Unduh Aplikasi
77.14% ketua pengawas vs tunang by miss cs / Chapter 27: Bab 27

Bab 27: Bab 27

WAKTU sudah menginjak ke angka 5 petang. Semua sudah penat. Ada yang cabut lari balik. Tapi budak asrama diminta supaya tidak pulang dahulu. Ada hal mustahak yang ingin disampaikan oleh guru. Jadi terpaksalah kami menunggu walhal badan tak tahan penat dan melekit dengan peluh. Gatal woo!

"Okey, malam ni tak jadi. Ingat semua! Program diganti pada minggu depan. Tapi tak bermakna awak semua terlepas waktu prep. Ia sentiasa ada!" jelas Cikgu Namisah. Semua pelajar mengangguk mengerti. Sesudah itu kami bersurai. Aku mencapai beg dengan perlahan. Ada sesuatu membelenggu fikiran.

"Kau nak kami temankan ke nak pergi sorang?" tanya Iman memahami. Aku terdiam.

"Kalau nak privasi pergi sorang aje. Kalau nak berteman, kami ada." Ujar Wana sambil mengelap muka dengan tuala kecil. Badan serasa melekit dengan peluh yang banyak. Kalau dapat bersiram ni alangkah indahnya. Ditambah lagi berendam lama dalam bathtub. Huh! Tak nak berganjak agakanya dia nanti.

"Aku takut,"

"Tak ada apa yang nak ditakutkan. Dia manusia, kau manusia. Sama-sama orang! Bukan hantu raya!" sempat D buat lawak. Aku mencebikkan bibir. Sempat tu buat lawak! Tak lawak pun actually.

"Mai nak pergi jumpa dia eh?" soal Aisyah di sebelah. Enam pasang mata memandangku tak berkelip. Menunggu jawapan.

Aku menelan liur. "Perlu ke?"

Aisyah mengangkat bahu lalu tersenyum. "Terpulang pada kau. Ikut kata hati. Kalau berat rasa, tak payahlah. Kalau rasa perlu dan mesti diselesaikan, wajib. Lagipun che abang dah suruh tunggu tadikan?" Usiknya. Yang lain tersengih nakal.

"Okey macam ni. Apa kata Syah temankan kau? Lagipun Syah dah kenal Farhan kan? Korang pun sama pengawas and selalu berjumpa. Senanglah. Tak kekok." Cadang Wana. Aku ikut saja katanya. Sebelum berpisah, kami bersalaman.

"Jumpa di aspuri." Wana, D dan Iman berjalan pulang ke asrama.

Aku mengeluh. Mata melingas ke kiri dan ke kanan. Kebanyakan pelajar asrama sudah pulang. Cuma aku dan Aisyah saja yang tinggal bersama dengan beberapa pelajar lain yang tidak dikenali rapat. Nak dating kut mereka ni! Pandangan kembali ke wajah orang sebelah.

"Syah...." panggilku meleret. Aisyah yang sedang memasukkan botol air dalam beg mengangkat wajah putihnya memandangku dengan tanda tanya.

"...teman aku?"

Aisyah mengangguk setuju. Aku? Gugup! Jantung tiba-tiba berdebar kencang! Ya Allah, selamatkanlah hambaMU ini!

"BANYAKKAN latihan. Awak dah cukup bagus saya lihat dari tahun-tahun lepas. Cuma saya mahu awak jaga diri awak. Saya mahukan kemenangan seperti tahun-tahun lepas. Rumah Inderapura pasti berjaya tahun ini!" Cikgu Othman memberi kata-kata semangat kepada atlit-atlit dibawah jagaannya. Apa yang diharapkan ialah kemenangan dan kepuasan bermain. Bila puas main, menang pun puas juga kan. Hati orang juga puas.

"InsyaAllah, cikgu. Kami akan berusaha." Farhan menjawab bagi pihak atlit yang terpilih.

Cikgu Othman, Cikgu Namisah dan Cikgu Tania beransur pulang. Farhan mengemas begnya di Astaka A selepas bercakap sepatah dua kata dengan atlit-atlit yang seangkatan dengannya.

"Untung ler ada 'abang' kita tu dapat jadi atlit lagi untuk tahun ini." Ashraf mengusik.

Farhan mengerling sekilas sambil tangan ligat mengemas segala barang kepunyaannya ke dalam beg Adidas.

Izuan ketawa. "Pembetulan. Bukan untuk tahun ini tapi setiap tahun. Aku rasa pasukan rumah aku kalah tahun ini. Gerenti!" sampuk Izuan membuahkan tawa mereka bertiga.

"Cop! Cop! Apehal ni? Gelak bukan main lagi. Sharelah. Ni mesti ada secret ni kan?" muncul Khairul bersama rakan-rakan sehati sejiwanya. Siapa lagi kalau bukan budak kelasnya.

"Bhai, aku rasa tahun ni tak merasalah kita nak pegang piala. Rumah Indera dah bawa lari dulu." Mereka ketawa terbahak-bahak mendengar kata-kata Ashraf.

Farhan menjeling tajam. Dia masih membisu. Malas nak layan! Telefon bimbit dikeluarkan. Mesej yang berderet dibaca. Salah satu mesej dari puteri comel keluarga menggelikan hatinya namun disembunyikan agar tidak kelihatan. Aina... Aina!

+Abang bila nak alik? Aina ridu cangat-cangat. Abang alik la eh. Nak peyuk abang.

Farhan hampir-hampir melepaskan tawa. Kelakar sungguh baca mesej Aina. Rindu jadi ridu. Balik jadi alik. Peluk jadi peyuk. Hmm... ni mesti bertekak habis dengan Fareez! Sekecil-kecil dirinya, dia sudah pandai menggunakan gajet-gajet canggih. Bayangkanlah, iPad yang baru dibeli papa untuk Fareez dan Farhan telah digunakan oleh Aina terlebih dahulu. Main tekan aje budak kenit tu! Tapi apa yang dia tekan ialah games! Huh, terror jugak dia!

"Haah la. Aku pun rasa macam tu. Haih... ni yang buat aku nak tarik diri. Tak yakin la nak menang. Kalau ada Abang Farhan kita ni, confirm aku paling tercorot. Nun jauh di belakang." Sekali lagi mereka ketawa terbahak-bahak sehingga meleleh air mata.

"Apesal tak yakin dengan kebolehan sendiri? Menang kalah adat pertandingan. Yang penting usaha dan tawakal. Jangan mencampurkan unsur negatif dalam unsur positif. Tak berguna langsung. Cheat!" pesan Farhan tegas. Dia tidak mahu dipandang tinggi oleh rakan-rakannya. Dia hanya manusia biasa. Cuma pangkat yang dipegang jelas menunjukkan dia seorang yang harus dipandang tinggi. Cuma pangkat! Dan mungkin kerana keseriusannya dalam menjalankan tugas membuatkan semua orang menabik hormat padanya. Aye aye captain!

"Bukan tak yakin tapi kurang yakin. Kau pernah rasa tak bila kita berada dalam kalangan orang yang the best, kita mesti rasa rendah diri. Rasa diri tu kerdil sangat. So, peratusan untuk menang semakin berkurangan dan keyakinan merundum laju." Jelas Khairul. Semua angguk setuju. Ada benar apa yang diucapkan oleh pemuda itu.

"Semua manusia sama. Tak ada perbezaan cuma usaha dan keyakinan. Banyakkan latihan dan berdoa kepada Allah. Semuanya ketentuan DIA. Kalau DIA nak bagi kita menang, kita menang. Kalau kalah, kita kalah. So apa yang boleh aku kata, berusaha dan tawakal dan berserah kepada Allah." Nasihat Farhan lagi.

"Aku rasa bila habis belajar nanti kau akan jadi guru kaunseling. Sesuai dengan gaya kau. Tak pun boleh jadi ustaz." Mereka ketawa terbahak-bahak mendengar usikan Putera. Farhan tersenyum nipis. Ada-ada je dia orang ni!

"Jom balik. Badan aku dah melekit dengan peluh. Semua gara-gara kutip sampah." Bebel Aizat disokong Putera, Hakim dan Ashraf. Syafiq tak ada dan mereka tahu sebabnya.

"Okey apa. Setidak-tidaknya kau orang dapat juga pahala. Imej stadium kita terjaga. Dan kau orang sepatutnya berbangga sebab dapat membasmi sampah sarap. Patut muka masuk iklan. Biar semua nampak. Dijadikan contoh." Farhan tersenyum mengusik. Begnya disangkut pada bahu sebelah kanan saja. Tali sebelah kiri dibiar terjuntai. Tangan kiri dimasuk dalam poket seluar. Macho! Awesome! Cool!

Masing-masing mencebik. "Kau je yang cakap. Wartawan tak dengar." Hakim menjuihkan bibir. Farhan ketawa kecil.

"Betul tu. Lagipun berita kita membersihkan sampah kat stadium sendiri tidak berapa menarik jika dibandingkan gosip artis. Kalau ada pun cerita kita, kecik je kotaknya untuk dibaca." Aizat bersuara. Pipi yang gatal digaru. Banyak nyamuk pulak! Nanti aku sembur Ridsect baru tau! Ngeng sana... ngeng sini!

"Itupun kalau ada ruang kosong." Putera pula.

"Betul! Betul! Betul!" kata Hakim seperti Upin Ipin.

Farhan, Izuan dan Khairul ketawa. Muka rakannya tak ubah seperti baru lepas putus cinta. Frust sangat!

"Assalamualaikum," satu suara menyapa membuat mereka kalih pandang. Semua kerut dahi. Namun salam tetap dibalas.

"Eh! Korang tak balik lagi?" soal Khairul pelik bila melihat rakan sekelasnya merapati mereka.

Aisyah tersenyum lalu menggeleng. Dalam pada itu, mata seseorang memerhati gerak gerinya. Aisyah berdeham.

"Kan tadi Farhan ada cakap nak jumpa Mai sebelum balik. Tu yang aku temankan Mai ini." Aisyah mengingatkan.

"Oooo...." mulut membentuk huruf O. Faham! Faham!

"Terlupa pulak." Putera menepuk dahi. Ashraf dan Aizat tidak mengerti. Izuan yang faham mendiamkan diri.

"Hal apa weh?" soal Ashraf pada Farhan. Farhan tidak menjawab sebaliknya merenungku buat aku gerun. Kepala ditunduk merenung lantai Astaka.

"Ikut aku." Ujarnya lalu bergerak ke tempat agak jauh dari kawan-kawannya. Aku membuntutinya perlahan.

"Guys, please bagitahu aku apesal budak tu nak jumpa Farhan? Ada kes ke?" Ashraf tak puas hati.

"Better kau tanya Han sendiri." balas Izuan mendapat sokongan rakan-rakan yang lain. Matanya tajam memerhati Farhan dan tunangan rahsianya itu yang sudah jauh ke depan berdekatan dengan besi pemisah. Mesti hal catur! Farhan ada bilang yang dia telah mendapat seorang pelajar untuk menggantikan empat orang pemain catur untuk MUM di aspura tadi. Izuan pun bertanya siapa dan Farhan menjawab.

"Nur Saffiya Humairah Emran Syakir."

Tersentak kawan itu mendengar. Nama itu seperti pernah didengarnya. Lama sikit baru dia perasan dan ternganga. Itu nama tunang Farhan!! Ada juga dia mengusik sepupunya itu perihal catur dan peribadi namun sepupunya tidak mengendahkan pun. Malah dia mengatakan bahawa dia ada agenda tersendiri. Eleh! Sebenarnya nak cover malu sebab Izuan dapat meneka. Farhan ni dalam diam tau!

Farhan menyandarkan badan ke pagar besi stadium yang memisahkan penonton dan peserta. Tangannya dimasuk dalam kocek seluar trek seperti biasa. Wajah putih bersih tanpa sebarang jerawat itu direnung.

"Hal apa yang nak dibincangkan?" soalnya serius. Pura-pura tidak tahu. Aku mengangkat wajah.

"Aku tak nak join pertandingan catur Minggu Uji Minda." Aku terus bersuara tanpa menghiraukan rakan-rakan yang memandang tunak ke arah kami. Masing-masing cuba untuk mencuri dengar. Tapi tak boleh kut sebab jarak kami agak jauh.

Farhan memeluk tubuh memandang aku atas dan bawah. Aku seram. Tapi dikuatkan semangat. Takkanlah dia nak buat apa-apa pada aku dihadapan kawan dia orang. Ya tak? Kalau dia cuba nak ambil kesempatan, aku tendang tempat kelemahan lelakinya. Baru padan muka!

"Apesal tarik diri?"

"Aku tak minat."

"Apesal tak minat?"

"Aku tak suka."

"Apesal tak suka?"

Aku mendengus geram. "Aku benci dengan chess. So bored!" ujarku sejelas-jelasnya. Farhan tidak menjawab sebaliknya merenungku hingga menimbulkan satu perasaan dalam atma. Perasaan yang sama aku rasai sejak berada di kampung dan kini perasaan itu hadir.

"Kau tak pandai main?" tanya Farhan. Bingo! Tepat sekali! 100 markah untuk anda! Tak payah ambil periksa pun tak apa.

Aku terdiam sebelum bersuara. "Pandai okey tapi aku tak nak masuk!" bohongku.

Farhan tersenyum sinis. "Jawapan seperti nak selindungkan sesuatu." Farhan menekan.

Aku memaling wajah ke sebelah. Dada yang nak meletup cuba ditahan. Cover Mai! Jangan sampai dia tahu!

"Aku tak ada masa nak selindung apa-apa! Pokok pangkalnya sekarang ni aku tak nak masuk! Kau potong nama aku dalam list tu dan cari orang lain!" arahku.

"Aku dah hantar senarai nama peserta catur MUM pada Cikgu Namisah." Ujar Farhan selamba.

Aku ternganga. Oh my....! Aku tak silap dengar ke? "What??!!"

"Dan dia telah pun bersetuju dengan nama yang aku pilih."

Kenyataan yang aku paling benci nak dengar! Bibir diketap. "Kau tak patut buat macam tu tanpa pengetahuan dan persetujuan aku! Aku ada hak nak menentukan sama ada nak masuk atau tak!" bengangku. Ini sudah lebih!

Farhan masih tersenyum. Murah pulak senyum dia hari ini. "Siapa pengerusi catur?" soalnya buat helah.

Aku kerut dahi. "Kaulah!" itu pun nak disoal ke? Walaupun aku tak masuk catur tapi aku tahu apa jawatan yang dia pegang. Dah heboh satu sekolah takkanlah aku buat derk je. Ambil tahulah juga hal tunang sendiri. Tunang? Gulp!

"Jadi apa peranan pengerusi?"

"Boleh pilih sesiapa yang dikehendaki." Jawabku acuh tak acuh. Eleh! Itu pun nak tanya ke? Mengada! Konon bermegahlah. Aku peluk tubuh. Lama sikit baru aku perasan sesuatu. Eh kejap! Aku jawab tu ke? Mata terbeliak besar.

Farhan tersenyum lebar. "Jadi kau dah tahu apa peranan aku. So, kalau aku nak pilih sesiapa yang aku kehendaki, itu bukan masalah kau. Itu kuasa veto aku. Dan kau tak ada hak untuk melarang." Farhan bersuara. Tanpa sedar kami berbual lebih lama daripada biasa.

Aku genggam tangan. Nak je tumbuk manusia depan aku ni! Eee!!! "Aku tetap tak nak masuk!" bangkangku seraya ingin berlalu pergi dari situ. Apa pun aku tak peduli! Nak beritahu cikgu? Silakan! Nak beritahu family aku? Hmmph! Gaya macam ada je nombor telefon! Semua aku tak kira! Yang pasti aku tak nak. Patutnya aku blah aje dari situ tadi. Tak payah nak bertekak dengan mamat tu! Buang masa dan tenaga aje!

Baru dua langkah aku berjalan membelakanginya, kedengaran suara serius dan machonya kembali bergema di corong telinga.

"Kalau kau tak nak masuk, aku akan canangkan satu sekolah yang kau tunang aku!" ugut Farhan tanpa diduga.

Aku buat lipatan maut. Tercengang! Jantung berdegup kencang. Hati resah gelisah. Sungguh tak kusangka yang dia akan berkata begitu. Ini betul-betul Farhankah? Seorang yang suka mencabar? Buat pertama kalinya aku melihat dia sebegini. Selalunya dia serius tapi tak adalah sampai nak cabar mencabar ini. Hanya mata memainkan peranan dan juga senyum sinis. Tapi kali ini memang direct habis! Mata Farhan masih lagi memandang wajahku yang terkejut dengan cabarannya. Siapa menduga Farhan akan buat sesuatu yang diluar jangkaan.

"Jangan kau berani nak cakap apa-apa pun pasal pertunangan kita!" gertakku kasar. Aku merenung matanya tajam. Dalam hati bagai nak pecah! Mama, Mai kena ugut dengan Amirul kesayangan mama!!! Serius aku tak percaya yang bercakap itu Farhan!

Farhan mengesat peluh di dahi sebelum membalas. "Kau tak kenal aku lagi, Maira. Jadi kau tak tahu siapa aku yang sebenarnya. Aku jenis suka mencabar." Ujarnya sinis.

Aku mengetap bibir. Memang silap besar aku masuk sekolah ni. Berjumpa dengan mamat psiko yang terlepas dari Tanjung Rambutan! Terseksa jiwa raga aku bila berdepan dengan dia. Tambahan lagi, dengan status tunang yang dipegang buat aku rasa nak gila. Ya Allah!

"Sekarang kau pilih. Sama ada nak masuk pertandingan tu atau nak terima komen dan respon dari seluruh pelajar sekolah ini mengenai pertunangan kita berdua. I think its better if you choose the second choice. Tapi tak apa. Aku bagi masa untuk berfikir selama 10 saat bermula dari sekarang." Farhan menilik jarum jam ditangan kanannya.

Aku terlopong. Gosh!! Ini bukan kena pilih tapi dipaksa pilih! Apa punya manusia dia ni? Kat kampung bukan main baik lagi tapi kat sekolah perangai macam monster! Sekali bercakap, berapi keluar! Dah tu 10 saat je masa untuk berfikir? Tak rasional betul. Kasilah seminggu ke tak pun paling koman satu hari. Dia ni memang tau!

"7 saat lagi..."

Aku mula menimbang. Nak ke tak? Kalau tak nak, aku terpaksa hadapi satu peristiwa yang serasa bagiku amat perit untuk ditelan. Tapi kalau terima, hati aku tak setuju. Tanpa relahati weh!!! Semua ni mamat poyo bajet bagus + psiko ni punya pasal! Memaksa aje! Cancel terus andaian aku sewaktu di kampung dulu. Semua yang manis terus jadi masam! Bunga yang mekar mewangi terus layu. Tengok! Mai dah mula merepek.

"4 saat berlalu...." Farhan menjelingku sekilas. Dalam diam dia tersenyum. Gelihati dengan wajah gelisah tunangnya itu. Tanpa sedar, hatinya tercuit dengan keletah gelabah Humairah.

"2 saat.... 1 saat.... 0.5 saat.... tam...." belum sempat dia menghabiskan ayat, aku mencelah laju.

"Okey aku setuju." Putusku. Apa nak buat? Dah kena paksa gaya macam tu, terpaksalah aku menerimanya walaupun hati aku memang tidak sebulat-bulatnya mempersetujui. Nampaknya terpaksalah aku berkorban. Ni yang nak nyanyi ni lagu jiwang ni. Berkorban apa saja.... harta ataupun nyawa.... itulah kasih mesra.... sejati dan mulia.... mulalah lagu P.Ramlee berkumandang di telinga. Syok sendiri!

Farhan menunduk menyembunyikan senyuman menawannya.

***

KELAS ADD MATH sudah berakhir. Dah habis, tunggu apalagi? Tutup buku-buku anda kerana nanti ada yang termuntah sebab teringat function-function yang memeningkan kepala otak! Muehehe.

"Girls, today kami tak boleh teman korang balik." Ujar Hakim tanpa disuruh. Mereka kini sudah berada di keliling meja aku dan Wana.

"Apesal pulak?" soalku.

"Hari ni ada mesyuarat pasal takraw. So korang pandai-pandai la balik sendiri okey?" Putera menyampuk.

D menjuih. "Macamlah selama ni kami tak pandai balik sendiri? Kau ingat kami anak ketam ke?" tudungnya yang senget dibetulkan.

Hakim tersengih. "Bukan tak pandai tapi memang tak pandai!" serentak mereka ketawa terbahak-bahak. Syafiq yang baru pulang dari gents kehairanan. Segera dia menerpa kami.

"Oit! Apa cerita ni? Gelak tak hingat dunia?" dia memandang Putera dan Hakim.

"Fiq, amacam perut? Okey dah?" soalku terus lantas memotong Hakim yang baru nak balas.

Syafiq tersenyum sambil menepuk perutnya. "Dah okey dah. Thanks korang sebab ambil berat pasal aku." Sungguh dia terharu. Sebenarnya dia menunggu seseorang yang bertanyakan hal itu tapi tunggu macam pokok durian nak gugurkan buah rambutan! Memang tak la kan?!

"Emm... tak ada hal la. Lagipun kan kita geng. Kalau salah seorang kawan sakit, mestilah kita kena ambil tahu. Mana tahu satu masa nanti kita pula yang sakit, ada juga kawan yang nak tolong kan kan kan?" Iman berceloteh. Choki-Choki dimasukkan ke dalam mulut.

"Thanks again." Syafiq tersengih. Dalam pada itu dia mengerling Wana yang sedari tadi menunduk. Langsung tak angkat kepala. Masa perhimpunan pagi tadi, dia pandang belakang mencari wajah kesayangan. Pabila terpandang seraut wajah yang sedang bergelak ketawa itu, dia jadi tenang. Rasa feeling habislah! Siapa tak rindu dengan pujaan hati beb! Shhh!! Dalam diam. Muahaha.

"Wana, awat hang diam ja? Takkan sebab Fiq ada kat sini hang jadi bisu kut?" usik Iman. Kami tersenyum nakal. Wana terus menulis.

"Mana ada la. Tak ada benda nak cakap. So baik aku diam. Lagi bagus." Jawab Wana selamba. Dia masih menunduk sambil jari menggerakkan mata pen hitam ke buku garis satu. Rangka karangan BM hampir disiapkan.

Semangat Syafiq merundum. Baru ingat nak melepaskan rindu dengan ajak fight! Dia berlalu ke tempat duduknya dengan wajah sedih. Kami yang melihat mengerut dahi.

"Kau ni Wana! Teruk tau! Kesian Fiq!" marah D tiba-tiba.

Wana pelik. "Apesal pulak kau ni?"

"Kau buat Fiq pergi macam tu je? At least tanyalah khabar dia ke apa ke?" Iman pula tidak puas hati.

"Betul! Betul! Betul!" aku buat suara Upin Ipin.

Wana bertambah hairan. "Apesal pulak kena tanya? Dah dia datang sekolah means baiklah tu. Tak ada kerja aku nak busybody. Kerja sekolah melambak minta disiapkan, sibuk nak tengok orang lain." Bidasnya.

"Kau tahu tak muka dia nampak frust + kecewa bila kau langsung tak angkat muka? Aku kenal Fiq la. Dia tu dah ada something-something dengan kau. Kau aje yang buta." Putera mengutuk. Kami mengangguk setuju.

Wana sandar belakang lalu memicit dahi. Serius dia runsing. "Apa kes korang ni la? Aku pening tau tak?" sungguh dia tak mengerti. Tiba-tiba dipersalahkan. Korang tak nampak ke aku tengah buat kerja BM ini hah? Lepas tu tetiba je something-something? Apa benda entah!

Kami mencebikkan bibir. Memang tau! Saja je tu! Sudahnya kami buat hal masing-masing.

Suasana yang mula diam kini menjadi bising bila semua berkerumun ke papan kenyataan depan di sebelah kanan. Aku dan Wana berpandangan. Kening diangkat.

"D, Iman, apa hal?" soalku terus sebaik saja kembar dua ekoq tu duduk di kerusinya kembali.

"Kertas pemberitahuan pasal Hari Sukan dengan MUM." Ujar D sambil menekan bontot Shaker milikku.

"Lah? Habis tu yang duk berkerumun macam lalat tu apesal? Tu semua dah tahu kan?" Wana tercengang bila lihat kawan-kawan perempuan bertolak-tolak di depan.

Iman dan D ketawa kecil. "Cuba teka?"

"Teka apa pulak ni?" sungguh aku malas.

"Alaaa... teka aje."

"Ada gambar?" Wana cuba nasib.

"Betul! Lagi?" Iman dan D angguk.

"Tu je la kan. Apalagi yang nak diteka?"

"Cuba korang teka gambar siapa?" D mula buat perangkap.

Aku dan Wana kerut dahi. Gambar siapa pulak? Mestilah manusia. Ada mata, hidung, mulut. Aku malas nak jawab. Botol air mineral dicapai lalu penutupnya dibuka. Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, air itu perlahan-perlahan masuk ke dalam rongga mulut.

"Emm.... aku rasa macam tahu.... kalau bebudak ni berkerumun macam lalat.... ni mesti ada gambar..... headprefect?" tekanya. Dia mengagak saja. Alangkah terkejutnya aku bila Iman dan D mengangguk laju dengan keterujaan menyerlah di wajah. Nasib baik tak tersembur air. Kalau tak habislah basah memopad aku!

Eee??? Gambar headprefect??? Mangkuk ayun + mangkuk tingkat tu?? Langsung tak ada class la mamat ni! Tayang gambar dekat papan kenyataan setiap kelas? Eeuuuww!!! Ni sengaja nak cari publisiti murahan. Mentang-mentang muka hensem, duk tayanglah pada semua orang. Inilah saya! Saya hensem! Macho! Versatil! Nak nombor telefon? Ada! Silalah email saya. Nanti saya balas email awak. Urgghh!!! Sungguh tak sesuai! Jatuh imej macam tu. Eh! Apesal aku nak kesah pasal mamat bajet bagus tu? Sepatutnya aku kesahkan pasal pertandingan catur MUM tu. Dahlah aku tak tahu apa-apa pasal chess. Dipaksa pulak tu! Hmmpphh! Ni yang nak report dekat Puan Hanani. Biar Farhan kena sesah habis-habisan. Campur lagi dengan leteran Uncle Umar buat aku tersenyum lebar. Padan muka kau! Masa tu aku akan naikkan thumbs up aku banyak kali. Lepas tu buat gaya Mr. Bean berjalan seperti naik turun tangga sambil mengejeknya dan menggelakkan dirinya. Mesti Farhan panas hati. Masa tu akulah yang berkuasa dan dia melutut di kaki aku! Muahahaha. Angan-anganku mati bila semua rakan sekelas merenung aku pelik. Yelah! Siapa tak pelik kalau dah gelak sorang-sorang? Aku menunduk sembunyi wajah. Tangan dilari atas memopad. Malu tak usah cakaplah kan! Rasa nak benam dalam tanah. Oh masa, berlalulah kau dengan pantas!


Load failed, please RETRY

Status Power Mingguan

Rank -- Peringkat Power
Stone -- Power stone

Membuka kunci kumpulan bab

Indeks

Opsi Tampilan

Latar Belakang

Font

Ukuran

Komentar pada bab

Tulis ulasan Status Membaca: C27
Gagal mengirim. Silakan coba lagi
  • Kualitas penulisan
  • Stabilitas Pembaruan
  • Pengembangan Cerita
  • Desain Karakter
  • Latar Belakang Dunia

Skor total 0.0

Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
Pilih Power Stone
Rank NO.-- Peringkat Power
Stone -- Batu Daya
Laporkan konten yang tidak pantas
Tip kesalahan

Laporkan penyalahgunaan

Komentar paragraf

Masuk