Unduh Aplikasi
27.35% cempaka dirembulan / Chapter 29: jangan biar lelaki lain sentuh.

Bab 29: jangan biar lelaki lain sentuh.

cempaka menyusun bekas bekal untuk dibawa kepada ikran ke dalam beg khas. senyuman manja terhias di bibirnya.

pin..pin...

bunyi hon teksi yang dihubunginya sebentar tadi sudah sampai. cempaka cepat-cepat bersiap.

" mak pah.. mario.. saya keluar dulu.. ada apa-apa hal call nombor saya ya.." pesan cempaka berlalu keluar.

" wisma tid kota k." maklum cempaka sambil tangannya sibuk menaip pesanan whatapps untuk nazim. memaklumi nazim akan kedatangannya.

" tuan.. puan on the way.." maklum nazim membuka pintu bilik pejabat ikran tanpa mengetuk dahulu.

ikran yang bersandar malas sambil menghisap rokoknya mengangguk.

" saya tunggu puan dekat bawah.." nazim meminta diri dan memahami akan anggukan tuannya. dia berlalu menutup pintu pejabat ikran kembali.

ikran memusingkan kerusinya mengadap jendela luas di sisinya yang memaparkan panorama pertukaran waktu dari senja kepada malam. neon-neon mula terpasang. inilah suasana dari dalam pejabatnya yang paling dia suka nikmati. satu kepuasan padanya apabila memerhati dengan matanya sendiri panorama ciptaan tuhan ini.

cempaka menuruti langkah nazim. dia dapat melihat suasana yang kelam kabut di dalam pejabat. semua orang seperti tekun bekerja. bagaikan ada ribut yang bakal menjengah.

" nazim.. dah pukul 7 lebih.. kenapa masih ramai lagi staff bekerja?" tanya cempaka pelik. selalunya pekerja pejabat yang normal,pukul 5 atau 6 petang,semuanya sudah selamat balik.

" mood big boss tak berapa baik sejak dua menjak ni.. " jujur akui nazim.

" jadi semua staff kena kerah siapkan laporan projek masing-masing sepantas yang mungkin." sambung nazim lagi dalam nada mengadu nasib.

cempaka mengangguk faham. kasihan staff tid sekalian.

" kak ipar..." sapa ikman seperti melihat cahaya. cahaya untuk menyuruh big boss balik rumah.

satu pejabat automatik menoleh ke arah mereka. terkejut dengan ketibaan lady boss pada remang senja ini barangkali.

" kak ipar.. pleaseee... suruh big boss balik.. kiteorang perlukan ruang udara.. kalau boleh esok sabtu ahad jangan bagi big boss masuk pejabat.. kurung dia dalam rumah.." rayu ikman siap menyatukan tangannya seperti merayu. suaranya seperti meratap.

cempaka ketawa. kasihan adik iparnya yang muda 3 tahun darinya. dia sendiri pun ditinggalkan seawal minggu pertama perkahwinan.

" teruk sangat ke korang semua kena buli dengan boss?" tanya cempaka pada ikman. wajah serabai ikman membuktikan tahap tekanan mentalnya.

" indeed.. tolong pujuk boss balik ye kak ipar.." rayu ikman lagi.

" insyaallah.." cempaka meneruskan perjalanannya yang terhenti.

" kak ipar.. chaiiiyoookk!!" ikman memberi semangat. kalau cempaka berjaya bawa balik ikran hari ini. selamanya akan dia bantu cempaka. dia akan jadi orang suruhan pertama kakak iparnya dan akan berbakti sepenuhnya kepada kakak iparnya.

" nazim.. sebenarnya apa yang jadi?" tanya cempaka tulus. kenapa mood big boss tak okey. mesti ada sebab.

" saya pun tak pasti puan.. puan tunggu sekejap ya.." nazim memaklumkan kedatangan cempaka kepada ikran.

selang dua minit kemudian nazim keluar.

" puan boleh masuk.." suruh nazim membuka pintu untuk cempaka.

cempaka melangkah masuk. kelihatan tubuh ikran bersandar lesu di kerusi takhtanya. wajahnya tetap kacak walau keletihan.

" nazim lock pintu .. saya tak mahu diganggu.." pesan ikran.

nazim mengangguk.

" kenapa tak maklum nak datang..?" tanya ikran memerhati cempaka meletak beg bekas makanan di atas meja kopi dalam biliknya.

cempaka menghampiri ikran dan berdiri di sisi kerusi ikran.

" takut mengganggu.." balas cempaka menyandar punggungnya di meja ikran.

ikran memusingkan kerusinya mengadap cempaka. kedudukan mereka jadi seperti cempaka berdiri di tengah-tengah diantara kedua kaki ikran.

" mesti abang penatkan kerja non-stop.. nak makan tak? saya suruh chef razin renehkan sup untuk tambah tenaga.." cempaka memerhati wajah ikran. mata helang suaminya tetap bersinar walau wajahnya kelihatan lesu sedikit.

" ermm.. " ikran angguk.

cempaka berlalu menyediakan supnya serta menarik kerusi untuk duduk di sebelah ikran.

" meh saya suapkan.." perlahan-lahan cempaka meniup sup yang masih panas itu dan menyua ke mulut ikran.

tiada sebarang perbualan langsung antara pasangan itu. ikran menikmati sup tambah tenaga itu sambil mengamati isterinya.cempaka pula sambil menyuapi ikran makan.. otaknya mula mencari idea untuk membawa ikran balik rumah. kasihan dengan nasib staff tid menyelit dalam tangkai hatinya.

" abang taknak balik?" tanya cempaka setelah selesai ikran menghirup semangkuk kecil sup herba hasil nukilan chef razin.

ikran diam. seketika kemudian dia menarik lengan cempaka yang disentuh zikri beberapa hari lepas.

" jangan biar lelaki lain sentuh tubuh awak.. walau sehelai rambut.." perlahan ikran memberi peringatan kepada cempaka.

cempaka yang tidak mengerti maksud kata-kata ikran mengangguk sahaja. ikran melepaskan lengan cempaka dan mengambil telefon bimbitnya. nombor nazim didail.

" nazim saya nak semua laporan siap atas meja saya hari isnin sebelum pukul 12 tengah hari dan semua staff boleh balik sekarang.." ikran memberi arahan kepada nazim.

selepas ikran meletak panggilannya,nazim membuat pengumuman akan arahan terkini big boss. semua orang berpelukan gembira termasuk ikman yang menyebok di meja nazim. dia terasa ingin menangis setelah dibuli oleh alongnya. balik ni nak repot umilah..

" jom.." ikran tiba-tiba mengajak.

cempaka pula blur.. ikran ajak dia balik rumah ke?

" balik?" tanya cempaka.

" ye lah.. balik.. takkan nak tidur kat sini?" serius suara ikran.

" tapi..bukan abang cakap kerja abang masih banyak.." takkan semudah ini nak ajak ikran balik rumah. tak mencabar langsung. desis kepala otak blur cempaka.

" ada kerja lain lagi penting.." bisik ikran

perlahan hampir di telinga cempaka. kucupan hangat diletak ditelinga cempaka.

cempaka merasakan bulu romanya meremang. tadi dia suruh chef razin renehkan sup khas membantu suaminya segar dan bertenaga. bukan kuatkan tenaga batin suaminya.

ikran merapatkan wajahnya ke wajah cempaka. berbisik perlahan.

" nak kat sini ke.. atau dekat rumah?" tanya ikran.tangannya mengusap wajah keliru cempaka. tubuh mereka sangat rapat. sehingga dia boleh merasa getaran dan hangat nafas cempaka.tangannya mula menyelinap ke dalam pakaian cempaka.

" balik rumah.."perlahan suara cempaka.

" ermm... " ikran bangun dari bangkit dari duduknya.tubuh cempaka terus dicempung tanpa banyak cakap.

" abang.. saya boleh jalan sendiri." cempaka tiba-tiba cuak. takkan ikran nak dukungnya di depan semua pekerjanya.

ikran melangkah ke ruangan kamar khas dalam pejabatnya untuk dia berehat. bilik itu menempatkan satu meja sisi,kerusi kecil dan katil single bed. ikran meletak tubuh cempaka di atas katil. siapa cakap dia nak balik sekarang?

" nafsu abang tak boleh tunggu sampai rumah.." bisik ikran perlahan. mula memanjat katil dan mengucup tubuh cempak dari bawah ke atas semahu hatinya. pakaian cempaka dibuka satu persatu. begitu juga pakaian yang menyarung tubuhnya. cempaka mendesah perlahan. takut suaranya didengari pekerja ikran. malu andai mereka tahu boss besar dan lady boss sedang giat buat projek lain.


Load failed, please RETRY

Status Power Mingguan

Rank -- Peringkat Power
Stone -- Power stone

Membuka kunci kumpulan bab

Indeks

Opsi Tampilan

Latar Belakang

Font

Ukuran

Komentar pada bab

Tulis ulasan Status Membaca: C29
Gagal mengirim. Silakan coba lagi
  • Kualitas penulisan
  • Stabilitas Pembaruan
  • Pengembangan Cerita
  • Desain Karakter
  • Latar Belakang Dunia

Skor total 0.0

Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
Pilih Power Stone
Rank NO.-- Peringkat Power
Stone -- Batu Daya
Laporkan konten yang tidak pantas
Tip kesalahan

Laporkan penyalahgunaan

Komentar paragraf

Masuk