Unduh Aplikasi
5.66% cempaka dirembulan / Chapter 6: 6 tahun yang lalu. "

Bab 6: 6 tahun yang lalu. "

" along dah habis fikir.. along setuju tapi umi dengan abi kena ikut syarat yang along bagitahu tu. along kahwin bukan sebab along nak kahwin." setelah diberi tempoh 3 hari untuk membuat keputusan mengenai perkahwinannya, ikran akhirnya memberi jawapan. dia setuju.

perkahwinannya sudah diatur oleh kedua orang tuanya. sebagai anak sulung dan pewaris utama TID dia harus menurut. pasti ada kebaikan disebalik semua ini.

" baiklah.. esok along luangkan masa dinner dengan cempaka di restoran rasa cinta. umi dah tempahkan khas untuk kamu berdua. cubalah kenali hati budi cempaka. dia tu baik budaknya. umi betul- betul suka dengan dia. " ceria suara ku najah. dia sebenarnya sangat yakin anaknya itu akan bersetuju dengan rancangan mereka. sudah lama dia bermimpikan berbesan bersama rahimah. temannya sewaktu muda dahulu. keluarga rahimah itu pun bukan calang-calang orangnya. suaminya pun orang kuat pelabuhan dan politik. elok sangat dah kalau anak mereka dinikahkan. boleh kembangkan bisnes mereka. naikkan saham mereka. tinggi angan dan citanya.

" umi... esok along ada mesyuarat penting.." Ikran membangkang. dah setuju pun ada lagi permintaan mereka. jumpa masa nikah tak boleh ke? ini lah perkara yang paling dia tidak suka. sikap uminya suka mengawal.

"meetingnya siangkan.. dinnernya malam.." ku najah masih taknak mengalah. apalah ikran ni. takkan nak kahwin taknak jumpa dulu.

" umi.. along dah cakapkan.. along setuju menikah dengan syarat ia tak mengganggu urusan kerja along. umi tahu kan along sekarang tengah baru nak naikkan syarikat kita." ikran membentak. sudah berapa kali dia ingatkan dia nak berjaya dalam bisnes dulu. perkahwinan atau perempuan itu belakang cerita.

" malam sahaja.. sekejap ye." ku najah men slowkan nada suaranya. tahu benar akan angin kus kus anaknya itu. makin dipaksa makin kuat bantahannya. kena psyko sikit.

" okey.. sekali ni je ye.. umi.." ikran beralah. malas nak bertekak dengan uminya yang memang takkan mengalah. PEREMPUAN. dia berlalu naik ke tingkat atas. mahu ke biliknya berehat.

" huh... masalah betullah.. " ikran merungut pada diri sendiri. leceh betul serasa hidup ni. semua kena kontrol. kahwin salah tak kahwin salah. kerja salah tak kerja salah. ikran masih lagi berdongkol tidak puas hati. yang perempuan ni pun satu. dah habis ke lelaki kat dunia ni? sampai aku yang taknak kahwin ni dipaksa kahwin sekali.

" nasib badan la ik.. kahwin pun kahwin lah.." malas otaknya nak fikir tentang bakal pengantin perempuannya yang namanya macam bunga tu. ikran memejam matanya. tidur lagi baik. esok dia ada mesyuarat. petang mesyuarat lagi. malam dah nak kena makan dengan minah bunga tu. jadi jalan terbaik adalah tidur.

" moh sarapan sekali.." panggil ku najah apabila melihat ikran menuruni satu persatu anak tangga. nak pergi kerja sudah.

" makan kat office umi.." tolak ikran berlalu keluar.

" nanti malam kamu balik rumah mana?" tanya ku najah menurut belakang ikran.

" balik villa sana.." jawab ikran malas. dia balik sini pun sebab nak bincang urusan kahwinnya je.

" iyalah.. jangan lupa dinner malam ni.." pesan ku najah. takut amat ikran lupa.

ikran buat muka.

" iya umi.. meh salam.." ikran menghulur tangannya.

" jaga diri tau.. nanti apa-apa urusan.. umi akan maklum. "

ikran angguk lantas berlalu ke bmw 7 series nya. hon ditekan saat melintasi umi yang masih tegun memerhatinya di pintu utama.

" apa yang awak tenung tu jah?" tegur satu suara di belakangnya.

" tengok anak teruna awak tu tengku iqbal.. agaknya bila nak berubah? perangai tak serupa orang." rungut ku najah.

" ikran?" tanya tengku iqbal.

ku najah mengangguk.

" baguslah.. sebagai seorang lelaki dia harus tegas dalam membuat keputusan. prestasi dia pun bagus." tengku iqbal memuji anak sulungnya itu.

" ye lah.. bapak anak sama je.. takde perasaan.." ku najah mendengus.

" bab perasaan awak jangan samakan saya dengan anak awak tu.. saya punya perasaan lain.. saya sayang awak.. kalau tak..takde lah 3 orang tu keluar.." sempat lagi tengku iqbal berseloroh. isterinya itu memang kuat membebel. tapi itulah.. buah hati pengarang jantungnya.

" abang.. harap selepas kahwin nanti ikran tu berubah lah ye bang.. taldelah beku memanjang.." harapan ku najah.


Load failed, please RETRY

Status Power Mingguan

Rank -- Peringkat Power
Stone -- Power stone

Membuka kunci kumpulan bab

Indeks

Opsi Tampilan

Latar Belakang

Font

Ukuran

Komentar pada bab

Tulis ulasan Status Membaca: C6
Gagal mengirim. Silakan coba lagi
  • Kualitas penulisan
  • Stabilitas Pembaruan
  • Pengembangan Cerita
  • Desain Karakter
  • Latar Belakang Dunia

Skor total 0.0

Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
Pilih Power Stone
Rank NO.-- Peringkat Power
Stone -- Batu Daya
Laporkan konten yang tidak pantas
Tip kesalahan

Laporkan penyalahgunaan

Komentar paragraf

Masuk