Unduh Aplikasi
36.74% You Are My World / Chapter 61: chapter 58 : sign

Bab 61: chapter 58 : sign

"duduk diam diam . aku tengah tak ada mood sekarang ni nak uruskan kau . " ucap lelaki yang sedang duduk di hadapan jenna . dia menutup mulut menggunakan kain lalu mengikat tangan dan kaki jenna dengan ketat membuatkan dia kesakitan apabila bergerak . bunyi daripada mulut jenna yang tidak berhenti sedari tadi makin membuatkan dia berangin . lelaki itu kemudian membuka ikatan di mulut jenna .

"awhh" aduh jenna kerana mulutnya terlalu kebas dan lenguh apabila diikat dengan kuat.

"kau gila ke ?! baik kau lepaskan aku sekarang masa mood aku tengah baik ." arah jenna kepada lelaki itu.

"kau buat lawak ke ? kau yang patut duduk diam diam masa angin aku tengah baik . jangan sampai aku " ucap lelaki itu lalu menunjukkan jenna pisau yang dipegangnya itu .

"huh . kau ingat aku tak kenal muka kau ke ? kau ingat aku takut dengan kau?! "

" maknanya kau taulah siapa yang suruh . kalau macam tu . janganlah susahkan kerja aku . kau dengar dan ikut je cakap dia. apa susah . kau juga yang hidup senang" ujar lelaki itu sebelum tiba tiba telefon milik jenna berdering kuat di koceknya .

"oh shit" desis jenna .

"mari kita tengok siapa yang call"ucap lelaki itu lalu menyeluk poket jenna dan mengambil telefonnya .

"bagi balik dekat aku! bagi baliklah!" jerit jenna dengan kuat kepadanya .

" eh betina ni . " ucap lelaki itu sebelum mengikat kembali mulut jenna dengan kuat menyebabkan jenna menjerit kesakitan sehingga mengeluarkan air matanya.

"baik baik bro . kalau bos dapat tahu nanti susah kita ." ucap lelaki yang sedang memandu .

"tahulah aku . dah betina ni memekak sangat ." balas lelaki itu sebelum mematikan telefon jenna.

crystiana membuka matanya dengan perlahan lahan apabila lelaki itu mengangkat tubuhnya dan meletakkannya di kerusi di dalam sebuah rumah agam yang mungkin menelan perbelanjaan wang ratus jutaan ringgit.

"kau duduk sini diam diam . jadi budak baik dan dengar apa orang tu cakap . nasihat aku . jangan menyusahkan lagi keadaan " ucap lelaki itu ketika sedang membuka semua ikatan yang diikatnya pada jenna .

"dia ikat kuat sangat sampai pergelangan tangan aku pun lebam ." desis jenna sambil melihat keadaan tangannya apabila lelaki itu beredar dari bilik itu setelah itu dia bangun dan memerhati suasana bilik itu . kemudian matanya menangkap cctv yang dipasang di dalam bilik itu . jenna kemudian ketawa kecil . tangannya yang mulus itu kemudian menyelak tirai yang menutup tingkap di bilik itu dan melihat suasana rumah yang berada di tengah tengah pusat bandar .

"heh. nampaknya bukan kris je yang balik rumah . aku pun dah balik ." ucap jenna perlahan sambil mengetap giginya dengan kuat . pintu yang berada di belakangnya tiba tiba dibuka .

"nampaknya kita ada banyak hal nak dibualkan" ucap suara lelaki tua itu . tanpa memandang ke arah belakangnya , jenna membalas bicara lelaki itu.

"sampai bila? sampai bila ayah nak kawal jenna ? tak sedar lagi ke perbuatan ayah tu makin buatkan jenna pergi lagi jauh dari ayah?" ucap jenna yang membuatkan ayahnya ketawa

"duduk . " suruh ayahnya kepada jenna manakala jenna hanya menurutnya.

"kamu fikir kamu boleh lari dari perkahwinan kamu tu, kamu boleh lari selamanya?"

" selagi jenna tak ada kebebasan . jenna akan lari selamanya . tak percaya ? kiralah berapa tahun jenna dah tak balik sini . dan kira berapa tahun akan datang lagi jenna tak balik " ujar jenna yang membuatkan ayahnya berang dan menepuk kerusinya

"biadap " ucap ayahnya

"bila fikir balik . tak guna ayah upah orang supaya ikut jenna . kenapa? sebab itu makin buatkan jenna bersemangat nak lari lagi. "ujar jenna sambil tersenyum .

"jadi . bagitahu apa yang ayah nak sekarang ni"ujar jenna lagi

" baiklah . ayah bagi kebebasan dekat kamu. kamu boleh pergi mana kamu suka tanpa ada orang ikut . kamu boleh buat apa yang kamu nak . tapi dengan syarat . kamu mesti sign kertas ni" ucap ayahnya lalu meletakkan kertas yang dipegangnya di hadapan crystiana

" apa tu?" soal jenna sebelum mengambil kertas dan membacanya .

'surat penyerahan amanah'

'surat perjanjian '

"apa semua ni? apa yang ayah nak buat sekarang ni?" ucap jenna dengan dingin . dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak baik akan berlaku.

"ayah nak serahkan syarikat ayah dekat kamu termasuk kesemua saham ayah. kamu bukan selamanya muda. ayah nak kamu berhenti kerja dengan budak itu . mula bekerja dekat syarikat ni . ayah taknak kamu makin terpesong dengan dunia tu"

"ayah . sampai bila ? sampai bila ayah nak sedar ?! sampai bila ayah nak buat macam ni dekat jenna ?! ayah fikir ayah bagi kebebasan dekat jenna dengan buat macam ni?" kata jenna dengan meninggikan suaranya

"ayah buat semuanya untuk kebaikan kamu! dengar je cakap ayah . ayah buat semua ni semua untuk kamu !"

"berhentilah . fikirlah . kalau ayah nak jenna ambik syarikat tu . nasib jenna macam mana? ayah nak suruh jenna mati ke dekat pakcik ayah ? semuanya gila harta . ingat jenna taktau rancangan ayah ni? jenna tak akan berkahwin dekat lelaki tu . tak akan dan tak pernah . berhentilah fikir yang semuanya tu untuk jenna . cuba fikir pasal mama pula . apa yang ayah pernah buat untuk kebaikan mama sebelum dia meninggal ? bawak balik mak baru? " ucap jenna lagi sebelum dia sambung kembali ucapannya.

" jenna hanya minta kebebasan untuk pilih apa yang jenna nak . kalau itu pun ayah tak boleh bagi . minta maaflah . jenna tak akan cecah lagi kaki dekat rumah ni" ucap nya sebelum berdiri untuk meninggalkan ruang tersebut.

"ayah dengar kamu rapat dan bekerja dengan perempuan tu . " ujar ayahnya yang membuatkan kaki jenna terhenti.

"apa yang ayah nak buat?" soal jenna dengan sedikit kerisauan.

" fikirlah . kalau kamu masih lagi tak nak dengar apa yang ayah suruh buat . hm ayah dengar dia penyanyi terkenal . macam mana agaknya nasib dia nanti eh kalau dia tak ada suara ? semuanya berharapkan dekat suara kan kalau nak menyanyi ?" balas ayahnya yang mempunyai makna

" jenna tanya apa yang ayah nak buat?!" jerit jenna kepada ayahnya.

"kamu pandai kan . graduasi dari universiti oxford . cuba fikir kalau dia tak ada suara nak menyanyi? apa yang dia nak buat nanti ? "

"ayah tengah mengugut jenna ke sekarang ni?"

"fikir dengan baik . sama ada kamu nak terima tawaran ayah atau tolak . tapi dua dua ada hadiahnya . ayah nasihatkan jangan tolak . kalau tak . kesian kawan kamu nanti " ucap ayahnya sebelum ketawa dengan kuat lalu berjalan keluar daripada bilik itu meninggalkan jenna sendirian yang membuatkan jenna mengigit bibirnya dan mengenggam tangannya dengan sekuat hatinya . badannya mengigil gigil akibat menahan kemarahannya .

" berani dia ugut aku guna crystiana. crystiana ? heh" ucap jenna sebelum air matanya jatuh di pipinya . lalu ianya menjerit dan menumbuk pintu bilik itu bagi melepaskan geramnya namun ia hanya mendatangkan kecederaan baginya. darah mula mengalir keluar menitis nitis di lantai .

" lets see . siapa yang menang nanti ."

"tok tok " bunyi ketukan di pintu dari luar

" marilah makan sama sama . mama .. eh auntie dah siap masak" ucap ibu tirinya .

crystiana meneruskan perjalannya kembali sebelum menemui kereta zack yang diparkir berdekatan dengannya .

"morning ." sapa zack dengan ceria kepada crystiana .

"morning . awal sampai . awak tak kerja ke harini? dah berapa hari awak teman saya keluar. kerja awak tak banyak ke menimbun?" soal crystiana dengan pelik

"awak tak kenal saya ke? saya orang yang pantang sekali kalau nampak kerja menimbun. jangan risau . saya dah siapkan semuanya sekali " balas zack manakala di pejabatnya pula zayn bertungkus lumus menyiapkan kerja yang diberikan zack tanpa jejak selangkah pun keluar dari pejabatnya.

"encik zayn . cik lendyia dari tadi mengamuk nak jumpa encik zack dengan encik zayn" ucap sekretarinya di dalam telefon.

"dia dekat mana?" soal zayn yang sedang kusut menyiapkan projeknya

"dia dekat depan bilik encik zayn . lepas dia dapat tahu encik zayn yang uruskan projek tu . dia terus kesini ." bagitahunya

"suruh dia masuk" suruh zayn namun sekretarinya teragak agak dengan keputusan tersebut

"tt...tapi encik zack bagitau..."

"itu urusan saya dengan dia . awak buat kerja awak sahaja . suruh dia masuk"

"baik encik zayn"


Load failed, please RETRY

Status Power Mingguan

Rank -- Peringkat Power
Stone -- Power stone

Membuka kunci kumpulan bab

Indeks

Opsi Tampilan

Latar Belakang

Font

Ukuran

Komentar pada bab

Tulis ulasan Status Membaca: C61
Gagal mengirim. Silakan coba lagi
  • Kualitas penulisan
  • Stabilitas Pembaruan
  • Pengembangan Cerita
  • Desain Karakter
  • Latar Belakang Dunia

Skor total 0.0

Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
Pilih Power Stone
Rank NO.-- Peringkat Power
Stone -- Batu Daya
Laporkan konten yang tidak pantas
Tip kesalahan

Laporkan penyalahgunaan

Komentar paragraf

Masuk