Unduh Aplikasi
74.69% You Are My World / Chapter 124: Chapter 120 : hallucination

Bab 124: Chapter 120 : hallucination

"dahtu kau nak suruh kau buat apa? buat apa?"

"hal ni biar bagi zack yang settelkan." ucap edward sambil memegang kedua belah bahunya

"taknak"

"doktor tadi tu antara salah satu doktor yang terbaik dekat asia. kalau tak percaya dekat zack . percaya dekat doktor"

"tetap taknak . kau tak faham..."

"percaya dekat aku. atleast percaya dekat kau. crystiana boleh baik kalau dia tetap dekat sini. kau taknak tengok dia sihat ke?" ucap edward yang membuatkan jenna menolak tangannya

"aku anggap dia sebagai keluarga aku tau"

"jadi sebab tulah kita kena bagi dia rawatan. bagi dia sihat"

"apa kau ingat aku tak pernah buat ni semua ni? aku pernah . tapi apa aku dapat? keadaan makin teruk. crystiana makin teruk. thats why aku nak keluarkan dia dari hospital."

"okay. kalau kau bagitahu aku sebab dia, aku janji yang aku tolong halang zack . " ucap edward kembali memegang kedua belah bahunya namun jenna hanya mendiamkan dirinya

"aku dah janji dengan dia yang aku tak bagitau sesiapa pasal trauma dia. " balas jenna separuh berbisik tanpa sedar dia terlepas cakap

"walau macam mana sekalipun, aku tetap akan bawa dia keluar." ucap jenna lagi dengan bersemangat

"jangan risau. serahkan hal ni dekat aku. aku akan tolong apa yang aku boleh . " balas edward sambil memeluk erat tubuhnya.

"kau yakin?" soal edward

"100%" balasnya dengan pendek.

"bermula dari dia orang datang sini, satu per satu benda terjadi. kes dera dari bawah syarikat tu satu per satu terbongkar. dan dia juga pernah jadi trainee dekat situ. bila disambungkan semua sekali. dia nak balas dendam. why? sebab dia pun pernah mengalami. " ujar zack sambil mengingati kembali riak wajah crystiana disaat sebelum dia jatuh

"jadi macam mana sekarang. jenna masih tetap nak bawa dia balik?"

"aku nak confirmkan sesuatu baru aku buat keputusan. lagi satu sila bawa girlfriend kau jauh dari aku. apa yang keluar dari mulut dia semua buat aku naik angin. "

"kau . pastikan kau jangan pernah satu ruang dengan dia eh kalau aku tak ada. "

"sebab tu aku suruh kau jauhkan. handphone aku dengan dia macam mana?"

"masih boleh diselamatkan lagi. nanti pa kau yang hantar." ucap edward sebelum keluar dari ruangan tersebut manakala zack hanya diam memandang wajah crystiana yang masih belum menyedarkan diri.

"hati saya tak berasa sedap sejak kebelakangan ni" desis zack perlahan mengingati kembali wajah crystiana sesaat sebelum jatuh sambil mengusap perlahan rambutnya

"doktor albert dah sampai" ucap pengawal peribadinya . zack memandangan wajah crystiana buat kali terakhir sebelum keluar menemui doktor albert tersebut.

"kalau ada apa apa berlaku, panggil aku dahulu " ucap zack kepada pengawal tersebut

"baik bos"

jari tangan milik crystiana mula bergerak gerak sebelum kelopak matanya terbuka dengan perlahan lahan. matanya terkebil kebil untuk menyesuaikan keadaan apabila sinaran lampu bilik tersebut menyilaukan matanya. dia kemudian membangunkan badannya untuk bersandar sambil memegang kepalanya yang mula sakit berdenyut denyut.

"aku dekat mana ni?" gumamnya perlahan sambil cuba mengingati kembali memorinya sebelum matanya menangkap tiub iv yang berada di tangannya. kemudian dia dengan pantas melihat sekelilingnya. badannya mula seram sejuk manakala nafasnya menjadi tidak stabil membuatkan mesin di sebelahnya mengeluarkan bunyi . ingatan crystiana mula berhalusinasi dan berkecamuk lalu dia mencabutkan jarum dan semua yang dilekatkan di badannya dengan pantas sambil bergumam.

"dia akan datang cari aku kan?"

"dia akan bunuh aku . macam mana ni"

"apa aku nak buat ? apa aku nak buat" ucapnya berulang kali sambil mengigit jarinya sebelum pintu bilik itu dibuka dan dua orang lelaki berdiri di pintu tersebut.

"cik okay?"

"KELUAR!" crystiana mula menjerit kepadanya lalu membaling pasu bunga dan barang barang yang berada di sekelilingnya terhadap mereka.

"KELUAR!" jeritnya berkali kali sebelum lelaki itu kembali menutup pintu dengan pantas meninggalkan crystiana keseorangan untuk menenangkan diri. crystiana kemudian mengambil pisau buah yang terdapat di bakul buah sebagai senjata untuk mempertahankan dirinya lalu berjalan mundar mandir.

"macam mana kalau dia jumpa aku dekat sini?"

"lelaki tadi tu mesti pembantu dia"

"macam mana ni. dia mesti bunuh lepas ni" ucap crystiana dengan tubuh yang mengigil sebelum ingatannya berubah menjadi suasana dimana dia melihat bekas manager yang dia takuti selama ini kembali mendekatinya.

" are you deaf ?! i said that she wont accept the treatment at the hospital . what can i do? im her doctor not her parents" ucap albert kepada bernard

"you gave her the medicine. you must know the side effect if you keep using it for a long time . kidney failure, liver failure..." ujar bernard pula

" did you think i didnt know? i keep change her medicine everytime and set the right dose for her. but that girl are extremely stubborn and never listened to me and keep telling me that she doesnt want to live anymore. what can i do?" balas albert mempertahankan dirinya manakala zack hanya duduk dan meletakkan dahi di tangannya kerana mereka langsung tidak mahu berhenti bertelingkah

"you are her doctor..."

"boss" ucap pengawal peribadinya dengan keadaan yang tergesa gesa . zack yang memahami bahasa tubuhnya langsung berlari menuju ke bilik crystiana dengan pantas tanpa perlu mendengar kata katanya lagi. dia membuka pintu bilik crystiana dengan kasar sebelum terhenti apabila melihat lantai bilik tersebut berantakkan sambil perlahan lahan berjalan menuju ke arahnya manakala bunyi pintu yang dibuka kuat itu hanya membuatkan emosi crystiana semakin memburuk dan mula mengacukan pisau tersebut ke arah zack.

"KELUAR! KELUAR!"

"kris. kris. crystiana" ucap zack dengan lembut kepadanya sambil memberi isyarat kepada mereka yang berada di pintu untuk tidak masuk campur.

"dont make her panic. she having a hallucination. dont make a loud noise. it will trigger her. approach her slowly" ujar bernard membantunya di pintu bersama yang lain.

" aku cakap keluar!"

"crystiana ros'ie. ni saya ryan zack. pandang saya ." ucap zack lagi sambil mendekati tubuh crystiana

"jangan dekat dengan aku . jangan dekat."

"kau nak bunuh aku kan? kau fikir aku akan biarkan? aku akan pastikan aku balas dendam sampai aku mati!"

"pergi dari sini !"

"baik . baik. saya tak datang dekat. pandang muka saya. saya takkan buat apa apa dekat awak." ujarnya untuk membuat emosi crystiana perlahan lahan stabil. crystiana kemudian terdiam dan memusingkan tubuhnya berpaling daripada zack apabila suasana di ingatannya mula berubah menjadi suasana dia sedang menunggu bekas manager untuk datang menemuinya. dia memegang rambutnya yang sudah kusut serabai tersebut sambil mulutnya terkumat kamit.

"dia akan datang . dia akan pukul aku. aku nak buat apa ni . apa aku nak buat. apa aku nak buat." ulang crystiana sambil berlutut di lantai

"crystiana.... crystiana. " panggil zack dengan lembut

"pandang saya" ucapnya sebelum berdiri tepat di belakang tubuh crystiana dan memeluknya. crystiana yang terkejut dengan sentuhan tersebut langsung kembali memberontak dan bergelut di pegangan zack. di dalam kepalanya, crystiana sedang berusaha bergelut menyelamatkan diri daripada genggaman bekas manager yang cuba untuk membunuhnya.

"jangan sentuh aku. jangan sentuh aku. aku tak benarkan kau bunuh aku !" jerit crystiana sebelum pisau yang berada di tangannya tertusuk di bahagian bahu kiri zack namun dia tetap memeluk erat tubuhnya sehingga tubuh crystiana mula kehilangan tenaga beberapa puluh minit yang kemudian. zack kemudian tersenyum dan mencium kelopak mata crystiana yang dipejam rapat.

"crystiana. awak selamat. tiada siapa yang akan cederakan awak lagi. saya akan sentiasa jaga awak. tak akan ada yang berani untuk sentuh awak. percayalah. buka mata awak dan pandang saya" ujar zack sambil mengusap lembut rambutnya dan dia tetap mengulangi percakapannya sehingga emosi crystiana menjadi stabil dan tubuhnya menjadi lembut.

"buka mata dan pandang saya" pinta zack dan dengan perlahan lahan crystiana membuka kelopak matanya dan memandang tepat mata zack.

"zack" gumamnya perlahan

"see. awak selamat. saya ada dekat sini. jangan takut" ucap zack bersama senyuman yang menawan. crystiana kemudian cuba menggerakan tangan kanannya yang berada di genggaman zack sebelum matanya melihat ke arah tangannya. biji matanya langsung terbeliak besar dan lantas mengeluarkan badannya dari pelukan zack. zack menggelengkan kepalanya kepada mereka untuk tidak masuk.

"darah." bisik crystiana lalu melihat zack yang langsung tidak meninggalkan pandangannya sambil menarik keluar pisau yang berada di bahunya bersama senyuman yang menyakinkan dia tidak bersalah dan baik baik sahaja. crystiana dengan pantas menekan luka tersebut apabila melihat darah semakin banyak mengalir .

"saya minta maaf. saya minta maaf. saya tak .. saya tak.." ucap crystiana bersama air mata yang berjuraian membasahi wajahnya

"jangan risau . saya tak ada apa apa. " balas zack menenangkannya

" saya minta maaf. saya minta maaf" ulang crystiana berulang kali sambil berusaha untuk menghentikan pendarahannya.

"selagi awak tak apa apa , saya baik baik sahaja crystiana" ucap zack sambil mengelap air matanya .

"kenapa awak datang dekat dengan saya? kenapa tak biarkan saya seorang diri? saya akan tenang sendiri. kenapa bahayakan nyawa awak ?" marah crystiana sambil teresak esak.

"saya tak akan tinggalkan awak untuk hadap semua tu seorang diri. saya minta maaf tak dapat tolong awak sebelum ni. "

"berhenti bercakap. " arah crystiana sebelum doktor mula membantu zack menghentikan pendarahannya.


Load failed, please RETRY

Status Power Mingguan

Rank -- Peringkat Power
Stone -- Power stone

Membuka kunci kumpulan bab

Indeks

Opsi Tampilan

Latar Belakang

Font

Ukuran

Komentar pada bab

Tulis ulasan Status Membaca: C124
Gagal mengirim. Silakan coba lagi
  • Kualitas penulisan
  • Stabilitas Pembaruan
  • Pengembangan Cerita
  • Desain Karakter
  • Latar Belakang Dunia

Skor total 0.0

Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
Pilih Power Stone
Rank NO.-- Peringkat Power
Stone -- Batu Daya
Laporkan konten yang tidak pantas
Tip kesalahan

Laporkan penyalahgunaan

Komentar paragraf

Masuk