Unduh Aplikasi
16.98% cempaka dirembulan / Chapter 18: kebosanan mula melanda.

Bab 18: kebosanan mula melanda.

selepas ikran menghilang, cempaka merebahkan terus tubuhnya pada katil. tangannya diletak pada kepala menutup matanya.

"sabarlah hati.. jangan menangis.." bisik cempaka kepada diri sendiri.

pada siapa dia nak mengadu selepas ini. jatuh bangun turun naik nasibnya di tangan ikran. dari peribadi ikran,dia boleh mengagak di mana kedudukannya. ikran tak mungkin menerimanya. dia mungkin sama seperti perhiasan di villa ini. cuma beza dia dan perhiasan di sini,dia bernyawa.

" keep fighting cempaka.. tiada yang mustahil di dunia ini.." pujuk diri sendiri. suasana sunyi tanpa ada orang menemani menyebabkan kebosanan mula melanda. cempaka mula merangka aktiviti-aktiviti di kepalanya. setelah pelbagai idea menujah-nujah di ruang benaknya,cempaka yang berbaring pantas bangkit. dia akan memulai semuanya satu persatu.

ikran membelek dokumen perjanjian pembinaan hotel baharu di bandar s.

" maya... suruh nazim masuk.." arah ikran kepada setiausahanya melalui interkom.

selang beberapa minit nazim masuk dengan senyum manis.

" tuan.. bukan tuan cuti 1 minggu?" tanya nazim sambil membawa dua tiga fail penting di tangannya.

" banyak kerja penting.."

" nazim.. saya nak kamu cuba tengok syarikat ni. siasat latar belakang mereka. saya rasa ada benda tak kena dengan company ni." ikran menyerahkan fail yang dipegang di tangannya kepada nazim yang setia bersamanya sejak dia mengambil alih tdi secara mutlak.

" baik.."

" dan ni.. saya nak company ni.." ikran menyerahkan satu lagi fail di tangannya.

nazim mengambil fail itu dan mula membeleknya. suasana jadi sunyi dalam masa 10 minit.

" boleh tuan.. kalau yang ni.. saya sarankan tuan ke-3 uruskan." nazim sudah tahu apa yang ada di minda tuannya itu.

" baiklah.."

" maya.. panggil ikman masuk pejabat saya sekarang.." sekali lagi ikran memberi arahan kepada setiausahanya.

" nazim... projek di bangkok macam mana?" tanya ikran lagi. dia memusing kerusinya mengadap ke arah jendela luas di biliknya. keadaan sesak bandar k menyapa matanya.

" semua berjalan seperti yang kita rancang tuan.." balas nazim bersemangat.

tiba-tiba pintunya dibuka tanpa diketuk.

" bro?? aku ingat kau sekarang kat atas katil tengah menikmati bulan madu.." usik ikman tak menyempat. terkejut juga bila s.u maya maklum bos besar nak jumpa. takkan hari pertama bos besar dah masuk pejabat. patutlah semua staff tekun bekerja.

ikran diam. malas nak komen.

nazim menyerahkan fail di tangannya untuk diteliti ikman.

" long... are you serious? company ni dah nak gulung ni.." ikman pelik bila abangnya menyuruh dia mengambil alih company yang hampir muflis.

" aku percaya kau boleh buat.." ikran memberi kata putusnya.

" sebulan.." ikman mula tarik tali.

" setengah"

" s*&t.. " ikman kadang-kadang pelik dengan cara ikran bekerja. kalau a.. a lah. kalau b.. b lah..

" tuan ke-3.. info tentang company ni dan semuanya ada dalam ni.." nazim menyerahkan satu pendrive kepada ikman.

ikman menyambut dengan wajah masam.

" kalau man berjaya dalam tempoh 2 minggu dan saham kita naik.. man nak cuti 2 minggu.."ikman mula membuat tawaran lain pula.

" okey."ikran setuju.

" okey.. lagi 2 minggu.." ikman setuju. sebenarnya dia percaya kepada penilaian ikran. pasti sebelum menyerahkan padanya ikran dah kaji siap-siap kerana ikran tidak akan membuang masa atau melabur kepada sesuatu yang tidak mendatangka hasil.

" chaiiiyoookk.." nazim memberi kata semangat kepada ikman yang ingin berlalu keluar.

tuan muda ke-3 yang sempoi itu ketawa melambai tangannya. itulah sikap tengku ikman yang sangat di sukai pekerja bawahannya. mudah didekati,ramah dan suka bergurau.

" kalau takde apa-apa lagi tuan.. saya keluar dulu." nazim meminta diri.

ikran mengangguk. kepalanya di sandar pada kerusi. penat majlis belum habis lagi sebenarnya tetapi beban kerja tetap menggunung menanti. harap-harap isterinya di rumah boleh berdikari dan memahami keadaannya serta sabar menanti maid khas yang disediakan untuk memudahkan urusan cempaka nanti.


Load failed, please RETRY

Status Power Mingguan

Rank -- Peringkat Power
Stone -- Power stone

Membuka kunci kumpulan bab

Indeks

Opsi Tampilan

Latar Belakang

Font

Ukuran

Komentar pada bab

Tulis ulasan Status Membaca: C18
Gagal mengirim. Silakan coba lagi
  • Kualitas penulisan
  • Stabilitas Pembaruan
  • Pengembangan Cerita
  • Desain Karakter
  • Latar Belakang Dunia

Skor total 0.0

Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
Pilih Power Stone
Rank NO.-- Peringkat Power
Stone -- Batu Daya
Laporkan konten yang tidak pantas
Tip kesalahan

Laporkan penyalahgunaan

Komentar paragraf

Masuk