Unduh Aplikasi
78.57% Sfera / Chapter 33: Nasi Lemak dan Satu Juta Pertama

Bab 33: Nasi Lemak dan Satu Juta Pertama

Awal-awal pagi lagi, Diana menghubungiku bertanyakan tempat yang sesuai untuk kami berjumpa. "Tidak kisah" kataku kepadanya. Lalu, Diana mencadang Nasi Lemak Kampung Pandan sebagai tempat untuk kami bertemu dan dapat bersarapan bersama. Aku bersetuju dengan pilihannya. Beberapa ketika kemudian, Daniel menghubungiku. Dia benar-benar risau dengan janji temu kami. Dengan penuh teliti, dia bertanya apa yang ingin aku soal kepada Diana. Setelah berpuas hati, dia mengucapkan selamat dan berharap pertemuanku dengan Diana akan membuahkan hasil yang baik untuk Hey.

Kali ini, aku tiba awal di gerai Nasi Lemak Kampung Pandan. Ianya memang satu tempat tumpuan untuk sarapan pagi. Pada waktu petang, ramai orang akan datang untuk membeli kuih-muih, jagung rebus dan goreng pisang. Menurut Diana, dia akan datang bersendirian. Dia akan mengambil teksi dari hotel tempat dia menginap.

Di sekelilingku, beberapa warga kota sedang asyik menikmati makanan yang dipesan sambil berbual. Daripada apa yang aku dengar, kebanyakannya bercakap tentang kerja. Kebanyakkannya makan dengan kadar segera, mengejar masa yang tinggal sebelum waktu kerja bermula. Hanya beberapa sahaja yang kelihatan tenang makan sambil membaca surat khabar. Shif kerja mereka semestinya bermula lewat berbanding kumpulan pertama tadi. Beberapa orang yang berumur juga kelihatan. Mereka berbual dengan penuh semangat. Ku kira mereka semua adalah pesara yang masih aktif memperkatakan tentang isu-isu semasa.

"Hendak pesan apa?" Tanya seorang lelaki yang dari tadi sibuk mengambil pesanan. Aku tersenyum. Kemudian mataku liar mencari kalau-kalau bayang Diana muncul.

"Beri saya Nasi Lemak dan Teh Tarik" Diana yang aku tunggu masih belum ada. Aku memesan dua menu itu kerana tidak enak duduk-duduk lama di situ tanpa memesan apa-apa.

"Okey!" sambut lelaki itu. Beberapa ketika kemudian. Dia kembali membawa menu yang aku pesan.

Baunya memang membuka selera. Baru sahaja aku ingin menyuap Nasi Lemak yang telah sedia terhidang, bahuku ditepuk. Walaupun terkejut, aku tidak menunjukkannya dengan jelas.

"Diana." kataku perlahan apabila Diana mengambil tempat dan duduk dihadapanku. Dia muncul dengan wajah mulus tanpa secalit solekan. Orang ramai yang berada di situ memerhatikan Diana. Masing-masing yang berada di situ, memandang Diana dua hingga tiga kali. Tanpa eyeliner yang selalu digunakannya setiap kali muncul di khalayak, agak sukar untuk mengecam Diana. Barangkali, mereka menyangka dia adalah pelanduk dua serupa, bukan Diana Sinclair yang sebenar.

Tanpa banyak bicara, Diana memesan Nasi Lemak dan air teh tarik. Menu yang serupa denganku. Diana tidak banyak bicara ketika makan, dia menghabiskan nasi lemak itu sehingga habis. Apabila sudah habis, dia memesan kuih. Aku pula, memesan satu lagi pinggan lagi Nasi lemak. Diana hanya melihat. Tidak memberi apa-apa komen.

"Are you a morning person?" Diana bertanya padaku.

"Yes." aku menjawab dengan mulut yang penuh dengan nasi lemak.

"Awak pula?" tanyaku pada Diana semula.

Aku tidak tahu kenapa Diana bertanyakan soalan itu kepadaku. Tetapi apabila Diana mengatakan yang dia 'morning person'? Agak sukar untuk aku mempercayainya. Sebelum saat itu, aku selalu menyangkakan yang dia suka berjaga sehingga larut malam.

"Jadi sudah berapa lama awak tinggal di sini?" tanya Diana.

"Tujuh tahun"

"Lama juga"

"Ya. Tetapi sekejap sahaja rasanya. Terasa baru sahaja mendaftar di kolej"

"Jadi awak sukakan bandaraya ini?"

"Ya. Saya sukakan semuanya. Bangunan, lebuhraya, state of mind dan orang-orangnya"

"Jadi, apa yang boleh buat awak tinggalkan Kuala Lumpur?"

"Sesuatu yang saya suka. Yang saya minati"

"Oh. Seperti apa?"

"Hollywood...." kataku sambil ketawa. Tiba-tiba seorang lelaki datang ke meja kami dan memberikan kami pamlet BSN Prudential.

"Cik sudah ada insuran atau pun takaful?" tanya lelaki itu.

"Ada."

"Oh. Begitu. Syarikat mana?"

"BSN Prudential inilah. Saya bayar RM 150 sebulan" kebetulan Ally pernah memberitahu aku tentangnya. Dia juga menyumbang RM 150 sebulan kepada syarikat takaful berkenaan.

"Okey. Mungkin Cik berdua boleh beri pada yang berminat. Keluarga atau kawan-kawan mungkin?"

"Okey. Nanti saya syorkan pada mereka."

Aku mengambilnya dan menyimpannya di dalam beg. Selepas mengucapkan terima kasih, aku menyambung semula santapanku.

"Betulkah awak sudah melanggan plan takaful ini dengan mereka?"

"Tidak. Saya cakap begitu supaya dia segera beredar"

"Oh" Diana tertawa mendengar pengakuanku " Tetapi awak tidak pernah terfikir untuk mengambil satu?"

"Saya pernah terfikir mengenainya. Tetapi tidak tahu bila hendak bermula. Faham-faham sahajalah. Terlalu banyak yang hendak dibayar sekarang"

"Lebih baik awak mula awal. Saya ada satu plan yang terbaik untuk awak. Saya ada nombor telefon dia kalau awak mahu"

"Woah! Kenapa awak nampak bersemangat sangat? Jangan beritahu saya yang awak akan dapat komisen kalau awak berjaya pujuk saya untuk ambil plan takaful itu"

"Tidak. Awak tidak akan dapat komisen. Kawan saya yang akan dapat.

"Okey. Nanti saya fikirkan"

"Jangan ambil hati dengan apa yang saya hendak katakan ini, tetapi jika awak tiada RM100000 di dalam bank, ini adalah satu kemestian."

"Bagaimana jika saya sudah ada RM 100000? Katakanlah saya menang hadiah tempat pertama dalam memancing?" aku sendiri tidak tahu kenapa aku boleh bercakap tentang memancing. Ia kedengaran agak lucu.

"Hahaha. Mustahil. walaupun awak sudah ada duit sebanyak itu di dalam bank. Awak masih perlukan plan seperti ini dan teruskan menambah simpanan. Tidak salah jadi tamak. Asalkan tidak menghuru-harakan hidup orang lain" jelas Diana. Aku kira, Diana seolah-olah menyambung topik yang kami katakan pada malam sebelumnya.

"Okey Diana. Apa kata kalau kita sambung apa yang kita bincangkan semalam" aku segera membawa Diana ke arah yang ingin aku tujui. Aku mula merasakan di saat itu, posisiku berubah. Bukan aku yang menemuramah Diana, tetapi Diana yang menyoalku dengan bermacam-macam pertanyaan.

"Okey di mana kita patut bermula?" tanya Diana.

"Kita bermula dengan bagaimana awak mendapatkan satu juta pertama?"

"Satu juta pertama? Itu tidak menarik. Bagaimana jika saya beritahu awak cara saya dapatkan 'setengah juta pertama' kerana dengan 'setengah juta pertama', saya bukan sahaja mengembangkannya kepada satu juta, tetapi lebih dari itu.

"Dalam kata lain, satu juta yang pertama tidak pernah wujud?"

"Jika awak mahu katakannya begitu. Ya. Ia memang tidak pernah wujud"

"Okey. Kalau begitu, beritahu saya bagaimana?"

"Saya ada satu rahsia yang tidak ramai orang tahu. Setengah juta pertama saya diperoleh dari jualan nasi lemak dan goreng pisang"

"Betulkah!" mataku jelas menbundar ketika itu. Bagaikan tidak percaya denga apa yang Diana katakan.

"Ya. Tidak ramai yang tahu tentangnya, ketika itu saya mengupah seorang lelaki yang masih lagi belajar ketika itu untuk menjualnya. Dari sumber itulah saya kembangkan perniagaan saya yang lain"

"Toy boy?"

"Tidak! Boleh tidak awak jangan melencong ke situ?" kata Diana. Nadanya seperti marah. Tetapi dia tersenyum-senyum.

"Okey. Maafkan saya. Um.. Ianya satu perkara yang menarik. Tetapi saya masih hendak tahu tentang lelaki itu."

"Oh menyesalnya saya beritahu tentang dia. Okey apa yang awak hendak tahu lagi?"

"Apa yang terjadi kepada lelaki itu sekarang?"

"Dia baru sahaja tamat belajar. Dia hendak cari peluang baru. Tidak akanlah dia mahu bekerja selama-lamanya dengan saya. Sekarang ini kawan-kawannya yang menyambung kerja-kerjanya. Nasib baik"

"Maksudnya. Awak masih lagi teruskan perniagaan itu?"

"Ya."

"Kenapa tidak bawa saya ke sana sahaja? Di mana tempatnya Diana?"

"Awak baru sahaja makan nasi lemak itu"

Aku terkejut tidak terkata, tidak aku sangka, Nasi Lemak Kampung Pandan yang menjadi tumpuan orang selama ini adalah milik Diana Sinclair. Diana mula bercakap bagaimana dia mengembangkan sayap kiri dan kanannya selepas berjaya mengumpul dana dari jualan nasi lemak dan goreng pisang itu, pertemuannya dengan bekas suaminya Mirza Adam Sinclair dan cabaran yang dilalui. Dari situ dia mula bercakap tentang wang dan disiplin terhadapnya.

"Sukar Diana. Sukar. Harga barang tidak akan pernah turun, nasihat awak tentang disiplin wang amat sukar dilakukan"

"Ia adalah sesuatu yang amat sukar dilakukan. Lebih-lebih lagi kelas pertengahan sebaya awak yang baru hendak merasa duit. Pada usia begini, sukar untuk bezakan apa yang perlu didahulukan"

Diana menyambung bicaranya, dia mula bercakap tentang kapitalisme dan realiti di sebalik kepingan-kepingan kertas yang aku simpan di dalam dompetku selama ini. Topik ini sebenarnya agak asing bagiku. Namun, kerana ianya begitu asing, aku merasakan amat penting bagiku untuk bertanya dan bertanya lagi kepada Diana. Diana nampaknya tidak lokek untuk berkongsi. Dia memberitahu aku secara terperinci bagaimana untuk mengawal situasi dan cuba mengelak dari dikawal oleh situasi. Namun, lama-kelamaan dia seperti bosan untuk memperkatakannya. Mungkin juga dia tersedar yang dia telah memberi terlalu banyak maklumat kepadaku.

"Diana. Are you dating anyone right now?" aku menukar topik. Diana tersenyum mendengar soalan itu. Dia tidak segera menjawab. Mungkin cuba mencari idea bagaimana untuk lari dari menjawab soalan ini.

"Awak boleh simpan rahsia?"

"Ya" aku mengangguk pantas. Teruja untuk mendengar jawapan Diana

"Apa jaminan awak?"

'Jaminan? Jaminan?' Diana cuba membunuhku dengan soalan itu.

"ummmmm...." aku teragak-agak untuk menjawab. Dalam kata lain. Aku tiada jaminan untuk menjawabnya.

"Sudah! Biar saya beritahu awak"

"Sebenarnya saya sedang asyik bermesej dengan seseorang yang um... Dia ada kena mengena dengan bisnes komputer dan internet"

"Bill Gates?"

"Wow! Jauh sungguh! Dia suami orang okey!"

"Hahaha! Saya main-main sahaja tadi. Jadi siapa?"

"Johan..."

"Johan? Johan Anuar?" aku cuba meneka. Begitu teruja kerana aku sangkakan khabar angin tentang mereka tidak benar. Diana mengangguk-anggukkan kepalanya. Dia seperti malu-malu untuk menyebut nama itu, Johan Anuar adalah satu nama yang sedang hangat diperkatakan. Dia menjadi kebanggaan rantau ini apabila membangunkan perisian pejabat yang sedang diguna pakai di seluruh Asia Tenggara. Sudah semestinya ramai yang sedang berkira-kira berapa banyak yang diperolehnya dalam setahun. Tidak kurang juga ada yang cuba mengira berapa jumlah perolehannya dalam satu jam.

"Jangan lepaskan yang ini okey."

"Kenapa pula?"

"Yang ini hot Diana! Ada rupa, bakal berharta banyak, berkarisma..."

"Awak pernah jumpa dia?" tanya Diana sebelum sempat aku menghabiskan diskripsiku tentang Johan.

"Tidak" aku menggeleng-gelengkan kepalaku.

"I would imagine maybe we will look good on paper and magazine but it takes more than that. If you know what I'm saying"

"So you are not serious about this one?"

"I can't say much. We just met for 13 to 15 times. I can't remember and most of the time me communicate using phone, sms, We Chat.. Duh..duh..duh.. Duh. You can't consider it as a serious relationship.."

"But it is a good start.. A very good start"

Diana terdiam. Dia nampaknya sedang memikirkan sesuatu.

"Bagaimana gosip tentang atlit-atlit dan taiko-taiko di Miami itu?"

"I met them. I admit. But relationship? Ah! Pay no attention to what they write. It just rumors. It's just good for my corporate image you know."

Nampaknya Diana sedang memberitahu aku sesuatu tentang mainan psikologi. Sekarang aku dapat meneka sesuatu tentang Diana Sinclair. Bagaimana dia membina reputasinya dan cara dia membuatkan orang berasa gerun dengannya. Segala-galanya tentang association.

Topik tentang perhubungan ini membuatkan Diana banyak berdiam diri. Dia hilang kata-kata. Seperti ada sesuatu yang difikirkannya.

"Sebenarnya Marina..." setelah kami duduk diam untuk beberapa ketika, Diana memulakan bicaranya. "Saya masih teringatkan Mirza. Susah untuk melupakan dia.

Kami berkenalan selama dua tahun. Kemudian berkahwin selama empat tahun. Saya tidak sangka ianya boleh berakhir.

"Dia wujud lama dalam hidup awak. Memang sukar untuk awak lupakan dia bukan?"

"Ya."

"Awak membuat pengumuman di dalam YouTube tentang pertunangan awak dan Mirza dahulu. Awak ingat?"

"Ya. Nampak bodoh bukan? Oh. Tolonglah. Saya tidak mahu tahu apa yang orang cakap mengenainya. Pasti saya dikutuk kaw-kaw"

"Sebenarnya saya faham. Apa yang awak buat sebenarnya orang lain buat juga. Saya tidak boleh merahsiakannya. Saya perlu tunjukkan kepada semua. Sebagai manusia, tidak cukup dengan hanya memiliki seseorang yang menyayangi kita. Kita juga mahu pastikan semua orang tahu mengenainya. Kita mahu orang tahu yang kita diminati dan diinginkan"

"Ya. Semua orang melakukannya. Cuma saya public figure, saya sudah terbiasa dengan kamera. Apa-apa pun saya akan ke kamera juga" terang Diana. Sekali lagi dia termenung panjang.

"Bagaimana pula dengan awak Marina?"

Soalan Diana membawa aku kembali bercerita tentang Norman sejak lama tidak terkeluar nama itu di bibir. Sepanjang aku bercerita, Diana mendengar dengan tekun. Entah kenapa, aku berasa begitu selesa dengan Diana sehingga aku mula bercerita tentang Daniel dan Syam.

"Jadi sekarang hanya ada Syam. Awak mahu teruskan dengan dia?"

Aku membiarkan jawapan itu tidak berjawab. Diana pula tidak memaksa aku untuk memberi apa-apa jawapan.

"Kadang-kadang kita sengaja dipertemukan dengan orang yang akan mengajar kita sesuatu. Mereka akan mengajar kita secara tidak langsung untuk menyayangi dan mengenali diri kita" terang Diana

"Menyayangi diri sendiri memang bagus. Tetapi kalau tidak berhati-hati ,menyayangi diri sendiri boleh buat orang fikir dunia ini mereka yang punya."

"Janganlah pula terlalu ekstrem. Macam yang saya cakap tentang ketamakan, jangan sampai susahkan orang. Saya tidak tahu sama ada pendapat saya ini betul atau pun tidak. Tetapi dari pengalaman dan pemerhatian saya, kita perlu menyayangi diri kita dahulu. Barulah kita dapat menyayangi orang lain. Kemudian mereka dengan sendirinya akan senang dengan kita. Mereka akan melihat kita sebagai satu cahaya atau satu energi yang menyenangkan dan cuba untuk menyayangi diri mereka. Mudah sahaja bagi saya. Cuma tidak ramai yang tahu tentangnya. Ramai pilih untuk jadi terlalu reaktif. Lagi-lagi yang muda"

Kompleks. Apa yang dikatakan oleh Diana itu adalah satu putaran yang kompleks. Namun, aku faham apa yang cuba disampaikan. Cuma, ianya sukar untuk aku terangkan dalam bahasa yang mudah.

Habis bercakap tentang cinta, aku bertanya Diana tentang perihal dirinya yang dilabel sebagai agent provocateur.

"Kenapa ada sahaja kontrovesi dengan apa yang awak lakukan?"

"Bukan semua. Hanya beberapa sahaja. Yang lain....."

"Ada yang kata awak sengaja memperkatakan tentangnya untuk melariskan karya-karya awak. Di dalam satu blog ada yang mengatakan awak meniduri orang yang melabur untuk projek awak. Jadi, awak akan menghentam orang yang menjadi musuh lelaki berkenaan di dalam karya awak. Pada mulanya, aku takut untuk bertanyakan soalan itu, tetapi Diana menjawab ringkas

"Kalau betullah.." dia ketawa. "Alangkah bagusnya"

"Saya tulis apa yang saya mahu. sebelum ini saya selalu menyimpan apa yang saya tahu untuk diri saya, di dalam kepala saya, di dalam diari dan juga di dalam buku skrap yang saya letak di bawah bantal. Tetapi satu ketika saya beritahu, apa salahnya jika saya kongsikan kepada semua orang. To me those words have to travel dan saya tahu ada sesetengah perkara akan diperkatakan dan disensasikan. Jadi apa yang boleh saya buat? Saya memang mahu memperkatakannya. Tidak akanlah saya akan hanya bercakap tentang bunga, coklat dan air kotak sahaja sepanjang karier saya" Diana merujuk kepada karya pertamanya yang berkisar tentang cinta pertama serta obsesi bunga , coklat dan air kotak.

"Jadi setelah mencapai apa yang awak ada sekarang, apa lagi yang ingin awak capai?"

"Susah hendak cakap Marina. Dahulu orang tidak mengenali saya. Saya ingat segala-galanya akan cukup dan saya boleh berhenti. Tetapi tidak. Kita pasti hendak membuktikan siapa kita kepada orang"

"Awak tertekan dengan semua ini?"

"Lebih tertekan kalau saya tiada apa-apa. Saya tidak tahulah. Saya tidak boleh mengeluh sebab saya yang pilih jalan ini"

"Awak gembira?"

"Siapa yang benar-benar gembira dalam hidup? Cuba beritahu saya. Setiap orang ada cabarannya. Awak dan saya. Sama sahaja. Beza hanya pada kemasyuran dan wang yang saya miliki"

Pertemuan kami berakhir apabila Diana dihubungi oleh seseorang dari syarikatnya. Ada urusan penting yang memaksanya pulang semula ke Amerika pada lusa. Aku fikir, ini adalah orang terbaik yang pernah aku temuramah. Inspirasi yang diberi padaku umpama satu magis. Aku dapat rasakannya sebaik sahaja kami bersalaman dan berpelukan sebelum berpisah. Tubuhnya seperti mengalirkan satu tenaga kepadaku.

Sebelum berpisah. Diana membisikan kepadaku sesuatu.

"Everyone needs an Icon"

Malam itu juga, aku menyiapkan ruangan khas Diana Sinclair. Aku berjanji untuk tidak mendedahkan beberapa perkara yang dikongsikan oleh Diana denganku. Katanya, ia akan menghancurkan mistik dan karismanya di mata masyarakat. Sebaik sahaja aku selesai, Daniel menghubungiku.

"Bagaimana dengan Diana Sinclair?"

"Saya sudah siapkan artikelnya"

"Jadi bagaimana awak rasa? Adakah ia akan menyelamatkan Hey pada bulan ini"

"Jualan kita kali ini akan jadi satu sejarah dalam penerbitan!"

Daniel hanya ketawa mendengarnya. Dia menyangkakan yang aku hanya bergurau dan barangkali hanya berharap apa yang aku katakan bakal menjadi realiti.


Load failed, please RETRY

Status Power Mingguan

Rank -- Peringkat Power
Stone -- Power stone

Membuka kunci kumpulan bab

Indeks

Opsi Tampilan

Latar Belakang

Font

Ukuran

Komentar pada bab

Tulis ulasan Status Membaca: C33
Gagal mengirim. Silakan coba lagi
  • Kualitas penulisan
  • Stabilitas Pembaruan
  • Pengembangan Cerita
  • Desain Karakter
  • Latar Belakang Dunia

Skor total 0.0

Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
Pilih Power Stone
Rank NO.-- Peringkat Power
Stone -- Batu Daya
Laporkan konten yang tidak pantas
Tip kesalahan

Laporkan penyalahgunaan

Komentar paragraf

Masuk