Unduh Aplikasi
81.81% Cinderella seorang Putera / Chapter 27: Bab 27 : No More Secret

Bab 27: Bab 27 : No More Secret

Tok! Tok! Tok!

Pintu bilik Noah diketuk beberapa kali.

"Come in, mama. Pintu tidak berkunci." Noah menjawab separuh menjerit.

Pn.Thalia menjenggukkan kepalanya ke dalam bilik kemudian apabila melihat anaknya itu sedang sibuk bermain game di komputer ribanya dia masuk dan duduk di birai katil. Dia tidak berkata apa-apa hanya memerhatikan Noah yang kelihatan khusyuk dengan game-nya itu. Setelah lama suasana sunyi senyap, Barulah Noah melirik memandang mamanya. Mesti ada sesuatu yang mahu dia katakan tetapi sengaja tidak mahu memulakan perbualan. Dia pasti mahu Noah yang memulakan bicara. Noah meneka di dalam hati. Setelah beberapa ketika cuba untuk tidak mempedulikan mamanya, dia akhirnya mengambil keputusan untuk tidak bermain game lagi dan menarik kerusinya ke hadapan Pn.Thalia. Dia merenung wajah mamanya itu, cuba untuk mentafsir apa yang sedang bermain di mindanya.

"Apahal nie mama? Muka masam, serius macam nak telan Noah sahaja..." Noah cuba berseloroh. Namun, raut wajah Pn.Thalia tidak berubah, dia masih dengan muka seriusnya. Okay, apa yang telah terjadi sebenarnya? Adakah dia telah melakukan apa-apa kesilapan siang tadi? Adakah Orange mengadu sesuatu yang tidak baik tentang dirinya? Atau...Noah menghela nafas berat. Ini pasti tentang Caleb. Confirm 100% tapi macam mana kalau tekaannya salah? Okay, cuba lagi pancingan kedua.

"Mama nie buat muka serius tak nak jawab soalan Noah. Menakutkanlah...Noah seperti telah melakukan satu kesalahan besar. Cuba mama jelaskan kepada Noah, manalah tahu Noah boleh jelaskan sejelas-jelasnya kepada mama. Kalau Orange ada mengatakan sesuatu yang tidak baik tentang Noah, don't believe it. Itu semua dusta." Noah berpura-pura tidak tahu. Manalah tahukan, apa yang difikirannya itu adalah silap. Jangan-jangan sebenarnya mamanya hanya mau bergurau dengan dia. Tidak pasal-pasal nanti dia membocorkan rahsia sendiri. Tidakkah itu merupakan tindakan masuk ke dalam mulut buaya?

"Noah, cuba berterus terang dengan mama. What happen between you and Caleb? Kenapa Noah seakan tidak menyukai kehadirannya siang tadi? Selalunya jika dahulu Caleb datang ke rumah, paling sekejaplah dia akan melepak di rumah sehingga jam6.00 petang kalau dia datang pada awal pagi. Tetapi hari ini, tidak sampai 15 minit dia sampai dia sudah beredar kembali. Malahan, langsung tidak memaklumkan kepada mama."

Noah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Nampaknya apa yang dia sangkakan akan mamanya tanya adalah benar. Memang berkaitan dengan Caleb. Sekarang apa yang perlu dia beritahu kepada mamanya? The truth atau mencari alasan lain? Kalau dia memberikan alasan lain, apa alasan yang paling logik? Caleb cuba untuk merebut Orange darinya? Alasan yang cukup lemah. So what?

"Tidak ada lagi penipuan atau berselindung sana-sini, Noah. Just tell mama the truth." Pn.Thalia seakan dapat membaca fikiran anaknya itu yang cuba untuk mencari alasan lain.

Mahu tidak mahu, Noah terpaksa menyusun kata-kata terbaik untuk menerangkan situasi diantaranya dan Caleb. Mungkin ada baiknya jika dia tidak menyimpan apa-apa rahsia lagi kepada mamanya. Tidak termasuk rahsia, terpaksa menggunakan duit simpanan emergency-nya untuk membeli rim baru keretanya atau rahsia tentang dia telah merosakkan mesin pengisar mamanya beberapa bulan yang lalu dan banyak lagi rahsia yang lain. Yang mana Noah pasti dan yakin, sebenarnya diketahui oleh Pn.Thalia tapi dia sengaja tidak menyebut atau memarahinya. Kembali kepada kisah sebenar, sekarang dia perlu menjelaskan semuanya yang berkaitan dengan hubungan persahabatannya dan Caleb dari A hingga Z.

"Mama, if i tell you the truth. Saya harap mama dapat memahami situasi sebenar. Mungkin bagi mama, hal ini remeh temeh tetapi mama kena faham yang menghadapinya ialah Caleb dan Noah sendiri. Saya tidak salahkan Caleb untuk tidak cuba memperbaiki kembali persahabatan kami kerana saya juga belum mampu untuk menerima kenyataan." Pn.Thalia tidak menjawab, dia menanti Noah meneruskan kata-katanya dan menjelaskan kepadanya apa yang telah terjadi.

Noah memulakan ceritanya dari awal persahabatan mereka bertiga iaitu Noah, Leon dan Caleb. Hanya sesekali Pn.Thalia menyampuk apabila teringat tentang sahabat-sahabat anaknya itu. Sampailah kepada hari Leon menghilangkan diri dan membunuh dirinya, Pn.Thalia mendengar dengan khusyuk. Noah juga menjelaskan teorinya tentang kematian Leon. Dia berkeras mengatakan bahawa Leon tidak membunuh diri tetapi ada unsur sabotaj. Satu-satu perkara dia kaitkan dengan tragedi tersebut. Namun, akhirnya dia mengakui yang dia juga tidak pasti sama ada spekulasi yang dia ceritakan itu adalah benar atau salah.

"Apa yang awak cuba katakan, Noah? Polis jugakan sudah mengatakan bahawa Leon membunuh diri dan tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa terdapat unsur jenayah di tempat kejadian." Pn.Thalia bertanya kurang yakin dengan kata-kata Noah tapi dia tahu yang jauh di dalam lubuk hatinya dia juga mulai mengesyaki ada sesuatu berlaku di sebalik kematian Leon. Mungkin sebelum ini dia hanya mempercayai apa yang dikatakan oleh pihak polis kerana dia tidak rapat dengan Leon seperti Noah. Dia tidak melihat dari sisi sudut pandangan Noah yang menjadi teman Leon berkongsi masalah.

Noah menggeleng perlahan.

"Saya dapat rasakannya, mama. Jika benar Leon mahu meragut nyawanya sendiri sudah pasti saya dapat menghidunya dari awal. Lagi satu, Leon mempunyai perancangan masa depan yang lebih teratur daripada saya dan Caleb. Dia mahu bekerja sambilan dan menyewa rumah di luar. Membawa beberapa orang adiknya untuk tinggal bersama dengan dia. Saya tidak percaya yang dia membuat perancangan begitu teliti tapi akhirnya mengambil keputusan untuk menamatkan hidupnya." Noah masih tetap dengan pendiriannya.

Pn.Thalia terdiam seketika. Dia tahu yang Noah merupakan seorang yang agak sensitif terhadap perasaan seseorang. Namun, dia juga manusia biasa mungkin Leon tidak menunjukkan apa yang ada di dalam hatinya dan menyimpan semua masalah serta tekanan yang dia hadapi sendirian. Apabila dia tidak lagi mampu untuk menghadapi semuanya, dia akhirnya mengambil jalan singkat untuk menamatkan segalanya.

"But you can't blame Caleb for what happened on that day. Dia cuma risau akan keselamatam dirinya. Mama pasti yang dia juga tidak menyangka yang Leon akan mengambil keputusan sedrastik itu."

Noah tidak menjawab, dia mendiamkan dirinya. Dia tahu itu semua tapi dia masih tidak dapat menerima kenyataan yang Caleb sanggup mementingkan dirinya sendiri berbanding Leon. Padahal selama ini, Leon sentiasa ada di sisi mereka jika ada diantara mereka berdua menghadapi masalah. Tidak pernah lambat untuk menghulurkan bantuan dan tidak pernah ragu-ragu dalam semua perkara apabila sudah melibatkan dia dan Caleb. I am sorry, Leon.

"Kalau pun Noah dan Caleb sempat sampai ke tingkat atas, jika sudah takdirnya Leon meninggalkan kita saat itu. Tiada apa yang dapat mengubahnya dia akan tetap terjun. Malahan sakitnya lebih sakit lagi kerana tidak berupaya menyelamatkannya." Pn.Thalia menambah lagi. Cuba untuk memberikan sedikit kelegaan kepada Noah. Dia tidak menyangka yang kematian Leon telah mengubah hidup Noah dan Caleb sepenuhnya. Patutlah selama ini Noah tidak pernah menyebut nama Caleb.

"Bukan mudah mama untuk mahu melupakannya semuanya. Kesakitan dan kekecewaan yang telah saya hadapi. Saya bukan tidak mahu memaafkan atau berbaik semula dengan Caleb cuma waktunya belum tiba. Biar waktu mengubah segalanya."

Keadaan kembali sunyi, Noah dan mamanya masing-masing melayan perasaan. Pn.Thalia melirik memandang anak lelakinya itu kemudian menghela nafas berat. At least sekarang dia tahu keadaan sebenar dan tidak lagi tertanya-tanya. Kalaulah Caleb tidak datang tiba-tiba ke rumah mereka hari ini, sudah pasti dia tidak akan tahu tentang status persahabatan mereka berdua sehingga bila-bila kerana Noah pandai memanipulasikan alasan.

"Promise me, Noah. Yang Noah akan berbaik semula dengan Caleb satu hari nanti. Maafkan dia dan bersahabat seperti dulu lagi. Jangan kerana awak kehilangan Leon, awak juga kehilangan sahabat seperti Caleb. He is a good man. Mama tak rasa Leon mahu kamu bergaduh kerana tindakannya itu. Think about it, Noah." Ujar Pn Thalia seraya menepuk bahu Noah kemudian berdiri dari duduknya dan berlalu keluar. Noah tidak menjawab apa-apa, mungkin satu hari nanti barulah dia akan memaafkan Caleb. Bila? Dia juga tidak pasti jawapannya.

********

Caleb mundar-mandir di dalam biliknya, cuba untuk bertenang. Memikirkan kejadian siang tadi, membuatkan dia tidak dapat bertenang. Wajah Noah dan Orange silih berganti bertandang di mindanya. Dia menggenggam penumbuknya kuat, kenapalah siang tadi di saat dia berhadapan dengan lelaki itu perasaannya ini tidak muncul? Kalaulah kemarahan yang dia hadapi kini muncul pada ketika itu, parah Noah dia belasah.

Kemudian bayangan wajah Orange pula muncul. Kenapa gadis itu tidak mahu menerima cintanya? Apa yang baik sangat dengan Noah sehingga dia tidak mampu untuk menandinginya? Jika dibandingkan paras wajah, dia juga tampan seperti Noah. Harta? Dia juga kaya-raya seperti Noah. Namun, tiap kali jugalah dia akan tewas di tangan lelaki itu. Dia sudah puas bersabar dan mengalah dengan Noah. Sudah tiba masanya dia perlu berdiri lebih tinggi daripadanya. Menggapai sesuatu yang lebih hebat berbanding Noah. Selama ini, dia hidup dalam bayangan Noah. Malahan apabila mereka sudah tidak bersahabat lagi, dia masih dalam bayang-bayang Noah.

Apabila dia ke mana-mana bersendirian, orang yang mengenalinya akan masih menanyakan di mana Noah. Dalam semua perkara, nama Noah masih disebut-sebut. Kini, di hadapan Orange juga masih Noah yang menjadi pujaan. Bagaimana dengan dirinya? Dia juga seorang putera raja, bukan Noah seorang sahaja. Dia mempunyai segalanya apa yang dipunyai Noah tapi kenapa dia masih di tangga kedua selepas Noah. Segalanya tentang Noah, Noah dan Noah. Hinggakan parents-nya juga selalu membandingkan dirinya dengan Noah. Dia sakit dengan nama Noah, kalau boleh dia tidak mahu lagi mendengar nama tersebut.

Caleb kemudiannya membaringkan tubuhnya diatas katil, kali ini membayangkan dirinya bersama Orange. Hidup tanpa Noah. Bahagia bersama tanpa sebarang gangguan. Sepatutnya dia yang memiliki Orange kerana dia lebih dahulu menyimpan perasaan kepada gadis tersebut. Namun kerana kurang keyakinan diri untuk menegur Orange, akhirnya dia terlepas peluang itu. Dia selalu memandang gadis tersebut ketika orientasi Pra-U, perkhemahan Pra-u, ketika perhimpunan, ketika ke kantin dan setiap kali mempunyai peluang. Dia tahu setiap tingkahnya, setiap apa yang dia suka dan tidak suka. Baju kegemarannya, warna kegemarannya malahan kasut kegemarannya.

Namun kini, dia kehilangan inspirasi dalam kehidupan. Orange sudah berubah, dia tidak lagi berpakaian seperti dulu kala. Tidak lagi malu-malu seperti dulu lagi. Tidak lagi membuatkan dirinya bahagia dan gembira. Semuanya disebabkan oleh Noah. Noah mengubah segalanya dan Caleb tidak sukakan perubahan pada sesuatu yang dia sukakan. Dia mahu semuanya masih kekal buat selamanya. Perubahan hanya membawa kepada kemusnahan. Sama seperti kemusnahan yang telah dibawah oleh perubahan mamanya. Setelah mengubah dirinya menjadi lebih bergaya, dia telah meninggalkan dirinya dan papanya. Papanya pula sejak mengenali seorang usahawan kosmetik muda, dia juga sudah berubah. Sekaligus, merubah segalanya yang selama ini sempurna. Perubahan itu telah meragut kesempurnaan yang dia kecapi, meragut keluarga dan dirinya.

Sebab itulah, dia perlu menghentikan semua perubahan yang berlaku di sekelilingnya walau dengan apa cara sekalipun. Perubahan itu membunuhnya.


Load failed, please RETRY

Status Power Mingguan

Rank -- Peringkat Power
Stone -- Power stone

Membuka kunci kumpulan bab

Indeks

Opsi Tampilan

Latar Belakang

Font

Ukuran

Komentar pada bab

Tulis ulasan Status Membaca: C27
Gagal mengirim. Silakan coba lagi
  • Kualitas penulisan
  • Stabilitas Pembaruan
  • Pengembangan Cerita
  • Desain Karakter
  • Latar Belakang Dunia

Skor total 0.0

Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
Pilih Power Stone
Rank NO.-- Peringkat Power
Stone -- Batu Daya
Laporkan konten yang tidak pantas
Tip kesalahan

Laporkan penyalahgunaan

Komentar paragraf

Masuk