Unduh Aplikasi
83.33% Mahou Shoujo Primula (Malay) / Chapter 25: Bab 6.4 - Cita-cita Amamiya Aya

Bab 25: Bab 6.4 - Cita-cita Amamiya Aya

Bahagian IV

Hari ketiga festival sekolah pun tiba sekelip mata tanpa sebarang masalah mahupun apa-apa kejadian yang pelik. Kalaulah ada insan yang menghadapi konflik dalam dua hari festival yang lalu, insan tersebut ialah Yami. Dia yang sentiasa muram itu, bertambah muram apabila dia asyik disindir oleh Aria selama dua hari berturut-turut di biliknya pada sebelah malam. Aria melagakkan aksi Yami ketika pementasan mime yang dilakonnya. Aria mempergunakan teknologi mahou shoujo, merakamkan lakonannya, kesemua lima persembahan pada hari pertama semata-mata untuk tujuan itu. Sebaik sahaja Yami pulang dari sekolah, Aria dengan tawa sarkastinya, tidak putus-putus mengenakan Yami, tetapi Yami tidak melenting sebaliknya membiarkan sahaja kelakuan gadis itu. Yami agak simpati pada gadis itu sebenarnya, kerana dia terpaksa terperap dalam rumah ini kerana tugasnya sebagai pengurus mahou shoujo. Disebalik wajah ceria gadis kecil itu, dia dapat melihat rasa sedih dan cemburu Aria yang tidak dapat bersamanya ke festival sekolah tinggi.

Teman kecil Yami, Saaya juga mempunyai ceritanya yang tersendiri. Saaya telah berjaya mengekalkan kejuaraannya sebagai ratu chef sekolah, menewaskan 8 orang pencabar pada hari pertama dan kedua. Lebih mengejutkan lagi, kehadiran pihak media dan majalah gormet pada hari kedua, membuat liputan khas mengenai cabaran masakan yang diketuai oleh Saaya tersebut. Walaupun kesibukan pada hari pertama, Saaya sempat mencuri peluang untuk menyaksikan persembahan Yami. Apatah lagi, Yami hanya beraksi pada hari pertama sahaja, dan digantikan oleh Itsuki dan Sanosuke pada hari kedua dan ketiga. Saaya yang menonton persembahan itu pada tayangan ketiga, terus memeluk Yami tanpa sebarang kata selepas berakhirnya lakonan Yami, telah mengejutkan seluruh kelas kerana Saaya yang sentiasa bersikap tenang, tidak pernah beremosi sedemikian. Saaya sering dianggap "Nadeshiko" kerana kelembutan dan tahap kewanitaannya yang sempurna, justeru tindakan Saaya itu menimbulkan tanda tanya kepada rakan-rakan sekelasnya. Yang pastinya, pelajar-pelajar lelaki di kelas 2-A hampir semuanya menjadi musuh kepada Yami, kerana dosanya memonopoli gadis-gadis cantik di kelas itu!

Eri tidak dapat membantu Saaya pada hari pertama kerana terlibat dalam persembahan lakonan kelas 2-A, agak sibuk pada hari kedua. Selain membantu Saaya, dia juga terpaksa mengendalikan bahan-bahan mentah masakan sebagai pembantu chef. Eri agak kekok pada mulanya, tetapi dapat menyesuaikan diri. Barulah Eri sedar akan kepayahan orang-orang gajinya yang menyediakan makanan semasa dia masih di kediaman Matsuhima. Dalam kesibukan itu, dia masih teringat akan impresi Yami dalam lakonan pada hari pertama. Lelaki itu tidak menunjukkan apa-apa reaksi atau emosi, sebaliknya lakonan lelaki itu seolah-olah 'realiti' lantaran apabila babak Yami menolak cinta Eri dalam persembahan itu, seakan-akan menggores hati kecil gadis itu. Eri faham, babak itu tidak membawakan emosi benci terhadap 'cinta', namun yang paling mendukacitakannya ialah 'cinta' yang cuba disampaikan kepada watak lelaki itu tidak sampai ke dalam jiwanya. Lelaki dalam cerita itu tidak percaya akan 'cinta', yakni menganggap perasaan itu hanyalah 'simpati'. Hal ini sekaligus memberikan suatu spekulasi dalam jiwa Eri, apakah Yami percaya akan cintanya? Apakah istilah 'cinta' Eri kepada Yami hanyalah 'simpati keluarga'? Eri berazam untuk mengetahuinya, pada hari ketiga festival itu!

Presiden pelajar, Kanade yang dianggap seperti seorang kakak oleh Yami, tidak terlepas daripada menyaksikan persembahan Yami. Tayangan terakhir pada hari pertama itu dihadirinya sebagai tetamu khas, bersama beberapa ahli persatuan pelajar. Kanade tidak menjangka bahawa dia akan beremosi sedemikian. Kanade telah menitiskan air matanya ketika menonton drama mime Yami. Selepas tontonan itu, Kanade sering mengutuskan mesej kepada Yami melalui aplikasi telefon bimbit untuk memberikan semangat buat Yami agar tidak berputus asa dalam hidupnya. Yami berulang-kali mengatakan itu hanyalah lakonan semata-mata, tetapi seniornya itu enggan mendengarnya. Yami berasa rimas apabila telefonnya asyik berdering pada hari kedua, dan setelah beberapa kali Yami memujuk Kanade agar tidak mengganggu hidupnya itu, barulah Kanade menghentikan tindakannya itu. Tetapi, tidak secara keseluruhannya. Sekali lagi Yami menghadapi krisis apabila ada desas-desus dia bercinta dengan presiden pelajar. Kanade yang agak popular di sekolah itu, membuatkan musuh Yami bertambah lagi, kali ini bukan sahaja pelajar lelaki kelasnya, tetapi satu sekolah.

Aya pula menjadi salah satu tumpuan para pelajar lelaki sekolah tersebut, membanjiri kafe haiwan miliknya. Mai juga turut menjadi buah mulut bukan sahaja kerana kecantikannya, sebaliknya cara dia melayan para pelanggan dengan dingin. Tidak mengejutkan, terdapat 'segelintir' kaum lelaki ini yang suka cara layanan tersebut, hinggakan Mai digelar 'ratu' oleh golongan tersebut. Aya dan Mai sebenarnya agak kecewa kerana kesibukan di kafe menghalang dua gadis itu untuk menonton lakonan Yami, walaupun mereka sudah menyaksikan persembahan tersebut pada tayangan pertama. Yami juga tidak mengunjungi kafe mereka kerana sibuk pada hari pertama kerana lakonan tersebut, dan terpaksa menguruskan gerai menyauk ikan emas pada hari kedua. Aya teringin untuk menyertai aktiviti gerai Yami, dan kesempatan itu hanya datang pada hari ketiga. Dia berazam untuk mengunjungi gerai yang dirancang Yami, bersama lelaki itu.

Sebenarnya Yami ingin ponteng pada hari ketiga festival itu, tetapi niatnya itu terhalang oleh Saaya. Yami yang enggan bangun setelah dikejutkan oleh Aya, telah berjaya 'dipujuk' oleh Saaya dengan satu bisikan di telinganya. Yami terus akur dan bangun kerana pujukan (ugutan) Saaya, lalu bersiap-sedia untuk melangkah ke sekolah. Seperti biasa, Aria tidak menyertai Yami, kembali ke biliknya selepas bersarapan. Yami yang perasan akan reaksi sepi Aria, hanya membisukan perkara itu. Seperti biasa, Eri, Saaya dan Aya akan mengiringinya ke sekolah, dengan tambahan Mai, yang menyertainya untuk festival sekolah pada hari terakhir ini. Setibanya di sekolah, Yami berpisah dengan Eri dan Saaya yang bakal menghadapi pesaingnya pada hari terakhri ini, tetapi Aya dan Mai mengikut Yami dari belakang, tidak seperti lazimnya.

"Kamu tidak menyertai kafe kamu?" Soal Yami. Yami telah merancang untuk memanjat bumbung sekolah untuk tidur di sana kerana dia tidak terlibat dalam sebarang aktiviti, baik di kelas atau di kelabnya. Yami sibuk dengan persembahan kelasnya pada hari pertama, dan terpaksa menguruskan gerai ikan emasnya pada hari kedua di dataran sekolah sebagai wakil kelabnya. Justeru, dia mendapat kebebasan pada hari ketiga. Kalaulah tidak kerana Saaya, sudah tentu aku dibuai mimpi di katil!

"Saya tidak bertugas pada shif pagi, jadi saya ingin menyertai aktiviti kelab awak, Yami-san," ujar Aya.

"Saya tidak berminat dengan aktiviti kelab awak. Saya hanya mengikut Master," Mai menjawab dengan nada tsun-tsunnya.

"Cukuplah Eri sahaja sebagai watak tsundere dalam rumah aku. Marilah, kita ke tempat tersebut," kata Yami, memulakan langkah ke lokasi yang ingin ditujuinya.

"Hmph, Yami-sama juga seorang tsundere," perli Mai, tetapi tidak dilayan oleh Yami.

Oleh sebab masih awal lagi, para pelajar masih belum membuka gerai mereka, termasuklah gerai kelab bola sepak. Yami menyapa juniornya, lalu membantu mereka membuat persediaan sebelum gerai mereka di buka. Aya yang tertarik melihat ikan emas yang dilepaskan oleh Yami ke bekas besar berisi air, memandang haiwan tersebut dengan mata yang bersinar. Yami hanya tersenyum kecil melihat situasi Aya, tetapi berwajah serius kembali apabila Mai memandangnya.

"Ambil ini, cubalah menyauknya..." Yami menghulurkan penyauk, tetapi 'jaring' penyauk itu dibuat daripada kertas. Yami tidak lupa memberikan mangkuk untuk mengisi ikan jika Aya berjaya menyauknya.

"Terima kasih..." Aya mencapai penyauk dan mangkuk itu, lalu mencangkung berhadapan bekas air berisi ikan tersebut. Aya mengisikan mangkuk itu air dan memulakan misinya menyauk ikan emas yang dipertontonkan kepadanya. Mai memandang ke Yami, menunggu sesuatu daripada lelaki itu.

"Tiada penyauk untuk kamu, Mai," kata Yami, membalas dendamnya apabila Mai mengatakan aktiviti itu sia-sia. Tetapi, Mai tidak memberi respons, sebaliknya kelihatan sayu.

"... Ambillah, ini untuk kamu..." Yami yang tidak dapat melawan renungan sedih milik Mai itu, mengalah.

"Hmph, kalau awak dah bagi, saya terpaksalah mencubanya..." Seratus peratus raut wajah Mai berubah.

"Grr... Gadis ini!"

Aya yang tidak memperdulikan Mai dan Yami bergaduh, memberikan tumpuan penuh untuk menangkap ikan emas yang riang berenang dalam bekas itu. Aya memerhatikan pergerakan ikan itu dengan penuh perhatian, menunggu peluang untuk memulakan aksinya. Aya tidak sedar banyak mata memerhatinya, terutamanya kaum lelaki yang berada di lokasi berhampiran, yang tertanya-tanya melihat impresi Aya yang serius itu. Yami dan Mai juga menghentikan pertelingkahan mereka, apabila menyedari aura berbeza daripada Aya. Petugas-petugas gerai kelab bola sepak juga tidak ketinggalan merasai ketegangan akibat keseriusan Aya. Setelah beberapa ketika, Aya memulakan pergerakan dan penyauknya menuju ke arah bekas air itu.

"..." Aya menyasarkan penyauk ke arah seekor ikan emas lalu cuba mencapai ikan tersebut. Ikan yang disasarnya tercampak ke udara sebelum masuk ke dalam bekas mangkuk yang disediakan untuk mengisi ikan.

"Saya berjaya!" Riak Aya yang gembira itu, mendatang kebahagiaan kepada semua yang melihatnya. Walau bagaimanapun, cabaran Aya berakhir kerana penyauknya sudah bocor dan tidak boleh digunakan lagi.

Mai juga mencubanya, tetapi gagal dalam cabaran menyauk ikan emas itu. Mai meminta Yami untuk memberikan peluang lain, tetapi Yami mengatakan bahawa Mai perlu membayarnya. Mai yang marah kerana Yami tersengih kerana melihat kegagalannya itu, membelanjakan 3000 yen, sebelum dipujuk Aya agar tidak membazirkan wang. Yami ingin menghadiahkan ikan emas untuk Mai, tetapi Mai enggan menerimanya kerana tidak mahu menerima simpati daripada Yami. Setelah hampir sejam Yami meluangkan masa bersama Aya dan Mai, dua orang gadis itu pun minta diri untuk menjalankan tugas mereka di kafe haiwan kelab gimnastik. Yami meninggalkan gerai kelabnya, menuju ke kelas 2-A untuk menjenguk Sanosuke yang membintangi persembahan mime pada hari ketiga. Selepas gilirannya, Itsuki mengambil alih watak utama dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Walaupun hanya 3 tayangan berbanding hari pertama iaitu lima, tiket masuk laris bagai pisang goreng panas. Sebaliknya hari ke-3, jumlah tiket terjual tidak begitu laku, dan semuanya kerana Sanosuke. Itsuki memang seorang ahli kelab drama justeru tidak hairanlah dia dapat menjiwai watak yang diberikan. Malang sekali, Sanosuke, penggatal dan pemiang nombor 1 Sekolah Tinggi Harima, tidak langsung berbakat dalam dunia tersebut. Sakagami Kyou yang merangkap pengarah dan ketua kelas 2-A, mengeluh di belakang, tetapi Yami enggan mempedulikan situasi tersebut. Dia segera meninggalkan kelas tersebut tanpa menyapa rakan-rakan sekelasnya kerana tidak mahu dipertanggungjawabkan untuk menggantikan Sanosuke.

Yami menuju ke lokasi pertandingan cabaran masakan yang diadakan oleh kelab masakan. Dia mendekati lokasi tersebut dan melihat Saaya dan Eri sedang bertungkus-lumus memasak. Saaya dengan cekap menggunakan teknik masakannya sambil dibantu oleh Eri. Yami yang mendengar pengumuman juruhebah perlawanan dan agak terkejut mendengar lawan Saaya. Pertandingan ini ialah cabaran terakhir, dan lawan Saaya tidak lain tidak bukan Presiden Kelab Masakan, Nanase Shiori. Tidak hairanlah mengapa tahun ini Shiori tidak mahu menjadi chef utama dalam cabaran itu, kerana dia ingin mencabar Saaya yang sudah disebut-sebut sebagai chef amatur dikagumi ramai. Shiori mahu melihat kemampuannya yang telah dicanainya di kelab kesayangannya ini selama tiga tahun, dan tahun terakhir inilah dia sudah menemui pencabar yang dinanti-nantikan. Tema masakan mereka ialah masakan 'rumah', menu makanan yang sering dihidangkan oleh ibu-ibu di kediaman mereka. Yami dapat melihat kesungguhan Saaya memasak, dan agak mengejutkan Yami lagi, masakan Saaya itu membawa nostalgia kepadanya. Ya, menu yang disediakan Saaya ialah menu pertama yang mendapat pujian daripada Yami. Saaya banyak membantu Yami menghadapi zaman gelapnya tanpa bonda. Saaya cuba memasak untuknya, tetapi apakan daya gadis itu masih belum matang untuk itu. Yami yang enggan menyusahkan gadis itu hanya menelan hidangan yang disediakan. Satu persatu juadah makanan yang disediakan gadis itu ditelannya, tanpa sebarang rungutan. Kanade yang ketika itu juga mengambil berat tentang Yami sering menghalang Saaya daripada menyediakan makanan kepada Yami, tetapi Saaya terus berdegil kerana dia mahu Yami berasa gembira.

Entah berapa hidangan disantapnya, entah berapa kunyahan menelan masakan gadis itu, Yami dapat merasakan perubahan demi perubahan dalam setiap hasil tangan Saaya. Saaya tidak pernah mengalah dan sering tersenyum melihat Yami makan walaupun sepatah kata pun Yami tidak memberikan komen terhadapan masakannya. Sehingga suatu ketika, Yami yang baru sahaja lepas mandi setelah pulang dari sekolah, menuju ke ruang makan. Hari itu, hidangan yang disediakan oleh Saaya sangat berlainan daripada biasa. Yami yang tidak menunjukkan apa-apa reaksi, duduk berhadapan meja, lalu dihulurkan mangkuk berisi nasi oleh Saaya.

"Makanlah," wajah comel Saaya yang masih di sekolah menengah itu, ria mempersilakan Yami makan.

"Mmm..." Respons Yami ringkas. Yami mengambil lauk dihidang lalu disuapkan ke dalam mulutnya bersama nasi.

"Sedap..." Puji ikhlas Yami. Seraya Saaya mengalirkan air matanya. Yami yang melihat situasi menghampiri Saaya, tetapi Saaya mengatakan diri tidak ada apa-apa yang perlu dirisaukan, dan dia masih tersenyum, kali ini lebih bahagia biarpun diiringi tangisan itu. Kenangan itu salah satu detik yang tidak dapat dilupakan.

"Pemenang, Tamano Saaya!" Imbas kembali Yami terhenti apabila corong pembesar suara menggemakan pengumuman kemenangan Saaya dalam cabaran masakan itu. Saaya tidak bereaksi ceria atas kemenangan tersebut, sebaliknya matanya mencari seseorang dalam kelompok audiens yang menonton pertandingan itu. Mata Saaya terhenti betul-betul menghadap Yami, lalu dia melambaikan tangannya ke arah Yami. Saaya menunjukkan senyuman sama seperti ketika pertama kali Yami memuji masakannya.

Setelah tamat cabaran masakan tersebut, Saaya dan Eri menghabiskan masa bersama Yami, mengunjungi gerai-gerai yang ada pada festival itu. Mereka tidak banyak berbual, sebaliknya menikmati makanan dan menyertai aktiviti yang ada di situ. Mereka singgah di kafe haiwan yang diselia oleh Aya. Eri yang begitu gembira melihat haiwan-haiwan yang dipamerkan di situ, terlupa niatnya untuk bertanya kepada Yami mengenai soal hatinya. Saaya juga begitu menyenangi kehadiran haiwan kesayangannya, kucing, menghabiskan masa di sana membelainya. Mai masih dingin dengan Yami seperti biasa. Setelah menjelang petang, festival sekolah itu telah menutup tirainya.

Malam itu, para pelajar mengemaskan dan mengadakan parti meraikan kejayaan mereka melengkap 3 hari festival sekolah dengan jayanya. Mereka mengadakan keraian di padang sekolah dengan membuat unggun api yang besar sambil membakar sampah dan papan prop yang digunakan dalam festival tersebut. Yami yang tidak berminat menyertai festival itu, membazirkan masa di atas bumbung sekolah, melayani perasaannya.

"Awak di sini, seperti biasa..." Ujar Aya, yang muncul tiba-tiba dari belakang Yami.

"Kenapa kamu berada di sini? Tidakkah kelab kamu memerlukan kamu, Aya?" Soal Yami, tanpa berpaling kepada Aya.

"Adakah awak terhibur sepanjang 3 hari festival ini?" Aya tidak menjawab, sebaliknya bertanyakan soalan kepada Yami.

"Aku tidak pasti. Kalaulah jawapan cuma ada ya atau tidak, aku akan memilih ya."

"Saya berasa gembira, Yami-san..." Aya tersenyum.

"...." Yami tidak dapat membalas respons Aya itu. Dia memilih untuk membisu.

"Yami-san, sebenarnya...."

"Maafkan saya jika mengganggu kalian..." Suara lain bergema, menghentikan kata-kata Aya, muncul secara tiba-tiba. Aya berpaling ke arah empunya suara itu, dan amat mengenali kelibat gadis bertubuh kecil itu.


Load failed, please RETRY

Status Power Mingguan

Rank -- Peringkat Power
Stone -- Power stone

Membuka kunci kumpulan bab

Indeks

Opsi Tampilan

Latar Belakang

Font

Ukuran

Komentar pada bab

Tulis ulasan Status Membaca: C25
Gagal mengirim. Silakan coba lagi
  • Kualitas penulisan
  • Stabilitas Pembaruan
  • Pengembangan Cerita
  • Desain Karakter
  • Latar Belakang Dunia

Skor total 0.0

Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
Pilih Power Stone
Rank NO.-- Peringkat Power
Stone -- Batu Daya
Laporkan konten yang tidak pantas
Tip kesalahan

Laporkan penyalahgunaan

Komentar paragraf

Masuk