu kita sambung lagi tengok gambar...

Ashley mula mengambil buku teks Sains dan dia mula belajar. Tahun ini dia ada peperiksaan penting jadi dia kena belajar dengan rajin.

Tidak lama kemudian, terdengar bunyi ketukan di pintu.

"Masuk!"

Mak Enon masuk ke dalam bilik Ashley dengan sebuah dulang di tangannya. Di atas dulang itu ada seteko teh panas, cawan dan dua piring berisi cookie dan buah-buahan untuk Ashley.

Mak Enon meletakkan dulang itu di meja lain di sebelah Ashley agar tidak mengganggu Ashley. Ashley memandang ke arah Mak Enon. "Terima kasih, Mamy!"

Mak Enon hanya tersenyum manis. "Sudah tugas Mamy. Belajar rajin-rajin tau."

"Mestilah Mamy!"

Mak Enon ketawa lega mendengar kata-kata Ashley. Dia mengusap penuh keibuan kepala Ashley lalu dia keluar dari bilik itu.

Ashley menuangkan teh itu ke dalam cawan dan mula menikmati snek malamnya.

Setelah itu dia kembali mengulang kaji. Setelah siap mengulang kaji mata pelajaran Sains, dia membuka pula buku teks Matematik.

Diantara semua mata pelajaran, Ashley lebih suka kepada Matematik dan Sains. Namun dia tidak mengabaikan mata pelajaran lain dan mengulang kaji itu juga.

Ketika jarum jam menunjukkan jam 10.00 malam, Ashley berhenti belajar dan dia ke bilik mandi, menggosok gigi dan mencuci mukanya.

Setelah itu, dia naik ke atas katil bersama dengan sebuah laptop kesayangannya.

Dia mula masuk ke laman sosial Instagram. Ashley terus masuk ke laman sosial Kenzie dan merenung semua gambar itu. Bila melihat ada gambar baru, dia terus melonjak teruja. Ashley pun menyimpannya di dalam fail laptopnya.

Sedang dia merenung gambar Kenzie, dia teringat akan perbualan Kenzie dengan Raquel masa di sekolah tadi.

"Harap-haraplah senior tidak setuju untuk tinggal masa makan malam..."

"Raquel... Hermm... Dia ada acc di Ig ke?" Dengan penuh pertanyaan, Ashley mula mencari nama Raquel.

Setelah lama mencari akhirnya dia sudah pun menjumpai laman sosial Raquel. Bila melihat semua gambar Raquel, Ashley ternganga.

Hampir terjegil matanya mahu melihat gambar itu.

Ada gambar dia sedang berpelukan dengan seorang lelaki... Pipi mereka melekat dan bibir mereka saling bertaut.

Ashley melihat lagi gambar lain.

Ini lagi buat dia ternganga. Mungkin kali ini, mata dia akan tercabut dari soketnya sendiri.

Ada gambar Raquel yang memakai bikini di sana. Latar belakangnya memanglah ada di kolam renang... Tapi bolehkah dia post gambar begini di sini..

Hantamlah, orang Barat selalu buat pun..

"Patutlah, dia gatal betul nak pegang senior tadi.. Rupanya dia orang yang macam ni.."

Selain itu, ada banyak lagi gambar Raquel bersama lelaki lain.. Bukan sepuluh atau dua belas... Tapi lebih dua puluh.. Wah, gila....

Inikah perempuan yang confess pada senior Kenzie...? Ohmygod, no way!! Saya tidak suka senior bergaul dengan playgirl macam ni...

Tak boleh jadi ni... Saya kena buat sesuatu untuk tolong senior... Saya takkan benarkan perempuan murahan macam ni dekat-dekat dengan senior....

I won't let her get Senior Kenzie that easily!!!!


Load failed, please RETRY

Status Power Mingguan

Rank -- Peringkat Power
Stone -- Power stone

Membuka kunci kumpulan bab

Indeks

Opsi Tampilan

Latar Belakang

Font

Ukuran

Komentar pada bab

Tulis ulasan Status Membaca: C6
Gagal mengirim. Silakan coba lagi
  • Kualitas penulisan
  • Stabilitas Pembaruan
  • Pengembangan Cerita
  • Desain Karakter
  • Latar Belakang Dunia

Skor total 0.0

Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
Pilih Power Stone
Rank NO.-- Peringkat Power
Stone -- Batu Daya
Laporkan konten yang tidak pantas
Tip kesalahan

Laporkan penyalahgunaan

Komentar paragraf

Masuk