Sudah beberapa hari Noah tidak mengganggu Orange. Beberapa hari itu juga kehidupan Orange menjadi semakin baik dan dalam beberapa hari itu juga, Caleb sering muncul di hadapannya dan menegurnya. Permulaan yang agak awkward tetapi lama kelamaan dia semakin selesa dengan imej barunya, iaitu tiada lagi rambut yang berurai dan mengerbang seperti kuntilanak (kata Noah). Teman-teman sekelasnya juga mulai menegurnya dan bersahabat dengannya. Ini adalah pertama kali dalam 19 tahun hidupnya di dunia ini, merasai perasaan mempunyai sahabat selain Corina, Selina dan mamanya dan auntie-auntie atau uncle-uncle nya. Thanks to Noah (kerana tidak dapat disangkal lagi, Noah memainkan peranan penting dalam hal ini). Walau bagaimanapun, ada sedikit rasa rindu dengan kerenah Noah yang suka membulinya dan mengutuknya atau menyakatnya. Orange tersenyum sendiri. People change and life must go on.
"Orange!"
Jeritan Corina di pintu kelas mengejutkan Orange daripada lamunannya. Kelihatan Corina yang tercungap-cungap cuba untuk mengatakan sesuatu tetapi gagal menyambung kata-katanya dek terlalu penat.
"Kenapa dengan awak nie, Cor? what happen? Awak jumpa hantu ke kat tandas?" Orange bertanya geli hati melihat keadaan sahabat a.k.a sepupunya itu. Gadis seayu Corina, jarang-jarang berada dalam keadaan sedemikian.
"Orange, saya tak tahu nak cakap apa but you better tell me the truth. Betul ke awak couple dengan Noah? Noah the devil?"
Orange terlopong hilang seribu bahasa.
"What? couple? Noah? are you crazy, Cor?" Itu sahaja yang terkeluar dari mulutnya. Fikirannya bingung seketika.
"Awak jangan tipu saya tau, Orange. Everyone talk about it. Noah posted your picture together in his ig, twitter and fB. Awak sampai hati tak beritahu saya kan...i tell you everything about me about my relationships but you hide your relationship with Noah. Sudah tue, dalam banyak-banyak lelaki dalam dunia nie. Noah jugalah yang awak pilih. Why Orange? why?" Terpapar di kekecewaan di wajahnya dengan tindakan sahabat baiknya itu. Sampai hati dia diabaikan dan tidak tahu langsung tentang hubungan Orange dan Noah. Patutlah sejak beberapa minggu ini, Orange sering menolak ajakannya untuk keluar bersama ke mall atau lepak bersama. Lebih mengejutkan lagi apabila penampilan Orange semakin berubah dan semakin petah berkata-kata dengan orang sekelilingnya. Corina merengus kecewa, kecewa kerana dia yang boleh dikatakan satu-satunya sahabat Orange sejak kecil tidak mengetahui apa-apa tentang hubungan Orange dan Noah.
"Cor, ini semua tipu Cor...trust me. Saya dan Noah tidak ada apa-apa hubungan." Orange cuba untuk menjernihkan kekeliruan yang berlaku.
"So what, Orange? You tell me. Kalau awak dan Noah tidak mempunyai apa-apa hubungan, kenapa perlu bergambar berdua? Kenapa tiba-tiba awak berdua boleh ada bersama-sama di mall? Awak tak payah nak tipu sya, Orange. I know you since kita berdua masih kecil. I really know you."
Orange diam membisu, dia tahu walau apa pun yang dia akan jelaskan, Corina tetap dengan apa yang dia percaya. She know her too well. Apa angin yang melanda Noah sehingga menyebarkan berita palsu tentang mereka berdua. Baru tadi dia memuji-muji lelaki itu, tidak sampai seminit sudah muncul satu lagi masalah disebabkannya. WTH.
Orange bingkas bangun dari duduknya. She need to talk with him.
"Orange, saya belum selesai lagi! Masih banyak yang perlu awak jelaskan dengan saya." Corina cuba menahannya tapi sia-sia. Corina menarik nafas dalam-dalam. Perasaan geram masih bersisa di dalam hatinya, tambahan lagi Orange meninggalkannya lagi terpinga-pinga keseorangan.
******
Kringgggggg
Loceng menandakan masa rehat sudah tamat. Para pelajar yang tadinya berehat dan bersantai di pondok-pondok sekitar sekolah sudah beransur masuk ke dalam kelas. Orange pula masih berlegar-legar mencari bayang-bayang Noah. Geram dan sakit hatinya meluap-luap mengingatkan kata-kata Corina. Saya dengan Noah, couple? Simpang malaikatul maut 144.
Dari kejauhan dia dapat melihat susuk tubuh Noah sedang bersembang dengan teman-temannya di pondok sains, sesekali juga kedengaran gelak ketawa mereka pecah. Orange mencebik geram. Kalau boleh, mahu sahaja dia berlari kemudian menghadiahkan sebuah tendangan di muka lelaki tersebut. Biar padan muka dia dengan mulut yang busuk menyebarkan fitnah dan hati yang busuk asyik mengenakan dirinya sahaja.
"Ei, Noah. Shes coming. Untunglah, dapat dating." kata Ryan sambil memberikan isyarat mata kepada Noah.
Noah menoleh memandang ke arah yang ditunjukkan oleh sahabatnya itu kemudian tersengih nakal. Here she come. Dia tertawa sendiri di dalam hati. Tunggu apa yang dia nak cakap.
"kitorang chow dulu, Noah. Semoga berbahagia sehingga ke anak cucu." Zul menyakat sambil berlalu pergi dengan yang lain.
Meninggalkan Noah sendirian di situ menanti Orange. Dari kejauhan, Noah tahu yang Orange marah dengan dirinya, tapi ada dia kisah? Nope.
"Noah!"
Orange memanggilnya kasar.
Noah tidak menjawab, hanya matanya sahaja yang tajam memandang gadis tersebut.
"Awak sudah kenapa? Tiba-tiba sebarkan berita palsu tentang kita berdua? Are you crazy?" Orange bertanya geram. Hatinya panas meluap-luap, air matanya hampir gugur. Dia bukan sahaja malu yang teramat sangat tapi juga marah yang teramat sangat kerana tidak pasal-pasal Corina salah faham dengan dirinya.
"What are you talking about? Siapa yang sebarkan berita palsu pula nie? I'm just telling the truth." Noah menjawab bersahaja tanpa perasaan bersalah. Rasakan Orange, rasakan.
"The truth? Apa yang the truth-nya? Sejak bila saya couple dengan awak?" Orange bersuara lagi, kali ini lebih tinggi suaranya. Hatinya umpama gunung berapi yang hampir-hampir meletus mengeluarkan lava-lavanya.
"So what? Sudah orang bertanya. Saya cakap sajalah yang kita couple. Salah ke? Ke awak nak saya cakap yang awak tue 'maid' saya? Awak bukannya ada boyfriend pun and me also have no girlfriend. Tiada yang terkesan dan kecewa."
Orange mengetap bibirnya geram, geram yang tidak boleh diungkapkan dengan perkataan atau kata-kata. Matanya merenung tajam lelaki itu, memikirkan kata-kata yang sesuai untuk membidas kata-katanya.
"Dalam banyak-banyak orang kat sekolah ini, why me, Noah? Tak cukup lagi ke awak mengenakan saya? sekarang awak sebarkan pula khabar angin palsu tentang kita. Is it too fun to make fun on me?" Orange bersuara setelah beberapa ketika keadaan sunyi senyap.
Noah tidak bersuara, dia sibuk dengan telefonnya.
"Noah, awak dengar tak?"
Geram Orange semakin bertambah-tambah, dia sedang serius boleh pula lelaki itu endah tak endah dengannya.
"Kan saya sudah cakap hari tue, saya akan jemput awak ke sekolah. Yang awak tak tunggu saya kenapa? Saya sudah bagi amarankan. But you don't listen to me." Ujar Noah selamba kemudian mengorak langkah meninggalkan Orange yang bagaikan terkena renjatan elektrik. What? Orange berlari anak mengejar lelaki itu.
"Awak bergurau ke? Just because of that, lepas tue awak kenakan saya kaw-kaw macam nie? Nonsense." Orange tidak berpuas hati. Lagi pun, itu bukan salahnya. Noah yang lambat dan langsung tidak menghubunginya (well, ikut perjanjian only Noah yang boleh menghubunginya dan dia tidak boleh langsung). Jadi siapa yang salah dalam hal ini?
Noah menghentikan langkahnya kemudian menoleh menghadap Orange di belakangnya. "Nonsense? You said it nonsense? Wah, wah...awak tau tak betapa susahnya saya pada hari itu. Saya bangun dengan tergesa-gesa, tidak sempat mahu bersiap, no breakfast, saya memandu seberapa laju yang boleh with the jamp, disangka stalker by your mom, sampai kat sekolah disaman pak cik guard. But you? Bukan main lagi awak kat dalam kelas berkongsi cerita dengan excitednya dengan Corina, your beloved cousin tentang Caleb, the ride with him and etc that i don't even wanna say or bother to know. Now, tell me apa yang nonsense-nya?"
Orange menelan air liurnya dengan mindanya ligat mencari kata-kata untuk membalas kata-kata Noah itu.
"Well, awak yang datang lambat..." Singkat jawapan yang keluar dari mulutnya.
"Then, why don't you call me?" Laju Noah mengajukan soalan kembali.
"Sebab awak kata, saya tak boleh call awak. Hanya awak yang boleh call saya." Well, this is the truth.
"So, kalau awak diculik and only my contact number in you phone, awak tetap dengan 'i can't call him' dengan harapan saya akan call awak 24 hours in a day?"
Orange terdiam lagi. Tapi apa pula kaitan dengan kononnya dia couple Noah dan tidak call dia and kena culik? Lagi-lagi, kenapa pula perlu nombor Noah saja dalam telefonnya?
"Persoalannya di sini, kenapa perlu nombor awak sahaja dalam telefon saya? of course i do have my mama my papa and Corina also my sister's phone number. Buat apa saya mahu call awak kan..."
Kali ini giliran Noah pula yang terdiam. Seriously? Secara automatik tangannya mencapai telinga gadis tersebut kerana geram yang terlampau-lampau. Dengan jelas sekali dia sudah mengatakan yang 'kalau' dan bukannya sungguh-sungguh. Boleh pula Orange menjawabnya sedemikian rupa? Nak kata bodoh tidak juga, nak kata dia cakap bahasa asing dia hanya tahu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sahaja.
"Adoi, sakitlah! " Orange mengadoi kesakitan sambil cuba untuk melepaskan diri tetapi gagal.
"Pendek kata, its your fault. 100% your fault. Jadi awak terima sajalah kenyataannya yang awak tue my girlfriend a.k.a my 'maid' forever. Awak ingkar arahan saya lagi, tahulah saya nak kenakan awak dengan lebih kaw-kaw. Nak tahu apa? Do it. Lagi satu, saya tengok awak sudah semakin rapat dengan Caleb but seriously, i don't like that dude. No matter awak nak kata apa, awak crush dengan dia since birth or what so ever, pokoknya, start from now. Saya tak nak lagi awak bercakap dengan dia atau berjalan dengan dia. Apa lagi naik kereta dengan dia! Hadam baik-baik apa yang katakan tadi, okay sayang. Adios." Selesai dengan kata-katanya Noah berlalu pergi meninggalkan Orange yang terkial-kial cuba memahami intipati kata-kata Noah sebentar tadi sambil tangannya menggosok-gosok telinganya yang terasa pedih dek dicubit dan dipulas-pulas oleh lelaki itu.
Siapa dia untuk menghalangnya berhubungan dengan Caleb? Setakat Noah yang bagi amaran, ada dia kisah? Tetapi bila difikirkan kembali, nyawa diarinya akan dibongkarkan mungkin akan terancam dan mungkin juga lelaki itu akan mendedahkan kepada satu sekolah? What so bad about it? Paling-paling dia malu sampai akan pindah sekolah atau berhenti sekolah sebab rahsia tentang perasaannya kepada Caleb, rahsia tentang dia memaki-maki mereka-mereka yang selalu mengejeknya atau rahsia tentang semua perkara yang dia tidak boleh kongsikan dengan orang lain akan diketahui umum dan masa depannya akan menjadi gelap segelap-gelapnya. Orange mengetuk kepalanya sendiri. Ini semua disebabkan oleh kecuaian dirinya sendiri, kalaulah pada hari itu, dia tidak tercicir diarinya itu dan tidak ditemui oleh Noah. Hidupnya pasti tidak sehuru-hara ini dan kekal seperti sebelumnya. If only...
Orange mengeluh sendiri mengenangkan nasibnya. Sudahlah hubungannya dengan Corina juga terjejas gara-gara khabar angin tersebut kini dia akan kehilangan peluang untuk menjalinkan hubungan dengan Caleb (peluang yang sebelum ini ada sedikit cahaya harapan kini turut menjadi gelap segelap-gelapnya. Selamat tinggal kenangan dan angan-angan Mat Jenin).