Unduh Aplikasi
90.9% Cinderella seorang Putera / Chapter 30: Bab 30 : ...

Bab 30: Bab 30 : ...

Noah memarkirkan keretanya di luar balai polis, Pn.Amily dan Pn.Thalia bergegas keluar terlebih dahulu masuk ke dalam bangunan balai polis. Orange pula masih termangu di tempatnya, dia ragu-ragu untuk mahu keluar. Bagaimana kalau berita yang mahu disampaikan oleh Sarjan Edward nanti merobek jiwanya? Bagaimana kalau sesuatu yang buruk terjadi kepada Selina? Apa yang perlu dia lakukan? Peluh sejuk mulai membasahi telapak tangannya, dia seakan tidak mahu keluar dari dalam kereta. Semoga dengan kekal di dalam kereta semuanya akan baik-baik sahaja.

"Orange, are you okay?"

Noah bertanya apabila melihat Orange tidak bergerak dari duduknya. Orange masih diam membatu.

"Orange..."

Dia memegang tangan gadis tersebut. Sejuk.

"What should i do, Noah? Kalau ada apa-apa yang berlaku kepada Selina, apa yang perlu saya lakukan?" Suara Orange bergetar menahan tangis.

Noah merenungnya seketika. Fikirannya juga buntu saat itu, dia tidak tahu apa yang perlu dia katakan untuk menghibur gadis tersebut

"Jom, kita keluar dan masuk ke dalam. Saya yakin apa yang Sarjan Edward mahu sampaikan adalah berita baik. Be positive."

Orange mendiamkan dirinya, kurang yakin dengan kata-kata Noah. What if...dia menarik nafas dalam-dalam. Berhenti berfikir tentang benda-benda yang tidak baik Orange, dia memarahi dirinya sendiri. Dia perlu berfikiran positif dan tidak membiarkan aura negatif menyelebungi dirinya.

Noah dan Orange kemudiannya beriringan masuk ke dalam balai polis, Noah memeluk bahu gadis tersebut kerana takut Orange akan rebah bila-bila masa. Dengan keadaannya yang lemah dan dia juga tidak mahu mengambil risiko jika tiba-tiba berita yang mahu disampaikan oleh Sarjan Edward adalah berita buruk.

Sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke dalam balai polis, Pn.Amily menerpa kearah Orange dan memeluknya erat. Orange kaku seketika, what happen?

Pn.Amily menangis teresak-esak tidak mampu untuk berkata apa-apa. Debaran jantung Orange semakin kencang, apa yang telah terjadi? Kenapa mamanya menangis sedemikian rupa?

"Ma...what happen?"

Orange bertanya sambil meleraikan pelukan mamanya itu, tetapi Pn.Amily masih lagi dengan tangisannya. Dia cuba untuk mengatakan sesuatu tetapi tidak mampu mengatakannya.

"Mama, what happen?" Kali ini giliran Noah pula bertanya soalan yang sama kepada Pn.Thalia. Dia juga penasaran mahu tahu apa yang telah terjadi. Adakah pihak polis mendapat petunjuk tentang keberadaan Selina atau adakah mereka menjumpainya di mana-mana. Matanya melilau memandang sekeliling, tidak ada bayang-bayang Selina kelihatan. Jadi kenapa Pn.Amily kelihatan begitu sedih? Dia mengalihkan pandangannya kepada Sarjan Edward yang berdiri di tepi mejanya, Noah cuba untuk mentafsirkan raut wajahnya tapi gagal. Dia kelihatan tenang dan bersahaja, mungkin kerana dia sudah biasa menghadapi keadaan seperti ini. Noah bermonolog di dalam hati.

Pn.Thalia yang tadinya hanya memerhatikan gelagat Pn.Amily turut memeluk wanita itu dan air matanya jatuh.

Damn. What happen? Selina membentak di dalam hati tetapi suaranya tidak mahu keluar dari kerongkongnya.

"They found her, Orange. They found her...lifeless." Perlahan suara mamanya separuh berbisik. Mungkin juga tidak sanggup untuk mengungkapkan kata-kata tersebut kerana terlalu pahit untuk ditelan dan diluahkan.

Tubuh Orange terasa longlai, tanpa di sedari dia hampir jatuh terjelopok tapi sempat ditahan oleh Noah. Keadaan sekelilingnya seakan berputar dan seakan membisu tanpa sebarang bunyi. Hatinya kosong. Kemudian semuanya gelap.

********

Suasana di taman permainan petang itu agak sibuk dengan bilangan pengunjung yang ramai. Mungkin kerana sekarang adalah musim cuti sekolah. Tidak ada buaian yang kosong, semuanya mempunyai pelanggan masing-masing. Begitu juga dengan gelongsor, tidak ada ruang untuk menyisip untuk bermain bersama.

Mata Orange tajam memerhati sekelilingnya penuh dengan wajah yang tidak pernah dia lihat sebelum ini. Kini, dia kesal kerana bersetuju dengan mamanya untuk membawa Selina ke Taman Permainan petang itu. Apa yang boleh dia lakukan? Selina sudah meninggalkannya seorang diri, terkebil-kebil tanpa arah tujuan. Dia tidak mempunyai sesiapa untuk bermain atau berbual. Walaupun dia sudah berusia 11 tahun tetapi dia hanya ada dua orang  sahabat sahaja iaitu Corina yang sebaya dengan dirinya a.k.a sepupunya yang paling rapat dan Selina adik kesayangannya yang baru berusia 6 tahun.

Orange menunduk memandang hujung kasutnya, dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan. Dia menguis-nguis tanah menggunakan kakinya cuba untuk mencari ketenangan.

"Orange...kenapa diam? Jomlah, main dengan Selina."

Selina yang tadinya sudah hilang dari pandangan Orange datang kembali kepadanya. Orange menggeleng, dia tidak sukakan keadaan ini. Dia mahukan tempat yang tidak sibuk dan tidak dipenuhi oleh orang ramai. Kalau boleh, dia mahu balik ke rumah, lebih selesa.

"Jomlah...main dengan Selina." Selina merengek meminta kasihan. Orange menggeleng lagi. Dia bukan tidak mahu tapi dia memang tidak boleh melakukannya.

"Kita balik, jom..."

Orange mencapai tangan adiknya itu dengan harapan Selina akan menurut kata-katanya. Lebih baik mereka bermain kejar-kejar di halaman rumah mereka sahaja, selesa dan selamat.

"Mama kata kita boleh bermain di sini sehingga jam5.00petang. Kenapa sekarang dah nak balik? Kita baru sampai!" Selina membentak sambil menarik tangannya kasar.

Dia kelihatan sungguh tidak berpuas hati, dia mahu bermain dengan kawan-kawannya sehingga puas sebab itulah dia mahu ke taman setiap petang. Dia bosan berada di rumah sepanjang hari.

"No. We need to go home."

Orange pula mempertahankan keinginannya untuk balik. Dadanya terasa sesak, sukar untuk mahu bernafas kerana panik dengan keadaan sekeliling. Matanya melilau memandang sekeliling, terasa seperti semua orang sedang memerhatikannya, sedang mengata tentang dirinya.

"No, no, no!"

Selina mulai meragam, dia menghentak-hentakkan kakinya tanda tidak berpuas hati.

Orange memegang dadanya yang terasa semakin ketat. Dia batuk beberapa kali, dengan harapan sesak nafasnya itu akan hilang. Namun, sia-sia. Dia memandang adiknya itu, berharap yang dia akan memahami situasinya.

"Selina...we need...to go home..."

Orange berusaha untuk tidak mahu menangis kerana dia tahu, bila dia menangis nafasnya semakin sesak. Kali ini Selina memandang wajahnya dengan serius. Hairan melihat wajah kakaknya itu yang semakin pucat. Walaupun dia masih kecil tapi dia tahu Orange dalam keadaan yang tidak baik. Dia menoleh memandang kawan-kawannya yang sedang sibuk bermain kemudian memandang kakaknya.

"Lets go home..."

Dia akhirnya menarik tangan Orange dan mereka beriringan balik ke rumah. Dia memilih Orange daripada kawan-kawannya yang lain. Sejak dari hari itu, Selina tidak pernah lagi ke taman bersama Orange. Dia hanya akan ke taman apabila mama atau papanya akan temankan. Hari-hari yang lain, dia akan bermain dengan kakaknya di halaman rumah sahaja kerana dia tahu Orange tidak suka berada di tengah-tengah orang yang ramai. Dia mahu kakaknya itu berasa selesa dan tidak lagi mengalami perkara yang sama seperti di taman tempoh hari.

"Awak tak bosan ke setiap masa bermain dengan saya sahaja?"

Selina yang sibuk bermain dengan anak patungnya tidak mempedulikan soalan Orange.

"Kalau awak nak, awak boleh sahaja ajak mama ke taman. Hari ini dia tidak sibuk. Kawan-kawan awak mesti tengah tunggu."

Selina mengangkat kepalanya memandang Orange.

"Kalau saya pergi ke taman, siapa pula teman Orange bermain nanti? You got no friend. Kami boleh sahaja bermain di sekolah esok." Orange terdiam. Tidak menyangka yang Selina mengambil berat tentang dirinya. Dia tersenyum dan Selina turut tersenyum.

Walaupun kadangkala mereka berselisih faham tetapi mereka tidak boleh dipisahkan. Tidak kira berapa kali mereka bergaduh mereka tetap akan berbaik semula. Mereka saling memerlukan dalam semua perkara walaupun jarak umur mereka agak jauh sedikit.

"My beautiful sister, i'm so proud of you. Awak tahu kan yang saya sangat menyayangi awak. I'm so sorry sebab buat awak, mama dan papa risau. Jangan marahkan Selina, okay. I love all of you so much! But i need to go, till we meet again." Selina tersenyum manis, Orange mencapai tangannya dan menggenggamnya erat. No, don't leave me! Dia cuba untuk berteriak menahan Selina daripada pergi tapi suaranya seakan tersekat.

"I'm sorry, Orange...i need to go." Selina tersenyum lagi tapi kali ini air matanya jatuh. Membuatkan air mata Orange juga jatuh membasahi pipinya dan dia tetap menggenggam erat tangan adiknya itu. Dia tidak akan melepaskannya walau apa pun yang akan berlaku. Never.

Where are you going, Selina? Tell me. Please, pulanglah. We are waiting for you. Selina merenung matanya penuh kasih kemudian meleraikan genggaman Orange dan kemudiannya pergi meninggalkannya keseorangan. Selina! Selina! Jangan pergi! Jangan tinggalkan saya seorang diri!

Orange berusaha untuk mengangkat kakinya untuk melangkah tapi kakinya seakan terlekat di lantai bumi, Selina pula semakin menjauh dari pandangannya. Dia mencuba lagi untuk melangkah tetapi usahanya sia-sia, Selina sudah terlalu jauh untuk dikejar kemudian kelibatnya hilang begitu sahaja.

Orange jatuh terduduk, air matanya mengalir deras. Hatinya luluh, seluluh-luluhnya. Apa yang perlu kami lakukan tanpa mu, Selina.

"Selina!!"

Orange bingkas bangun dari baringnya, dia tercungap-cungap seakan baru sahaja habis dari berlari 100meter. Dia melihat sekelilingnya, Corina berada di tepi katilnya, mama dan papanya, Pn.Thalia dan Noah serta auntie dan uncle-nya merangkap parents Corina dan Liam abang kepada Corina juga berada di dalam bilik itu.

"Awak okay ke?" Corina bertanya risau.

Pn.Amily yang duduk di sebelah Corina membaringkannya kembali.

"Rest up, sayang..." Suaranya lembut. Orange memejamkan kembali matanya, cuba mencantumkan kembali peristiwa-peristiwa yang berlaku. Adakah dia masih bermimpi?

Selina!

Dia bangun kembali kemudian memandang mama dan papanya.

"Where is Selina, mama? Is she okay? Kenapa tiada yang menjaga dia? Kenapa semua ada di sini?" Soalannya bertalu-talu, Pn.Amily dan En.Philip saling berpandangan. Tidak tahu apa yang perlu mereka katakan kepada Orange. Melihat mama dan papanya tidak menjawab, Orange memandang Corina. Berharap yang Corina akan menjawab persoalannya. Namun, gadis itu automatik tertunduk memandang hujung kasutnya. Orange kemudiannya memandang Noah yang sedang berdiri di hujung katilnya cuba meraih jawapan yang pasti. Walau bagaimanapun, Noah yang selalunya akan menjawab tiap persoalannya turut membisu. Hatinya sakit tiba-tiba, kenapa tiada siapa yang mahu menjawab persoalannya.

"Papa...where is Selina? I want to see her." Orange merengek, air mata mulai bertakung di kelopak matanya. Kalau boleh dia mahu melompat dari atas katil dan mencari Selina.

"Sayang, awak sekarang berada di hospital. Rest up, okay...Badan awak masih terlalu lemah untuk bergerak." Hanya itu sahaja jawapan dari En.Philip. No, itu bukan jawapan yang dia mahukan. Dia mahukan Selina, hanya Selina. Dia perlu di mana adiknya itu dan bagaimana keadaannya tapi kenapa semua orang seakan tidak mahu memberitahu keberadaan Selina.

"Everyone, please...tell me, where is Selina? I'm begging you. Let me see her." Orange mahu turun dari atas katil tetapi ditahan oleh mama dan papanya.

"Let me go! I need to find her. If you don't want to tell me, where is she. I'm going to find her by my self." Orange meronta kuat, dia tidak peduli tentang apa-apa pun saat ini. Dia hanya mahu melihat Selina dan memeluknya. Dia terlalu rindukan adiknya itu.

"No, sayang...no. Shes gone. Shes gone..."

Pn.Amily memeluk anak gadisnya itu erat, dia menangis lagi untuk yang kesekian kalinya. Selina sudah tiada, dia sudah meninggalkan mereka semua buat selamanya. Orange terkedu tidak mampu untuk mahu mempercayai apa yang dikatakan oleh mamanya. Dia pasti yang mamanya sedang bergurau. Iya, dia sedang bergurau. Mustahil kata-katanya itu adalah benar, sangat mustahil.

"You're lying mama...you're lying, right. I don't believe you,ma...Tell me, where is Selina? Where is she?" Orange meronta lagi minta dilepaskan, dia mahu mencari adiknya sendiri. Dia mesti bersembunyi di mana-mana, sedang mentertawakannya kerana jatuh dalam perangkapnya. Bersiap sedia untuk keluar dan memberikannya kejutan. Iya, pasti itu yang terjadi.

"No, Orange...No. Mama bercakap benar, sayang. Mama tidak menipu kamu. You need to be strong, we are alone now without her. Shes gone, sayang...shes gone..."

Orange merenung mata mamanya itu, merenungnya dalam-dalam. Berusaha untuk mencari titik penipuan tapi gagal. Sedikit demi sedikit dia semakin menyedari yang Selina benar-benar sudah tiada. Mereka bukan bercanda dengannya, mereka tidak berlakon. Ini adalah kenyataan. Kenyataan yang perlu dia terima.

"Orange..."

Corina memanggil namanya kemudian memeluk erat sahabat a.k.a sepupunya itu. Hatinya juga remuk berkecai apabila auntie-nya itu menghubungi dia pagi tadi. Dia tidak menyangka hal seperti ini akan terjadi di dalam keluarga mereka.

Setelah lama diam membisu, tangisan Orange pecah akhirnya. Dia tidak dapat menahan sakit hati yang dia rasai, sakit yang tidak mempunyai pengubatnya. Dia rindu kepada Selina, sungguh-sungguh rindukan dia. Bagaimana dia mahu meneruskan hidupnya selepas ini tanpa Selina, tanpa side kick-nya itu, tanpa nemesis-nya itu, sahabat baiknya itu dan juga satu-satunya adik yang dia miliki. Oh, Tuhan kuatkan hatiku, kuatkan semangatku. Orange menangis lagi.

What happened to you Selina? Who did this to you? Kenapa mereka sanggup melukai insan seperti kamu? Banyak persoalan yang timbul dalam fikirannya tiba-tiba, soalan yang tidak dapat dijawab oleh sesiapa pun saat ini.

Noah yang hanya memerhati tertunduk mendengar tangisan sayu Orange. Dia tahu dan faham sakit yang Orange rasai. Sakit yang tiada tandingannya, sakit yang dia tidak mahu rasakan lagi. Poor Selina. Dia baru sahaja mahu mengenali gadis tersebut tapi kini dia sudah tiada.

Pihak polis telah menemui jasadnya yang sudah tidak bernyawa terbaring di sebuah lorong pagi tadi. Mereka telah mengenal pasti yang dia telah dijerut di bahagian leher sehingga meninggal dunia. Namun, tidak ada unsur gangguan seksual dilaporkan berlaku kepada dirinya. Barang-barangnya juga masih lengkap, termasuklah telefon bimbitnya yang sudah kehabisan cas bateri.

Satu tamparan yang cukup kuat untuk Orange dan keluarganya, mereka tidak pernah menyangka yang hal seperti ini akan terjadi kepada mereka. Tidak pernah dalam seumur hidup. Ditinggalkan orang tersayang dengan begitu drastik tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal. Rest in peace, Selina.


Load failed, please RETRY

Status Power Mingguan

Rank -- Peringkat Power
Stone -- Power stone

Membuka kunci kumpulan bab

Indeks

Opsi Tampilan

Latar Belakang

Font

Ukuran

Komentar pada bab

Tulis ulasan Status Membaca: C30
Gagal mengirim. Silakan coba lagi
  • Kualitas penulisan
  • Stabilitas Pembaruan
  • Pengembangan Cerita
  • Desain Karakter
  • Latar Belakang Dunia

Skor total 0.0

Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
Pilih Power Stone
Rank NO.-- Peringkat Power
Stone -- Batu Daya
Laporkan konten yang tidak pantas
Tip kesalahan

Laporkan penyalahgunaan

Komentar paragraf

Masuk