Unduh Aplikasi
100% Suamiku dingin dan authistic / Chapter 6: Bab 6

Bab 6: Bab 6

"Korang....hujung minggu ni kita pergi Mid Valley.Aku rasa macam nak tengok wayanglah"

Aku ketika itu baru sahaja selesai buat kerja sekolah yang diberi.

"Aku on je"

Jawab Ahmad sambil tekun menulis.Tak siap lagilah tu.

"Aku pon on.Ajak Hasrul sekali lah.Baru best pergi ramai-ramai"

Cadangan yang diberi oleh Aqilah aku rasa boleh pakai juga.

"Okey.Set.Sabtu ni kita pergi"

Seketika kemudian aku teringat sesuatu.

"Sabtu ni ade kelas tambahan untuk tingkatan lima tak?Kalau ada, si Hasrul tu tak boleh ikutlah"

"Emm...tadi masa perhimpunan, cikgu kata prep tingkatan lima dibatalkan.Tapi aku tak tau lah kalau cikgu subjek Hasrul ade buat kelas tambahan.Apa-apa kita tanya dia dulu"

Ujar Ahmad sambil ligat menulis.

"Malam ni lah aku call dia"

******************

"Assalamualaikum,bro"

Ujarku sebaik sahaja Hasrul menjawab panggilan aku.

"Waalaikumsalam.Asal?"

"Kau free tak sabtu ni?"

"Emmm...aku rasa free kot.Kenapa?"

"Aku nak hang out lah.Ahmad dengan Qila join.Ni tunggu kau je.Nak ikut tak?"

"Bolehlah.Kau nak pergi mana?"

"Kita pergi Mid Valley je"

"Ok"

Aku rasa ade kelainan dari nada suara Hasrul ni.

"Has...kau kenapa?Asal suara kau lain?Kau sakit ke?Kalau sakit dah makan ubat?"

Kedengaran Hasrul tergelak.

"Sayang juga ye kau dekat aku"

Aku mencebik.Orang tanya dia main-main pula.

"Tak adelah.Aku just stres je nak tunggu SPM ni.Nasib baik kau ajak aku hang out"

"Takkan kau tak keluar rumah langsung kot?"

Aku kehairanan.Selalunya, Hasrul lah yang selalu ajak kitaorang hang out.Ni terbalik pula.Aku yang kena ajak dia.Tapi, aku faham yang dia tak lama lagi menghadapi peperiksaan yang besar.

"Keluarlah.Tapi 2 bulan dari sekarang, aku cuba kurangkan hang out.Karang result entah ke mana, rotan bapak aku yang kena dekat badan aku.Kau faham-fahamlah dengan bapak aku tu"

Aku mengangguk.Eleh...macam lah dia nampak yang aku ni tengah mengangguk.Apalah kau ni Harlisya.

Tapi, memang betullah.Ayah Hasrul ni memang strict gila.Aku pun takut.Ehhh...bukan takut ye, hormat.

"Takpelah.Ni kali terakhir aku ajak kau hang out just nak release tension kau je ye.Okeylah.Aku nak letak fon ni.Berapi dah telinga aku.Masak aku punya telinga.Karang telinga aku cacat, turunlah harga mas kahwin aku"

Hasrul tergelak.

"Yelah, Cik Harlisya ku sayang"

"Bye.Good night"

"Bye.Sweet dreams sayang"

"eeee...geli aku kau panggil aku macam tu.Berdiri tegak bulu ketiak aku"

Kali ni memang Hasrul tergelak terbahak-bahak.

"Yelah...yelah....bye"

"bye"

Terus aku tutup fon.Dari tadi dok bye...bye.Tapi tak tutup-tutup juga.

Aku memerhati bintang melalui balkoni bilik aku.Sejuk gila angin malam ni.Aku cepat-cepat masuk dalam bilik.Sejuknya sehingga menyengat tulang hitam.

**************

"Ni semua kau punya pasal.Itik punya orang"

Kali ni aku memang angin satu badan.Ni semua salah Ahmad.Eeee....geramnya aku dengan dia.

"Salah aku pulak...asal salah aku?"

Aku ketap bibir.Sambil tu kami semua jalan itik.First time aku kena denda.Dahlah aku sorang je perempuan.

"Kalau kau tak pinjam buku aku, aku takkan end up macam ni.Semua salah kau"

"Aku pinjam buku kau je.Apa masalahnya?"

Aku jeling Ahmad yang berada di sebelah aku.Danish pula dah tundukkan muka dia.Malu lah tu.Dah le perasan macho.

"Masalah sekarang ni, buku aku dekat kau.Sekali dengan buku kau, tahu tak!"

"Tahulah.Aku yang pinjam buku kau.Takkan dekat dak Danish pula"

Aku ni tunggu masa nak meletop je.Kami pusing balik ikut jalan yang sama.Nak kata jauh, taklah jauh sangat.Nak kata dekat taklah dekat sangat.Sederhanalah.

Malunya.....itulah perasaan yang dapat aku gambarkan.Semua budak form 2 jenguk kepala tengok kitaorang.

"Kau ni faham ke atau buat-buat tak faham.Buku kau tertinggal.So, maknanya buku aku pun tertinggal lah mangkuk!"

Tak faham bahsa betullah si Ahmad ni.Ahmad gelak je.Aku tahu dia saja je nak kenakan aku.

Finally....sampai pun kelas.Aku cepat-cepat duduk dekat tempat dudukku.Aaahhh...penatnya....Aku ambil botol air lalu minum air sehingga setengah botol.Ini baru satu balkoni je.Buatnya cikgu tu suruh buat satu blok?Bertan-tan air aku minum.


Load failed, please RETRY

Bab baru akan segera rilis Tulis ulasan

Status Power Mingguan

Rank -- Peringkat Power
Stone -- Power stone

Membuka kunci kumpulan bab

Indeks

Opsi Tampilan

Latar Belakang

Font

Ukuran

Komentar pada bab

Tulis ulasan Status Membaca: C6
Gagal mengirim. Silakan coba lagi
  • Kualitas penulisan
  • Stabilitas Pembaruan
  • Pengembangan Cerita
  • Desain Karakter
  • Latar Belakang Dunia

Skor total 0.0

Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
Pilih Power Stone
Rank NO.-- Peringkat Power
Stone -- Batu Daya
Laporkan konten yang tidak pantas
Tip kesalahan

Laporkan penyalahgunaan

Komentar paragraf

Masuk