Unduh Aplikasi
50% Isteri Kontrak / Chapter 4: Bab 4

Bab 4: Bab 4

"Entahlah.Wafa rasa akak patut kahwin dengan Tengku Rayyan tu ke?"

"Sebelum akak lupa,dia ade buat kontrak untuk perkahwinan kitaorang ni"

"Lah....realiti pun ade ke perkahwinan kontrak ni?Wafa ingat dalam drama je"

"Tulah pasal.Macam budak-budak je"

"Habistu,apa syarat dia"

Aku mendengus.

"Nampak marah je.Kenapa?"

"Wafa tau tak,syarat dia semua berat sebelah je"

"Mana tau.Akak ceritalah"

Aku pun mula bercerita.Lepas aku habis bercerita,Wafa gelak terbahak-bahak.Aku masamkan muka.

"Kenapa gelak?Lawak ke?"

"Tak...syarat dia ni memang menguntungkan dia je"

"dan....macam budak-budak.Teramat"

Wafa sambung gelak lagi.

"Hai Kak.....Asal kau gelak dari tadi ni.Dari tadi Haikal dengar"

Kedengaran suara Haikal di dalam komputer ribaku.

"Haip....Wafa....jangan gatal mulut nak bagi tahu"

Belum sempat Wafa cerita,aku dah potong.

"Bagilah tahu,Kak Sya....Nak tau juga kenapa Kak Wafa asyik gelak dari tadi je"

"Tak payah sibuklah.Ni hal perempuan.Dah...dah...pergi"

Haikal berlalu dengan muka masam.Tak puas hatilah tu.

"Wafa.Akak tutup dululah.Nanti bising Kak Mila tu karang.Akak pergi dulu.Bye"

"Ok.Kalau ade apa-apa masalah,share tau.Bye"

Aku angguk.Kemudian aku tutup komputer ribaku dan letak di meja kecil bersebelahan dengan katilku.

Aku ke ruangan dapur dan pergi ke meje makan.Aku mengambil tempat di depan Kak Mila.

"Sampai pun.Ingatkan nak panggil Tuan puteri turun tadi"

Aku sengih.Aku sedar yang aku lambat turun.Jadi sedialah wahai telinga.

"So....terima tak?"

"Terima apa,Kak?"

Aku pura-pura tak faham.Seboleh-bolehnya aku taknak lagi fikir pasal ni.

"Terima apa lagi.Terima tak yang Tengku Rayyan tu nak buat kau jadi suri hati hidupnya.Rugi kau tolak Sya.Dahlah handsome, kaya,caring,cute.Macam-macamlah ade dekat dia"

"Kalau macam tu,apa kata akak je yang jadi Isteri Tengku tu.Kan senang kerja Sya.Akak pula duduk rumah,goyang kaki"

"Tak bolehlah,Sya.Tengku tu nak kau.Bukan nak akak.Lagi pun mana akak nak letak Abang Zahid kau tu.Meroyan dia karang kalau akak kahwin dengan orang lain"

"Lagi pun....Tengku Rayyan tu sweet apa.Dia siap bagi bunga dekat kau lagi.Bunga mahal pulak tu"

Kata-kata Kak Mila buat aku terkejut.

"Macam mana akak tau yang Tengku Rayyan bagi bunga tu?"

"Ni..."

Dia menghulurkan kad ucapan yang terselit di antara jambangan bunga tersebut.Aku tergamam.

"Kau bacalah ayat yang Tengku ni bagi.

'This rose to my ros'.Fullamak...ayat dia,boleh ketaq lutut wei.Melted dah hati anak dara kalau dengar ni"

Aku buat muka.Kak Milah ni...ketaq tak ketaq,karang aku tetak barulah dia tahu langit tu tinggi ke rendah.

"Haa...buatlah muka tu.Karang turun dekat anak baru tau.Dah...dah...makan"

Aku akur.Aku makan nasi dan lauk yang terhidang di hadapan.

*******************

Hari ni,aku dan Tengku Rayyan keluar untuk beli barang hantaran.Katanya,barang hantaran tu biar dia tanggung je.Memang aku bangkanglah.Aku ni ade keluarga lagi.Malulah.Takkan semua nak suruh Tengku Zati dan Tengku Rayyan je nak buat ni semua.Jadinya,barang hantaran untuk pihak lelaki,biar aku dan keluarga paklong je tanggung.Aku dah maklumkan hal ini kepada paklong sekeluarga.Cumanya kad jemputan belum diedar lagi.Kepada keluarga paklong dan Kak Milah je aku dah edarkan.

"Ros rasa ni sesuai tak?"

Satu lagi perubahan dalam hubungan mereka.Tengku Rayyan dah mula bahasakan dirinya 'abang' dan aku pula dipanggilnya 'Ros'.

Aku pandang beg tangan yang berada di tangan Tengku Rayyan.Cantik.Memang sesuai untuk golongan muda.Lebih-lebih lagi Tengku Rayyan memilih warna kegemarannya iaitu,ungu.

"Cantik.Rekaannya taklah simple sangat dan taklah complicated sangat"

Tengku Rayyan tersenyum puas hati.

"Miss,how much this handbag?"

Soalnya kepada gadis cina yang memang mengikuti mereka sejak mereka masuk kedai ini lagi.

Gadis itu tersenyum.

"It costs four thousand ringgit.This is the latest design.Hot stuff in London but still doesn't reach in Malaysia.This is the only one our store has in Malaysia.The upcoming stocks will be in the next month"

Mak oii.....empat ribu ringgit.Patutlah letak dalam bekas kaca.Aku yang dengar ni pun rasa nak tercekik.Bapak mahal.Sebulan duit gaji aku pun tak mampu nak bayar.Tolak lagi duit minyak.Duit minyak sekarang dah mahal wey...jangan main-main.

Aku pandang pula wajah Tengku Rayyan.

"Okey.I will buy it.Tak adalah mahal sangat"

Tak adalah mahal sangat?!Orang kaya ni memang suka mmbazir duit ke?

Baru sahaja gadis tu nak ambil beg tangan yang berada di Tengku Rayyan,aku halang.Tengku Rayyan pandang aku pelik.

"Mahal lah.Tak payah lah beli mahal-mahal.Membazir je"


Load failed, please RETRY

Status Power Mingguan

Rank -- Peringkat Power
Stone -- Power stone

Membuka kunci kumpulan bab

Indeks

Opsi Tampilan

Latar Belakang

Font

Ukuran

Komentar pada bab

Tulis ulasan Status Membaca: C4
Gagal mengirim. Silakan coba lagi
  • Kualitas penulisan
  • Stabilitas Pembaruan
  • Pengembangan Cerita
  • Desain Karakter
  • Latar Belakang Dunia

Skor total 0.0

Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
Pilih Power Stone
Rank NO.-- Peringkat Power
Stone -- Batu Daya
Laporkan konten yang tidak pantas
Tip kesalahan

Laporkan penyalahgunaan

Komentar paragraf

Masuk