Unduh Aplikasi
16.03% cempaka dirembulan / Chapter 17: isteri solehah

Bab 17: isteri solehah

" kita nak ke mana?" tanya cempaka apabila melihat arah yang dipandu ikran bukan menuju ke rumahnya atau rumah keluarga ikran.

" balik rumah kita.." sebaris kata keluar dari mulut ikran.

hari pertama bergelar isteri,baru cempaka perasan. suaminya ini seorang yang kedekut nak buka mulut. cakap pun penuh sarkastik. kalau ditanya soalan paling-paling sebaris je jawapannya. tak pun hmmm... lagi sadis dan yang lagi ditanyanya kita balik. nampaknya cempaka kena berusaha keras lah lepas ni nak jadi isteri solehah.

" sorry tentang kawan i semalam.. " cempaka minta maaf tentang hal malam tadi. malu juga dia dengan kerenah nadia. tapi nak buat macam mana.. benda dah terjadi. nadia pun satu,main redah je. tak hormati privasi orang lain.

" ermmm..." ikran sebenarnya tak tahu nak jawab apa. kalau ikut hati, memang dia naik angin juga malam tadi. dia dah hanyut di lautan berahi terus terbantut hajatnya.

cempaka memandang luar tingkap kereta. pelik dengan tingkah ikran.

malam tadi selepas nadia keluar sahaja dari suite mereka. ikran menyuruhnya tidur dahulu dan dia tidak menyedari bila ikran lena disebelahnya. bangun sahaja dia lihat ikran sedang menghisap rokok di sisinya. so.. dia masih daralah lagi. ikran langsung tidak menyentuhnya pada malam pertama.

" you boleh tak duduk rumah seorang?" tanya ikran tiba-tiba memecah suasana.

kereta yang dipandu ikran memasuki kawasan perumahan elit di pinggir bandar.

"boleh.. "

" okey.."

ikran menghentikan keretanya sebelum pagar automatik terbuka. kereta itu berhenti di hadapan sebiji banglo mewah tiga tingkat.

" ini rumah i.. mulai harini.. ni dah jadi rumah you.." maklum ikran keluar dari dalam kereta.

cempaka menurut,sekeliling banglo itu diperhati. kosong.. masih boleh diubah suai lagi ni.

" nah.. ni kunci semua pintu dalam rumah..ni card pengawal depan, dan ni card untuk main door. " ikran menyerahkan segala benda yang dipegangnya kepada cempaka.

"dan ni yang paling utama.. remote pagar.."

cempaka mengambil semua benda yang diserahkan oleh ikran.

" i ada satu simpanan dalam kereta dan dalam rumah juga ada." maklum ikran.

" okey.."

" yang ni kereta i selalu guna.. salah satu tu.. you boleh pilih nak guna yang mana.. i takkan halang you nak keluar tetapi i mesti tahu you nak pergi mana.." ikran mula menunjukkan kuasanya sebagai suami.

cempaka mengangguk. matanya memandang mitsubishi lancer dan mustang milik ikran. suaminya ini ingat dia ni pelumba ke?? sediakan kereta macam nak pergi berlumba.

" you.. i rasa tak perlulah.. i ada kereta sendiri." cempaka tak berani nak bawa kereta mahal ikran. dua biji kereta itu menakutkannya.

" kalau you taknak yang tu.. u boleh guna yang dalam porch tu." ikran tak kisah mana-mana pun kereta cempaka nak guna. mungkin dua biji kereta ini tidak cukup mewah untuk cempaka.

cempaka mengangguk. kereta dalam porch tu mesti kereta biasa. boleh guna pergi pasar.

" jom masuk.." ajak ikran berjalan ke arah pintu utama.

" villa ni tiada maid.. maid datang 3 hari sekali untuk mengemas rumah.. mencuci dan membasuh.." maklum ikran sambil membuka pintu. dia rasa bertanggungjawab untuk maklum tentang keadaan villanya kepada cempaka agar cempaka boleh membiasakan diri.

cempaka tekun mendengar. dia menurut langkah ikran dan mendengar segala penerangan ikran. ikran membawanya menjelajah segenap ruang villa itu.

" you.... i dengan you sahaja ke?" akhirnya setelah tamat penerangan ikran cempaka mula bertanya. takkan mereka duduk berdua sahaja di rumah sebesar ni.

" buat masa sekarang..sebelum umi jumpa seseorang yang boleh teman you nanti untuk bantu you.."

" ermm.. i takut kalau duduk seorang.. i takut hantu.." akui cempaka.

" hantu?"

cempaka angguk.

" ni bilik kita. barang you semua ada dalam ni.. i suruh nazim angkut ke sini semalam.." pintu bilik utama terbuka.

cempaka melangkah perlahan ke ruang bilik tidurnya selepas ini. hiasan di dalamnya ringkas,teratur dan kemas. katil king saiz bertiang empat terletak di tengah bilik. ada jendela luas ditabiri langsir berwarna peach. bilik airnya berpintu kayu dan ada kerusi l shape di di satu sudut. cantik.

" bilik ni sebenarnya umi yang ubah suai."

" nice..." cempaka suka. pandai umi design bilik tidur utama. patutlah kelihatan seperti ada penghuni wanita di dalamnya.

" so.. ada apa-apa lagi you nak tanga?" ikran memberi peluang kepada cempaka untuk bertanya.

" buat masa ni tiada.. sebab semua benda i nak tahu you dah terangkan.." benar. penerangan ikran sangat terperinci. cempaka sudah mula membiasakan dirinya. lagipun setiap penerangan ikran terselit nada suami mithali di dalamnya. amaran juga ada. contoh macam ikran tak suka bersepah. semua harus teratur. boleh keluar kena maklum. jaga diri. macam-macam lagilah peringatan daripada ikran.

" baiklah.. kalau dah okey.. you boleh suaikan diri you dengan keadaan rumah.."

cempaka angguk.

" i nak ke pejabat dulu. ada kerja yang perlu siapkan. so i balik lewat. you jangan tunggu i.." tamatnya sesi memperkenalkan cempaka dengan suasana rumah dan peringatan untuk cempaka,ikran meminta diri untuk keluar.

cempaka angguk sahaja. kelibat ikran yang berlalu keluar dari bilik itu diperhati. hari pertama bergelar suami isteri,dia ditinggalkan oleh sang suami.


Load failed, please RETRY

Status Power Mingguan

Rank -- Peringkat Power
Stone -- Power stone

Membuka kunci kumpulan bab

Indeks

Opsi Tampilan

Latar Belakang

Font

Ukuran

Komentar pada bab

Tulis ulasan Status Membaca: C17
Gagal mengirim. Silakan coba lagi
  • Kualitas penulisan
  • Stabilitas Pembaruan
  • Pengembangan Cerita
  • Desain Karakter
  • Latar Belakang Dunia

Skor total 0.0

Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
Pilih Power Stone
Rank NO.-- Peringkat Power
Stone -- Batu Daya
Laporkan konten yang tidak pantas
Tip kesalahan

Laporkan penyalahgunaan

Komentar paragraf

Masuk