Unduh Aplikasi
3.52% Bila Takdir Berkata Lain / Chapter 3: Raquel?

Bab 3: Raquel?

Setelah bunyi loceng berbunyi, Ashley yang sudah sedia mengemas barang-barangnya itu terus berlari keluar.

"Bye, Mel!!! Saya jumpa kau nanti!!" teriak Ashley yang sudah ada di pintu.

Mellisa hanya menggeleng lagi melihat Ashley. Dia nak kejar buah hati dialah tu..

Ashley tidak terburu-buru ke tempat di mana dia meletakkan basikalnya malah dia hanya menunggu di bahagian tangga di mana selalu Kenzie akan lalu.

Di tangannya sudah ada sebuah buku, dia hanya mahu gunakan buku itu sebagai alat samaran kalau Kenzie limpas dia nanti.

Beberapa minit kemudian, dengan tiba-tiba dadanya bergetar hebat dan perasaan itu selalunya berbeza dari yang pernah dia rasa.

Petanda ini... Okey, senior sudah datang!

Tidak lama kemudian, Kenzie pun muncul di bahagian teratas tangga seperti yang telah dijangka oleh Ashley. Di tangannya yang sasa itu ada banyak buku.

Ashley melonjak kecil apabila dia melihat kelibat Kenzie. Aura yang dikeluarkan oleh Kenzie sangat kuat bagaikan seorang raja, sukar untuk diabaikan dan semua orang pasti akan menoleh ke arah dia juga.

Baju seragam yang dipakai oleh Kenzie nampak biasa-biasa saja macam yang pelajar lain pakai juga tapi itu semua berlainan kalau Kenzie yang memakainya. Baju itu terlihat seperti suite yang selalu dipakai kalau ada majlis. Bergaya dan elegan!

Melihat Kenzie sudah hampir dengannya, Ashley terus berpusing ke belakang dan pura-pura membaca buku yang memang sudah disediakannya.

Kenzie tidak memandang ke arah Ashley. Dia terus melintasi Ashley dan berjalan ke arah bilik guru.

Setelah Kenzie jauh sikit dari dia, barulah kali itu Ashley mengangkat kepalanya memandang ke arah Kenzie. Hanya belakang lelaki itu yang dilihatnya.

Ashley tersenyum kecil lalu dia mengejar Kenzie. Dia tidak terlalu rapat berjalan di belakang dia, jarak mereka hanyalah 10 langkah jauhnya. Cukup untuk tidak membuatkan Ashley terlihat macam stalker.

Kenzie masuk ke dalam bilik guru. Dia mahu menghantar buku latihan yang dibawanya itu ke bilik guru dan menyerahkan buku-buku itu kepada Miss Shinta, guru Kimia mereka.

Ashley tidak mengikuti Kenzie masuk tetapi dia hanya menunggu di luar.

Sementara menunggu, Ashley duduk di bangku yang tersedia di tepi taman.

Setelah lama menunggu, akhirnya Kenzie keluar juga. Ashley pura-pura membaca bukunya semula sambil mencuri-curi lihat Kenzie.

Namun, hatinya terasa sedikit terkilan kerana dia melihat ada seorang pelajar perempuan yang agak kecil dari Ashley sedang mengikuti Kenzie dari belakang.

Siapa perempuan tu? Kenapa dia ikut-ikut senior?

Tiba-tiba, Ashley teringat tentang gosip yang dia dengar dari kelas. Mungkin itu Raquel yang dorang cakap-cakap tu.. Bagus saya ikut dorang lah, cari tau siapa ni perempuan...

Nah kau.. Jadi sudah stalker ni anak...

Sedang Kenzie dan pelajar itu bercakap, Ashley memasang telinga lintahnya.

"Senior, malam ni senior mesti stay di rumah tau. Kemarin senior terus pulang..."

Semalam?? Semalam yang hangat... Cewahh! Senior Kenzie ke rumah perempuan ni semalam? Biar betul, kenapa??

"Saya tengok dululah macam mana... Lagipun saya juga mau belajar malam ni. Tak lama lagi kan peperiksaan..."

Waa, senior Kenzie memang rajin...

Tiba-tiba, pelajar perempuan itu terus memeluk tangan Kenzie. Ketara betul yang dadanya sudah melekat di tangan Kenzie.

Mencerlung mata Ashley melihat itu. What the fish punya perempuan gedik, berani kau sentuh senior saya!

Masa itu mau saja Ashley berlari ke arah mereka, menggunakan bukunya sebagai senjata dan memukul kepala perempuan itu sekuat hati... Kasih rasa oren dulu ni perempuan satu kali!

Tapi Ashley tidak sanggup berbuat begitu. Dia takut kalau Kenzie akan membencinya selepas itu.

Jadi dia hanya memandang dengan perasaan marah dan sedih bila tangan Kenzie dipeluk begitu.

Kenzie tidak selesa apabila dia dipeluk oleh perempuan itu begitu. Apalagi bila buah dada dia yang agak besar itu begitu terasa di lengannya yang berotot.

"Raquel, saya sudah cakap jangan buat begini. Saya tidak selesa. Malam ini saya tidak tau kalau saya sibuk atau tidak..."

Hah, padan muka kau! Apa kau rasa, oren?? Lain kali sentuh lagi anak orang sembarangan!!

Ashley tertawa puas hati dalam hati bila dia melihat Kenzie melepaskan tangan pelajar perempuan itu dengan cepat. Dia juga menjarakkan dirinya dari dia.

Apa, senior cakap nama dia Raquel?? Ooh, jadi dialah perempuan tidak tahu malu yang confess dengan senior saya? Akhirnya, saya jumpa juga dia... Ceh, ingatkan dia cantik sangat, bocah betullah!

Raquel memiliki bentuk badan yang menarik dan langsing. Rambutnya berwarna hitam itu disanggul tinggi dan ketika Ashley melihat Raquel dari bahagian sisi, Ashley dapat melihat yang Raquel menggunakan make up.

Wah, dia berani guna make up ke sekolah? Mesti dia ni anak orang kaya...

(Ashley cakap Raquel tak sedar diri sebab Raquel peluk tangan Kenzie, tapi dia sendiri tidak sedar diri yang dia jadi stalker Kenzie😑😆)

"Alaa... Sekali ni jer dinner dengan family I.... Selama ni senior tidak pernah pun dinner dengan kami, paling last tu masa senior pertama kali jadi tutor I... Please, please, please...." rayu Raquel dengan suara yang manja dan menggoda itu.

Kenzie masih tidak mau menjawab malah dia terus berjalan.

Melihat reaksi Kenzie, Raquel terus berhenti di depan Kenzie dan menunjukkan tangannya yang digenggam erat bersama dan diletakkan di atas dadanya. Matanya yang bulat dan terlihat bersinar itu memandang dengan penuh kasihan kepada Kenzie.

Ashley yang melihat itu terus memalingkan wajah ke tepi lalu dia mengeluarkan lidahnya kerana meluat. Mau juga bah saya cucuk mata dia. Mata dia cantik betul macam tu barbie, kalau saya cucuk, tinggal pakai mata Barbie jah bah tu...

Tengok lagi senior saya begitu, saya ikat kau di pokok~~

Kenzie melihat Raquel berusaha merayu agar Kenzie setuju untuk tinggal lebih lama di rumahnya malam ini untuk makan malam. Dia memandang ke arah lain lalu dia mengeluh. Kenzie betul-betul mau menolak tapi Raquel terus mendesak dia.

"Raquel, I can't~~"

"Please, pleaseeeeeee!!" 🙏😣

Kenzie tidak tahu lagi hendak berkata apa.

Ashley mula mengutuk Raquel dalam hati. He eleh, kau ingat kau boleh pujuk Senior begitu? He is the King of Evil, you know? Dia terkenal dengan sifat dingin dan kejam dia... Manalah dia mau ikut cakap kau.

"Raquel, if you force me again, I will cancel the contract to be your tutor!" kata Kenzie dengan suara dingin.

Kali ini wajah Raquel menjadi mendung saja. Dia kecewa kerana Kenzie menolak tawarannya. Susah betul nak pikat lelaki berwajah dingin ni..

Tiba-tiba mata Raquel tertancap ke arah Ashley. Oleh kerana Raquel hanya berdepan dengan Kenzie dan Ashley hanya ada di belakang Kenzie, Raquel boleh melihat yang Ashley sedang memerhati mereka. Tiba-tiba, amarahnya datang.

Raquel terus bergerak mendekati Ashley dan dia bersedia untuk menyerang Ashley. Dia terus menyambar rambut Ashley dan menariknya sekuat hati. Rasa kecewa yang dirasanya tadi itu terus dilampiaskan ke arah Ashley.

"Aargghh!!" teriak Ashley.

Kenzie yang tadinya hanya memandang ke mana arah Raquel pergi terkejut apabila dia melihat Raquel sudah menarik rambut seorang pelajar perempuan yang tiba-tiba ada di belakangnya.

Oleh kerana badan Raquel lebih rendah dari Ashley, bila rambut Ashley ditarik, badannya terus tertunduk kepada 90°. Buku yang dipegangnya juga terjatuh ke atas jalan.

"Apa yang kau tengok-tengok, hah?? Kau suka Senior Kenzie keh?? Kenapa kau ikut dia dari belakang!! Jangan harap kau boleh rebut dia dari saya!" teriak Raquel sambil terus menarik rambut Ashley.

Ashley berteriak kesakitan dan pada masa yang sama, dia cuba untuk meleraikan tangan Raquel dari rambutnya.

"Raquel, let her go!! Raquel!!"

Raquel menoleh ke arah Kenzie buat seketika.

Melihat fokus Raquel terganggu, Ashley mengambil kesempatan itu untuk melepaskan tangan Raquel dan setelah rambutnya terlepas, Ashley dengan sekuat hati memusingkan tangan Raquel ke belakangnya sendiri.

"ARGHHH!" Giliran Raquel untuk berteriak.

Kenzie terkejut melihat Ashley memulas tangan Raquel ke belakang.

"Hei, lepaskan dia!" kata Kenzie.

Ashley yang tadinya marah kerana Raquel menyerangnya, menoleh ke arah Kenzie. Terus saja pandangnya menjadi lembut sedikit.

Kalau bukan sebab Kenzie, Ashley tidak akan mau melepaskan Raquel. Namun melihat Kenzie sedang melihatnya, Ashley terpaksa melepaskan Kenzie.

Raquel terus menangis macam bayi dan memegang tangannya yang dipulas oleh Ashley tadi.

"Senior, tangan I sakit ni... Dia--dia.. Perempuan ni yang buat!! Senior nampak kan tadi?" rengek Raquel.

Kenzie hanya memandang sekilas tangan Raquel yang ditunjuk tetapi dia tidak bergerak untuk memegang Raquel atau memeriksanya. Dia tiada keinginan pun mau sentuh Raquel.

Raquel cuba mendekatkan tangan di badan Kenzie namun Kenzie menolak perlahan tangan Raquel. "Raquel, saya rasa kau pun salah dalam hal ni. Kau tidak sepatutnya buat dia begitu. Macam mana kalau dia cuma lalu sini, kenapa kau mau serang dia juga?" kata Kenzie pula. Matanya yang cantik dan berwarna coklat cair itu hanya memandang Raquel dengan pandangan dingin.

Ternganga Raquel mendengar kata-kata Kenzie. Saya, saya yang salah?


Load failed, please RETRY

Status Power Mingguan

Rank -- Peringkat Power
Stone -- Power stone

Membuka kunci kumpulan bab

Indeks

Opsi Tampilan

Latar Belakang

Font

Ukuran

Komentar pada bab

Tulis ulasan Status Membaca: C3
Gagal mengirim. Silakan coba lagi
  • Kualitas penulisan
  • Stabilitas Pembaruan
  • Pengembangan Cerita
  • Desain Karakter
  • Latar Belakang Dunia

Skor total 0.0

Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
Pilih Power Stone
Rank NO.-- Peringkat Power
Stone -- Batu Daya
Laporkan konten yang tidak pantas
Tip kesalahan

Laporkan penyalahgunaan

Komentar paragraf

Masuk