Unduh Aplikasi
6.06% Cinderella seorang Putera / Chapter 2: Bab 2 : He Know My Name

Bab 2: Bab 2 : He Know My Name

Hari pertama ke sekolah. Orange mengenakan blouse putih dan skirt panjang berwarna hitam. Seperti biasa, rambutnya yang panjang dibiarkan mengurai menutupi separuh wajahnya. Cermin mata bulat dia kenakan, bukan kerana dia rabun tetapi untuk menutupi matanya seperti dinding  melindungi pandangannya walaupun bukan cermin mata gelap. Sebelum keluar dari biliknya dia sempat sekali lagi nelihat pantulan dirinya di dalam cermin. Kemudian dia tersenyum sendiri. You are ready Orange!

"Beautiful as always." Pn Amily menegur anak gadisnya itu.

Orange hanya tersenyum simpul. Hanya mamanya sahaja yang selalu memujinya.

"Thanks, mama." ujarnya sambil memberikan satu pelukan hangat buat mamanya itu.

"Seriously,ma...Mama rabun ke apa?" Selina yang sedang duduk di meja makan menyampuk. Selina ialah adik bongsu Orange yang baru berusia 12 tahun. Mempunyai perwatakan yang jauh bezanya daripada Orange. Pandai bergaya dan mempunyai ramai sahabat serta merupakan pelajar yang popular di sekolahnya.

"Selina, she is your sister. Kalau awak kata dia tak cantik, remember...you are sharing the same genes with her."

Mendengar kata-kata mamanya, Selina hanya mencebik.

"But, ma...my science's teacher said that..."

"Stop it, Selina. Finish your food. Your sister will drive you to school and she is ready to go." Tidak sempat Selina menghabiskan kata-katanya, mamanya sudah memotong. Sekali lagi dia mencebik. Geram kerana tidak berjaya membidas kata-kata mamanya tadi.

Orange tersenyum melihat gelagat mama dan adiknya. Dia tidak pernah terasa dengan adiknya itu kerana dia sangat menyayanginya dan apa yang dikatakan adiknya adalah benar belaka. Orang yang mengenali keluarga mereka sering menganggap dirinya bukanlah sebahagian daripada keluarga tersebut. Mamanya merupakan seorang bekas model terkenal dan papanya pula merupakan seorang bekas pelakon yang tersenarai dalam A lister negara. Dia? Seorang gadis yang buta tentang fesyen atau tidak tahu bergaya atau itu hanya luarannya sahaja? Biliknya dipenuhi dengan majalah-majalah fesyen dan dia tahu tentang semua jenis fesyen tetapi dia tidak pernah mengaplikasikan pengetahuannya itu pada dirinya. Dia hanya mengongsikannya dengan Corina dan Selina.

***

Selepas memarkirkan keretanya di tempat parking yang di khaskan untuk pelajar, Orange melangkah pantas ke kelasnya. 6 atas UM. Seperti biasa dia berjalan sambil menunduk, memandang hujung kasutnya. Tangannya erat memeluk fail.

"Orangeeeeeee!"

Orange tersenyum, dia kenal suara itu. Corina. Dia menoleh pantas tanpa menghentikan langkahnya.

"Care..." tidak sempat Corina menghabiskan kata-katanya, bup! Orange hampir rebah. Nasib baiklah tangannya pantas memeluk tubuh lelaki di hadapannya itu. Kalau tidak alamatnya, dia akan jatuh tersungkur di tanah.

Sasa. Orange terdiam tidak bergerak.

"Orange, are you okay?" Corina tercungap-cungap berlari mendapatkannya.

Orange masih tidak bergerak, dia terlalu bingung untuk melakukan sebarang tindakan.

"Excuse me..."

Satu suara yang Orange sangat kenali. Suara yang menjadi igauannya selama 6 tahun ini. Takkanlah?

Perlahan dia melepaskan pelukannya dan mengundur. Perlahan juga dia mendongakkan kepalanya, memandang siapakah gerangannya itu? Caleb. Orange dapat rasakan yang pipinya semakin panas sehingga ke telinga. Dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan. Dia seperti mahu berlari dan menyorok atau perlukah dia berpindah sekolah atau berhenti sekolah?

"Berjalan tue, tengoklah jalan. Nasib baiklah awak langgar saya. Bukan kereta langgar awak." Ujar Caleb kemudian tersenyum.

Dia tersenyum dengan saya? Orange melopong. Terdiam seribu bahasa. Dia hanya tersedar dari lamunannya apabila Corina menyikunya kerana merenung Caleb dengan mulut melopong. Pantas dia menunduk kembali. Bodohlah awak nie Orange, this is not your first time jumpa dengan Caleb pun. Boleh pula melopong sepeti itu. Memalukan. Secara automatik kakinya menguis-nguis tanah menahan malu yang teramat sangat.

Melihat keadaan sepupunya yang tidak keruan, Corina pantas memainkan peranan kerana dia tahu siapa Orange dan siapa Caleb bagi Orange. Kalau selama ini Orange sangat pemalu apatah lagi di hadapan lelaki yang dia suka.

"Nasiblah awak yang lalukan, Caleb. Kalau kereta tak tahulah apa kejadiannya. Sorry, maafkan sepupu saya sebab langgar awak dan..."

"Oh, nevermind. Its okay and i am okay. Hope she is okay too. By the way, i have to go and be careful next time, Orange. See ya!" Sekali lagi Caleb tersenyum manis kemudian berlalu tapi langkahnya terhenti.

"Nice blouse, Orange. Suit you well."

He know my name! Atau saya yang salah dengar? And he is noticing my blouse? He said that my blouse is nice. Is he like my blouse? Wth. Perasaan malu yang menebal sebentar tadi seperti hilang begitu sahaja kerana dia sangat gembira dengan pujian Caleb. Orange tersengih sendiri.

"Orange, awak okay ke? Awak cedera kat mana-mana ke?" Corina bertanya cemas sambil memeriksa setiap inci tubuh sepupunya itu.

"I am okay, Cor. I think today will be a good day." Orange menjawab tenang kemudian menarik langkah panjang menuju ke kelas mereka seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Corina menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kemudian menyusul di belakang Orange.

"Should i take you to the nurse's room?"

"Nope. I am okay."

Hari ini akan menjadi hari yang indah. Orange tersenyum sendiri.


Load failed, please RETRY

Status Power Mingguan

Rank -- Peringkat Power
Stone -- Power stone

Membuka kunci kumpulan bab

Indeks

Opsi Tampilan

Latar Belakang

Font

Ukuran

Komentar pada bab

Tulis ulasan Status Membaca: C2
Gagal mengirim. Silakan coba lagi
  • Kualitas penulisan
  • Stabilitas Pembaruan
  • Pengembangan Cerita
  • Desain Karakter
  • Latar Belakang Dunia

Skor total 0.0

Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
Pilih Power Stone
Rank NO.-- Peringkat Power
Stone -- Batu Daya
Laporkan konten yang tidak pantas
Tip kesalahan

Laporkan penyalahgunaan

Komentar paragraf

Masuk