Unduh Aplikasi
9.09% Di mana aku sekarang? / Chapter 4: Hari pertama di sekolah

Bab 4: Hari pertama di sekolah

Hari pertama Rin di sekolah bermula. Bunyi jam locengnya membangunkan Rin tepat jam 5 pagi. Dia segera bersiap. Dia kemudiannya mengambil sarapan bersama-sama cik Kagamine di kafe.

"Eh, Rin. Awal bangun hari ini?"

"Takdelah neesan. Macam biasa je." sambil mengambil jem untuk disapukan pada roti.

"Nah dua kopi latte." kata Tsumiki Akiha.

"Eh, Senpai? Tak pergi sekolah ke?" tanya Rin khairanan.

"Mestilah pergi. Saya ada bawa baju ganti kat sana tu. Sekejap lagi saya jalan. Nak jalan sama-sama?"

Melihat situasi itu, cik Kagamine meminta diri dan berpura-pura tertinggal sesuatu di rumahnya.

"Neesan. Arigatou!" bisik hati Rin.

Rin mengangukkan kepala tanda setuju. Tsumiki-san tersenyum gembira. Sebaik sahaja Tsumiki bersiap mereka berjalan bersama-sama ke sekolah yang tidak jauh dari situ.

"Emm, boleh tanya? Awak pernah tinggal di sini ke sebelum ni? Sebab, muka kamu macam biasa nampak." kata Tsumiki-san memecahkan suasana dingin.

"Eh, ye ke? Hmm, mungkin.. Tak ingatlah." kata Rin.

"Goodluck, ini hari pertama kamu bersekolah di sini kan."

"Ye arigato." Rin tersipu malu.

Semasa mereka sedang berjalan, mereka tidak menyedari yang mereka telah diekori oleh seseorang dari kafe lagi. Dia mengambil walkie-talkienya.

"Tuan, saya telah mengenalpasti sasaran. Apa yang saya perlu buat?" kata lelaki tersebut sambil perlahan-lahan mencapai pistolnya.

"Bagus, cukuplah untuk hari ini. Kembali ke pengkalan sekarang." balas seorang lagi lelaki dari walkie-talkie sebelum talian diputuskan.

Lelaki tersebut menghilangkan diri ke lorong kecil.

Rin menoleh ke belakang dan berasa agak curiga dengan lelaki tersebut tetapi dia tidak menghiraukannya dan meneruskan perjalanan ke sekolah.

"Kelas, kita akan menerima pelajar pertukaran dari Malaysia. Sila perkenalkan diri." kata cik Kagamine yang merupakan guru kelas 1-B.

"Nama saya Kagamine Rin. Selamat berkenalan."

Seluruh kelas gempar dengan kedatangan Rin kerana mereka tidak mengetahui bahawa sensei mereka mempunyai anak buah.

"Rin sila ambil tempat duduk kamu. Kelas sila berikan tunjuk ajar kepada Rin."

"Sensei! Ni anak sensei ke?" kata salah seorang pelajar.

"Mana ada! Saya masih bujang lah. Sudahlah kelas, buka buku teks kamu."

Rin mendapat tempat di belakang sekali berhampiran dengan tingkap.

Masa rehat tengah hari telah tiba dan dia telah dikerumuni oleh ahli kelas tersebut. Dia mengenali 2 orang pelajar iaitu Minori Aoko dan Akira Claudea.

"Rin, tak sangka kita satu kelas kan." kata Minori Aoko.

"Tak heranlah dia kan anak buah sensei." kata Akira Claudea.

"EH!!!" kata pelajar yang mengerumuni Rin.

"Kamu berdua kenal dia lebih awal. Mana adil." kata salah seorang pelajar.

"Saya minta diri dulu."

Tanpa menghiraukan keriuhan di dalam kelas, Rin keluar untuk pergi ke kafeteria.

Secara tidak sengaja seorang perempuan telah berlanggar dengannya. Mereka berdua terduduk di lantai. Rin dengan segera berdiri.

"Aduh." kata perempuan itu.

"Awak tak apa-apa?" kata Rin sambil menghulurkan tangan.

Semasa perempuan tersebut ternampak muka Rin dia berasa sangat terkejut. Dia dengan segera meminta maaf dan melarikan diri.

"Kenapa dengan dia tu?" bisik hati Rin.

Rin mengambil teg nama perempuan tersebut yang tertnggal. Okumura Jun? Ingatannya terganggu. Rasa sakit kepala Rin kembali.

"Ehh. Rin? Kenapa dia ada di sini?" kata perempuan tersebut.

Rin tiba di cafeteria. Suasana di sana umpama perperangan.

"Nampaknya tak makanlah saya hari ni." bisik hati Rin.

Dia menyedari yang dia ditenung oleh seorang perempuan. Rin tak berapa mengamati ciri-ciri perempuan tersebut.

"Dia seolah-olah meminta pertolongan saya." kata Rin. "Hmm.. apa salahnya tolong orang kan." Rin kemudian mengharungi lautan manusia untuk membeli sesuatu.

Setelah berberapa kali hanyut akhirnya dia berjaya membeli dua bungkus sandwich. Dia kemudian menghampiri perempuan tersebut dan menghulurkan sandwich yang dibelinya tadi.

"Eh awak?" kata mereka berdua terkejut kerana mereka tidak menyangka akan berjumpa lagi.

Perempuan tersebut ialah yang telah melanggar Rin tadi. Belum sempat melarikan diri Rin telah menangkap tangan perempuan tersebut.

"Awak terjatuhkan ni tadi." kata Rin sambil menghulurkan teg nama. "Awak Okumura Jun kan. Nama saya Rin. Selamat berkenalan."

"Rin. Kamu betul tak ingat saya ke?" kata Okumura Jun kehairanan.

"Eh? Tadi first time saya jumpa dengan awak.... rasanya." balas Rin

"Sesuatu tak kena ni." kata Okumura-san. "Ikut saya." sambungnya sambil memimpin tangan Rin.

"Eh. Bumbung sekolah? Bukankah ni tempat larangan? Ataupun kamu nak...." kata Rin curiga.

"Bukanlah...Rin no Ecchi!" nafi Okumura-san. "Saya nak cakap dengan awak tentang sesuatu yang orang lain tak boleh dengar. Rin kamu ingat lagi tak tahun lepas awak dapat Saber." riak muka Okumura bertukar serius.

Saber adalah item drop dari boss Aries di Elguard Online.

"Ye .. Eh? Awak main Elguard online juga? Tapi macam mana awak dapat kenal saya? Saya tak ingat pun saya pernah video chat dengan sesiapa."

"Bukanlah, awak betul2 tak ingat ke? Kita ialah Tester untuk teknologi yang dibangunkan oleh ibu bapa awak." Okumura-san bersungguh-sungguh cuba mengingatkan Rin.

"Eh. APA! Ibu bapa saya??"

"Awak betul2 tak ingat? Susah ni."

Tiba-tiba loceng berbunyi menandakan masa rehat telah tamat.

"Rin, jumpa saya esok, masa rehat di sini."

"Eh, awak kelas mana?" Tanya Rin."1-A. Jumpa esok."

Rin pun bergegas ke kelas.

"Rin! Awak ni buat kami risau je." kata Minori.

"Saya ingat awak sesat entah kemanalah tadi. Puas saya cari awak tau." sambungnya.

"Hmm.. Rin, baru hari pertama dah pikat ramai perempuan eh." kata Akira.

"Apa maksud awak?"

"Eh, pura-pura lagi tak tau. Tadi pagi jalan sama-sama dengan Tsumiki-senpai, rehat tadi pula berpegang tangan dengan Okumura-san." kata Akira-san dengan nada mengusik.

"Rin! Betul ke ni?" kata Minori-san.

"Mana ade lah. Semua tu kebetulan.. kebetulan." kata Rin nervous.

"Kelas berdiri." arah ketua kelas. Guru untuk kelas Bahasa Jepun telah tiba. Perbualan mereka terhenti di situ.


Load failed, please RETRY

Status Power Mingguan

Rank -- Peringkat Power
Stone -- Power stone

Membuka kunci kumpulan bab

Indeks

Opsi Tampilan

Latar Belakang

Font

Ukuran

Komentar pada bab

Tulis ulasan Status Membaca: C4
Gagal mengirim. Silakan coba lagi
  • Kualitas penulisan
  • Stabilitas Pembaruan
  • Pengembangan Cerita
  • Desain Karakter
  • Latar Belakang Dunia

Skor total 0.0

Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
Pilih Power Stone
Rank NO.-- Peringkat Power
Stone -- Batu Daya
Laporkan konten yang tidak pantas
Tip kesalahan

Laporkan penyalahgunaan

Komentar paragraf

Masuk